Keadaan kesihatan pelakon, Puteri Balqis Azizi, 11, yang menghadapi masalah jantung, kembali menimbulkan pertanyaan ramai apabila perkongsian di instagram peribadinya menunjukkan bintang cilik itu menjalani rawatan bersama tanda pagar #fightcancer.
Status yang dimuat naik, kelmarin, menerusi akaun @rockingbalqis itu memaparkan gambar pelakon kanak-kanak berkenaan memakai topeng mulut dalam keadaan ceria berserta keterangan menyatakan dirinya sudah menjalani rawatan.
Pada status dipercayai dikongsi ibunya sendiri, Norashikin Mohd Aziz, tahap kesihatan Puteri Balqis yang mesra disapa Aqish itu juga dikatakan semakin baik.
Namun tanda pagar #fightcancer seakan-akan memberi bayangan mengenai penyakit sebenar Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia ke-19 (2014) itu walaupun sebelum ini dia dikatakan menghadapi masalah jantung.
Norashikin ketika dihubungi mengesahkan anaknya menghidap kanser, tetapi tidak menyatakan secara terperinci jenis barah yang menyerang Aqish.
Ads
Sambil memohon maaf kerana enggan ditemubual pada waktu ini, beliau bagaimanapun berkata, semangat anaknya semakin kuat walaupun sedang berhadapan masalah kesihatan.
“Saya minta maaf, buat masa ini saya tak mahu membuat sebarang temu bual. Demamnya masih tak berhenti. Jantung dan paru-parunya mempunyai masalah. Apa pun dia semakin kuat,” ulasnya.
Ads
Pada Mei lalu, Norashikin mengesahkan si kecil yang menceburi arena seni sejak usia dua tahun itu mengalami masalah jantung bermula dengan tanda demam berpanjangan dan kerap muntah.
Keadaan kesihatan yang tidak menentu dikesan sejak akhir tahun lalu hingga Aqish perlu keluar masuk hospital bagi menjalani ujian selain mendapatkan rawatan.
Setiap kali melihat bayi yang masih kecil merengek gelisah dengan kerengsaan yang dialami akibat ekzema, pastinya timbul rasa sedih dan kesian. Mama dan papa tak tahu apa perlu dibuat bagi menghilangkan rasa gatal dan pedih si kecil yang belum pandai berkata-kata.
Selain dibawa berjumpa dengan doktor untuk rawatan yang sewajarnya, pasti pencarian produk yang organik dan sesuai menjadi keutamaan mama papa. Ia untuk kegunaan si kecil bagi mengurangkan rasa rengsa dan juga untuk membantu mengatasi masalah kulit sensitif dan ekzema yang teruk.
Memang tak dinafikan banyak produk yang boleh dijadikan pilihan untuk si kecil anda dalam pasaran. Tetapi jangan tersilap pilih atau hanya membeli atas saranan orang lain kerana setiap bayi adalah berbeza reaksinya pada sesetengah produk.
Pastikan mama papa hanya memilih produk yang benar-benar diiktiraf sebagai produk organik dan khusus dicipta untuk si kecil yang mempunyai masalah ekzema. Rangkaian produk dari jenama Buds Organics telah sekian lama dipercayai sebagai salah satu alternatif produk khusus dicipta untuk anak kecil yang mempunyai masalah ekzema.
Gunakannya setiap hari untuk menggalakkan pemulihan kulit semasa keradangan dan untuk mengekalkan kesihatan kulit selepas pemulihan.
Kini Buds Organics memperkenalkan dua lagi produk terbaharu yang dipertingkatkan formulanya:
SUPER SOOTHING INTENSIVE REPAIR CREAM
Dirumus terutamanya untuk kulit yang parah terjejas / meradang, terlalu teriritasi yang memerlukan rawatan rapi dan kelegaan tambahan. Krim ini dibekalkan dengan dos EASYclear™ + Prebiotic yang tinggi untuk menyediakan penjagaan khas bagi kawasan kulit yang parah terjejas oleh keradangan ekzema. Ia dengan cepat dan berkesan menenangkan, melegakan, melindungi, memperbaiki dan menguatkan lapisan pelindung kulit.
SUPER SOOTHING DEEP MOISTURISING CREAM
Kulit yang sensitif dan rawan ekzema perlu dilembapkan setiap hari, kerana penting untuk menjaga kulit bayi sihat, walaupun selepas sembuh dari keradangan. Krim perlu ada ini menyediakan pelembap yang mendalam, dengan keupayaan menenang, melindungi dan mencegah yang sangat diperlukan untuk menjaga kulit sihat setiap hari.
Kelebihan unik EASYclear™ + Prebiotic
Kelebihan unik yang terdapat pada produk ini adalah EASYclear™ + Prebiotic. Ia menenangkan, melindungi dan membaiki kulit serta mencegah keradangan ekzema. Ketahui fungsi dan bahan kandungan yang terdapat di dalam krim seperti yang tertera di bawah ini.
Bertindak sebagai ejen anti-histamin dan anti-keradangan, gabungan tumbuhan aktif daripada Minyak Benih Anggur Hitam, Ekstrak Peria Bulan (Balloon Vine Extract) dan Minyak Pekat Bunga Matahari, yang dipatenkan dan terbukti secara klinikal berkesan mengurangkan proses keradangan dan meningkatkan pemulihan halangan pelindung kulit yang terjejas.
Jus Daun Lidah Buaya Organik melega dan menenangkan kulit yang terjejas. Ekstrak Daun Shiso (Perilla Ocumoides Leaf Extract) mempunyai ciri-ciri anti-keradangan yang kuat. Ia juga mengawal penghasilan imunoglobulin dan menyekat tindak balas alahan.
Ejen anti-bakteria yang kuat seperti Totarol dan Minyak Tea Tree melindungi kulit daripada bakteria berbahaya. Antioksidan semula jadi Vitamin-E dan Ekstrak Daun Zaitun melindungi kulit daripada radikal berbahaya yang menyebabkan keradangan dan mengganggu proses penyembuhan kulit.
Jojoba Organik, Minyak Bunga Matahari Organik, Shea Butter dan Minyak Bijan membentuk halangan pelindung pada kulit untuk mencegah kehilangan kelembapan dan kehilangan air yang berlebihan.
Minyak Inca Inchi Organik yang kaya dengan Asid Lemak Penting (EFAs) menggalakkan pemulihan kulit dan menguatkan penghalang pelindung kulit. Minyak Kernel Argania Spinosa dan Butyro-Spermum Parkii (Shea Butter) Ekstrak dengan sifat reparatif mempromosikan penyembuhan dan regenerasi kulit.
Prebiotik Alpha-Glucan Oligosaccharide menguatkan kulit; mengawal keseimbangan kulit dengan merangsang pertumbuhan bakteria yang baik.
Dua produk baharu daripada Buds Organics tersebut kini boleh dibeli di Caring Pharmacy dan lain-lain kedai barangan bayi di seluruh negara.
Menyambut kelahiran bayi kembar atas bot satu pengalaman baru buat seorang Jururawat Kesihatan Kebidanan Nur Shaffriza Mohd Shaffril. Jika sebelum ini biasa buat pemeriksaan dan lawatan kepada ibu mengandung, melibatkan komuniti masyarakat Orang Asli, pengalaman kali ini cukup bermakna baginya.
Baru-baru ini, petugas kesihatan Klinik Pos Kemar itu tidak menyangka akan menyambut kelahiran sepasang bayi kembar Orang Asli di atas bot ambulans, ketika melalui Tasik Banding untuk membawa ibu mereka ke Hospital Gerik.
Selang lima minit bayi keluar
Nur Shaffriza berkata, wanita berusia 31 tahun itu pada mulanya dikesan mengalami sakit bersalin ketika mereka membuat lawatan ke rumahnya, sebelum dibawa ke Klinik Pos Kemar untuk pemeriksaan dan menaiki bot ambulans dari jeti untuk ke hospital.
“Tiba-tiba wanita itu ingin meneran lalu saya memeriksa bahagian kelahirannya dan mendapati kepala bayi sudah kelihatan, jadi saya meminta wanita itu menarik nafas dan teran sambil saya memberi sokongan. Tidak sampai seminit, bayi pertama keluar pada pukul 11.20 pagi dan bayi kedua pula keluar kira-kira lima minit kemudian.
“Peralatan untuk bersalin memang kami sudah sediakan, jadi Alhamdulillah kami dapat kawal rasa cemas itu dengan baik sehingga berakhirnya proses bersalin,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurutnya kelahiran pasangan bayi lelaki itu merupakan pengalaman yang amat berharga baginya, kerana ia merupakan pertama kali terjadi sepanjang 16 tahun perkhidmatannya sebagai jururawat kesihatan.
Sementara itu, pemandu Mohd Hisham Shamsuddin yang turut menyaksikan detik-detik bersejarah itu berkata, beliau membawa pasukan anggota kesihatan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Jururawat Kesihatan, Jururawat Masyarakat dan Penolong Perawatan Kesihatan bersama wanita itu, menaiki ambulans dari klinik ke Jeti Kemar pada 10.30 pagi.
“Kemudian saya menaiki bot bersama mereka untuk pergi ke Jeti Trojen di mana ambulans dari Hospital Gerik sudah menunggu kami, namun secara tiba-tiba wanita itu bersalin sebelum tiba di jeti yang mengambil masa perjalanan kira-kira 45 minit.
“Saya tidak pernah melalui insiden seperti ini sepanjang empat tahun saya berkhidmat di Klinik Pos Kemar dan ia sangat indah bagi saya,” katanya.
Bayi ibu stabil
Jabatan Kesihatan Negeri Perak menerusi laman Facebook rasminya pada Rabu berkata hasil tindakan pantas anggota kesihatan, ibu dengan usia kandungan 35 minggu itu selamat melahirkan bayi kembar dengan berat 2.4 kilogram (kg) dan 1.3kg, dan mereka telah dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bagi menjalani rawatan susulan.
Pos Kemar merupakan kawasan perkampungan Orang Asli di Gerik dan penduduknya menggunakan bot sebagai pengangkutan utama untuk keluar dan masuk, manakala perjalanan dari penempatan itu ke Hospital Gerik mengambil masa selama kira-kira dua jam menggunakan laluan air dan darat.
Kredit: Bernama
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak jutawan terkemuka dan usahawan berjaya, Chryseis Tan Sri Vincent Tan tampil sopan bergaya dengan busana rona putih serta mengenakan selendang putih di majlis cukur jambul anak keduanya, SM Arman Naza bin SM Faliq, 3 bulan, sebentar tadi.
Ini kali pertama penampilan mummy anak dua ini mengenakan selendang dihiasi lace yang sangat cantik.
Majlis cukur jambul baby Arman diadakan penuh meriah dan dihadiri ahli keluarga serta rakan perniagaan.
Memilih konsep floral dan natural membuatkan majlis kelihatan sangat cantik dan tenang ditambah dengan alunan zikir daripada kumpulan nasyid, INTEAM.
Penampilan anak Tan Sri Vincent Tan, tycoon perniagaan ini mendapat pujian ramai. Rata-rata memuji dan mendoakan agar Chryseis sentiasa mencuba untuk bertudung.
Nur Syuhada Naquiyyah, seorang ibu tunggal, berkongsi kisah hidup bersama dua anak yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas meninggalkan rumah demi mencari kehidupan lebih baik.