Pintu kereta yang dibuka secara tiba-tiba oleh orang yang tidak dikenali memang banyak berlaku terutama ketika berada di lampu isyarat. Banyak nasihat yang diberikan supaya kita sentiasa berwasapada, sentiasa kunci pintu kereta agar tidak berlaku kejadian yang buruk.
Sama seperti yang dikongsi oleh En Faridzuan di mana seorang lelaki secara tiba-tiba membuka pintu kereta salah seorang pengguna jalan raya namun gagal kerana pintu tersebut semamangnya dikunci dari awal.
Psst: Posting ini hanya bertujuan sebagai peringatan untuk kita semua lebih berwaspada soal keselamatan dalam kenderaan.
Kejadian berlaku dekat lampu isyarat ‼️
Selamba dia je nak buka pintu belakang. Tak dapat buka, dia cuba pulak dekat kereta lain.
Ads
Nasib baik lah ada dash cam, sempat rakam “cubaan” dia nak buka pintu belakang kereta tu.
Alhamdulillah dia tak berjaya. Kalau tak, tak tau lah apa yang bakal berlaku.
Ads
Ada kes pernah berlaku, penyamun masuk ikut pintu belakang kereta yang tak berkunci. Pemandu tergamam, speechless, tak mampu buat apa-apa. Sedar-sedar je dah kena hunus dengan sebilah pisau kat belakang tengkuk.
Macam mana lah keadaan kalau tengah seorang-seorang je dalam kereta masa tu. Dah lah seorang je dalam kereta, buatnya kawasan tu pulak terpencil, tak ada kereta lain?
Tambah pulak ada anak kecil dalam car seat dekat belakang. Kita yang lelaki kalau kena pun haru, ni cuba kalau mak atau isteri dan anak kita kena.
Ads
Allahu. Tak sanggup aku nak bayangkan. Hati-hati semua. Pakat pesan dekat isteri, mak ayah yang dah tua dekat kampung serta kakak dan adik perempuan tu.
Pastikan pintu kereta sentiasa berkunci setiap masa. Orang nak buat jahat macam-macam cara sekarang. Dia orang cuba je. Terleka sikit je, habis.
Kredit: Faridzuan Zakeria
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada mana-mana ibu bapa yang suka melihat anak dalam kesakitan atau kecelakaan. Adat anak-anak sedang membesar kadang-kadang walaupun sedaya upaya menjaga keselamatan anak, pasti ada sahaja akal si kecil ini.
Ibu ini sudi berkongsi kisah anaknya yang tercekik duit syiling 20 sen untuk dijadikan panduan buat ibu bapa lain.
Sebenarnya untuk iktibar semua kalau nak kata kecuaian daripada kami ya, kami mengaku, dan kanak2 ni juga sejuta kemungkinan boleh terjadi, dalam umur yang aktif nak explore segala macam benda sekeliling.
Dengar Suara Anak Tersedak
Reza tercekik coin, jam 10pm bed time semua dah masuk tidur kecuali husband aku, kerja, dalam jam 11pm Reza belum tidur dan cari daddy, daddy kat depan tertidur di sofa, Reza keluar & masuk bilik balik tepuk aku yang tengah tidur, aku dengar dia macam tersedak2 dan nampak samar2 dia tercungap dan susah bernafas. Aku terus tepuk2 belakang dia konon nak buat step yang macam aku selalu tengok macam mana nak handle bila anak choking.
Bukan mudah! sebab Reza keraskan badan, kepala dongak cuba mencari nafas, sebelah tangan aku tak mampu nak angkat badan dia dengan sebelah lagi tepuk belakang, lagipun dia meronta dengan kuat, aku jerit panggil husband, husband tepuk2 dan angkat tangan Reza. Akhirnya dengar bunyi Reza nangis lega aku! Allahhu!. Tengah menangis Reza muntah, muntah susu yang dia minum jam 10pm tadi. Tapi hanya susu.
Masa Dia Tidur Air Liur Banyak keluar (Simptom Tertelan Sesuatu)
Aku cakap husband ada benda yang Reza dah telan, tapi kami tidak tahu benda apa, dan dia muntah lagi, Reza nampak lemah pucat, dia tertidur aku monitor je nafas dia, sambil tangan kalut goggle info. Masa dia tidur air liur banyak keluar, ni antara simptom dia tertelan sesuatu. Terus aku ajak husband pergi klinik, jam dah 11.30pm.
Kerap Muntah
Dalam perjalanan muntah lagi, sampai klinik pun muntah lagi masa tunggu turn jumpa doctor (fast lane), tidak ada xray kat klinik Azzahran (rosak katanya) doctor bagi reference letter kami ke Hospital Annur Bangi, xray ada tapi ON CALL kena tunggu dalam masa 1 jam untuk juru xray datang Reza muntah lagi, dan baru aku perasan Reza ni tak bercakap pun selepas tercekik, dia lemah je mungkin mengantuk juga.
Xray Menunjukkan Dia Tertelan Sesuatu Iaitu Syiling 20@50 Sen
Tengah xray dia muntah lagi. Dan dia memang tertelan sesuatu iaitu syiling 20@50 sen! Panic dah aku sebab syiling tu tersekat ditekak dia antara saluran pernafasan dan pemakanan. Jam 1.30am jumpa doctor dan dimaklumkan Hospital Annur tidak ada alat untuk keluarkan syiling tersebut (dah order katanya tapi belum sampai. Kami dicadangkan ke KPJ Kajang dengan cepat dan kena monitor muka(takut bertukar biru) dan nafas Reza, ada time macam susah Reza nak tarik nafas. Sepanjang perjalan ke KPJ Kajang tangan aku sentiasa didada Reza. Jauh sangat rasa perjalanan tu. Reza tidur dan masih tidak bercakap aku tanya dia angguk geleng je. Aduhhhh!
Di Referkan Ke KPJ
Sampai KPJ bahagian kecemasan aku cakap yang anak aku tertelan/tercekik sesuatu, terus receptionist tu cakap sorry bilik baby penuh dan kami takde bilik sekarang dan dicadangkan pergi je hospital lain, eh taik je! aku dah naik angin sebab ini adalah harapan terakhir kami setelah 3 tempat pergi untuk rawatan. Dia terus tolak kami tanpa tengok xray yang aku bagi dia, kemudian aku cakap kami emergency anak dah sesak nafas kau nak suruh aku pergi mana lagi? Alasan kau simple takde bilik! And macam ni ke kau layan customer kau? (Maaf ye bahasa baik tetiba hilang pulak time ni) Kemudian doctor lelaki nama Nur (tak ingat nama penuh) datang dan maklumkan yang takde bilik nak stay kalau kena warded nanti, husband aku dah marah, wah! Banyak nya penduduk Kajang sakit malam ni?!
“panggil manager aku nak jumpa!” aku dah nangis time tu!
Tiada Pakar Bedah Kanak-Kanak Di KPJ
Sebab bilik tak ada mereka tidak mahu rawat anak aku, kalau time tu jugak anak aku collapse macam mana?! Sorang wanita India datang, Sarojini (manager / sister) dia yang terangkan bahawa KPJ tidak ada Pakar Bedah Kanak- Kanak. Aku terus cakap habis apa yang korang nak ding dong dari tadi pasal bilik penuh?! Cuba cakap dari mula lagi yang korang TAKDE PAKAR BEDAH KANAK KANAK, mesti kami faham dan terus ke hospital lain, mesti korang tertanya kenapa nak pegi private kan? Time ni kami nak cepat, anak sesak nafas mesti nak rawatan yang cepat, lagipun KPJ ni antara panel company husband.
Terpaksa Ke Hospital Kajang
Akhirnya hospital terdekAt adalah hospital Kajang kami terus ke situ, nak ke Serdang jauh dan takut apa apa terjadi kat Reza sebab dah terlalu lama.
Terus ke kecemasan dan terus ke zon kritikal. Dengan segera doctor perempuan check Reza check heartbeat check oksigen semua masih terkawal cuma nafas ada kalanya sangkut2. Kemudian ada lagi doctor lelaki datang jumpa kami dan check Reza sekali lagi, terus ambil xray yang kami bawa, ajak kami sama2 tengok xray Reza dengan cerita yang teliti.
Alhamdulillah Akhirnya Dapat Masuk Ke Ward & Dicadangkan Ke HKL
Dr. Ahmad Afiq dengan muka yang asyik tersenyum sengeh, penerangan yang jelas, serba sedikit hilangkan rasa panic gusar kami. Akhirnya Allah jumpakan kami dengan malaikat kecilnya 🤲🏻. Terima kasih semua doctor staf kecemasan Kajang 🙏🏻. Alhamdulillah warded jam 5am Hospital Kajang.
Dr Afiq maklumkan akan jalankan 1 lagi xray untuk kesan pergerakan coin tu dah ke mana dah masuk tabung atau belum. Jadi kami tunggu xray buka jam 8 pagi. Sementara itu nurse still monitor keadaan Reza. Alhamdulillah 🤲🏻. Aku boleh rest baring sama2 dengan reza. Husband balik ambil kakak dan hantar dia ke sekolah, dari jam 11.30pm kami tinggalkan dia seorang tidur di rumah.
Xray Kali Ke-2 Syiling Masih Pada Kedudukan Yang Sama
Xray kali kedua kedudukan syiling masih sama tak bergerak. Kami dicadangkan ke HKL kerana Kajang tidak ada equipments yang cukup untuk operation.
3.30pm sampai HKL dengan ambulance 🚑 siap je warded 3-4 orang doctor pakar datang interview kami, operation 6.30pm ditangguhkan 2 jam sebab Reza minum air dia minta sendiri dari katil depan dia. Aku dengan husband ada urusan di emergency jadi kami tinggalkan dia sekejap.
Doktor Bius Suruh Cium Anak & Doakkan Dia Selamat
8.30 malam masuk OT, aku pangku Reza dia tidur masa tu lemah sebab dah hampir 20jam puasa. Aku masuk sama2 dalam OT doctor biuskan Reza dalam dakapan aku, beberapa saat saja Reza dah lembik dengan air liur banyak keluar berbuih buih. Doctor bius suruh aku cium dia dan doakan dia kuat dan selamat 😢. Nangis aku!
Alhamdulillah Pembedahan Berjaya
10pm Alhamdulillah syiling berjaya dikeluarkan. Terima kasih semua doctor pakar & staff paediatric HKL 🙏🏻.
Terima Kasih Pasukan Perubatan
Aku sarankan kepada semua ibu bapa sekiranya Allah uji kamu sama seperti aku, segeralah ke Hospital Besar daerah masing2 jangan tangguh. Aku takut kes seperti aku berulang kepada kamu dan masa untuk menyelamatkan anak2 kamu singkat @ tidak cukup 🙏🏻.
*coin yang Reza telan mungkin jatuh dari pocket seluar husband sebab dia tertidur di sofa selepas balik kerja. Sebelum ni sebiji lego pun tak pernah dia masukkan dalam mulut.
Terima kasih semua staff Hospital Kajang & HKL – Hospital Wanita & Kanak Kanak Kuala Lumpur yang melayani kami dengan sangat baik
Trauma buat seorang ibu gara-gara tindakan lelaki yang menaiki van dipercayai untuk menculik anaknya yang ketika itu berada di koridor rumah. Walaupun dalam pagar, jika terleka sikit tak tahu apa yang terjadi seterusnya.
Menerusi perkongsian seorang ibu di Facebook Ruby La Ressa, dia menceritakan detik yang berlaku sehingga disedari olehnya sendiri yang ketika itu berada di dalam rumah.
Namun sangat bersyukur Allah masih lindungi anaknya daripada niat jahat orang yang cuba untuk melakukan sesuatu yang diluar jangkaan mereka sekeluarga.
Buat yang bertanya macam mana kejadian itu berlaku. Cubaan menculik Raudhah
Ini kisahnya..Dalam pukul 12.15 (4 November) macam tu, tengah hari yer. Aku menyapu dalam rumah, menyapu depan pintu rumah. Ada satu VAN JENAMA VANNET(WARNA KELABU), PEMANDU SEORANG LELAKI BERTOPI,PAKAI BAJU BERKOLAR WARNA OREN. Pandu perlahan sangat depan rumah aku, Aku HANYA fikir MUNGKIN orang nak Cari alamat rumah hantar barang.
So, aku ignore kan..sambung lagi menyapu sampai ke dapur. Van tadi pun berlalu, setelah usha rumah aku..(NI aku perasan yer)
Masa dekat dapur, Aleesya dan Raudhah turun dari atas..(rumah 2 tingkat). Lepas tu Aleesya terus ke dapur bagitau Aku “MAMA, ORANG SUKA PARKING DEPAN RUMAH KITA KAN”..
Aku intai dari tingkap dapur, aku tengok van yang sama parking betul-betul depan rumah aku.. Jadinya, hati aku tak sedap. Aku perhatikan gerak orang tu. Masa tu aku nampak dia melambai-lambai macam panggil seseorang. Aku pelik dia panggil siapa pula.
Time tu aku tak terfikir lagi Raudhah. Bila aku anjak badan aku ke belakang sikit, Pam!!
Aku nampak Raudhah at depan(porch) sorang-sorang time tu dia nak amik tuala nak mandi.
Bila aku pandang van tu balik, aku tengok lelaki tadi dah keluar dan turun dari van!!
Aku terus menjerit sekuatnya “ADIK!! MASUKKKKKKKK!!!”
Raudhah terkejut, sampai tuala dia pun terjatuh. Aku dari dapur berlari ke depan..
Bila lelaki tu nampak aku berlari ke depan, dia terus lari masuk van dan terus memecut van dia selaju yang mungkin.
Kau bayangkan sampai tayar dia bergesel dengan pasir depan rumah aku ni, laju ke tak dia tekan padel minyak. Kalau aku leka dekat dapur, Allah tak dapat aku bayangkan.
Pagar depan memang berkunci, tetapi pagarnya rendah. Orang tu pun boleh panjat. Lepas tu aku terus buat report.
Kejadian BERLAKU dekat SEC 18 SHAH ALAM,SELANGOR.. Harap sangat pantaulah pergerakan anak-anak, lagi-lagi masa cuti sekarang ni. Vannya tak buruk pun, van cantik lagi. Kami dah pun pasang CCTV dekat rumah.
Apa yang patut kami buat, kami usahakan untuk selamatkan anak-anak kami. Semoga Allah melindungi anak-anak kita semua.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah hidup sepasang warga emas yang serba daif namun penuh kasih sayang terhadap empat cucu orang kurang upaya (OKU) benar-benar menyentuh hati ramai. Di sebalik kekangan usia dan kudrat, si datuk tetap gigih mencari rezeki halal demi kelangsungan hidup keluarganya.
Lebih menyayat hati, lelaki warga emas tersebut sanggup berjalan perlahan sambil bertongkat, semata-mata untuk mencari sesuap nasi buat keluarga tersayang. Beliau tetap tidak menyerah kalah, malah masih menjaja tudung saji dan barang kraf tangan meskipun dalam keadaan fizikal yang semakin uzur.
Rakaman video berdurasi lebih seminit yang dimuat naik di profil TikTok @Mr.Cool – Asnaf Hunter, memaparkan detik-detik lelaki itu baru pulang dari berniaga di sekitar Bandar Tumpat, Kelantan. Dedikasinya mengharukan, lebih-lebih lagi apabila diketahui bahawa di rumah sedang menanti isteri tercinta serta empat cucu OKU yang memerlukan perhatian rapi.
Perkara yang paling menarik perhatian ramai ialah keadaan rumah mereka yang sangat bersih dan kemas, walaupun jelas serba kekurangan. Ramai netizen memuji ketekunan pasangan warga emas ini yang tetap menitikberatkan kebersihan dan adab dalam melayan tetamu.
Antara pujian yang diterima termasuk:
“Rumah dia bersih ja, menandakan dia orang memang rajin. Betul lah mak cakap, kalau rajin semua nampak kemas,” – @Norjannah Tahir
“Terus hidang air untuk tetamu. Tingginya adab budaya Melayu kita,” – @Zarinah Sulaiman
“Kuatnya pak cik, walaupun kudrat terbatas. Moga murah rezeki pak cik sentiasa,” – @MaMaYonG
Kata @Mr.Cool, suasana di rumah itu sangat sederhana dan sukar dilihat dalam masyarakat moden kini. Keikhlasan dan layanan mesra si isteri turut memberi kesan mendalam kepada sesiapa yang melihatnya.
Kisah ini bukan sekadar kisah kesusahan. Ia adalah kisah ketabahan, cinta keluarga, dan nilai budaya yang masih utuh diamalkan. Dalam dunia serba moden yang sering mengejar material, pasangan ini mengingatkan kita akan pentingnya kasih sayang, tanggungjawab dan adab.
Semoga kisah warga emas ini menjadi inspirasi kepada kita semua – bahawa kasih sayang dan pengorbanan tidak pernah mengenal usia atau kekurangan.
SUMBER:- KOSMO!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!