Hampir dua minggu melayari kehidupan berumahtangga bersama Engku Emran, nampak kebahagiaan di wajah Noor Nabila menerima kehadiran Engku Aleesya dalam keluarganya. Ternyata kehadiran Aleesya yang cukup lemah lembut dan sopan itu menyenangkan semua pihak.
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram kakak kepada Neelofa itu, Nabila telah memuat naik titipan doa buat anak tirinya itu sempena hari lahir yang ke-12 pada hari ini (30 Mac).
Ya Allah ku bersyukur dan berterima kasih Ya Allah, kau serikan hidupku dan anakku dengan kehadiran Aleesya.
Wahai Rabbul alamin panjangkan usianya, sihatkan dia, luaskan rezekinya, makbulkan segala doa-doanya, sempurnakan hajatnya, capaikan segala cita-citanya. Selamat hari jadi yang ke-12 sayang. Semoga Aleesya sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya. We love you so much.
Ads
Sempena ulang tahun kelahiran Aleesya yang ke-12, Nabila memohon yang terbaik buat anak tirinya itu. Tambah Nabila, kehadiran Aleesya dalam keluarga telah menyerikan lagi hidupnya dan Jebat.
Sebelum ini, anak dara Erra Fazira menjadi perhatian ramai pada majlis perkahwinan bapanya baru-baru ini kerana caranya yang lemah-lembut dan mudah mesra dengan ahli keluarga Nabila.
Ads
Aleesya juga tidak kekok melayan Jebat dan dia juga akui seronok mempunyai adik setelah 11 tahun hidup seorang tanpa adik. Jadi bila dapat mesra dengan Jebat yang sememangnya bijak, mengembirakan Aleesya.
Dalam temubual bersama media selepas perkahwinan Engku Emran, Erra bersyukur Aleesya boleh bawa dirinya dalam keluarga besar Nabila dan berharap anaknya dapat menghormati Nabila sebagai ibu walau apa keadaan sekalipun.
Ads
Malah, dalam beberapa majlis kekeluargaan yang diadakan oleh keluarga Nabila, nampaknya Aleesya sentiasa datang dan turut serta.
Kredit: IG Noor Nabila
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila dah ada baby baru, memang rutin yang dulunya tenang bertukar sedikit kelam kabut. Itulah yang dilalui oleh Dr. Say, doktor selebriti yang dikongsi di laman instagramnya.
Dr. Say dengan tenang meletakkan bayinya ke dalam baby cot namun tak lama kemudian bayinya menangis meminta didukung. Nampak gayanya daddy memang tak sempat nak makan semata-mata nak tenangkan baby sef!
Tambah Dr. Say, dia mengakui rutin sedikit berubah setelah kehadiran bayi kedua kerana anak sulungnya kini sudah besar dan mempunyai waktu tidur yang teratur. Jadi mereka suami isteri jarang terganggu pada waktu malam.
Dr. Say baru sahaja menimang cahaya mata keduanya pada pukul 8.14 pagi semalam. Menurutnya, Dr. Azura selamat melahirkan cahaya mata lelaki kedua melalui pembedahan dan bayi dalam keadaan sihat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Orang kata anak ramai rezeki. Tapi dalam keadaan hari ini, bila pasangan yang mempunyai anak lebih dari 5 orang pun orang dah menjeling tengok bila bawa keluar ke mana-mana. Mungkin dulu orang tak kisah sangat tapi sekarang ia sedikit berbeza.
Lagi satu kebanyakan daripada kita akan fikir jika anak dua atau tiga dah cukup untuk zaman sekarang. Ini kerana semua kos mahal selain masa untuk membesarkan anak agak terhad. Ada sesetengah pendapat menyatakan tak boleh tengok pada kuantiti tetapi kena nilai melalui kualiti.
Walau apa pun pendapat, pasangan suami isteri sendiri yang tahu. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Setiap orang ada pendapat berbeza. Bagaimana kita nak mencorakkan anak-anak semuanya dari acuan ibu bapa sendiri.
Namun bagi Puan Wan Melisa, 33, yang kini mempunyai 8 orang anak dan sekarang tengah mengandungkan anak yang ke-9 dia menganggap kehadiran anak-anak ini dianggap rezeki buatnya dan suami.
“Ramai orang tak percaya bila tahu saya ibu kepada 9 orang anak. Di usia yang masih muda dan dengan keadaan sekarang ini, pergi mana-mana pun bila orang lihat saya bawa anak-anak yang masih kecil ada yang tanya anak sendiri atau anak buah.
“Bila jawab anak sendiri mereka tak percaya tapi bila terangkan baru mereka faham,” katanya.
Anak ramai rezeki tak putus
Wan Melisa berkongsi semasa berkahwin dia berusia 20 tahun manakala suami 21 tahun. Dapat anak setahun kemudiannya.
“Asalnya kami tak plan nak berapa anak kerana suami seorang saja yang bekerja dan saya pula suri rumah saja.
“Namun betullah orang kata, bila kita melahirkan anak ni setiap dari mereka pembawa rezeki yang tak disangka. Dari saya tak bekerja lepas kehadiran anak-anak saya dapat buat bisnes online dan kini sepenuh masa buat bersama suami.
“Saya sekarang ada lapan orang anak. Enam lelaki dua perempuan. Seorang lagi dalam kandungan usia 6 bulan lebih. Tu pun ada yang bising cakap jangan beranak lagi. Tapi sebenarnya bila makin ramai anak makin murah rezeki keluarga kami.
“Bermula anak ketiga selang setahun je anak-anak kami. Sampai la anak ke-6 dan ke-7 dapat kembar lelaki. Sekarang anak ke-8 pun lelaki dah nak masuk 10 bulan.
“Sebenarnya saya juga pernah keguguran sebanyak 3 kali. Kalau semua ada sekarang dah 12 orang anak,” katanya.
Target 12 orang anak
Wan Melisa menyatakan memandangkan dia pun mempunyai 9 beradik dan dari keluarga besar, bila anak ramai lagi seronok. Manakala suami pula ada 4 beradik dan mempunyai kembar.
“Masa mula-mula nak jaga anak ramai memang rasa susah, tapi alhamdulillah Allah sangat mempermudahkan urusan saya dan suami. Anak-anak seolah faham dan mereka jarang nak buat perangai.
“Saya bersyukur dengan membuat bisnes online ni dalam masa sama dapat tengok dan pantau anak-anak. Semua saya jaga sendiri dan tak ada pembantu rumah.
“Anak-anak pun tak mengeluh bila saya bawa ke mana-mana untuk ambil barang berniaga. Sampai sekarang anak 8 orang syukur sangat-sangat dari hidup kami susah, Allah berikan keselesaan untuk kami anak beranak tinggal di rumah selesa dan makan pakai semua cukup. Sebab tu suami cakap kalau boleh dia nak 12 orang anak,” jelasnya.
Kena pandai urus masa
Tak dinafikan anak ramai dan masih kecil memang penat. Jadi sebagai ibu saya memang dah tahu nak urus masa. Mula dari bangun pagi hingga nak tidur malam semua dah ada jadual.
“Kadang-kadang suara terkuat tu biasa. Tapi anak akan faham sendiri sebelum saya marah. Bagi saya juga ada anak ramai ni mak akan jadi awet muda. Sebabnya sentiasa melayan karenah anak-anak dari pagi sampai malam.
“Lagi satu ada juga yang bertanya saya dengan keadaan sekarang tak sesuai untuk memiliki anak ramai kerana susah nak jaga dan ekonomi pun tak menentu.
“Bagi saya mudah saja, itu atas pasangan masing-masing. Kalau susah kita fikir, maka susahlah jadinya. Sentiasa fikir positif, Allah akan lorongkan perkara yang positif buat kita sekeluarga,” katanya lagi.
Mengandung tak ada alahan, bersalin normal
Wan Melisa menambah, dia bersyukur sepanjang mengandung tiada alahan teruk. Cuma dalam trimester pertama saja alahan. Selepas itu dia kembali cergas dan boleh urus anak macam biasa.
Begitu juga melahirkan anak, semua 8 anak saya lahirkan secara normal dan mudah. Kini anak-anak saya berusia 12 tahun (lelaki), 9 tahun (perempuan), 7 tahun (perempuan), 6 tahun (lelaki), 4 tahun (lelaki), kembar 2 tahun (lelaki), bayi 10 bulan (lelaki).
Keluar berjalan pakaikan baju sama
Memandangkan saya anak ramai, bila keluar akan pakaikan baju yang sama untuk anak yang kecil. Ini cara saya untuk mudah nak tengok anak pergi mana-mana.
Kadang ada juga soalan yang tanya, ni anak asuhan ke anak sendiri? Bila cakap anak sendiri mereka pula tak percaya.
Pertanyaan ini dah lali untuk saya. Lagipun suami memang tak akan bagi tinggalkan anak-anak di rumah kalau nak keluar. Memang kena bawa semuanya.
Setakat ini bila anak-anak dikhalayak ramai, semua masih boleh mendengar kata. Syukur juga bila ada anak yang dah besar, mereka pula boleh tolong jaga dan pantau adik-adik.
Masa nak keluar, tip yang selalu saya gunakan untuk anak-anak adalah pesan siap-siap supaya jangan nakal-nakal, dengar cakap dan bila berjalan pimpin tangan. Kalau tak dengar duduk saja di rumah. Alhamdulillah sangat menjadi.
Begitu juga bila di rumah. Lepas main, makan semua kena kemas. Anak-anak ni bila dah terbiasa dengan disiplin automatik mereka akan faham dan ingat sampai bila-bila.
Percayalah bila kita yakin dengan perancangan Allah, rajin mencari rezeki dengan niat untuk membahagiakan keluarga, semua itu dipermudahkan.
Sumber: Wan Melisa
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa ibu hamil perlu minum air gula? Ketahui fungsi ujian GTT, risiko diabetes ketika mengandung, langkah pemeriksaan dan bagaimana ia melindungi ibu serta bayi.