“Semoga Allah Sentiasa Menjaga & Melindungimu Di Sabah,” Ardell Sertai Misi Bantuan, Sebak Tinggalkan Suami & Anak

Share

Nama Ardell Aryana dengan misi kemanusiaan memang cukup sinonim. Pelakon kecil molek isteri kepada Nadzmi Adhwa ini sering menghulurkan bantuan dan menyertai misi-misi kemanusiaan sama ada di dalam negara mahupun luar negara.

Memandangkan situasi covid-19 di Sabah yang semakin teruk dengan kes-kes terbaru yang banyak serta kes kematian baru yang mencatat angka yang membimbangkan, Ardell Aryana menyertai misi bantuan ke negeri Di Bawah Bayu itu bagi menghantar bantuan kemanusiaan.

Pergi Sabah Hantar Bantuan

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh suaminya, Nadzmi Adhwa di Instagram miliknya. Memuat naik video pendek merakam momen sayu Ardell mengucapkan selamat tinggal kepada anak dan suami sebelum berangkat ke Sabah.

Menerusi hantaran tersebut, Nadzmi memohon doa dari semua agar mendoakan isterinya sepanjang perjalanan dan juga kesejahteraan isteri tercinta sepanjang keberadaan di Sabah.

“Salam semua nak minta kalian semua doakan isteri saya selamat pergi dan selamat pulang

“Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu di Sabah. Bantulah mereka sepenuh daya mu.

Doa saya sentiasa mengiringimu. Semoga Allah redha dengan niat perjuanganmu. Saya sayang awak.  Abi tahan airmata tadi,” tulisnya.

 

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga turut mengirimkan doa agar Ardell berada dalam keadaan selamat sepanjang menjalankan misi bantuan.

Semoga segala usaha baik Ardell ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Didoakan juga semoga Ardell dan kumpulan misi bantuan ini sentiasa berada dalam Lindungan Yang Maha Esa.

Sumber: IG Nadzmi Adhwa

Baca: Ardell Dah Nak Bersalin, Suami Turut Jalani Ujian Saringan Covid-19 Demi Anak Yang Bakal Lahir

Baca: Walau Sarat Mengandung, Ardell Aryana Tetap Turun Padang Bantu Yang Memerlukan, Bakal Melahirkan Anak Tak Lama Lagi

Baca: “Doktor Cakap Salah Satu Bayi Kembar Kecil Sikit,” Bimbang Kena Bersalin Awal, Ainan Tasneem Mohon Doa Dari Semua!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

IKLAN