Selepas detik duka kehilangan anak sulung tahun lalu, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh dan isterinya, Fatin Athira Mustapa, akhirnya berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Khabar manis ini pastinya memberi sinar baru buat pasangan ini setelah melalui ujian berat sebelum ini.
Berita tersebut dikongsikan Noh menerusi Instagram Story apabila dia memuat naik semula hantaran rakan-rakan yang hadir dalam majlis pendedahan jantina bayi. Majlis yang berlangsung meriah itu menjadi detik indah buat pasangan ini yang kini sedang menanti kehadiran puteri kecil mereka.
Dalam video yang tular, Noh jelas melompat kegirangan sebaik sahaja asap dan kertas merah jambu dilepaskan ke ruang acara. Fatin pula yang tampil anggun dalam gaun putih, tersenyum manis di sisi suaminya, menyaksikan saat penuh bermakna itu bersama-sama.
Ads
Tahun lalu, pada September, Noh pernah berkongsi kisah sedih di Instagram apabila kehilangan anak sulung mereka yang diberi nama Julian. Dalam perkongsian penuh emosi itu, Noh menulis tentang perjuangan mereka menjaga kandungan sambil dalam masa sama membesarkan anak angkat mereka, Musa. Walaupun kehilangan tersebut cukup perit, mereka terus tabah dan percaya bahawa setiap ujian ada hikmahnya.
Ads
Kini, doa mereka akhirnya terjawab. Kehadiran bakal cahaya mata perempuan ini bukan sekadar anugerah, tetapi juga pengubat rindu dan pengikat kasih sayang yang lebih utuh antara Noh dan Fatin.
Untuk rekod, Noh mendirikan rumah tangga bersama Fatin pada September 2023. Sebelum itu, beliau pernah berkahwin dengan penyanyi Mizz Nina pada 2011 sebelum berpisah pada Ogos 2022. Hasil perkahwinan terdahulu, Noh dan Mizz Nina memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Musa, yang kini menjadi penyeri keluarga kecil mereka.
Semoga proses kehamilan Fatin dipermudahkan, dan pasangan ini dikurniakan pengalaman indah menyambut kehadiran puteri kecil yang bakal hadir dalam hidup mereka tidak lama lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hasrat penyanyi Nubhan untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaiaan apabila isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek mengalami keguguran kali kedua baru-baru ini.
Nubhan menyampaikan khabar duka itu menerusi instagramnya semalam selepas isterinya mengalami pendarahan pada usia kandungannya 7 minggu.
“Tak ada rezki anak ke 3, gugur buat kali yang ke-2”
“Usia kandungan 7 minggu, so kena berpantang yang ringan-ringan saja,” kongsi Nubhan menerusi instagramnya.
Terdahulu, video yang dikongsikan oleh Nubhan itu turut merakamkan momen ketika perkhabaran gembira isterinya mengandung selepas melakukan pemeriksaan melalui kit ujian kehamilan.
Bagaimana pun beberapa minggu selepas itu, kandungan tidak menunjukkan perkembangan yang baik dan berlakunya pendarahan.
“Tak ada rezeki, baby dah keluar,” kata Nubhan menerusi video berdurasi lebih dua minit itu.
Dalam pada itu, rata-rata seluruh pengikut Nubhan di instagram mengucapkan takziah di atas perkhabaran duka itu.
“Tak ada rezeki tapi dia tunggu nak tarik parents dia ke syurga bersama”
“Nangis tengok video ni. InsyaAllah lepas ni Allah akan beri lebih lepas ni..huhu”
“Salam takziah..insyaAllah ada rezeki lain menanti..ameen”
Terdahulu, Nubhan mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek pada Ogos 2015. Mereka ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia, 4 tahun dan Ahmad Aaffan yang kini berusia dua tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @nubhan.ahamad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi lumrah bila ibu hamil mengidam untuk memakan sesuatu yang kadang kala di luar kebiasaan. Namun bukan semua yang diidamkan dapat dimakan mungkin kerana beberapa faktor untuk kesihatan dan kebaikan ibu dan bayi dalam kandungan.
Pelakon, Farah Nabilah dalam satu temubual oleh Bharian menyatakan bahawa dirinya mengidam nak makan ikan Salmon, namun hasratnya itu tidak kesampaian berikutan ikan berkenaan jarang dimasak dengan betul.
Isteri kepada Mohammed Amirul Yunus itu berkata, selera makan semakin bertambah apabila memasuki memasuki trimester kedua.
Pelakon yang meledak menerusi drama Titian Cinta itu kini hamil lapan bulan dan dijangka melahirkan anak sulung pada awal November depan.
“Semuanya saya nak makan terutamanya pada trimester kedua. Sekarang, selera makin berkurang pula apabila usia kandungan mencecah lapan bulan.
“Saya tidaklah mengidam makanan pelik. Boleh dikatakan, hanya ikan Salmon sahaja yang diinginkan, tetapi tak dapat makan. Lagipun, kebanyakan menu makanan ikan Salmon selalunya tidak dimasak dengan betul. Jadi, saya memang tak digalakkan memakannya,” katanya.
Pemegang trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu berkata, dirinya tidak betah duduk diam dalam tempoh kehamilan.
“Kalau diam saya akan rasa penat. Jadi, saya selalu bergerak dan membiasakan diri sibuk.
“Saya akan melancarkan makanan nutrisi dan detoks jika tiada aral melintang dalam masa terdekat ini,” katanya.
Setakat ini, Farah berkata, semuanya dalam keadaan terkawal.
“Cuma, saya gementar setiap kali memikirkan saat melahirkan cahaya mata, maklumlah tiada pengalaman. Saya tahu perasaan itu biasa bagi mereka kali pertama melahirkan anak,” katanya.
Farah berkata, dia juga selesa membiarkan jantina anaknya menjadi kejutan. Apa yang lebih utama, bayi yang bakal dilahirkan sihat dan selamat.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Namun setelah melalui beberapa rundingan bersama doktor dan bertanya kepada ahli dalam bidang kesihatan, dia akhirnya lengkap mengambil 2 dos vaksin Covid-19 demi melindungi nyawa sendiri dan anak yang dikandung daripada wabak penyakit Covid-19.
I almost nak tangguh vaksin sebenarnya. Sebab takut effect baby, effect kesihatan i. Tp mengenangkan effects kalau kena covid tanpa vaksin lagi teruk nauzubillah, i decided untuk ambil vaksin. Alhamdulillah, dah 2 hari selepas vaksin dos 1 ni takda demam, takda side effects teruk, sakit tangan pun dah hilang Alhamdulillah. Baby pun gerak macam biasa.
Sebelum pergi vaksin haritu, I consulted ramai doktor (yela kang esok lusa jadi apa-apa kita cari doktor jugak kan), tanya pendapat preggy moms yang dah vaksin, tanya apa doktor dorang advice, tanya kaklong yang dah handle ribuan kes covid @kai_kaklong . Even sebelum kena jab haritu i tanya doktor lagi 😂 I tak takut actually, i cuma perlu diyakinkan.
Preggy moms adalah golongan high risk. Ya, berisiko tinggi. Memang kita duduk rumah diam-diam tak keluar. Doktor kata, mostly preggy moms yang positif covid dorang memang tak ke mana-mana pun. Tapi, org dalam rumah yang terpaksa mobile. Keluar masuk beli barang, pergi kerja dan sebagainya. Tanpa disedari dan tanpa disengajakan, bawa balik virus ke rumah dan menjangkiti preggy moms yang duduk rumah diam-diam ni. Mana yang rezeki tak teruk alhamdulillah. Tapi ramai juga preggy moms dekat ICU, terpaksa czer keluarkan baby awal, rezeki ibu survive, baby pulak tak survive dan sebaliknya. Nauzubillah. I doakan semua preggy moms yang tengah tengok post ni sentiasa dilindungi, selamat, dijauhkan daripada wabak Covid-19 ni aaamiiin. Kita doakan juga ibu-ibu yang tengah berjuang melawan Covid Allah beri kesembuhan segera aamiin.
Ambil vaksin tidak bermakna kita tidak akan dijangkiti Covid. Possibility masih ada tapi sekiranya kita dijangkiti virus covid yang sebenar nauzubillah, kesannya tak seteruk jika kita dijangkiti tanpa vaksin. Jom la sama-sama kita kurangkan jumlah patients dalam ICU dan kurangkan angka kematian. Kita nak tingkatkan angka kes sembuh. Jangan kata alaaa aku takkan kena covid. Takde seorang pun daripada 1 juta lebih pesakit covid dekat Malaysia ni yang saja-saja nak kena covid. Mereka semua tak sangka akan terkena jangkitan. Ada yang tak sure pun dapat dari mana. Nak menyesal pun tak boleh.
Dan Alhamdulillah, I’m pregnant and proudly fully vaccinated. Mana nak pergi lepas 14 hari nanti eh? Laaaa! 😂 kidding. Kalau takde urusan penting, lebih baik just stay home okay!
Tambah Tasha lagi, ibu hamil jangan risau untuk mengambil vaksin kerana bayi yang dikandung juga akan mendapat antibodi yang sama melalui ibu. Jangan abaikan keselamatan ibu dengan hanya memikirkan kandungan, jaga diri ibu untuk jaga kandungan dengan baik.
Preggy moms, jangan bimbang untuk ambil vaksin. It’s for us and baby too. Baby akan dapat antibody yang sama melalui ibu. Jadi jangan takut. Bak kata @celotehdrmalar , kadang kita sibuk risaukan baby dalam kandungan sampai abaikan keselamatan ibu. Sedangkan bila kita bagi perlindungan kepada si ibu, si ibu itu akan mampu beri 1001 kali ganda perlindungan kepada anak-anaknya. Hebatnya seorang ibu. Pleaseee get your preggy wife vaccinated!
Setakat 2 jam lepas vaksin 2nd dose, takde side effects. Cuma mengantuk jelah.
Jadi, jangan takut ambil vaksin. Vaksin adalah protection. Kita ikhtiar. Bismillahitawakkaltu’alallah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini. Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.