Keadaan kesihatan pelakon, Puteri Balqis Azizi, 11, yang menghadapi masalah jantung, kembali menimbulkan pertanyaan ramai apabila perkongsian di instagram peribadinya menunjukkan bintang cilik itu menjalani rawatan bersama tanda pagar #fightcancer.
Status yang dimuat naik, kelmarin, menerusi akaun @rockingbalqis itu memaparkan gambar pelakon kanak-kanak berkenaan memakai topeng mulut dalam keadaan ceria berserta keterangan menyatakan dirinya sudah menjalani rawatan.
Pada status dipercayai dikongsi ibunya sendiri, Norashikin Mohd Aziz, tahap kesihatan Puteri Balqis yang mesra disapa Aqish itu juga dikatakan semakin baik.
Namun tanda pagar #fightcancer seakan-akan memberi bayangan mengenai penyakit sebenar Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia ke-19 (2014) itu walaupun sebelum ini dia dikatakan menghadapi masalah jantung.
Norashikin ketika dihubungi mengesahkan anaknya menghidap kanser, tetapi tidak menyatakan secara terperinci jenis barah yang menyerang Aqish.
Ads
Sambil memohon maaf kerana enggan ditemubual pada waktu ini, beliau bagaimanapun berkata, semangat anaknya semakin kuat walaupun sedang berhadapan masalah kesihatan.
“Saya minta maaf, buat masa ini saya tak mahu membuat sebarang temu bual. Demamnya masih tak berhenti. Jantung dan paru-parunya mempunyai masalah. Apa pun dia semakin kuat,” ulasnya.
Ads
Pada Mei lalu, Norashikin mengesahkan si kecil yang menceburi arena seni sejak usia dua tahun itu mengalami masalah jantung bermula dengan tanda demam berpanjangan dan kerap muntah.
Keadaan kesihatan yang tidak menentu dikesan sejak akhir tahun lalu hingga Aqish perlu keluar masuk hospital bagi menjalani ujian selain mendapatkan rawatan.
Siapa pernah kena bengkak susu? Hanya yang pernah merasai saja tau macam mana sakitnya bila kena bengkak susu yang teruk. Sampai boleh demam la.
Perkongsian Umi Aishah ini boleh dijadikan panduan untuk ibu mengetahui apa PUNCA BENGKAK SUSU dan apa PETUA UNTUK HILANGKAN BENGKAK SUSU.
PUNCA-PUNCA BENGKAK SUSU
Lambat memulakan penyusuan selepas bersalin boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di payudara, dan menyebabkan bayi sukar menyusu dalam keadaan payudara membengkak.
Lekapan yang tidak betul akan menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara.
Penyusuan yang tidak kerap menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan kerap dan jarak masa antara sesi memerah yang terlalu lama juga berpotensi menyebabkan saluran susu tersumbat dan meyebabkan bengkak.
Bayi perlu menyusu di sebelah payudara sehingga dia melepaskan sendiri payudara itu. Kerap menukar payudara semasa menyusu menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari setiap payudara. Ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu.
Bagi ibu yang bekerja tertinggal sesi memerah ketika bekerja juga menyumbang kepada masalah bengkak susu.
Penggunaan pam yang tidak sesuai terutamanya jika saiz corong pam terlalu kecil dengan puting ibu boleh menyebabkan susu tak dapat keluar dengan baik dari payudara, sekaligus menyebabkan masalah bengkak susu kerana susu dikeluarkan sehingga kosong.
TIPS/PETUA UNTUK HILANGKAN BENGKAK SUSU
p/s: Jangan main-main tau dengan bengkak susu ni, bahaya. Kerapkan sesi penyusuan kepada ibu suri rumah dan kerapkan sesi memerah kepada ibu yang bekerja.
Sumber: Kelab Ibu Hamil, Menyusu & Berpantang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah anak sembelit memang boleh buat hidup seorang ibu jadi susah hati. Siapa tak risau bila setiap kali nak buang air besar, anak akan menangis sekuat hati sampai merah muka dan meneran bersungguh-sungguh tapi najis tak keluar juga.
Rasanya ramai ibu pun mengalami masalah yang sama iaitu anak sukar buang air besar atau sembelit. Sebenarnya masalah sembelit sangat jarang berlaku di kalangan bayi yang menyusu susu ibu tetapi bagi bayi yang minum susu formula, risiko untuk mereka terkena sembelit adalah sangat tinggi.
Ini antara tanda-tanda biasa menunjukkan si kecil mempunyai masalah sembelit. Cuba periksa anak anda.
Menyedari hal tersebut, Puan Herny Hafiz berkongsi tip mengatasi masalah bayi sembelit mengikut pengalaman dan pembacaannya.
Apa nak buat bila baby sembelit berak keras (refer bristol stool chart)
6-7 bulan beri buah buahan ini sebagai snek 2x sehari (2-3 oz per serving) – buah naga, avocado, betik,plum
elak buah buahan ini ( 2 jenis ni mommy selalu bagi tanpa sedar ia boleh sebabkan sembelit) – epal, pisang,
beri makanan berasaskan >timun (buang kulit), labu, butternut, zuchini (buang kulit)
Masa tengah menahan sakit kontraksi dalam labour room ‘tu’, ada tak berikan gas? Kalau ada, adakah anda tahu apakah fungsinya? Nak tahu lebih lanjut, bacalah artikel yang ditulis oleh Hello Doktor ini.
Meredakan kesakitan
Setiap individu yang melalui proses kelahiran bayi berdepan dengan pengalaman bersalin berbeza-beza. Terdapat sesetengah individu yang perlu menanggung kesakitan untuk tempoh yang lama sehingga timbulnya rasa serik untuk hamil, dan ada juga yang langsung tidak mengalami sebarang kesakitan.
Ketika anda melalui kesakitan ketika ingin bersalin, terdapat pelbagai kaedah yang boleh menjadi pilihan untuk menjadi pilihan bagi mengurangkan kesakitan tersebut. Antaranya adalah seperti kaedah teknik pernafasan atau dikenali sebagai Lamaze yanag dapat melegakan ketegangan otot pelvis, suntikan ubat-ubat, kaedah epidural dan sedutan gas Entonox, yang berkaitan dengan topik artikel ini.
Apakah sebenarnya gas Entonox ini? Adakah ia berkesan? Bahaya atau tidak?
Gas ini merupakan gas nitrus oxide yang tidak mengikat hemoglobin. Ia menyerap dengan cepat melalui sel membran dan disingkirkan menerusi paru-paru. Anda akan mula merasa kesannya atau istilah perubatan, analgesia, selepas 20 saat penyedutan gas ini. Kesan paling maksimum akan mula dirasai selepas 3 hingga 5 minit.
Fungsi gas Entonox
Gas ini merupakan sejenis gas yang berperanan sebagai penahan kesakitan. Ia berfungsi dengan menghalang deria rasa daripada mengalami kesakitan dan sampai ke otak. Namun, dalam masa yang sama penggunaan yang berlebihan boleh mewujudkan rasa mengantuk dan kurang kecergasan ketika bersalin.
Komposisi kandungan gas yang berbeza mungkin mempunyai perbezaan tahap intensiti bagi kesan analgesik (analgesia). Untuk penggunaan bagi mengurangkan kesakitan kontraksi, komposisi nitrous oksida dan oksigen adalah 50:50.
Entonox biasanya akan diberikan pada peringkat akhir kelahiran, iaitu sebelum bukaan serviks menjadi 10 cm. Penggunaan gas ini boleh dikawal sendiri untuk menyesuaikan penyedutan gas mengikut keperluan diri, terutama ketika berasa sakit kontraksi.
Kebaikan gas Entonox
-Mudah digunakan dan dikawal
-Tidak tersimpan dalam badan untuk tempoh yang lama
-Bantu kurangkan kesakitan ketika kontraksi
-Mengandungi oksigen bermanfaat untuk bayi
Adakah ia berkesan?
Bagi sesetengah individu, penggunaan gas ini mungkin tidak berkesan untuk mengurangkan kesakitan, tetapi bagi sesetengah yang lain pula, Entonox dapat menurunkan rasa kesakitan itu. Malahan terdapat juga individu yang hilang rasa sakit sepenuhnya apabila menggunakan gas ini.
Namun penggunaan gas Entonox ini akan menyebabkan berlakunya beberapa kesan sampingan, seperti:
-Sakit kepala
-Pening, khayal
-Mual atau loya
Penulis sendiri pernah merasa menggunakan Entonox ini ketika ‘nak’ melahirkan ‘si kecik’ yang banyak akal ‘tu’. Bagi penulis, rasa sakit itu berkurangan walaupun penulis terpaksa melalui tempoh kontraksi yang lama kerana bukaan rahim perlahan. ‘Sakanlah’ menahan sakit kontraksi ‘tu’.
Bab efek penggunaan Entonox pula, penulis tidak dapat menafikannya. Sebabnya penulis sendiri meninggal hadiah di dalam bilik bersalin ‘tu’. Hadiah apa? Setelah penulis selamat melahirkan dan baby ‘pun’ sudah dimandikan serta dipakaikan baju, penulis muntah. Nasib baiklah jururawat yang ada di dalam bilik bersalin itu memahami keadaan penulis.
Perkara yang paling penting, penggunaan gas ini tidak memberikan sebarang kesan sampingan kepada bayi. Jadi kepada ibu yang akan melalui proses bersalin, kalau diberikan gas ini, tidak perlu gusar atau khuatir, okay?