“Selang sehari mesti dia akan buat ‘video call’…Tapi Sekarang Dah Tak Ada Lagi…”- Ibu Koperal Akmal. “Selepas ini tiada lagi suara Abang Long yang selalu bertanya khabar umi dan ayah… mak cik akan rindu sangat suara dan kenangan bersamanya.”
“Selang Sehari Mesti Dia Akan Buat ‘Video Call’…Tapi Sekarang Dah Tak Ada Lagi…”- Ibu Koperal Akmal
Demikian luahan sayu Ruzita Razali, 59, ibu kepada Koperal Muhamad Akmal Muhamad, anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas tragik di Kilometer 15, Jalan Sungai Manik berdekatan Sungai Lampam, Teluk Intan pada pagi Selasa lalu.
Menurut Ruzita, anak sulungnya itu sangat rapat dengan keluarga dan kerap melakukan panggilan video untuk berkongsi perkembangan harian, terutamanya berkaitan penugasannya sebagai anggota polis.
Pasukan istiadat kemudiannya menyerahkan Jalur Gemilang kepada ayah Allahyarham, Muhamad sebagai simbol penghargaan atas pengorbanannya ketika berkhidmat dalam PDRM.
“Selang sehari mesti dia akan buat ‘video call’… pagi tanya umi buat apa, petang pula mesti cari ayah. Tapi kini, suara itu dah tak akan kedengaran lagi,” ujarnya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Mubarak Telok Pial, Kuala Kurau, pada Rabu.
Ruzita menambah, perbualan terakhir bersama anaknya berlaku pada petang Isnin, sehari sebelum kejadian. Ketika itu Allahyarham kelihatan ceria seperti biasa.
Menurutnya, sebelum menyertai pasukan polis, anaknya pernah bertugas di Jabatan Veterinar namun mengambil keputusan untuk menyertai PDRM kerana minat yang mendalam serta keinginan mengikuti jejak langkah bapanya.
“Mak cik berat hati juga masa tu, tapi dia kata itu cita-cita dia sejak kecil. Akhirnya mak cik izinkan. Dia memang suka aktiviti mencabar, dan bila balik kampung, mesti dia akan keluar berjoging setiap pagi selepas solat Subuh,” cerita Ruzita.
Mengenang perwatakan arwah, Ruzita menyifatkan anaknya sebagai seorang yang penyayang dan bertanggungjawab. Kali terakhir mereka bertemu ialah semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini, dan ketika itu arwah sudah pun merancang untuk pulang semula menyambut Aidiladha bersama keluarga.
Ads
“Dia ada tanya mak cik, tahun ni buat korban tak? Katanya dia nak balik, sebab sebelum ini tak pernah cuti masa Raya Haji. Dia rindu nak jumpa adik-adik,” katanya sebak.
Tambahnya lagi, walaupun kepergian anaknya begitu menyayat hati, beliau reda kerana faham dengan tuntutan tugas sebagai seorang anggota polis.
Kira-kira 100 orang hadir solat jenazah allahyarham yang diadakan di Masjid Ar-Mubarak, Kampung Telok Pial, Kuala Kurau pada Rabu.
Sementara itu, adik kepada arwah, Muhammad Hafizuddin Muhamad, 32, memberitahu bahawa beberapa hari sebelum kejadian, dia menyedari perubahan sikap abang sulungnya itu.
“Kebiasaannya dia kongsi gambar larian pagi di WhatsApp, tapi dua tiga hari ni dia mula kongsi gambar keluarga… macam dia rindu sangat, itu yang saya rasa pelik,” katanya.
Jenazah Koperal Muhamad Akmal telah disemadikan dengan penuh istiadat polis di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Mubarak, Kampung Telok Pial. Jenazah tiba di rumah mertuanya sekitar jam 6.15 pagi dan dikebumikan sejam kemudian, diiringi kira-kira 100 hadirin termasuk ahli keluarga serta penduduk kampung.
Ads
Sebelum itu, solat jenazah dilangsungkan di Surau Ar-Rahman, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, sebelum dibawa ke Markas FRU Unit 5, Sungai Senam, untuk penghormatan terakhir sebagai anggota pasukan keselamatan.
Suasana di tanah perkuburan bertukar hiba apabila sanak saudara tidak dapat menahan kesedihan saat jenazah dikebumikan. Jalur Gemilang kemudiannya diserahkan oleh pasukan istiadat kepada bapa Allahyarham, Muhamad Razali, 63, sebagai tanda penghargaan terhadap khidmat bakti anaknya kepada negara.
Koperal Muhamad Akmal merupakan antara sembilan anggota FRU yang terkorban dalam kemalangan membabitkan trak pasukan dengan sebuah lori membawa batu kerikil sekitar jam 8.30 pagi Selasa lalu di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan.
Arwah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak — seorang lelaki berusia enam tahun dan seorang perempuan berumur dua tahun.
Bagi yang mengikuti Instagram pelawak Achey dari kumpulan Bocey pasti cukup mengenali gelagat anak kesayangan Achey, Tiara Zinniriah yang pelbagai ragam.
Gelagat anak Achey yang bersahaja yang kelakar seperti ayahnya buat ramai yang terhibur malah ternanti-nanti video perkongsian dari Achey.
Sebelum ini Tiara pernah membawa tiang gol pada rambutnya tanpa sedar ketika bermain. Bukan itu sahaja malah Tiara juga turut ke masjid mengikuti ayahnya bersembahyang Jumaat. Semua ini membuatkan pengikut Achey ternanti-nanti ragam anak kecil itu.
Terbaru, Tiara sekali lagi beraksi selamba bila mana mengenakan ayahnya ketika bermain lompat tali atau lompat getah bersama ayahnya.
“Dia suruh abang Along record, lepas tu dia game ayah dia @tiara.zinnirah,” tulis Achey di kapsyen.
Achey yang memegang tali dihujungnya ternanti-nanti Tiara untuk melompat. Jauh tersasar, bagaimana pun anak kecil itu hanya membuat lompatan sebelum tali sahaja. Memang kelakar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Achey amat terhibur menanti Tiara untuk melompat tali yang dipegang ayahnya.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Seorang wanita maut manakala suami dan dua anak termasuk seorang bayi cedera setelah kereta dinaiki terbabas sebelum melanggar pokok dalam kejadian di Persiaran Raja Muda, Seksyen 3 di sini pada Sabtu.
Kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berumur 43 tahun itu membawa tiga penumpang iaitu isterinya berumur 29 tahun, seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun dan seorang bayi lelaki berumur lapan bulan ketika kejadian.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 2.11 petang.
“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 2.19 petang.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dipercayai terbabas sendiri sebelum melanggar pokok di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Katanya, salah seorang mangsa iaitu wanita berumur 29 tahun maut dalam kejadian.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Muhammad, Pilihan Nama Bayi Lelaki Paling Popular Di England, Wales Pada 2023. Muhammad menjadi pilihan utama ibu bapa dalam menamakan bayi lelaki mereka di England dan Wales pada tahun lalu, dengan lebih 4,600 bayi lelaki berdaftar dengan nama itu, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS).
Muhammad, Pilihan Nama Bayi Lelaki Paling Popular Di England, Wales Pada 2023
Muhammad telah menjadi nama bayi lelaki paling popular, mengatasi nama utama sebelum ini, Noah, menurut data yang dikeluarkan oleh ONS pada Khamis.
Nama Muhammad telah berada dalam senarai 10 nama teratas bagi bayi lelaki di England dan Wales sejak 2016.
Doktor bantu buat laporan penderaan. Tapi segalanya tak sempat. mangsa menghembuskan nafas terakhir di hospital. Masih kecil, baru 9 tahun.Dia dihantar ke hospital oleh...