Tahniah diucapkan buat penyanyi, Syura Badron yang telah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Johor Bharu, pada Isnin lalu.
Bayi yang ditunggu ramai itu dilahirkan dengan seberat 2.5 kilogram secara normal. Akui Syura, dia selesa dan memilih untuk bersalin di Johor kerana sebelum ini doktor yang sama menyambut kelahiran tiga anaknya sebelum ini.
Bahkan kata Syura lagi, selepas lama tidak melalui proses melahirkan anak, dia juga berasa bimbang jika berlaku sebarang komplikasi atau perlu melahirkan secara pembedahan. Apatah lagi ini kali pertama dia bersalin dalam tempoh 12 tahun.
“Syukur Alhamdulillah proses bersalin semua dipermudahkan. Saya pilih untuk bersalin di sini (Johor) sebab bimbang jika perlu dibedah, maklumlah usia pun sudah meningkat.
“Selepas 12 tahun, pelbagai perasaan yang saya rasakan. Memang teruja tapi dalam masa sama ada sedikit rasa janggal. Walaupun sudah ada tiga anak, saya anggap ini adalah pengalaman baru,” katanya.
Ads
Syura turut berkongsi kegembiraan itu dengan memuat naik video di Instagram miliknya. Bukan itu sahaja bahkan bayi lelaki comel itu juga sudah pun diberikan nama yang cukup indah.
“Assalammualaikum dan selamat datang sayang daddy mommy, Muhammad Umar Eussof,” tulis Syura di Instagramnya.
Dalam pada itu, Syura berkata, suaminya teruja menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka dan turut menemaninya saat melahirkan di dewan bersalin.
Ads
“Mestilah suami teruja sebab ini kali pertama dia bergelar seorang ayah. Dia yang sambut bayi kami semalam sampai menggigil tangannya apabila melihat anak kami.
“Walaupun sudah ada tiga anak, saya anggap ini adalah pengalaman baru,” ujarnya.
Jelas Syura lagi, dia akan menjalani proses berpantang di Kuala Lumpur sambil ditemani anak-anak dan ahli keluarga.
Ads
Terdahulu, Syura dan Muhd Farizat mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan ini merupakan perkahwinan kedua penyanyi tersebut. Syura turut dikurniakan tiga orang cahaya mata melalui perkahwinan terdahulunya, Nurul Dania Irdina, 16, Nurul Qaisara Sofia, 14 dan Muhammad Irfan Aryan, 12 tahun.
Polis mengesahkan menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di dalam beg dan diletakkan di kawasan kedai makan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad.
Bayi dalam keadaan sihat
Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner, Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang memaklumkan telah terjumpa seorang bayi perempuan berusia dua bulan pada jam 10.49 pagi.
“Pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia yang tiba di lokasi kejadian telah membuat pemeriksaan dan mengesahkan bayi yang dijumpai itu berada dalam keadaan sihat,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, bayi perempuan tersebut kemudian dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil untuk tindakan lanjut.
“Siasatan lanjut masih lagi dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap mana-mana kejadian tanpa maklumat yang sahih.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.
Penyampai radio dan pelawak terkenal, Jep Sepahtu, menarik perhatian ramai apabila memuat naik gambar bersama dua anak lelakinya.
Menerusi perkongsian yang menyentuh hati di Instagram, pemilik nama Muhd Nadzri Zainal Abidin berkongsi momen gembira yang membuatkan air matanya tidak henti mengalir sempena genap ulang tahunnya ke 40 tahun.
Dalam hantaran itu, Jep seolah-olah memberi bayangan bahawa anaknya didiagnos autism menerusi hashtag ta, #anakabah#anaksyurga#autism yang ditinggalkan di ruangan kapsyen.
Pun begitu, Jep tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai keadaan anak-anaknya itu.
Harini genap usiaku yang ke 40 tahun. Baru sahaja tadi aku mendapat hadiah yang membuat airmata aku tak berhenti mengalir.”
“Syukur Alhamdulillah diatas pemberian ini. Ternyata sangkaan baik ku selama beberapa tahun ini akan terus menjadi sangkaan baik sepanjang hidup. Akan aku jaga amanah ini dengan penuh rasa syukur, cinta, kasih dan sayang. Khidir dan Abu Bakr seindah nama mu.”
Ramai netizen memberikan kata-kata semangat dan mendoakan yang terbaik buat keluarga kecil ini. Sesungguhnya, anak-anak ini adalah anugerah dari syurga hadir dengan ujian, tetapi juga membawa rahmat yang tak ternilai.
Pertama kali bergelar ibu satu anugerah yang tak mampu diungkap dengan kata.
Itulah yang dirasai oleh pelakon cantik, Wan Atiqah Wan Ali, atau lebih dikenali sebagai Atikah Suhaime, selepas selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, Lyla Mulan Teh, pada 6 Mei 2024, hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Datuk Lokman Teh, usahawan dan Pengarah Eksekutif produk Zaitun.
Sejak kehadiran Mulan, hidup Atiqah berubah 180 darjah. Setiap detik bersama si kecil itu membuka lembaran baru sebagai seorang ibu. Namun di sebalik senyuman dan kebahagiaan yang dikongsi, terselit juga rasa yang tak terluah.
“Saya pernah rasa ‘hilang’ peranan sebagai ibu. Persekitaran saya – ada pembantu, ibu, dan mak mertua semua bantu jaga anak. Tapi dalam hati… saya rasa kosong. Macam saya bukan ibu yang cukup bagus…”
Perasaan bersalah itu sesekali hadir tanpa diundang. Walaupun Lyla Mulan dijaga penuh kasih sayang, jauh di sudut hati Atiqah tetap rasa seolah-olah dirinya seorang ibu yang tidak sempurna.
Namun satu momen mengubah segalanya.
“Tapi at the end of the day, apa yang saya perasan… bila malam nak tidur, Mulan tetap cari saya.”
Ayat ringkas itu cukup menggambarkan betapa kuatnya naluri seorang anak terhadap ibunya. Itulah saat yang menyedarkan Atiqah – bahawa kasih ibu tak pernah salah alamat.
Biar ramai yang membantu, hati anak tetap tahu siapa yang mengandungkannya, menyusu, dan menyayanginya sejak dalam rahim.
Dari situ, Atiqah mula bangkit. Perlahan-lahan membuang rasa bersalah, dan belajar menerima diri bahawa menjadi ibu juga adalah satu perjalanan yang perlukan masa dan ruang.
Sebagai wanita dan ibu yang baru bertatih, Atiqah tidak simpan kisah ini sendiri. Malah dia sering berkongsi secara jujur di media sosial demi memberi kekuatan buat para ibu yang mungkin sedang rasa yang sama.
“Jadi ibu-ibu kalau rasa anak tak sayang, jangan rasa rendah diri. Jangan patah semangat. Tak kisahlah siapa pun yang bantu jaga, kasih seorang ibu tetap terpahat dalam jiwa anak.”
Atikah dan Datuk Lokman Teh telah sah bergelar suami isteri pada 24 Jun 2022. Kini, dengan kehadiran Lyla Mulan Teh, perjalanan mereka sebagai ibu dan bapa bermula membawa sinar baru dalam kehidupan rumah tangga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.