Bayi malang berusia 10 bulan, Naufal Amsyar Nabil Fikri, yang cedera parah di kepala dipercayai akibat terjatuh dari buaian di rumah pengasuhnya, menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.
Ayahnya, Nabil Fikri Anwar, 28 tahun, memaklumkan, anak tunggalnya itu meninggal dunia sekitar jam 9 pagi tadi selepas empat hari menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.
Katanya, anaknya menghembuskan nafas terakhir di sisi dia dan isteri, Noraziqah Rohmat, 23 tahun, selain beberapa anggota keluarga terdekat.
Ads
Nabil yang juga kakitangan Majlis Daerah Tangkak berkata, anaknya akan dikebumikan di Tangkak selepas waktu Zohor.
Selasa lalu, bayi malang terbabit dimasukkan ke HPSF setelah dirujuk daripada Hospital Tangkak apabila pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di dahi kiri, pendarahan mata selain retak tempurung kepala yang serius.
Ads
Ads
Bayi itu dipercayai terjatuh daripada buaian sebanyak dua kali sebelum ini ketika berada di rumah pengasuh di Taman Sialang, Tangkak.
Susulan itu, seorang wanita berusia 35 tahun yang juga pengasuh Naufal kini direman polis selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjaga anak kecil orang kata tak boleh lalai sekejap. Ada je benda yang kita tak jangka pun terjadi, tiba-tiba boleh berlaku dan mengancam nyawa si kecil. Ibaratnya mata dan tangan ibu ayah ni kena sentiasa bersedia.
Begitulah yang dialami oleh seorang ibu melalui perkongsiannya di Facebook Ummu Putri Syahid Nufhael setelah anaknya berusia 1 tahun 4 bulan tiba-tiba memasukkan manik ke dalam hidung dan cukup mendebarkan saat menantikan manik itu terkeluar semula.
Bila nak jadi…
Adik datang kat ibu tunjuk-tunjuk hidung dia dengan jari. Ibu pun tengok la dalam lubang hidung dia. Tengok memang jelas sangat manik putih dalam lubang hidung tu.
Ibu dah start gelabah tapi still cool, tekan batang hidung adik urut dari atas ke arah bawah dengan harapan manik tu akan keluar, tapi waktu tu kakak Putri tertolak lengan ibu dan manik putih tu masuk ke dalam lagi. Ya Allah ibu scary, takut adik sesak nafas.. Tapi time tu ibu tengok adik relax je boleh main-main dan nyanyi-nyanyi lagi.
Niat nak terus ke hospital sebab tak nampak dah manik tu ada dalam hidung. Tapi terfikir manik tu dah masuk saluran tekak dan adik dah tertelan sebab time tu adik nampak riang je main-main. Ibu positif.. Ibu still bf adik macam biasa.
Tergerak hati ibu nak suluh lagi lubang hidung, Allahu memang jelas manik still lagi duduk kat situ.
Baru ibu teringat ibu pernah tau teknik ‘mother kiss’ dengan cara tutup mulut anak dengan mulut kita rapat-rapat, tekan lubang hidung lagi sebelah yang tak tersumbat tu dan buat hembusan dalam mulut anak (hembusan yang tak terlalu kuat). Ibu cuba 4x dan last berjaya melantun gelongsor keluar akhirnya.. Alhamdulillah syukur sangat-sangat.
Haish.. Adik ni suka tau buat jantung ibu rasa nak jatuh. Ibu cuma berkongsi. Kalau ragu-ragu jangan buat ye. Kalau jadi kat anak, sebaiknya terus ke klinik atau ke hospital.
Luluhnya hati ibu dan ayah melihat anak kesayangan menangis seolah-olah kesakitan, kekejangan dan mata pula memandang ke atas seolah-olah diserang sawan. Lebam pada bawah mata kiri dan kanan serta dahinya rupa-rupanya bukan petanda biasa-biasa. Rupa-rupanya si kecil kesayangan sedang bertarung nyawa menghadapi pendarahan pada otak kiri!
Puan Norazuin Mohd Saruan, ibu kepada Nur Aaira Humairah, 3 bulan, berkongsi tentang keadaan anaknya itu. Dia mohon doa dari semua untuk kesembuhan Aaira seperti sedia kala. Katanya, Aaira baru seminggu di hantar ke rumah pengasuh berkenaan. Berikut ialah perkongsian beliau;
Tidak hanya ibu, ayahnya juga turut terkesan dengan keadaan Aaira yang kini tidak seperti selalu. Bapa Aaira, Mohd Rajab juga turut memuatnaik status berkenaan perkembangan Aaira yang terkini dan menceritakan kronologi kejadian yang menimpa cahaya matanya itu.
Insiden menyayat hati yang meragut nyawa seorang pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, telah mencetuskan gelombang kesedaran dan keresahan dalam kalangan masyarakat. Kejadian malang yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Papar, Sabah, pada awal pagi 16 Julai 2025 itu menyaksikan mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolah, selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, keesokan harinya.
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, menyatakan bahawa siasatan kes ini sedang dijalankan secara menyeluruh dan profesional, dengan tumpuan kepada semua kemungkinan. Namun dalam tempoh siasatan ini, pelbagai spekulasi dan teori tular di media sosial, menyulitkan keadaan dan berpotensi mengganggu proses keadilan. Oleh itu, pihak polis menyeru agar orang awam menghentikan penyebaran maklumat palsu yang bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat tetapi juga menambah tekanan kepada keluarga mangsa.
Masyarakat harus sedar bahawa di sebalik setiap insiden seperti ini, terdapat keluarga yang sedang berduka dan memerlukan ruang untuk merawat luka emosi. Penyebaran cerita tidak sahih atau komentar tidak berempati hanya akan menambah beban perasaan mereka. Dalam masa yang sama, pihak polis turut menggesa sesiapa yang memiliki maklumat sahih untuk tampil membantu siasatan, sekali gus menunjukkan sokongan kepada usaha mencari kebenaran.
Lebih penting, tragedi ini wajar menjadi cerminan betapa pentingnya aspek keselamatan dan kesejahteraan mental pelajar yang tinggal di asrama sekolah. Ia juga menyerlahkan keperluan semua pihak iaitu ibu bapa, guru, warden, serta institusi pendidikan untuk peka terhadap perubahan tingkah laku remaja, tekanan dalaman yang mungkin tidak diluahkan, dan keseimbangan emosi yang sering terganggu dalam dunia serba mencabar ini. Dalam era digital yang penuh desakan, anak-anak muda semakin mudah terkesan secara emosi, dan sistem sokongan psikososial yang kukuh amat diperlukan.
Sebagai sebuah masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab, kita seharusnya menjadikan tragedi ini satu iktibar untuk memperkukuh sistem sokongan terhadap pelajar, mempertingkat keselamatan di persekitaran asrama, dan menggalakkan pendekatan lebih empati terhadap isu-isu melibatkan anak-anak dan remaja. Zara Qairina tidak sepatutnya menjadi angka statistik semata-mata, sebaliknya namanya harus menjadi simbol perubahan ke arah sistem pendidikan yang bukan sahaja mendidik, tetapi juga melindungi dan memahami.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!