Homebirth atau kelahiran dirumah tanpa di pantau oleh bidan terlatih dan doktor memang isu yang hangat diperkatakan kini. Walaupun ramai ahli perubatan tampil untuk menyuarakan risiko yang bakal berlaku, banyak pendedahan telah diberikan, banyak kes-kes yang telah dijadikan contoh, namun masih ada golongan yang enggan menerimanya.
Menerusi perkongsian doktor ini, beliau berpengalaman menerima pesakit yang hampir meninggal dunia akibat komplikasi setelah bersalin dirumah. Apabila disiasat rupanya mereka menggunakan khidmat Doula.
Seperti perbincangan dalam program Analisis, Prof. Imelda telah menjelaskan bahawa doula di Malaysia tidak diiktiraf dan pengiktirafan hanya boleh diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan syarat menjalani kursus yang diadakan oleh KKM. Prof. Imelda juga menekankan bahawa Doulah yang diiktiraf hanyalah bertindak sebagai peneman disamping adanya bidan terlatih ataupun doktor.
Bersalin Di Rumah Namun Pengsan Hari Ketiga
Ads
Selonggok Uri Yang Membusuk Keluar. Belajar Bersalin dari Doula
Ads
Selepas Discharge, Tuntut Tak Mahu Vaksin Baby & Tak Mahu Ubat
Pemilihan ubat gigi penting untuk anak anda terutama yang berumur 4 tahun ke bawah. Tidak semua ubat gigi sesuai untuk anak kecil. Ikuti saranan doktor tentang ubat gigi berflorida dan bilakah sesuai digunakan oleh anak anda.
“Doktor, anak saya dah 2 tahun nak pakaikan ubat gigi yang ada fluoride ke?”
BOLEH pakai ubat gigi fluoride kalau anak dah pandai meludah. Sebab Dr Izaza pernah jumpa 2-3 orang kanak-kanak yang alergik ubat gigi
Sorang tu mulut jadi merah-merah lepas berus gigi guna ubat gigi yang ada fluoride. Sorang lagi pun jadi merah-merah dan melupas selepas pakai topical fluoride
Jadi nak guna ubat gigi bergantung pada keadaan anak tu. Memang tak ramai yang alergik, dalam 1,000 kanak-kanak, mungkin 1 orang je alergik dengan ubat gigi fluoride
So, langkah berjaga-jaga perlu diambil masa nak pilih ubat gigi. Kalau anak yang berusia 4 tahun ke bawah, biasanya belum pandai meludah, jadi boleh je guna ubat gigi tanpa flouride
Gigi nak sihat dan kuat memang kena ada direct fluorida. Tapi, fluorida ni ada je dalam air minuman, sebab Malaysia memang supply fluoridated water
So, rasanye tak perlu risau nak pilih ubat gigi yang ada fluoride atau tak ada. Kalau anak tu jenis memang suka makan ubat gigi, baik cari yang tak ada fluoride
Kalau anak okey je ludah lepas berus gigi dan ada tertelan sikit ubat gigi, boleh je guna ubat gigi fluoride, tak ada masalah
Pilihlah ubat gigi yang sesuai dengan anak-anak. Tak letak ubat gigi langsung pun boleh, janji berus gigi jangan tak berus gigi langsung, haaa ni memang Dr Izaza marah!!
Hati Ibu mana yang tidak tersentuh saat ditanya tentang keadaan diri anak yang merasakan dirinya tidak sesempurna kanak-kanak lain. Hanya jawapan mengatakan dirinya dilahirkan istimewa mampu dijawab oleh Siti Nur Aisyah Mdh Yusof tatkala anak bongsunya, Nur Ardhania Firha Mohd Fiqri yang menghidap Sindrom Apert mengajukan soalan tersebut.
Memandangkan Nur Ardhania, 3, masih kecil dan belum mengerti, Siti Nur Aisyah hanya menjawab pertanyaan itu dengan mengatakan dia dilahirkan sebegitu sebagai insan istimewa.
Pitam selepas doktor beritahu bayi bakal lahir mungkin tak normal
Menceritakan pengalamannya, Siti Nur Aisyah, 31, berkata, dia dimaklumkan doktor mengenai perkembangan bayi di perutnya yang kemungkinan tidak normal apabila dilahirkan sewaktu kandungan berusia 25 minggu.
Katanya, perkhabaran itu membuatkannya pitam kerana terkejut, namun dia tidak terus berduka sebaliknya menerima kenyataan dengan reda.
Baginya, Nur Ardhania adalah anugerah Allah dan amanah perlu dijaga dengan baik, sama seperti empat anak lain.
“Memang terkejut apabila doktor memberitahu saya mengenai keadaan Nur Ardhania sebelum melahirkannya kerana tiada ahli keluarga saya mempunyai masalah berkenaan.
“Bagaimanapun, rasa sedih itu cuma sementara kerana selepas melahirkannya dan hingga kini, saya dapat menerima serta mengakui dia anak mudah dijaga.
“Alhamdulillah, anak saya yang lain dan seluruh keluarga dapat menerima Nur Ardhania, tetapi ada segelintir individu memandangnya dengan pelik apabila saya membawa membawanya ke klinik,” kata Siti Nur Aisyah dalam laporan akbar Harian Metro.
Jari kaki & tangan bercantum
Siti Nur Aisyah yang menetap di Nilai,Negeri Sembilan berkata, penyakit itu menyebabkan jari kedua-dua belah kaki dan tangan Nur Ardhania bercantum, mempunyai tempurung kepala tidak normal dan saluran pernafasan sempit.
Beliau berkata, namun jari tangan Nur Ardhania kembali normal selepas menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 2018 dan tahun lalu manakala kakinya masih dalam keadaan sama.
Menurutnya, Nur Ardhania tiada masalah untuk makan dan minum atau menguruskan dirinya sendiri, tetapi perlu bersiap sedia kerana doktor memberitahu dia perlu menjalani beberapa pembedahan dari semasa ke semasa.
“Pada 20 Julai nanti, satu lagi pembedahan akan dijalankan di PPUM bagi membesarkan tempurung kepala supaya otaknya berkembang.
“Pembedahan itu membabitkan kos RM46,800 dan Alhamdulillah, ramai menyumbang hingga dana diperlukan mencukupi selepas salah seorang rakan memuat naik kisah anak saya di laman sosial.
“Terima kasih kepada semua yang membantu, hanya Allah saja dapat membalas kebaikan anda semua,” katanya.
Sokongan daripada keluarga dan kumpulan sokongan ibu bapa lain
Siti Aisyah berkata, selain suami, Mohd Fiqri Buang, 33, serta keluarga, dia turut mendapat sokongan daripada kumpulan sokongan terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak dengan penyakit sama.
Menurutnya, selain doktor, bahan bacaan dan carian di Internet, dia bertanya dengan rakan dalam kumpulan sokongan jika ada sebarang kemusykilan.
Katanya, mereka saling menyokong antara satu sama lain dan diharapkan ibu bapa mempunyai anak dengan penyakit sama tidak bersedih kerana mereka tidak berseorangan.
Usahawan dan personaliti media sosial, Nina Ismail Sabri selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Rabu, 1 Oktober 2025 di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Putera comel yang diberi gelaran sementara ‘Baby H-N’ itu lahir seberat 3.33kg pada jam 8.13 pagi.
Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Hafiz Osman menerusi hantaran di Instagram Story. Dalam perkongsian penuh syukur, Hafiz menzahirkan rasa terima kasih atas doa dan ucapan tahniah yang diterima daripada keluarga, rakan serta para pengikut mereka.
“Allahuakbar, SubhanAllah, Alhamdulillah. Kami amat bersyukur atas segala kasih sayang, doa serta ucapan sempena kelahiran putera kami,” tulisnya sambil memuat naik foto dirinya mendukung bayi lelaki mereka dengan penuh kasih sayang, sementara Nina kelihatan berehat di katil wad.
Hafiz juga tidak lupa menzahirkan penghargaan kepada isterinya. “Terima kasih buat Mummy Nina atas kekuatan dan kasih sayang dalam mengandungkannya hingga selamat lahir ke dunia.” Katanya lagi, sokongan ahli keluarga serta sahabat handai sepanjang tempoh kehamilan benar-benar memberi kekuatan buat mereka berdua.
Pasangan ini kini melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan rumah tangga setelah mendirikan rumah tangga pada 24 November tahun lalu. Menariknya, kehadiran Baby H-N menjadikan keluarga kecil mereka kini berempat bersama anak perempuan Nina hasil perkahwinan terdahulu, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia tujuh tahun.
Kelahiran ini bukan sahaja menceriakan pasangan Nina dan Hafiz, malah mendapat perhatian ramai rakan selebriti serta peminat yang membanjiri ruangan komen dengan doa serta ucapan tahniah.
Pa&Ma turut mendoakan semoga Baby H-N membesar dengan sihat, menjadi anak soleh penyejuk mata ibu ayah, dan semoga perjalanan baru Nina serta Hafiz sebagai ibu bapa dipermudahkan Allah SWT.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.