Tak sangka awal pagi waktu semua orang tidur, terjumpa kanak-kanak umur 5 tahun bermain basikal seorang diri. Detik cemas ini dilalui oleh sekumpulan tiga pemuda yang melalui jalan tersebut sekitar jam 3 pagi.

Menerusi perkongsian video yang telah viral itu, sekumpulan pemuda yang menaiki kenderaan berhenti walaupun pada mulanya mereka takut untuk menegur kerana beranggapan mustahil untuk seorang kanak-kanak bermain seorang diri pada waktu sedemikian.

Mereka kemudian mengikut kanak-kanak itu sebelum mengambil keputusan memberhentikan kereta sebelum memanggil kanak-kanak itu. Namun panggilan mereka tidak dijawab!

Jumpa Kanak-Kanak Kayuh Basikal Jam 3 Pagi, Panggil Tak Menyahut. Ibu Cerita Hal Sebenar

Anak autisme hyper

Menerusi perkongsian ibu kanak-kanak ini yang dikenali sebagai Nana di dalam FB Group Autisme Malaysia, dia menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku sehingga anaknya dijumpai oleh tiga pemuda.

IKLAN

Saya kongsikan cerita sebenar setelah tular video anak saya yang mengayuh basikal awal pagi hingga macam-macam tanggapan diberikan. Mino adalah anak yang sangat-sangat pintar. Berumur 5 tahun dan disahkan autisme hyper semasa umur 3 tahun.

Jumpa Kanak-Kanak Kayuh Basikal Jam 3 Pagi, Panggil Tak Menyahut. Ibu Cerita Hal SebenarKetika kejadian itu berlaku saya perasan jam 3 pagi pintu terbuka luas. Apabila mencari Mino dia tiada dalam rumah. Hati ibu mana yang tidak risau. Saya terus lari keluar rumah bawa kereta cari sekeliling kampung sampai pekan.

Adik cari dalam kampung rumah ke rumah orang. Dalam saya mencari saya tidak berhenti berdoa agar anak saya selamat dijumpai.

Perasaan saya kuat untuk ke balai polis. Semasa saya sampai di balai polis kebetulan anak saya dalam perjalanan dengan menaikickereta peronda dan ada tiga orang pemuda bawa basikal anak saya.

IKLAN

Jumpa Kanak-Kanak Kayuh Basikal Jam 3 Pagi, Panggil Tak Menyahut. Ibu Cerita Hal Sebenar

Saya bersyukur sangat kepada adik-adik ni yang jumpa anak saya. Kalau tak, tak dapat nak bayangkan macam mana perasaan tu. Dalam keadaan panik tu, mereka boleh ketawa kerana mereka pun tak percaya. Setelah saya terangkan hal sebenar kepada mereka dan pihak polis yang anak saya adalah autism hyper baru mereka faham.

Lepas ni sesi kawalan ketat untuk anak syurga saya kerana tidak mahu lagi ia berulang semula.

IKLAN

Bagi keluarga yang ada anak autism saja tahu macam mana situasi sebenar untuk membesarkan anak syurga ini.. Ya Allah aku berterima kasih sangat semuanya baik-baik saja.. Walaupun video anak saya viral saya sedikit terkilan kerana macam-macam tuduhan dilemparkan. Tapi apa pun tolong doakan yang terbaik ya.

Bagaimanapun di ruangan komen perkongsian itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut agar terus tabah membesarkan anak syurga ini.

Sumber: Nana

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI