“Alhamdulillah… Ainul sihat,” itu reaksi Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, bapa Ainul Mardhiah, bayi perempuan berusia 11 bulan yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor.
Dia memberikan maklum balas itu sebaik disapa oleh pemberita yang menunggu ketibaan keluarga terbabit termasuk Ainul Mardhiah dan isteri Ahmad Saifuddin, Nurul Erwani Zaidi, 24, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dari London.
Ainul Mardhiah bersama ibu bapa tiba di tanah air jam 7.15 pagi, hari ini dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH0003.
“Alhamdulillah, keadaan semua ok… selamat sampai tiada sebarang masalah di atas pesawat.
Ads
“Terima kasih kepada semua yang menunggu di sini, terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menanti dan mendoakan. Alhamdulillah kami selamat sampai,” katanya ketika ditemui sebelum bergerak ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menaiki ambulans.
Ainul Mardhiah dibawa ke HKL bagi rawatan dan pemantauan susulan terhadap kesihatannya.
Semasa dimasukkan ke dalam ambulans sebelum bergerak ke HKL, Ainul Mardhiah kelihatan mencelikkan mata.
Ads
Penerbangan pulang Ainul Mardhiah dan ibu bapanya ditemani doktor sukarelawan dari Malaysia, iaitu Perunding Anaesthesiologist dan Pakar Penjagaan Kritikal Hospital Pakar Avisena, Kol (B) Datuk Dr Jaseemudeen Abu Baker serta Perunding Anaesthesiologist dan Pakar Perubatan Penjagaan Kritikal Pusat Perubatan Subang Jaya, Dr Gunalan Arumugam.
Bayi itu berada di London selama lebih dua bulan sejak Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani membawanya ke London pada 25 Mei lalu untuk menjalani pembedahan kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’.
Ads
Ketumbuhan seberat 200 gram di mulut bayi itu berjaya dibuang pada 10 Jun lalu selepas menjalani pembedahan selama lima jam di Hospital Great Ormond Street.
Pembedahan itu dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar pelbagai bidang bersama pelatih pakar bedah Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri, yang bertanggungjawab membawa bayi itu serta ibu bapanya ke London bagi mendapatkan rawatan.
Kisah Ainul Mardhiah bukan saja mendapat perhatian rakyat Malaysia, malah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menziarahinya ketika beliau berada di United Kingdom baru-baru ini.
Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin telah mengumumkan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bahawa kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet seluruh rakyat Malaysia bermula Julai 2020.
“Dalam menjalani kehidupan norma baharu, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh atau contactless payment.
Untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan ini, melalui Program ePenjana yang bernilai RM750 juta, Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna.
“Ini akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet. Inisiatif ini yang akan bermula pada bulan Julai 2020 akan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.”
Anda perlu muat turun aplikasi MySejahtera dahulu bagi membolehkan RM50 dikreditkan ke dalam akaun e-dompet masing-masing. Bagi yang ingin memohon boleh ikuti langkah dibawah.
2. Isi maklumat. Pilih bahasa sama ada bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris. Pilih negara Malaysia, kemudian isikan nombor untuk dihubungi.
3. Klik dalam ruangan ‘saya bukan robot’.
4. Tekan daftar.
5. Isikan nombor telefon yang boleh dihubungi
6. Tekan “Hantar OTP”. OTP akan dihantar ke sms inbox anda. Salin kembali OTP yang diterima dalam ruang OTP.
7. Tekan hantar
8. Isikan kesemua maklumat peribadi anda dalam ruangan yang bertanda *
9. Masukkan kata laluan
10. Masukkan kembali kata laluan tadi
11. Sahkan
Tekan link di bawah untuk memuat turun MySejahtera permohonan
Jangan lupa muat turun juga aplikasi e-dompet.
Sumber gambar: Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelbagai spekulasi yang berlegar sejak akhir-akhir ini berkenaan wabak koronaviru atau dikenali sebagai Covid-19. Malam in, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan untukmelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.
PERUTUSAN KHAS YAB PERDANA MENTERI MENGENAI COVID-19
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, saudara-saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi.
Malam ini, sekali lagi saya berada di hadapan saudara-saudari sekalian untuk memaklumkan situasi semasa ancaman wabak Covid-19 yang telah menimbulkan kebimbangan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia.
Sehingga kini, wabak Covid-19 telah merebak di 135 buah negara. Seramai 162,711 orang telah disahkan positif Covid-19 di seluruh dunia. Daripada jumlah ini, seramai 6,443 orang telah meninggal dunia.
Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, iaitu 190 kes semalam, disusuli 125 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih. Kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama perkembangan gelombang kedua. Keutamaan Kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.
Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;
Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.
Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;
Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan
Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Saya sedar bahawa saudara-saudari mungkin merasakan bahawa tindakan yang diambil oleh Kerajaan ini menimbulkan kesulitan dan kesukaran untuk saudara-saudari menjalani kehidupan seharian. Namun, tindakan ini mesti diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini.
Kita telah melihat peningkatan wabak Covid-19 secara mendadak daripada puluhan orang yang dijangkiti virus ini kepada ribuan orang dalam masa yang singkat di beberapa buah negara lain. Sudah pasti saudara-saudari tidak mahu keadaan yang sama berlaku di negara kita.
Kita tidak boleh menunggu lebih lama sehingga keadaan menjadi lebih meruncing. Tindakan drastik perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai. Inilah satu-satunya cara untuk kita mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini dijangkiti wabak yang boleh meragut nyawa.
Saya harap saudara-saudari dapat bersabar menghadapi dugaan ini. Jangan panik, jangan cemas, dan sentiasalah bertenang. Saya percaya dengan langkah-langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan, kita mampu menyekat penularan wabak ini dalam masa yang terdekat.
Kita telah melihat beberapa buah negara yang mengambil langkah yang agak drastik untuk mengawal penularan wabak ini seperti negara China yang telah menunjukkan penurunan mendadak kes-kes jangkitan Covid-19.
Saya juga ingin memberi jaminan bahawa bekalan bahan-bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi. Saya telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar sentiasa memantau situasi bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalah Pergerakan ini berkuatkuasa.
Saya merayu kepada saudara-saudari agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ini adalah tanggungjawab kita bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.
Saya juga ingin memaklumkan bahawa Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara akan bermesyuarat setiap hari untuk memantau dan mengawasi situasi wabak Covid-19. Saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat ini dan memaklumkan kepada saudara-saudari perkembangan situasi wabak Covid-19 dari semasa ke semasa.
Jika saudara-saudari mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, saudara-saudari boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus bekerja siang dan malam untuk membendung wabak ini.
Saya berdoa agar saudara-saudari sekalian terus cekal dan tabah dalam menjalankan tugas untuk negara demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini sentiasa terpelihara.
Akhir sekali, saya berdoa agar saudara dan saudari sekalian sentiasa diberikan perlindungan oleh Allah S.W.T.
Asyraf & Tya sambut ulang tahun kedua si comel Arif jiwa di rumah anak yatim, para follower mendoakan keluarga ini dimurahkan rezeki.
Berkongsi kegembiraan dan keceriaan dengan anak-anak yatim adalah tindakan yang baik. Sempena ulang tahun kelahiran si sulung, Asyraf Dato’ Sri Khalid dan Tya Ariffin memilih untuk menyambutnya bersama anak-anak yatim.
Asyraf dalam posting Instagram menyatakan tujuannya ialah untuk mendidik Arif untuk berkongsi kegembiraan dengan anak-anak yatim. Asyraf bersyukur kerana dimaklumkan oleh prinsipal rumah berkenaan yang anak-anak yatim gembira dan seronok.