Hampir dua minggu melayari kehidupan berumahtangga bersama Engku Emran, nampak kebahagiaan di wajah Noor Nabila menerima kehadiran Engku Aleesya dalam keluarganya. Ternyata kehadiran Aleesya yang cukup lemah lembut dan sopan itu menyenangkan semua pihak.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram kakak kepada Neelofa itu, Nabila telah memuat naik titipan doa buat anak tirinya itu sempena hari lahir yang ke-12 pada hari ini (30 Mac).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Selamat hari jadi ke-12 sayang!

Ya Allah ku bersyukur dan berterima kasih Ya Allah, kau serikan hidupku dan anakku dengan kehadiran Aleesya.

Wahai Rabbul alamin panjangkan usianya, sihatkan dia, luaskan rezekinya, makbulkan segala doa-doanya, sempurnakan hajatnya, capaikan segala cita-citanya. Selamat hari jadi yang ke-12 sayang. Semoga Aleesya sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya. We love you so much.

IKLAN

“Selamat Hari Jadi Ke-12 Sayang, Lengkap Hidup Kami”. Nabila Titip Doa Buat Aleesya

Sempena ulang tahun kelahiran Aleesya yang ke-12, Nabila memohon yang terbaik buat anak tirinya itu. Tambah Nabila, kehadiran Aleesya dalam keluarga telah menyerikan lagi hidupnya dan Jebat.

Sebelum ini, anak dara Erra Fazira menjadi perhatian ramai pada majlis perkahwinan bapanya baru-baru ini kerana caranya yang lemah-lembut dan mudah mesra dengan ahli keluarga Nabila.

IKLAN

“Selamat Hari Jadi Ke-12 Sayang, Lengkap Hidup Kami”. Nabila Titip Doa Buat Aleesya

Aleesya juga tidak kekok melayan Jebat dan dia juga akui seronok mempunyai adik setelah 11 tahun hidup seorang tanpa adik. Jadi bila dapat mesra dengan Jebat yang sememangnya bijak, mengembirakan Aleesya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Dalam temubual bersama media selepas perkahwinan Engku Emran, Erra bersyukur  Aleesya boleh bawa dirinya dalam keluarga besar Nabila dan berharap anaknya dapat menghormati Nabila sebagai ibu walau apa keadaan sekalipun.

IKLAN

“Selamat Hari Jadi Ke-12 Sayang, Lengkap Hidup Kami”. Nabila Titip Doa Buat Aleesya

Malah, dalam beberapa majlis kekeluargaan yang diadakan oleh keluarga Nabila, nampaknya Aleesya sentiasa datang dan turut serta.

Kredit: IG Noor Nabila

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI