Pelakon Fauzi Nawawi memberi ucapan sweet kepada isterinya, Lisdawati sempena anniversary ke-11 pada 9 September lalu.
Menerusi Instagramnya, Fauzi telah memuat naik foto bersama isterinya di salah sebuah restoran sempena menyambut ulang tahun perkahwinan mereka kelmarin.
Biar anak menangis sekarang, daripada kita menangis kemudian hari. Prinsip ini menjadi pegangan Siti Sarah dalam mendidik ketiga-tiga anaknya Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Menurut Siti Sarah, mendidik anak sangat besar cabarannya. Sebab tu anak-anak perlu diajar dengan peraturan sejak mereka kecil. Bukan semata-mata niat untuk menghukum tetapi untuk mengajar mereka supaya lebih berdisplin.
“Mungkin orang tengok cara saya dengan anak tegas tapi itulah diri saya sebenarnya. Sebagai ibu bapa kita kena bertindak sebagai ibu ayah. Saya tak mahu anak-anak rasa mereka selesa dengan apa yang dilakukan.
“Jika betul mereka buat salah, saya akan memberi hukuman yang sesuai dengan usia mereka. Sekurang-kurangnya mereka tahu bila buat lagi perkara yang sama, hukuman itulah akan diterimanya.
“Contohnya jika anak tak dengar cakap saya dan Shuib, permulaannya saya akan bagi amaran. Jika anak tetap ingkar, memberi pengajaran cara terakhir.
“Saya akui pernah memberi hukuman dengan meletakkan anak diluar rumah dan merotan dengan tujuan untuk mengajar. Mungkin orang tengok cara saya ini kasar tapi hakikatnya saya mahu anak-anak tahu apa yang betul dan salah,” katanya.
Di sebalik ketegasan mendidik anak, Sarah akui dia sangat loving. Sebab tu bila mereka buat silap sekalipun, perkataan I Love You akan sentiasa diucapkan untuk memastikan mereka faham yang saya betul-betul nak mereka jadi anak yang baik.
“Bila mereka menangis nak bermanja saya layankan je. Tapi bila buat salah itu yang saya betul-betul kena ajar.
“Macam Shuib pula, dia tak akan masuk campur bila saya marah anak tapi hanya sebagai pemerhati. Jika tindakan yang saya lakukan tak jalan, barulah Shuib akan lakukan sesuatu. Formulanya kami tak akan marah sekaligus,” jelasnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Belajar tak semestinya dengan buku, dan inilah sebabnya aktiviti luar akademik memainkan peranan lebih besar dalam perkembangan anak hari ini. Ramai ibu bapa semakin sedar bahawa kecemerlangan anak bukan bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata. Hakikatnya, perkembangan anak berlaku melalui pelbagai rangsangan bukan hanya melalui latihan, lembaran kerja atau nota buku. Aktiviti ini membina kecerdasan emosi, sosial, fizikal dan kognitif si kecil.
Apabila anak diberi peluang meneroka dunia sekeliling, berinteraksi, bergerak bebas dan berkreativiti, mereka sebenarnya sedang membina asas pembelajaran jangka panjang. Inilah yang menjadikan mereka lebih yakin, seimbang dan bijak menghadapi cabaran.
Berikut adalah 6 aktiviti mudah tetapi sangat bermanfaat yang terbukti membantu anak berkembang lebih cemerlang meskipun tanpa tekanan akademik. Semua ini adalah sebahagian daripada aktiviti luar akademik yang memberi impak besar pada perkembangan anak.
Seni adalah antara aktiviti paling berkesan merangsang imaginasi anak. Melukis, mewarna, membuat kraf tangan atau origami membantu anak mengekspresikan emosi dengan cara yang sihat.
Manfaat aktiviti seni:
✔ Kukuhkan motor halus
✔ Tingkatkan kreativiti & imaginasi
✔ Bantu anak membuat keputusan (pilih warna, bentuk & bahan)
✔ Bina keyakinan diri
Pendedahan kepada muzik bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga meningkatkan kecerdasan emosi anak. Menyanyi, bermain alat muzik atau menari membantu anak fokus dan mengawal pergerakan.
Kelebihan aktiviti muzik:
✔ Bina koordinasi & ritma
✔ Tingkatkan tumpuan
✔ Anak jadi lebih berani tampil di hadapan orang
✔ Kurangkan sifat malu & takut
Pergerakan fizikal penting untuk perkembangan tubuh badan. Aktiviti seperti berbasikal, berenang, bermain bola atau berlari di taman menguatkan otot dan meningkatkan stamina anak.
Kebaikan untuk anak:
✔ Tubuh lebih kuat & sihat
✔ Kurangkan stres
✔ Tidur lebih lena
✔ Asah kemahiran motor kasar
Alam semula jadi adalah ‘kelas pembelajaran’ paling luas buat kanak-kanak. Mereka belajar melalui pemerhatian, sentuhan dan pengalaman. Aktiviti seperti berjalan di hutan, berkebun atau meneroka serangga semuanya tergolong dalam aktiviti luar akademik yang merangsang minda anak.
Manfaat aktiviti eksplorasi alam:
✔ Bina rasa ingin tahu
✔ Tingkatkan kemahiran berfikir
✔ Anak belajar menghargai alam & persekitaran
✔ Rangsang semua deria
Permainan papan, permainan tradisional atau aktiviti membina seperti lego membantu asah minda anak untuk berfikir secara kritis. Permainan bebas pula memberi ruang kepada kreativiti tanpa had.
Kelebihan permainan:
✔ Latih penyelesaian masalah
✔ Kembangkan kreativiti
✔ Tingkatkan kemahiran sosial
✔ Bantu anak belajar peraturan & giliran
Mendedahkan anak kepada kerja sukarela seperti mengutip sampah, membantu jiran atau menyertai program kebajikan memberi pengalaman berharga kepada mereka. Ini juga termasuk dalam aktiviti luar akademik yang membantu membentuk keperibadian positif.
Manfaat nilai sukarelawan:
✔ Tanam empati sejak kecil
✔ Bantu anak memahami keperluan orang lain
✔ Didik rasa tanggungjawab
✔ Bina karakter positif
Aktiviti alternatif ini bukan sekadar mengisi masa lapang. Ia membantu membentuk anak yang lebih seimbang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga matang secara emosi, kreatif, bijak berfikir dan mempunyai karakter yang baik.
Belajar tak semestinya dengan buku. Kadang-kadang aktiviti santai inilah yang menjadikan anak lebih bijak dan bersedia menghadapi kehidupan sebenar. Melalui gabungan pelbagai aktiviti luar akademik yang menyeronokkan, anak akan membesar menjadi individu yang lebih yakin dan berdaya saing.
Ada netizen yang mempertikaikan mengapa dia memanggil anak tirinya sebagai ‘my little Raden’ kerana Mawar bukan ibu kandungnya.
Pelakon yang popular dalam drama Tundukkan Playboy Itu akhirnya membuat post reply dalam Instagramnya bagi berkongsi luahan hatinya agar tidak menimbulkan salah faham di kalangan netizen.
Menurut Mawar dia memang jujur dan ikhlas menyayangi anak-anak tirinya dan menjadi caranya untuk berkongsi gambar atau video dan meluahkan perasaan cinta dan sayangnya terhadap individut tersebut terutamanya anak-anak tirinya.
Malahan pelakon cantik ini sudah menganggap anak-anak tirinya seperti anak kandung sendiri.
“Jika Allah beri saya rezeki cahaya mata satu hari nanti, tiada perbezaan diantara anak kandung saya dan anak-anak tiri saya. Saya akan terapkan sifat kasih sayang yang sama rata dan adil, supaya mereka membesar dalam ketenangan dan penuh kebahagian.”
Mawar memberitahu dia menggunakan laman Instagram sebagai satu galeri albumnya untuk menyimpan kenangan terindah bersama orang tersayang.
“Seperti mana saya post tentang suami saya, tentang ibu dan ibu mertua saya, keluarga saya dan keluarga Raf juga. Tiada niat yang lain selain itu. Kerana cara saya, saya akan menyimpan kenangan yang membahagiakan saya.”
Sangat Hormat Ibu Kandung Anak-Anak Tirinya
Sebagai anak yang turut dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, aktres berusia 23 tahun ini amat memahami perasaan mereka.
Mawar cukup memahami perasaan seorang ibu tunggal dan menghormati bekas isteri suaminya, Maria Suleiman.
“Dan apabila saya bercakap tentang perasaan saya menyayangi anak-anak saya ini, tiada istilah kata yang saya tidak menghormati ibu kandungnya. Saya amat menghormati ibu kandung anak-anak saya ini.”
Mummy saya juga seorang single mother dari saya berumur 5 tahun, saya memahami perasaan seorang single mother. Dan saya tahu betapa payahnya membesarkan anak-anak sebagai single mother.
Mummy saya menjaga kami 7 orang adik-beradik, tanpa bantuan sesiapa. Susah payah and pahit getir mummy saya membesarkan kami dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.
Adik ipar kepada Dato Fazley Yaakob ini turut melahirkan kesyukuran dan rasa bangga kerana suaminya Raf Yaakob telah menjalankan tanggungjawab sebagai ayah kepada anak-anaknya dengan hebat sekali.
“Dia sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya kerana dia menyayangi mereka dengan sepenuh jiwa dan raganya. Dan dia sentiasa meletakkan mereka lebih dari segala-galanya.
Alhamdulillah. Semoga kami sekeluarga sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. InsyaAllah, Amin.”
Pasangan sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 9 November tahun lalu.