Istimewanya anak di hati Datuk Sri Siti Nurhaliza hinggakan medal yang dimenangi juga adalah untuknya.

Datuk Sri Siti Nurhaliza memang gemar berbasikal. Beliau seringkali memuatnaik posting aktiviti berbasikalnya. Minat ini juga turut dikongsi bersama suami tercinta, Dato’ Sri Khalid bin Mohamad Jiwa.

“Medal Untuk Anak Ibu.” Sambil Kayuh Fikir Aafiyah Nak Susu, DS Siti Berjaya Berbasikal 72km

Terbaru, penyanyi nombor satu Malaysia ini menyertai kayuhan sejauh 72km dianjurkan di Langkawi. Beliau yang berjaya menamatkan kayuhan dalam masa 3 jam 13 minit menyifatkan pingat (medal) yang diterimanya itu untuk si comel Siti Aafiyah.

“Medal Untuk Anak Ibu.” Sambil Kayuh Fikir Aafiyah Nak Susu, DS Siti Berjaya Berbasikal 72km

ctdk Alhamdullillah.. Medal ni untuk anak ibu tau.. Banyak kenangan nak mendapatkan & menghabiskan kayuhan 72km ni anak ibu oiii.. Mula2 ibu nak masuk 25km saja , yelah .. fun ride la kann.. Lepastu 1 team kata alang2 dah sampai Langkawi jom kayuh sampai 72km..Whattttt!!! Dah la tak pernah lebih 50km.. berangan nak 72km..

IKLAN

TERJATUH HINGGA LUKA DI LUTUT TEPI TETAP BERSEMANGAT

Berbekalkan semangat (redha je la) & bantuan trainer saya #faizboh (geng @anuarmanan86 ) saya kuatkan semangat .. Yang best sekali pagi tadi sebelum berlepas saya dah ‘jatuh bodo’ ?‍♀️.. luka la lutut.. camana la boleh jatuh padahal dah berhati2 sangat … takpee tebalkan muka semangat punya pasal ( sakit tauuu?)Berlepas je hati dah dup dap dup dap .. takut jatuh lagi , tapi Alhamdullillah , Allah pelihara sepanjang jalan .. Terima kasih sahabat saya @aiza_mokhtar yang bagi semangat suruh masuk 72km & habiskan .. (hebat mummy Aiza ni) .. Sambil kayuh sambil istigfar, sambil bising bila nak habis nieeee??.. hahahah…

KAYUH LAJU BILA FIKIR AAFIYAH NAK SUSU

Yang sebenarnya ibu kayuh sambil pikir aafiyah kat bilik nak susu .. aafiyah nak susu .. hahaha.. itu buat ibu kayuh lagi laju tau aafiyah.. Sekianla coretan ibu aafiyah ni..

IKLAN

“Medal Untuk Anak Ibu.” Sambil Kayuh Fikir Aafiyah Nak Susu, DS Siti Berjaya Berbasikal 72km

72KM DALAM MASA 3 JAM 13 MINIT, TEMPAT KE-22 DARI 1,000 PENYERTAAN

Akhirnya berjaya tamatkan juga 72km dengan masa 3 jam 13 minit 30saat di tangga 22 dari seribu lebih penyertaan…. Not bad uhh!! ???Syabas Siti Syabas .. sekarang.. persoalannya mana kaki ibu nie!! mana?? kaki dah tak rasa nak oiii… #rhblangkawiride2019#jomcarikakiibuaafiyah

IKLAN
View this post on Instagram

Alhamdullillah.. Medal ni untuk anak ibu tau.. Banyak kenangan nak mendapatkan & menghabiskan kayuhan 72km ni anak ibu oiii.. Mula2 ibu nak masuk 25km saja , yelah .. fun ride la kann.. Lepastu 1 team kata alang2 dah sampai Langkawi jom kayuh sampai 72km..Whattttt!!! Dah la tak pernah lebih 50km.. berangan nak 72km.. Berbekalkan semangat (redha je la) & bantuan trainer saya #faizboh (geng @anuarmanan86 ) saya kuatkan semangat .. Yang best sekali pagi tadi sebelum berlepas saya dah ‘jatuh bodo’ ?‍♀️.. luka la lutut.. camana la boleh jatuh padahal dah berhati2 sangat … takpee tebalkan muka semangat punya pasal ( sakit tauuu?) Berlepas je hati dah dup dap dup dap .. takut jatuh lagi , tapi Alhamdullillah , Allah pelihara sepanjang jalan .. Terima kasih sahabat saya @aiza_mokhtar yang bagi semangat suruh masuk 72km & habiskan .. (hebat mummy Aiza ni) .. Sambil kayuh sambil istigfar, sambil bising bila nak habis nieeee??.. hahahah… Yang sebenarnya ibu kayuh sambil pikir aafiyah kat bilik nak susu .. aafiyah nak susu .. hahaha.. itu buat ibu kayuh lagi laju tau aafiyah.. Sekianla coretan ibu aafiyah ni.. Akhirnya berjaya tamatkan juga 72km dengan masa 3 jam 13 minit 30saat di tangga 22 dari seribu lebih penyertaan…. Not bad uhh!! ???Syabas Siti Syabas .. sekarang.. persoalannya mana kaki ibu nie!! mana?? kaki dah tak rasa nak oiii… #rhblangkawiride2019 #jomcarikakiibuaafiyah

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Sumber: @ctdk


“Medal Untuk Anak Ibu.” Sambil Kayuh Fikir Aafiyah Nak Susu, DS Siti Berjaya Berbasikal 72km

Pa&Ma kini kembali untuk musim keempat. Setiap Selasa jam 12 tengah hari bersama pengacara anda Syahira Rahman dan Fad hanya di slot Dewi disaluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI