Siapa pernah kena bengkak susu? Hanya yang pernah merasai saja tau macam mana sakitnya bila kena bengkak susu yang teruk. Sampai boleh demam la.
Perkongsian Umi Aishah ini boleh dijadikan panduan untuk ibu mengetahui apa PUNCA BENGKAK SUSU dan apa PETUA UNTUK HILANGKAN BENGKAK SUSU.
PUNCA-PUNCA BENGKAK SUSU
Lambat memulakan penyusuan kali pertama.
Lambat memulakan penyusuan selepas bersalin boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di payudara, dan menyebabkan bayi sukar menyusu dalam keadaan payudara membengkak.
Ads
Lekapan yang tidak betul.
Lekapan yang tidak betul akan menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara.
Penyusuan / pemerahan yang tidak kerap.
Penyusuan yang tidak kerap menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan kerap dan jarak masa antara sesi memerah yang terlalu lama juga berpotensi menyebabkan saluran susu tersumbat dan meyebabkan bengkak.
Menetapkan masa menyusu di setiap belah payudara.
Bayi perlu menyusu di sebelah payudara sehingga dia melepaskan sendiri payudara itu. Kerap menukar payudara semasa menyusu menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari setiap payudara. Ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu.
Ads
Tertinggal sesi memerah.
Bagi ibu yang bekerja tertinggal sesi memerah ketika bekerja juga menyumbang kepada masalah bengkak susu.
Ads
Pam susu.
Penggunaan pam yang tidak sesuai terutamanya jika saiz corong pam terlalu kecil dengan puting ibu boleh menyebabkan susu tak dapat keluar dengan baik dari payudara, sekaligus menyebabkan masalah bengkak susu kerana susu dikeluarkan sehingga kosong.
Mandi air panas selama 15-20 minit. Halakan air panas ke bahagian breast. Semasa mandi, buat urutan secara membulat ke seluruh bahagian payudara dengan sedikit tekanan di bahagian ketulan.
Isi air panas dlm botol dan golek-golekkan di bahagian ketulan.
Lakukan urutan dari atas ke bawah, arah areola di seluruh payudara.
Susukan bayi/perah susu sekerap mungkin. Sambil golekkan botol air panas tadi di kawasan bengkak sepanjang sesi penyusuan/memerah.
Elakkan ais, tambahkan pengambilan AIR SUAM 1 gelas setiap 1 jam.
Urutan/tuam membantu melegakan bengkak dan meleraikan saluran susu supaya aliran susu kembali normal.
Jika kulit di bahagian payudara yang bengkak kemerahan, ini tanda-tanda anda mengalami radang payudara. Tuam dengan tuala sejuk/botol berisi air sejuk selama 10-15 minit dulu sebelum tuam menggunakan botol berisi air panas untuk menghilangkan radang.
p/s: Jangan main-main tau dengan bengkak susu ni, bahaya. Kerapkan sesi penyusuan kepada ibu suri rumah dan kerapkan sesi memerah kepada ibu yang bekerja.
Sumber: Kelab Ibu Hamil, Menyusu & Berpantang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uniknya susu ibu bantu bayi tidur nyenyak. Hebatnya ciptaan Allah ini lengkap dengan fungsinya.
Pernahkah anda mendengar bahawa susu ibu yang diperah pada waktu malam atau dinihari akan menyebabkan bayi mengantuk?
Menurut Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi & IBCLC, setiap spesies mamalia menghasilkan susu unik tersendiri memenuhi keperluan nutrien anaknya. Prinsip ini dikenali sebagai biologi khusus susu. Manusia tergolong dalam kumpulan mamalia dan menghasilkan susu ibu yang sempurna untuk keperluan anaknya.
HORMON MELATONIN BERI KESAN SEDATIF
Antara keunikan susu ibu adalah ia mengandungi hormon-hormon tertentu. Antaranya ialah hormon melatonin. Hormon ini di rembes pada waktu malam oleh orang dewasa dan bukannya bayi. Ia memberikan kesan hipnosis yang membuatkan bayi relaks dan juga kesan merehatkan otot-otot di usus.
Ada kemungkinan bahawa susu ibu , yang mengandungi melatonin memberikan kesan sedatif yang membuatkan bayi rasa mengantuk (berfungsi membantunya tidur dengan nyenyak) dan mengurangkan terjadinya kembung perut. Hebatnya Ciptaan Allah!
PENYUSUAN EKSKLUSIF KURANGKAN BAYI MERAGAM
Untuk pengetahuan anda, penyusuan eksklusif juga boleh mengurangkan bayi meragam. Ia juga boleh mengurangkan rasa cepat marah atau kembung perut kepada si kecil serta cenderung untuk tidur pada waktu malam lebih panjang.
Susu ibu (pada waktu malam) mengandungi paras melatonin yang tinggi, sedangkan formula tidak. Dalam kajian itu juga, didapati bahawa melatonin yang dibekalkan kepada bayi melalui susu ibu memainkan peranan dalam meningkatkan tidur dan mengurangkan kolik pada bayi menyusu berbanding yang diberi susu formula.
Oleh itu, tidak hairanlah mengapa bayi akan kelihatan lebih mengantuk dan kurang aktif apabila meminum susu perahan yang diperah pada waktu malam atau dinihari ( sebagai contoh semasa ibu bekerja syif malam).
MUDAH UNTUK TERTIDUR
Seperkara lagi, ialah bayi yang menyusu terus daripada payudara, dia akan kelihatan mengantuk dan mudah untuk tertidur. Ini disebabkan oleh hormone cholecystokinine (CCK) iaitu sejenis hormon yang meningkatkan penghadaman, memberikan kesan seperti ubat pelali dan rasa kekenyangan dan tenang kepada si manja. Semasa menyusu, rembesan CCK oleh kedua-dua ibu dan bayi menghasilkan rasa mengantuk.
BANTU BAYI TIDUR NYENYAK
Tahap CCK bayi memuncak sebanyak dua kali selepas penyusuan . Puncak pertama berlaku sebaik sahaja selepas penyusuan. Ia memuncak lagi 30 hingga 60 minit kemudian yang mungkin selepas susu tersebut sampai ke saluran usus. Tahap CCK bayi akan menurun selepas 10 minit selepas penyusuan.
Hal ini yang menyebabkan bayi tersedar semula untuk menyusu semula sama ada daripada payu dara sebelah lagi atau daripada payudara yang sama untuk mendapatkan susu yang kaya dengan lemak (hindmilk). Menunggu 30 minit selepas menyusukannya sebelum meletakkan bayi ke katilnya membantu bayi untuk tidur lebih nyenyak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam-macam jenis resipi viral yang kita dah cuba sepanjang tempoh PKP ni. Nak keluar bersenam, ambil angin luar pun tak boleh. Melainkan kita memang sejenis orang yang bersenam secara disiplin, dan tentu berat badan akan naik sepanjang duduk di rumah ni kan?
Untuk para ibu yang mahu menurunkan berat badan dan mengempiskan perut, bolehlah cuba buat air rebusan herba ini. Caranya mudah dan bahan nak buat pun tak banyak.
Ikuti resipi air rebusan herba ini seperti yang dikongsikan oleh Habibah Badar Bajrai.
Bahan-bahan:
1 liter air
2 batang serai
7 biji cengkih
1 batang kayu manis Ceylon
3 hiris halia diketuk
1 biji lemon
Madu
Cara-cara penyediaan:
1. Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20 minit.
2. Tutup api selepas mendidih. Ambil setengah gelas air rebusan dan tambah setengah gelas air biasa.
3. Perahkan sehiris lemon dan tambah sesudu madu.
4. Minum ketika ia masih suam sebelum menikmati makanan.
Baki air rebusan boleh disimpan dalam peti sejuk. Jika mahu diminum ambil setengah cawan dan dicampurkan dengan setengah gelas air panas.
Air rebusan ini perlu diminum suam. Boleh perahkan lemon dan tambah madu untuk rasa yang lebih sedap.
Serai
Menurunkan berat badan, tekanan darah, mengurangkan kolesterol & gula dalam darah, membuang toksin dari badan serta membantu pencernaan.
Halia
Buang angin dalam badan, mengurangkan bau hamis darah ketika haid, meningkatkan tenaga batin, merawat pengaliran darah yang bermasalah serta memanaskan tubuh.
Cengkih
Merawat masalah pernafasan, membantu sistem pencernaan, memanaskan tubuh, sumber antioksidan yang menjaga kesihatan kulit & wajah.
Kayu Manis Ceylon (true cinnamon)
Mengurangkan kolesterol, membantu melambatkan proses penuaan, merawat nafas berbau, mengurangkan kadar gula dalam darah dan mampu memecahkan lemak
Madu
Meningkatkan antibodi badan, menambah stamina, mencantikkan kulit, meningkatkan penyerapan nutrisi dalam badan.
Lemon
Melancarkan pencernaan, membersihkan darah, memecahkan lemak di tubuh dan membantu meningkatkan stamina
Badan akan terasa ringan serta mengembalikan kecergasan tubuh. Sesuailah buat para ibu yang sibuk menguruskan rumah tangga sepanjang hari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru 11 hari usia bayi, sudah terlantar di wad akibat jangkitan kuman, Respiratory syncytial vitrus. Kalau hajat untuk melawat bayi, pastikan dalam keadaan sihat dan sebelum memegang bayi pastikan tangan bersih dan elakkan dari mencium bayi. Ikuti perkongsian Putri Nur Syuhada
RSV (Respiratory syncytial virus)
2 minggu yang paling menakutkan dalam hidup mommy bila tengok anak sendiri terlantar bercucuk sana sini dengan NPO2 yg sentiasa melekap kat muka.
Baru hari ke 11, semua pantang mommy tah ke mana. Mommy jadi down teramat sangat sampaikan tak semangat lansung nak reply msg or call sesiapa kecuali family terdekat yg kena tahu pasal perkembangan ilyas.
(Sebelum tu nak minta maaf pada pihak hospital sebab mommy ambil gambar tanpa izin.)
6/9/18 Day 1
Mommy bawa Ilyas ke KK untuk check up jaundice, alhamdulillah result jaundice semuanya ok. Tapi doc inform nafas Ilyas laju. Tak ada batuk, tak ada selsema or kahak. Semuanya nampak normal kecuali pernafasan Ilyas tak normal untuk baby >60/min. Ilyas nampak penat bila bernafas. Dapat surat refer ke ED. Thanks tyuni hantarkan Ilyas g ED.
Dalam ED terus masuk redzone. Lepas history taking, doc admitkan ilyas ke SCN. Ilyas on nasal prong 1.5L. Mommy dapat katil n overnight kat wad je teman Ilyas. Katil n observation cubicle Ilyas selang 1 cubicle.So mommy kena bangun every hour utk pergi susukan Ilyas.
7/9/18 Day 2
Dapat result xray paru-paru Ilyas. Doc inform ada jangkitan kuman dalam paru2 Ilyas. Doc diagnose Pneumonia. Ilyas kena puasa untuk few hours untuk ambil sample kahak. Daripada baby cot biasa, nasal prong 1.5L, doc pindahkan Ilyas ke dalam incubator. NPO2 doc up kan ke 2L. Soalan yg paling kerap n semua doc tanya “ADA SESIAPA YANG SAKIT, BATUK SELSEMA OR TAK SIHAT KAT RUMAH DEKAT DENGAN BABY? ATAU ADA YANG TAK SIHAT LAWAT BABY?”
Tak ada. 1 family kecil kitorang daddy mommy abang ilhan alhamdulillah sihat. Tapi mommy terus teringat ada beberapa group yg datang lawat Ilyas, ada yg cium2 Ilyas. Abg Ilhan pun kerap cium Ilyas sebab sayang sgt kat adik dia. Mommy daddy apa lg. Anak sendiri memang sentiasa cium lah. Mommy tak boleh nak tuduh sesiapa walaupun diri sendiri. Sebab kuman kita tak nampak. Even kita sihat, tapi sebab kita semua dah dewasa. Setakat kuman biasa maybe tak ada effect besar kat kita. Tapi baby, apa lg baby yg baru je lahir..Makin ramai yg peluk cium baby tu makin tinggi risiko.
8/9/18 Day 3
Hari paling sedih untuk mommy. Nafas Ilyas still laju n penat, NPO2 tak mampu nak bantu pernafasan Ilyas. Doc decide untuk transfer Ilyas ke NICU. Terus on high flow nasal prong 5L. Malam tu dari 5L doc naikkan lg ke 7L sebab nafas Ilyas still laju. Mommy teman Ilyas sepanjang malam dalam NICU. Mommy tak boleh susukan Ilyas even angkat dia dari cot pun tak boleh. Susu pun mommy kena pam untuk Ilyas n nurse just bagi thru feeding tube. Doc prescribe 70ml/feeding 3hrly.
Line kat tangan Ilyas bengkak, sebab on antibiotik. Terpaksa set line baru kat kaki. Daripada tangan kiri ke kaki kanan, sampai lah tukar ke kaki kiri. Semua terpaksa tukar sebab bengkak. Mommy nangis je bila dengar suara Ilyas meraung tiap kali nurse buat suction kahak.
Wan bagi air zam zam untuk mommy sapu kat muka Ilyas dengan niat sembuh. Itu je yang mommy boleh buat untuk Ilyas sepanjang dalam NICU ni.
9/9/18 Day 4
Lagi sekali hati mommy sedih. Tak boleh nak cakap macam mana sedih hati mommy ni tengok Ilyas kena on CPAP 5L pula. Daddy je yg tau macam mana mommy menangis dalam isolation room tu. Tak sanggup tengok anak mommy macam ni. Sepanjang malam mommy teman Ilyas dalam iso room ni, tiap kali mommy tengok muka ilyas terus air mata mommy keluar. Mommy jadi selembik2 manusia. Mommy takut hilang Ilyas. Macam2 mommy fikir dalam kepala selagi result sample Ilyas tak keluar.
10/9/18 Day 5
Dapat result sample kahak Ilyas. Confirm RSV (Respiratory syncytial virus). Common virus yg attack respiratory manusia tapi berbahaya untuk baby n orang tua. Doc tengok muka mommy stress dengan mata bengkak, doc suruh stop nangis n inform yg ilyas stabil. Ada condition baby lain lagi teruk dari Ilyas. Kalau pernafasan Ilyas ok,hari esoknya boleh slow down kan oxygen. Sekarang ni mommy 100% depends pada doa je.
11/9/18 & 12/9/18 Day 6 & 7
Alhamdulillah Ilyas stabil. Tapi still on CPAP 5L sebab nafas still penat. Tunggu masa untuk baik sepenuhnya. Dah 5 hari mommy tak dapat dukung, peluk n susukan Ilyas. Mommy rindu.. Rindu sangat. Mommy still tak kuat n always menangis. Mommy rasa mommy mak paling cengeng dalam NICU ni masa tu.
13/9/18 – 17/9/18 Day 8-12
Pertama kali mommy mampu senyum tengok anak mommy sepanjang 1w++ dalam wad ni bila tengok positive progress Ilyas. Dari CPAP 5L, turun ke HFNPO2 4L, 3L, then nasal prong 2L, 1L sampai lah 0.5L je, line kat kaki dah lama off. Kahak dah berkurang. Mommy dah boleh dukung Ilyas n bfkan Ilyas mcm biasa. Cuma still kena on oxygen. Tu pun mommy cukup lega dah. Sekarang mommy just kena tunggu anak mommy baik sepenuhnya. Hari2 mommy tunggu doc bgtau yg mommy dah boleh bawa Ilyas balik. Amin..
18/9/18 Day 13
Ilyas kena chest xray for the 2nd time. Sebab agak lama bergantung pada oxygen. Belum boleh off oxygen sebab bila off oxygen Ilyas jadi penat. Kesian anak mommy umur tak sampai sebulan dah kena hadap mcm2 benda. Semoga anak mommy jadi anak yg kuat. Mommy dah mula nak meleleh air mata lg
Tapi alhamdulillah result xray Ilyas semuanya ok.
19/9/18 Day 14
Doc try offkan o2 Ilyas lg. Alhamdulillah hari ni anak mommy nampak sihat sangat! Boleh bernafas dgn baik sampai ke petang tanpa o2. Spo2 pun ok sangat. Bf pun tenang je. Ilyas kena habiskan ubat kuatkan paru2 bila balik rumah nt untuk 1w++ lagi. Ilyas kiv discharge. Mommy happy!
20/9/18 Day 15
Alhamdulillah Ilyas dah boleh discharge!!! Alhamdulillah Tuhan izinkan mommy pinjam Ilyas lagi. :’) Mommy dah boleh peluk anak mommy kuat2 yeay! Thanks family n kawan2 yg doakan Ilyas.
Nurse n doc pesan tolong jaga Ilyas baik2,jauhkan dr org yg sakit, elakkan dr org ramai sentuh/cium dia, dr tempat crowded/asap rokok n segala apa yg menyumbang kepada penyakit paru2. Abang Ilhan pun mommy elakkan dr dia cium2 adik. Ilyas maybe dah sihat, tp since paru2 Ilyas dah pernah terkena jangkitan, possibility utk terkena lg agak tinggi (nauzubillahiminzalik).
Sesiapa yg terbaca post ni, yang kenal, realtives, kawan-kawan, sorry kalau mommy akan jadi paranoid, cerewet bila berkaitan anak2 mommy lepas ni. Trauma tu mommy sorang yg rasa. Thanks sebab faham.
Thanks juga pada doc n nurse SCN & NICU HTJ sebab jagakan Ilyas dengan baik. Thank you so much! Harap terima pemberian yg tak seberapa dr mommy,daddy n Ilyas.
Parents yang baru dapat baby, maybe korang sekadar baca n takut. Tapi nak elak tu tak sampai hati bila ramai yg datang lawat baby nak dukung, nak cium baby. Trust me, selagi tak kena kat batang hidung sendiri, selagi tu takkan sedar macam aku. Seriously masa tu macam2 dalam kepala otak fikir. Menyesal geram sedih takut semua ada. So parents, decision is in your hand. Mommy pun taknak dah lawat anak siapa2 yg baru lahir lepas ni. Kalau lawat pun mommy takkan peluk cium2 baby tu. Mommy taknak jadi penyebab baby tu sakit.
P/S: Lepas ni kalau melawat baby basuh tangan bersih2, selagi boleh elakkan sentuh n cium2 baby tu. Tolong3 kurangkan risiko untuk baby tu dapat penyakit. Sekian.
Sarapan Percuma Pelajar Selangor bakal memanfaatkan 120,000 pelajar mulai Ogos ini, membantu keluarga yang berdepan kos sara hidup tinggi serta memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan tanpa berlapar.