Tahniah diucapkan buat penari profesional, Alam Wakaka yang telah pun selamat menimang cahaya mata sulung selepas isterinya, Nurul Alisya Najwa selamat melahirkan bayi mereka.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan Alam menerusi Instagramnya awal pagi tadi. Malah menurut kata Alam lagi, isterinya dan bayi berada dalam keadaan stabil dan baik.
“Assalamualaikum dunia.
“Syukur ke hadrat Illahi, alhamdulilah segala puji milik Allah, hari ini lahirnya seorang bayi yang bakal menjadi ketua suatu hari nanti,” tulisnya ringkas.
Malah kata Alam lagi, dia bersyukur isteri dan anak lelakinya dalam keadaan baik malah berterima kasih pada semua yang membantu.
Ads
“Keadaan Alisya & bayi stabil. Terima kasih pada Doktor & Nurse yang sangat baik memberi layanan yang terbaik buat isteri saya serta semua yang mendoakan kesejahteraan mereka berdua.
“Selamat datang anakku,” tulisnya lagi.
Rata-rata rakan selebriti dan pengikut Alam di Instagram turut sama mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi lelaki mereka.
Ads
Terdahulu, Alam mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nurul Alisya Najwa pada 7 Mac 2021.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kandungan yang disangka hanya satu rupanya dua. Namun kedua-duanya pergi dengan cara berlainan. Perkongsian wanita ini tentang keguguran dan kehamilan ektopik boleh dijadikan pengajaran.
Jika sebelum ni, aku dikhabarkan mengandung 1-2 minggu, di peringkat awal kehamilan lagi. Hati ibu mana tak gembira, bila dalam rahim ada yang menghuni.
Setiap hari aku berdoa supaya anak syurga ni sentiasa dipelihara dan di jaga semasa dalam rahim aku ni. Namun, Tuhan menguji bila aku keguguran yang buat aku redda atas segalanya. Aku anggap Allah lebih menyayanginya.
Pada 22 Januari – Proses D&C dijalankan. Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yang dimaklumkan. Maka terjawablah proses bleeding aku selama ini adalah disebabkan masih ada sisa janin yang ada didalam rahimku. Alangkah sedihnya, tuhan sahaja yang tahu. Isi Hati aku sebagai ibu. Terus teringat mama.
Berpantang di rumah sendiri waktu tu, memang payah. Tapi nak bergerak kemana pun susah. Abah dan mama jarang berada dirumah berikutan sibuk menguruskan hal-hal rumah di **********.
Waktu tu pagi, dapat panggilan urgent, doctor minta buat Beta-HCG di******hari Khamis ni. Tapi disebabkan aku jaga hati kawan-kawan almaklum 2 minggu cuti kan. Aku pilih untuk ke ****** selepas waktu kerja.
4.30 petang – Badan aku waktu ni mula dedar, perut memulas. tapi rileks je macam biasa. drive balik waktu ni, memang senak ya ampun perut, rasa mencucuk-cucuk.
6.30 petang – Sampai di kawasan perumahan, terus berehat dalam kereta. sebab tak tahan sakit perut. subhanallah memang tuhan je tahu macam mana sakitnya.
7.01 malam – Terus perlahan-lahan naik tangga, hallooo! tingkat 3 tu. Waktu tu, mujurlah geng-geng makcik yang suka berborak ni, setiap tingkat ada sediakan kerusi untuk duduk. Aku dengan jayanya naik satu tingkat lepastu duduk, begitulah seterusnya, bila sampai di tingkat aku, terus perlahan jalan kerumah, namun waktu tu kepala berpinar, nak jatuh namun gagah jugak. Pada awalnya aku ingat, cuma bentan disebabkan keguguran lepas.
Pada keesokkannya aku rileks pergi kerja macam biasa. Ibarat macam takde pape terjadi. Namun aku ada jugak mengadu kat suami, kenapa perut aku sakit waktu jalan dan lalu bumper rumah atau lopak. Namun aku buat tak endah.
Ikutkan dah janji dengan mama nak balik kampung minggu ni tau, tapi suruh mama balik dulu sebab ikutkan jumaat nak balik kampung. Happy waktu ni, masa dalam perjalanan nak pergi ****** tu, aku siap gelak-gelak buat lawak bila video call dengan asben kacak tu. Kena tegur dengan asben
6.45 petang – Sampai di ****** aku terus parking di petak doktor, kau hadooo! terpaksa drive sendiri, sebab suami tugas luar waktu tu. Terpaksa aku berdikari tau. Namapun superwoman.
7.30 petang – Aku tak dibenarkan pulang, sebab waktu tu dah high jugak demam tu. Redha je, Cuma terus pergi scan sebab masih lagi ada bacaan Beta HCG.
8.00 malam – Waktu tu, seramai 4 pakar yang kerumun aku tau, dia macam berkerut tengok sesuatu. Bila last pakar turun, terus lagi kerut muka beliau. Nampak macam serius, aku pulak berdebar macam jantung ni nak roboh dibuatnya.
ADA CECAIR DALAM RAHIM
“Haniza, kami nak beritahu, dikawasan rahim ni, ada fluid yang kami sendiri tidak ketahui, nampak tak tompok yang ada tu disekitar rahim, kandungan air badan yang normal, tidak mempunyai sebanyak begitu. Jadi kami nak buat laparscopic terus nak masukkan kamera, tengok apa yang ada disitu, jika didapati mencurigakan, terus kami czer bawah perut untuk keluarkan fluid tersebut.”
8.15 Malam – Aku terkedu, mundar mandir, siap call mama, tapi aku minta doctor sendiri call suami kacak aku, sebab aku tak sanggup nak bercakap dengan beliau.
8.45 Malam – Suami aku sampai, waktu tu aku peluk menangis ketakutan, sebab selalu mama abah yang temankan aku, tapi suami depan mata aku menangis teruk sebab takut. Tanya kenapa aku diuji macamni, satu persatu allah beri dugaan pada aku. Suami pun nangis sama. Hanya Allah Maha Mengetahui.
9.15 Malam – Aku bersiap-siap dipakaikan baju untuk Emergency OT. Masih lagi mood meleleh air mata. Berzikir pada Allah, doa minta dijauhkan segalanya. Masa nak lepaskan dari pelukan suami tu, nak masuk bilik OT, hati aku sedih yang teramat. sebab aku tengok muka suami aku sedih.
Bila tersedar rupanya, nampak muka suami, orang pertama. Nangis tepi bucu katil, usap rambut kita, nangis sekali lagi. Waktu ni aku rasa pedih sangat. Almaklum mak ayah jauh, tinggal dengan suami je. Harapkan dia je. Mujur lah boleh diharap tapi duk tengok meleleh air mata aku jugak risau.
SATU JANIN TERSEKAT DI TIUB KANAN
“Abang sayang awak, abang takut kehilangan awak, sayang kita redha sekali lagi ujian Allah ye, tapi abang bersyukur, Allah panjangkan umur sayang. Sebab abang terlalu sayangkan awak.
Waktu tu aku terpinga-pinga jugak, sakit lagi dengan nangis lagi, tertanya-tanya lagi. Bila ditanya suami taknak cakap kenapa dan kenapa, mujurlah doktor yang rawat aku ni datang.
“Haniza, takziah sekali lagi saya ucapkan. Rupanya Allah sayang kat awak dan masih bernafas sampai harini, sebenarnya, kandungan awak yang lagi satu tersekat di tiub sebelah kanan sehingga menyebabkan pecah, dan tak dapat diselamatkan lagi.
CECAIR ITU DARAH!
“Fluid yang saya katakan itu adalah darah dari tiub awak yang pecah. Kandungan awak 8 minggu disahkan meninggal, tapi kami terpaksa bawa keluar untuk di hantar ke lab. Mujur awak cepat ke sini, sebab ada ibu yang takdapat diselamatkan sebab kes ni,” kata doktor.
Waktu tu, aku tak menangis, tapi aku bersyukur Allah beri aku pengalaman dan dua anak syurga yang bakal tunggu aku disana nanti. Bila terjadinya ujian maka allah sayang kat kita. Tapi apakan daya, anggap allah nak beri rezeki yang terbaik selepas ini.
Sehari selepas Operation, doctor dah suruh bangun jalan ke tandas, hiba jugak kadang, kita masuk bersalin tanpa budak, kiri kanan katil ada baby pulak tu. Kadang mak-mak baby tu, minta kita tengokkan anak beliau.
Nangis jugak tapi redha bak kata suami dan keluarga. Tapi Allah punya perancangan lebih baik. Namun selepas seminggu baru aku dibenarkan pulang.
Sediakan Dressing Kit ( boleh beli di farmasi RM 3.50 x 7 hari )
Setelah selesai proses cucian luka, penting untuk sembur Opsite agar kuman tidak melekat. ( Opsite boleh di beli di farmasi RM 29.90 botol kecil sahaja )
Lakukan sehingga luka sembuh sepenuhnya.
Aku bersyukur anak-anak syurga tunggu diatas sana. Dugaan yang Allah beri itu adalah kifarah, dia tarik semua nikmat kita di dunia, tapi dipulangkan kembali setelah sihat, namun segala dosa kita tidak dipulangkan semula, bahkan gugur semuanya. Inilah dugaan ibu untuk anak-anak syurga.
Kehadiran anak dalam rumah tangga dianggap penyeri. Ia ibarat pelengkap dalam hubungan suami isteri. Mungkin ada orang beberapa bulan kahwin terus dapat berita gembira namun bagi sesetengah pasangan pula terpaksa menunggu dari setahun ke setahun.
Begitu juga dengan perkongsian wanita ini, apabila suaminya mendapat kejutan yang mereka bakal menimang cahaya mata sulung selepas suami menanti 10 tahun untuk mendapat zuriat.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @babycayang giftbox di laman TikToknya, wanita itu memaklumkan suami orang yang paling teruja saat dapat tahu dirinya hamil.
“Ramai salah faham sebelum ini. Sebenarnya bukan saya yang tunggu 10 tahun, tapi suami. Dan bukan juga perkahwinan kami yang dah 10 tahun.
“Before this suami pernah kahwin, dalam 10 ke 11 tahun dan tak ada zuriat. Dan jodoh mereka pun tak panjang.
“Jadi rezeki yang dapat kali ini seolah-olah sesuatu yang tak dijangka sama sekali sehingga raut wajah suami sungguh terkejut,” kongsinya.
Dalaam video itu, sebaik sahaja suaminya itu membuka kotak tersebut, dia begitu terkejut melihat isi kotak yang mengandungi kit ujian kehamilan berwarna putih serta sekeping gambar ultrasound bayi.
“Seriuslah?! betul ke ni sayang?!” soal lelaki itu.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 2.1 juta tontonan dan mendapat lebih 250,000 tanda suka daripada warganet sejak dimuat naik di aplikasi itu.
Bagi mengesahkan kehamilan tersebut, lelaki itu telah membawa isterinya ke kilinik dan hasil pemeriksaan dari pihak klinik mendapati, wanita itu telah disahkan hamil anak lelaki, tiga bulan.
Terharu dengan keputusan kehamilan itu, dia telah menangis kegembiraan dan menghubungi ahli keluarga yang lain bagi memaklumkan khabar gembira tersebut.
Bukan itu sahaja, video tersebut turut mendapat reaksi pelakon terkenal, Aeril Zafrel dan rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat pasangan suami isteri itu yang sangat sabar serta tabah sepanjang 10 tahun menantikan cahaya mata sulung.
Dalam pada itu, wanita tersebut turut mendoakan pasangan yang sedang menunggu kehadiran zuriat dalam keluarga akan dikurniakan anak soleh dan solehah.
Salah satu video yang dimuat naik menunjukkan dua alat penguji kehamilan yang mempunyai dua line manakala satu video lagi menunjukkan Norish sedang membuat pemeriksaan doktor untuk mengesahkan usia kehamilannya.
Berdasarkan kapsyen yang ditulis oleh Amy Search menunjukkan dia sangat gembira dengan berita ini dan menganggap rezeki yang tak ternilai dari Allah.
Menurut Amy Search, usia kandungan isterinya dah sebulan. Paling membuatkan dia bersyukur Allah makbulkan doanya selama ini kerana dia memang mengimpikan untuk beroleh cahaya mata lagi. Dan tak sangka di usia 60 tahun rezeki ini diberikan padanya.
Dalam pada itu juga, Amy Search turut mengharapkan doa dari peminatnya semoga kandungan Norish selamat, sihat dan berjalan lancar.
Ramai peminatnya yang mengucapkan tahniah dengan mengingatkannya supaya menjaga isteri dengan baik.
Apa-apapun semoga fasa kehamilan Norish kali ini dipermudahkan selepas kali terakhir dia melahirkan anak lelaki mereka, Qaqa-At Tameemi 9 tahun lalu.
Sumber: Instagram Amy Search
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!