Sesetengah wanita mengalami masalah penghasilan susu merudum daripada waktu ovulasi (pertengahan kitaran) hingga hari pertama atau kedua haid. Untuk makluman, kalsium dalam darah perlahan-lahan menurun sewaktu wanita mengalami haid.
Oleh yang demikian, dalam sesetengah kes, penurunan kalsium dalam darah memberi kesan kepada penghasilan susu ibu. Anda jangan lekas berasa tertekan apabila berhadapan dengan masalah seperti ini. Pakar Laktasi IBCLC, Rita Rahayu Omar ada idea penyelesaian untuk membantu anda menanganinya setiap kali mengalami haid.
Bagi wanita yang mengalami masalah sebegini, pengambilan suplemen kalsium/magnesium mungkin boleh membantu. Amalan ini dilaporkan untuk mengatasi masalah kejang rahim dan sesetengah ketidakselesaan prahaid seperti penakungan air. Dos suplemen kalsium yang disarankan ialah antara 500mg kalsium/250mg magnesium dan 1500mg kalsium/750mg magnesium.
Ads
Lazimnya, dos yang lebih tinggi adalah lebih efektif. Walau bagaimanapun, dos kalsium yang tinggi tidak boleh diambil sendirian tetapi perlu digabungkan dengan magnesium (atau kalsium/magnesium/zink). Jika tidak, kalsium tidak dapat diserap dengan secukupnya ke dalam tubuh.
Ads
Amaun suplemen bergantung kepada komposisi diet harian anda. Lebih banyak protein haiwan yang diambil, lebih banyak kalsium/magnesium diperlukan. Jika anda seorang yang vegetarian, dos yang rendah boleh membantu.
Ads
Jika anda mengambil suplemen lebih daripada 500mg kalsium sehari, bahagikan dos berkenaan supaya anda tidak mengambilnya sekali gus. Penyerapan kalsium adalah lebih bagus jika anda mengambilnya tidak lebih daripada 500mg dalam satu-satu masa.
Adalah disarankan agar anda mula mengambil suplemen ketika waktu anda ovulasi dan kemudian berterusan sehingga hari-hari pertama haid. Jika haid anda tidak tetap, mula mengambil kalsium/magnesium pada 14 hari selepas habis haid. Atau anda juga boleh menjadikan suplemen ini sebagai amalan setiap hari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mempunyai dua orang anak istimewa yang menghidap autisme dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tentunya bukan sesuatu yang mudah buat pelakon Zarina Zainuddin.
Pasti sahaja kedua anak kembarnya Azil dan Azal yang merupakan anak istimewa menghidap autisme tidak mengerti mengenai situasi di luar sana yang kini merbahaya untuk semua orang.
Zarina terpaksa melakukan pelbagai helah demi memastikan kedua anaknya itu kekal duduk di rumah bersama ahli keluarga yang lain.
Antara alasan yang sering digunakan adalah membuat kerja rumah dan bermain badminton di halaman rumah mereka.
“Azil kerap berkeras mahu keluar kerana sudah terbiasa dengan rutinnya membeli barang sendiri sebelum ini. Dia tidak mahu kami yang pergi belikan untuknya. JIka dihalang, dia akan mengamuk dan mula mencederakan dirinya. Ketika itu saya perlu memujuknya dengan betul dan menerangkan mengenai bahaya di luar sana,” katanya.
Walaupun ada kelonggaran terhadap anak-anak autisme sepanjang tempoh PKP ini, namun Zarina lebih suka jika mereka duduk di rumah demi keselamatan masing-masing dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama.
“Seboleh-bolehnya saya tidak mahu mereka bosan duduk di rumah dan melakukan sesuatu. Biasanya, saya akan suruh mereka buat kerja bersihkan rumah. Kami juga lakukan aktiviti seperti bermain badminton di halaman rumah,” katanya.
Bagaimanapun, sekali-sekala Zarina tetap membawa mereka keluar berdekatan kawasan rumah. Dia juga lega kerana dua anaknya itu patuh apabila diminta memakai penutup muka, mencuci tangan dan menjaga kebersihan serta mengambil langkah berjaga-jaga yang lain.
Tabah berdepan karenah anak-anak, Zarina memohon orang ramai mematuhi arahan kerajaan agar rantaian COVID-19 dapat diputuskan segera dan kehidupan biasa diteruskan.
Ubat masuk punggung, biasanya ubat ni akan digunakan pada kanak-kanak. Biasa la, kanak-kanak tak suka makan ubat. Masukkan je ubat ni dekat punggung dia (tempat berak), habis cerita.
Tapi apa yang kita tak tahu, ubat ni ada risiko sebenarnya.
UBAT MASUK PUNGGUNG, ubat supp. Ini semua ubat yang sama kategori dipanggil suppositories.
Suppositories berbentuk torpedo/peluru, punyai tekstur ala lilin, dimasukkan ke dalam rectum melalui anus (lubang dubur). Di dalam rectum, ubat ini akan mencair (suhu badan) dan diserap oleh saluran darah di rectum.
Ada banyak kegunaan ubat suppositories ni, antaranya sebagai ubat demam, ubat tahan sakit, ubat tahan muntah, ubat sembelit, ubat sawan dan ubat buasir.
Hari ni kita nak fokus pada ubat suppositories untuk DEMAM & PENAHAN SAKIT (pain killer), yang kita bagi pada pesakit kanak-kanak.
Di Malaysia, ada 2 jenis ubat supp
untuk Demam/Painkiller, iaitu:
??Paracetamol, PCM (acetaminophen)
??Diclofenac sodium (voren)
Bila nak guna ubat Supp ini?
?Kalau anak anda payah sangat nak makan ubat cecair.
?Kalau sedang hadapi muntah muntah.
Dos:
??Untuk PCM, ada 2 dos, 125mg & 250mg.
??Untuk Voltaren, ada 2 dos, 12.5mg & 50mg.
Yang mana lebih bagus?
Jawapan kami, dua-dua bagus. Satu kajian membandingkan Supp Voltaren VS Supp PCM dalam mengurangkan suhu demam.
Di dapati Supp Voltaren effektif dalam 1 jam pertama menurunkan suhu (lebih cepat berbanding Supp PCM). Namun kesan keseluruhan rawatan, kedua-duanya sama effektif dalam menurunkan suhu demam.
Mana satu nak pilih?
?Supp PCM ialah drug of choice. Dah lama di pasaran dan terbukti selamat. Maka kalau diberi pilihan, gunalah Supp PCM untuk anak kita. Cuma kena faham, risiko kerosakan hati kalau overdose. So kenalpasti betul-betul dos PCM anak.
?Supp Voltaren pula dalam kategori painkiller NSAIDs, yang mana ada risiko pada kidney kalau overdose, dan beri kesan pedih perut/ulcer dalam perut.
Bila nak guna Supp Voltaren?
?Dalam kes allergic PCM.
?Kalau lepas 1-2 jam bagi Supp PCM, suhu badan masih tinggi > 39°C, maka next dose boleh cuba bagi Supp Voltaren.
?Jika pasti demam bukan disebabkan dengue..Sbb tu kne jmpa dktr bukan ambil sndiri..Jika tidak blh sebabkan pendarahan.
Apa beza Supp PCM vs Supp Voltaren?
Kedua-duanya antipyretic, iaitu ubat yang boleh menurunkan suhu demam, kedua-duanya boleh digunakan sebagai ubat tahan sakit (contoh anak sakit gigi, sakit kaki lepas jatuh,sakit tekak dan lain2).
Supp Voltaren ada extra fungsi sebagai anti inflammatory agent, iaitu ubat anti radang yang selalunya kita gunakan dalam sakit yang ada keradangan, contohnya arthritis kanak-kanak.
Apa yang wajib tahu?
??Supp Voltaren tak boleh digunakan untuk kanak-kanak bawah setahun dan kanak-kanak yang diketahui alah pada Diclofenac, kanak kanak yang ada masalah perdarahan.
??Supp Voltaren tak boleh digunakan untuk kanak-kanak yang disyaki ada dengue. Boleh akibatkan pendarahan. Jadi pastikan ambil ubat hanya bila doktor suruh.
??Supp PCM tak boleh digunakan untuk bayi bawah 6 bulan. Bergantung pd keadaan. Bawah 6 bulan sila jmpa doktor.
??Jangan guna Supp PCM & Supp Voltaren serentak.
??Supp PCM lebih selamat berbanding supp Voltaren kerana tiada risiko pendarahan.
Dos Penggunaan :
Sebenarnya kena kira berat badan kanak-kanak. Cuma secara kasarnya, ini dos yang disarankan ahli farmasi.
?Supp PCM 125mg:
6 bulan – 3 tahun (8kg – 14kg) : Sebiji supp
4 tahun – 5 tahun (16kg – 18kg): Dua biji supp
?Supp PCM 250mg:
5 tahun – 8 tahun (18kg – 25kg) : Sebiji supp
9 tahun – 12 tahun (28kg – 40kg) : Dua biji supp
Nota: Kedua-dua Supp PCM 125mg & 250mg ini tak boleh digunakan lebih dari 4 kali dalam tempoh 24jam.
Dose utk Supp PCM formulanya 20-30mg/kg berat badan.Contohnya berat 10kg..10kg x 30mg= 300mg..jadi blh bg anak dose sebiji Supp PCM 250mg..
Dos untuk Supp Voltaren, bagi kegunaan demam formulanya 0.5 –1mg/kg berat badan. So selalunya, untuk kanak-kanak usia setahun ke atas hingga 3 tahun, sebiji Supp Voltaren 12.5mg tu mencukupi, boleh ulang 2-3 kali sehari.
Contoh berat anak 10kg, supp Voltaren 12.5mg blh digunakan..
Kanak-kanak yang lebih besar/tua boleh guna dos Supp Voltaren 25mg.
Untuk dose ubat dalam kes paediatrik yg tepat, rujuk doktor anda. Dos yang kita tulis ni hanya sebagai general guidelines sahaja.
Cara Masukkan Ubat Dengan Betul
▪️Baring mengiring, silangkan kaki (satu kaki naik ke arah dada).
▪️Lembabkan ubat supp dengan vaselin atau minyak, dan tolak perlahan, tak perlu tekanan.
▪️Lepas masuk ubat, biar anak baring dalam 10 min untuk bagi ubat menyerap.
Kalau perlu masukkan 2 biji supp, boleh masukkan supp kedua sebaik sahaja supp pertama dimasukkan ,ruang dalam rectum cukup besar untuk tampung 2 suppositories.
Anak mengamuk tak mahu berus gigi, perkara ini tidak boleh dibiarkan. Mungkin ada yang akan ada orang kata ia kejam, sebenarnya tidak ambil kisah gigi anak tanpa berberus itu lebih kejam!
Perkongsian daripada Dr Zulaika ini boleh dipraktikkan apabila berhadapan dengan keadaan anak enggan memberus gigi.
‘Dr, sy xberus gigi anak sy sbb dia mengamuk-amuk tiap kali nak berus gigi.’
Ibu bapa semua, jika anak menangis/mengamuk xnak berus gigi, kita tidak boleh putus asa dan terus tidak berus gigi mereka. Anak kecil dlm proses belajar, jika mereka menangis tidak nak berus gigi dan kita pun tidak berus gigi mereka maka mereka akn belajar bahawa jika mereka menangis mereka tidak perlu berus gigi.
Jadi rutin ini akn sentiasa berlaku dan akhirnya gigi anak tidak diberus dan akan menyebabkan gigi menjadi rosak/berlubang.
Cara bagaimana memberus gigi anak jika mereka menangis/mengamuk teruk.
1. Teknik Dua Orang (gambar pertama)
Jika anak mengamuk teruk, bapa boleh duduk dikerusi sambil memeluk anak di atas riba. Baringkan kepala anak diatas riba ibu sambil memegang tgn anak. Ibu boleh memegang kepala anak dan memaksa dia membuka mulut untuk memberus giginya.
2. Teknik seorang (gambar kedua dan ketiga)
Ibu/bapa boleh berdiri dibelakang anak dan memberus gigi sambil memegang kepala mereka. Atau pun duduk dibawah dan meletakkn anak dicelah kaki dan memeluknya. Kemudian anda boleh memberus gigi anak sambil memegang kepalanya.
Anak akan faham, walau pun mengamuk, gigi perlu wajib diberus
‘Hari-hari perlu buat macam ni ke?’
Bukan perlu buat hari-hari begini, hanya ketika anak mengamuk teruk tidak mahu berus gigi. Dengan cara ini, anak kecil akan belajar bahawa tidak kira mereka menangis/mengamuk, rutin memberus gigi wajib juga dibuat.
Lama kelamaan anak akan menerima hakikat bahawa memberus gigi ini WAJIB dilakukan tidak kira sama ada mereka tidak suka/ tidak mahu.
‘Nampak KEJAM la Dr paksa n biar anak menangis teruk macam ni…kesian..’
Kita hanya memberus gigi tidak sampai 2 minit pun, selepas itu anak akan berhenti menangis.
Jika kita membiarkan gigi anak-anak kecil tidak diberus sehingga menyebabkan kerosakan semua gigi dan akhirnya anak menangis sepanjang malam tidak tidur sakit gigi, itulah sebenarnya yang lebih KEJAM.