Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan zuriat sendiri. Cuma cepat atau lambat bukan bidang kuasa kita. Semua itu rezeki dari Allah dan hanya dia yang mengetahui segalanya.

Cuma apa yang kita boleh lakukan adalah sentiasa berusaha, tak putus berdoa dan seterusnya berserah. Mungkin ada yang mengambil masa setahun atau dua tahun tetapi andai kata lebih dari itu, percayalah jika rezeki kita ada semua itu dipermudahkan.

Perkongsian dari Puan Nur Hafizza Mat Yunus yang menunggu selama 10 tahun untuk memiliki anak boleh dijadikan motivasi buat pasangan yang belum ada rezeki. Moga perkongsian ini memberi manfaat.

Selama 10 Tahun Berdua & Hadap Soalan Orang, Hadirnya Aaira Tanda Cinta Kami

Seperti yang dijanjikan saya akan share dengan rakan-rakan pengalaman TTC (Trying To Conceive) saya. Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah yang sama.

Saya telah berkahwin dengan suami tercinta Mohamad Azuan Haji Muda pada Mei 2008. Tiada planning berkaitan anak. Semuanya berserah pada rezeki dari Allah. Dan alhamdulillah..kami telah dikurniakan seorang puteri yang sangat comel, Aaira Mohamad Azuan pada Mei 2019.

Berikut adalah usaha-usaha yang kami telah lakukan sepanjang 10 tahun kami mendirikan rumahtangga.

1. URUT

Ini adalah perkara biasa orang akan suggest bila kita cakap belum ada rezeki anak. Ada yang kami pergi. Ada yang tak sbb sy agak takut bila orang sentuh bahagian peranakan ni. Risau lain pulak yang jadinya. Dan kebanyakan tempat urut yang saya pergi..tukang urut cakap peranakan baik. Tak ada masalah. Alhamdulillah.

Selama 10 Tahun Berdua & Hadap Soalan Orang, Hadirnya Aaira Tanda Cinta Kami

2. IUI (Intrauterine insemination)

Memandangkan tukang urut cakap peranakan ok, jadi kami decide untuk buat rawatan moden. Kami start buat rawatan di Infertility Hospital Besar Kuala Lumpur pada tahun 2011..iaitu pada tahun ketiga perkawinan.

IKLAN

Kami buat IUI sebanyak 4kali. 1st IUI adalah pada Jun 2012. Dan yang last September 2017.

Result: IUI pertama berjaya. Tapi bukan rezeki kami lagi, Kandungan hanya bertahan selama 5 minggu sahaja. 3 lagi IUI gagal. Disebabkan IUI dah melebihi 3 kali, jadi doc suggest untuk buat IVF.

3. DIET

Perkara pertama yang perlu buat sebelum start treatment IVF. Ye la..nak buat IVF..kos bukan murah kan. So utk mengurangkan risiko gagal tu..kena la dapatkan berat yg ideal dulu.

Untuk menguruskan badan kali ni..saya pilih untuk join Jom Kurus by Kevin Zahri. Dalam masa 3 bulan..dapat la kurangkan hampir 15kg.

Selama 10 Tahun Berdua & Hadap Soalan Orang, Hadirnya Aaira Tanda Cinta Kami

4. HERBA

IKLAN

Selain dari rawatan moden, kami masih juga berusaha dengan rawatan tradisional. Saya jenis tak berapa minat dengan supplement2 moden. Saya lebih cenderung pada herba. Feel mcm org lama2 gitu.

Antara yang kami pernah cuba adalah buah zuriat. Buah ni kami dapat dari kawan-kawan & saudara mara yang pergi ke tanah suci. Buah ni dia punya keras..ya ampunn..sangat menguji kesabaran untuk dapatkan isinya.

Selain itu, kami pernah cuba air akar herbanika & phyto natal dari Nona Roguy (NR). Disebabkan nak support isteri..incik suami pun minum sekali. Terharu plak kita. Saya consult herba2 ni dengan Blessed Beauty Centre

5. UMRAH

Alhamdullilah..pada Mac 2017, saya diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke tanah suci bersama suami. Saya mengambil peluang ini solat taubat dan berdoa sepuas2nya supaya Allah mempermudahkan kami mendapat zuriat.

Selain tu, kalau dengar ada kawan2 @ saudara yang ingin ke tanah suci, saya tak akan lepaskan peluang untuk kirim doa. Mungkin doa2 mereka ini yang Allah makbulkan.

USAHA MANA YANG BERJAYA?

IKLAN

Saya tak tahu. Saya hanya berusaha. It’s natural pregnancy. Rezeki. Rezeki yang hadir apabila Allah merasakan kami telah bersedia.

Apa yang boleh saya katakan, tahun 2018 adalah tahun kegembiraan saya.

+ Saya gembira bila dapat kurangkan berat badan
+ Saya gembira kerana dapat TL PageKhas Mini yang sentiasa supportive menyokong journey kurus saya
+ Saya gembira bila dapat pergi hiking tiap2 minggu dan balik dengan baju yang lencun dengan peluh
+ Saya gembira kerana dapat buat photoshoot 10th years anniversary kami
+ Saya gembira bila dapat pergi backpacking holiday dengan Sofia Opie Azimah Ramli Azizan Binti Ramli WaNie’z Izani Don’t Be Sad Crunchiee Cookies (dah lama teringin sebenarnya tp x de geng)
+ Saya gembira bila dapat bercuti luar dari Malaysia berdua bersama suami (sebelum ni klau bercuti..mesti by group)
+ Saya gembira kerana nak pergi rides pusing Malaysia bersama suami (tapi aktiviti ni tak sempat buat)

Dan disaat kegembiraan kami berada di kemuncak..tiba-tiba saya dapat tahu yang saya pregnant. Rezeki yang sangat tak disangka-sangka.

Nasihat saya, ketika kita buat apa-apa pun..JANGAN STRESS. Redha dengan setiap dugaan dan ujian. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai majikan dan ahli keluarga yang sangat-sangat memahami. Terutamanya incik suami. 10 tahun 11 bulan kami hidup berdua ..tak pernah sekali pun kami merasa bosan.

Selama 10 Tahun Berdua & Hadap Soalan Orang, Hadirnya Aaira Tanda Cinta Kami

Zuriat adalah rezeki dan urusan Allah. Kami jadikannya sebagai satu kelebihan. Kami habiskan masa kami berdua dengan melakukan aktiviti sama-sama. Support hobi each other. Allah uji kerana tahu kita boleh hadapi dugaan ini. So kita perlu bersyukur. Bukan calang-calang orang yang Allah pilih untuk dugaan ini.

Tugas kita sebagai hamba adalah berusaha & berdoa. Lain-lain..kita serahkan kepada yang Maha Esa.

p/s: Satu lagi..jangan takut berjumpa mak cik-mak cik bawang. Ketika mereka tanyakan berkaitan zuriat..cepat-cepat minta mereka doakan pada kita. Cakaplah “makcik tolonglah doakan saya, mana tahu Allah makbulkan doa makcik”. Dari mereka nak membawang..terus tak jadi. Mereka akan rasa bangga pulak sebab kita minta mereka doakan kita. Jadi kita dah tak perlu stress untuk berjumpa sesiapa.

Sumber: Fizza My

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI