Biasanya bila anak terlalu suka memberontak, buat itu tak kena, ini tak kena ibu ayah kena tahu apa puncanya. Elak sesekali menyalahkan anak sebab asyik nak buat perangai. Sebaliknya sama-sama selesaikan masalah itu.
Jika diikutkan mudah untuk nak lembutkan hati anak. Hanya melalui kata-kata dah boleh meresap ke jiwa mereka. Tak perlulah nak menghukum mereka setiap masa.
Perkongsian dari Puan Norlina Ali mengenai cara dia ambil hati anaknya yang mula marah dan memberontak boleh diamalkan oleh semua ibu bapa.
Ads
Bila anak-anak mula marah dan memberontak, itu tandanya kita kurang duduk bersama dengan mereka.
Tip untuk kurangkan tantrum anak-anak:
Ads
Selawat sebanyak yang mungkin. Hembuskan pada ubun-ubun anak
Peluk dan cium dahi anak sambil gunakan ayat untuk melunturkan hati mereka. “Ummi sayang Abang, Ummi sayang Abang kerana Allah “
Tanya soalan wajib “Kenapa Abang marah ?”
Dengar penjelasan dengan baik, cuba atasi dengan baik ( jadi lah pendengar setia)
Insyaallah proses ini sangat membantu untuk tenangkan anak-anak.
Ads
Selamat mencuba semoga ilmu ini menyenangkan serba sedikit ibu ayah diluar sana
Ramai ibu bapa risau anak dah nak masuk 5 tahun tapi masih tak boleh membaca, sehingga ada yang menyalahkan ibu bapa.
Hingga sampai satu tahap ibu bapa rasa bersalah dan jadi malu apabila lihat anak orang lain bukan main laju membaca sedangkan anak sendiri tengah merangkak membaca.
Kenapa perasaan ini sentiasa menghantui semua ibu? Sebenarnya ibu bapa jangan rasa itu adalah kesilapan besar. Bagi ruang pada anak tanpa paksaan. Anak-anak akan boleh capa matlamat tersebut dengan syarat kita ikut flow yang betul. Percayalah!
Ini yang dikongsikan oleh seorang ibu, Wawa Shauqi yang sangat bermanfaat untuk semua ibu bapa.
Ada beberapa orang kawan saya menyuarakan kerisauan bila anak-anak mereka belum boleh membaca walaupun dah berumur 5 tahun.
Ada yang suarakan risau di status facebook, terutama bila dapat komen sendiri dari cikgu.
Jangan risau kawan-kawan. Patutnya lagi risau kalau anak dipaksa dan didesak untuk kuasai membaca.
Rama-rama akan keluar dari kepompong bila dah bersedia. Kalau dipaksa keluar sebelum kepak sempurna terbentuk, bayangkan betapa struggle mereka nak terbang.
Macam mana nak jadikan anak ‘rama-rama yang bersedia’? Penuhi fitrah bermain mereka dahulu.
Ya. Itu yang patut kita risau sebenarnya. Risau bila anak tak reti bermain. Dakkk, tak buat kelakar ni.
Sungguh!
Main tu pekerjaan anak-anak. Main memang kerjaya mereka. Itu sebab bila kita mengadu kat terapis masalah anak kita speech delay contohnya, terapis minta anak-anak bermain. Apa kaitan kan?
Dari bermain, anak dapat dinilai bagaimana mereka melibatkan diri secara sosial.
Dari bermain, anak dapat dinilai bagaimana mereka menggunakan badan.
Dari bermain, anak dapat dinilai adakah mereka punya join attention yang baik.
Dari bermain, anak dapat dinilai adakah mereka ada kawalan postur yang baik, bagaimana dia nak berkomunikasi dengan persekitaran, dan adakah anak dah dapat gunakan badan secara automatik.
Oleh kerana bahagian tengah tubuh adalah bahagian yang paling asas yang menjadi indikasi otak anak berkembang dengan baik, jadi adalah sangat penting ia dapat bekerja dengan cekap.
Apa maksud bekerja dengan cekap? Anak mampu menggunakan kefungsian badan dengan automatik, tanpa perlu bagi tumpuan para anggota badan yang bekerja.
Contoh, mampu turun dan naik tangga tanpa pegang railing, mampu melompat ke depan dan memanjat tanpa bantuan orang, dapat menyuarakan keinginan dan faham bila diberi arahan dan sebagainya.
Mengikut carta milestone. (dalam buku KK pun ada)
Kalau dirujuk Piramid Pembelajaran kanak-kanak, education tu letak paling atas bersekali komunikasi dan kemahiran urus diri.
Bermakna ia berada di kedudukan terakhir sekali untuk dikuasai. Education tu proses paling last selepas dapat kuasai sensori (deria pada badan), dapat kuasai motor pada badan dan kebolehan anak untuk faham persekitaran.
Bukan kata pembelajaran itu tak penting sampai tak perlu diambil tahu. Penting. Cuma first thing first.
Rumah pun kalau nak bina, kena bina ASAS dulu sebelum dibina dinding, atap dan lantai. Kalau terus bina dinding, atap dan lantai, konfem roboh!
Dah cemerlang penggunaan badan, komunikasi dan sosial anak-anak, baru fikirkan untuk ajar anak membaca. Ok!
Tapi… satu bonus yang besar kalau ada ibu-ibu yang bukan sahaja dapat bantu anak kuasai asas keperluan sensori, motor dan perceptual anak, malah dapat bantu anak cepat membaca.
Ingat, anak yang pandai tak semestinya mahir dalam kehidupan. Jangan skip proses.
Kita tak nak lihat anak ketinggalan pelajaran. Kita juga taknak lihat generasi yang SPM 10A1, tapi tak pandai bersosial, baran, tak beradab dan gagal urus diri sendiri, apatah lagi komuniti.
Peranan mendidik yang utama adalah ibu bapa. Guru cuma membantu.
Senyuman manis anak kita adalah salah satu nikmat kecil yang membawa bahagia besar. Tapi, senyuman itu perlukan penjagaan yang rapi – bukan sekadar ajar mereka gosok gigi. Ramai ibu bapa rasa cukup sekadar beri berus gigi dan ubat gigi pada anak, tapi sebenarnya, ada seni dalam mendidik si kecil tentang kesihatan mulut. Dalam satu sesi temu bual menarik bersama Dr. Hafiz dari Toothsuite Dental, video oleh saluran Bintang Kecil ini membongkar beberapa tips penting dan praktikal untuk bantu ibu bapa galakkan anak menjaga gigi dengan cara yang menyeronokkan.
Jangan Salahkan Gula Semata-mata – Didik Anak Kenali Makanan ‘Melekat’
Ramai ibu bapa menyalahkan gula setiap kali anak alami gigi berlubang. Tapi menurut Dr. Hafiz, bukan gula sahaja puncanya – malah nasi, roti dan biskut pun boleh menjadi penyebab jika ia melekat lama di gigi. Ajar anak untuk faham jenis makanan yang “melekat” dan bantu mereka faham kenapa perlu berkumur atau gosok gigi selepas makan. Didikan secara visual – tunjuk kesan makanan pada gigi menggunakan cermin atau kartun – boleh jadi sangat efektif.
Tabiat anak yang suka mengunyah snek sepanjang hari sebenarnya memudaratkan gigi. Dr. Hafiz mencadangkan supaya ibu bapa menetapkan waktu tertentu untuk snek, contohnya selepas makan tengah hari. Ini beri peluang untuk air liur ‘neutral-kan’ asid dalam mulut. Galakkan anak untuk minum air kosong selepas makan dan ajar mereka bezakan antara ‘lapar betul’ dengan ‘sekadar nak kunyah’. Gunakan pendekatan cerita atau permainan untuk mudahkan pemahaman.
Waktu malam ialah saat paling kritikal untuk anak berus gigi. Ibu bapa perlu pastikan gigi anak dibersihkan sebelum tidur kerana bakteria lebih aktif semasa mulut kering di waktu malam. Gunakan lagu pendek semasa berus gigi sebagai penanda waktu (contohnya “Twinkle Twinkle” atau cipta lagu sendiri!), dan wujudkan ‘ritual’ berus gigi bersama sebelum tidur supaya ia jadi kebiasaan positif yang menyeronokkan.
Dr. Hafiz menekankan pentingnya teknik memberus yang betul – bukan sekadar ‘sapu-sapu’ saja. Ibu bapa perlu tunjukkan cara betul kepada anak, termasuk berus permukaan lidah, gusi dan celah-celah gigi. Pilih berus gigi bersaiz sesuai dengan tangan dan mulut anak, serta ubat gigi dengan kandungan fluorida rendah. Tukar berus setiap tiga bulan dan jadikan ia momen seronok, contohnya dengan hadiah berus bergambar kartun kegemaran mereka!
Ramai ibu bapa risau bila nampak gigi anak agak kekuningan. Dr. Hafiz jelaskan, gigi yang sedikit kuning masih boleh dianggap sihat jika ia bersih dan tak berlubang. Yang penting ialah kebersihan, bukan warna semata-mata. Elakkan anak dari produk pemutih yang tak sesuai dan fokuskan pada rutin penjagaan gigi yang konsisten. Tanamkan dalam diri anak bahawa gigi bersih itu lebih penting dari gigi ‘putih macam iklan’.
Mengajar anak menjaga gigi bukanlah satu tugas kecil, tapi ia adalah pelaburan besar untuk kesihatan masa depan mereka. Dengan pendekatan yang santai, kreatif dan konsisten, ibu bapa boleh menjadi ‘doktor gigi mini’ di rumah. Senyuman anak bukan hanya menceriakan hari kita – ia cermin kepada didikan yang kita berikan. Jadi, mulai hari ini, jadikan penjagaan gigi satu aktiviti keluarga yang menyeronokkan, bukan satu paksaan. Anak gembira, gigi sihat, semua orang senyum!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali sesi persekolahan hampir bermula, ibu bapa mula berkira-kira — bukan tentang jadual kelas, tapi tentang kos. Dari uniform, kasut, beg, alat tulis hinggalah ke yuran PIBG dan bayaran tambahan lain, kos menghantar anak ke sekolah rendah hari ini bukan sedikit. Malah, menurut laporan FOMCA, purata perbelanjaan permulaan sekolah bagi seorang murid sekolah rendah boleh mencecah RM500 ke atas. Artikel ini mengupas isu ini dari kaca mata ibu bapa, serta bagaimana kita boleh mengurus tekanan ini dengan lebih bijak.
Faktor peningkatan ini dipengaruhi oleh inflasi, kos pengeluaran, serta permintaan terhadap barangan berjenama atau berkualiti tinggi. Tambahan pula, menurut Belanjawan 2025, peruntukan sebanyak RM64.1 bilion diberikan kepada Kementerian Pendidikan — tertinggi dalam sejarah — dengan RM2 bilion dikhususkan untuk naik taraf sekolah, menunjukkan komitmen kerajaan dalam meringankan beban pendidikan.
Kos persekolahan mungkin tak dapat dielakkan, tapi cara kita menguruskannya boleh ubah tekanan jadi peluang mendidik. Dengan sikap bijak, jimat dan sederhana, ibu bapa boleh sediakan keperluan anak tanpa perlu berhutang atau rasa tertekan. Sekolah bukan tentang siapa paling mahal, tapi siapa paling bersedia untuk belajar. Jadikan setiap persiapan itu satu proses belajar — untuk anak, dan juga kita sebagai ibu bapa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.