Selepas Rayan, Haidar Pula Meninggal Setelah 3 Hari Terperangkap Dalam Perigi

Share

Adik Haidar, kanak-kanak yang tiga hari terperangkap akibat terjatuh ke dalam sebuah perigi di sebuah kampung terpencil di Afghanistan, disahkan meninggal dunia. Pemergian Haidar mengulangi kejadian yang menimpa arwah adik Rayan Awram, lima tahun yang meninggal dunia selepas lima hari terperangkap selepas terjatuh dalam sebuah perigi di Maghribi baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN [Haidar Berhenti Berkomunikasi, Mungkin Letih Terperangkap Dalam Lubang 10 Meter]

Pegawai Taliban dalam kenyataannya pada Jumaat (18 Feb) berkata, pada Selasa (15 Feb) lalu, Haidar terjatuh ke dalam sebuah perigi pada kedalaman 25 meter yang digali di Shokak, sebuah perkampungan gersang di wilayah Zabul, kira-kira 400 kilometer di barat daya ibu kota Kabul.

“Dengan penuh kesedihan, Haidar dipisahkan daripada kami selama-lamanya,” kata Penasihat Kanan Kementerian Dalam Negeri Taliban, Anas Haqqani melalui Twitternya.

Pasukan penyelamat bekerja sepanjang malam untuk cuba menyelamatkan Haidar, namun usaha itu gagal apabila dia ditemui sudah tidak bernyawa lagi.

Jatuh ketika bantu menggali lubang 

Datuk kanak-kanak lelaki itu, Haji Abdul Hadi, 50, berkata Haidar terjatuh ke dalam perigi ketika dia cuba membantu orang-orang dewasa lain menggali lubang baharu di kampung yang dilanda kemarau itu.

Pihak Taliban turut menyiarkan video operasi menyelamat Haidar dilakukan, membuktikan bahawa membuktikan rejim baharu yang dikritik secara meluas sebelum ini atas dakwaan pencabulan hak, sebenarnya begitu prihatin dengan kebajikan rakyatnya. – Agensi

Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000! Jom, daftar  sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

IKLAN