Pelakon Abby Abadi berpeluang menziarahi kubur anak bongsunya, Muhammad Danial Firman atau Baby D yang meninggal dunia selepas 70 dilahirkan.
Abby dan suami, Muhammad Faizal serta dua orang anak angkatnya Daiyan dan Dayana dilihat menziarahi pusara Baby D selepas dua hari pulang dari mengerjakan umrah.
Terdahulu, Abby selamat melahirkan bayi lelaki itu pada 27 September lalu secara pembedahan selepas mengalami tumpah darah disebabkan tekanan darah tinggi.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 itu turut mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Abby dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11.
Sumber: ig Abby abadi & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai supaya lebih peka dengan tahap kualiti udara di kawasan masing-masing pada musim berjerebu ini dengan mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan mereka.
Berikutan beberapa kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat, ibu bapa terutamanya yang ada anak kecil di minta berwaspada dan tidak membawa anak-anak keluar rumah jika tiada keperluan.
Individu yang mempunyai masalah penyakit berkaitan pernafasan juga dinasihatkan untuk hadkan aktiviti luar dan sekiranya perlu keluar haruslah memakai penutup hidung.
Menurut laporan dikeluarkan laman Airvisual.com, Malaysia kini berada di tempat pertama dan kedua sebagai negara yang mempunyai kadar Air Quality Index (AQI).
Dua bandar di Malaysia iaitu Kuala Lumpur dan Kuching, Sarawak masing-masing mencatatkan bacaan 192 AQI dan 173 AQI, menjadikan dua bandar ini sebagai lokasi yang mempunyai kualiti udara paling tercemar di dunia.
Catatan ini jauh lebih tinggi berbanding 162 AQI pada lima hari lalu.
Jakarta dan Singapura pula berada ditempat ketiga dan keempat dengan bacaan AQI 164 dan 161 selepas Malaysia.
Terdahulu, darurat jerebu akan diisytiharkan jika bacaan IPU mencapai bacaan 500.
Tip Kesihatan Semasa Jerebu
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
Cegahlah penyakit akibat jerebu. Ikuti nasihat berikut:
1)Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk manakala mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
2)Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
3)Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa, orang tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
4)Sebaiknya orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.
5)Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
6)Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
7)Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
8)Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100)
9)Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
Masih lagi tidak dijumpai! Lebih 36 jam berlalu selepas Hud Aryan Mohd Nor Hafifi dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Air Kuala Tiga di sini, namun belum ada petunjuk mengenai keberadaan kanak-kanak berusia 19 bulan itu.
Kehilangan anak kecil ini di rumahnya, terus membuatkan ibu ayah dan ahli keluarga resah dan berduka.
Malah menerusi perkongsian Harian Metro, sejak malam ibunya yang masih tidak keruan dan berharap anak tunggalnya ditemukan dalam keadan selamat.
Menurut ibu saudara bayi itu, Azean Suhaily Ramley, 39, kehilangan Hud Aryan sangat memberi kesan kepada ibunya, Azean Nur Atikah, 34, kerana anak saudaranya itu adalah anak tunggal.
Ujarnya lagi sehingga kini adiknya banyak menangis memikirkan nasib Hud Aryan yang hilang tanpa jejak.
“Atikah berkahwin sejak 2017 lagi dan dua tahun lalu baru berpeluang menimang cahaya mata. Belum puas bermanja, ini pula yang terjadi.
“Kami tidak putus harapan dan masih berdoa sambil berharap ada keajaiban. Tapi dalam masa yang sama, reda dengan ujian ini,” katanya.
Sejak kehilangan Hud Aryan, dalam usaha mencari dan menjejaki Hud, solat hajat terus dibuat sama ada di rumah atau masjid di kampung terbabit.
“Tak henti-henti solat hajat dibuat dan kami tetap berdoa Hud ditemukan walau apa cara sekalipun,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Anjing pengesan Unit K9 bantu cari Hud
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pasukan penyelamat akan diteruskan jam 9 pagi ini dalam usaha mengesan kanak-kanak itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman, berkata operasi akan menggunakan dua anjing pengesan dari Unit K9.
Terdahulu, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi dilaporkan hilang apabila disedari tiada dalam rumah kira-kira jam 7.20 malam Isnin lalu oleh ahli keluarga.
Menarik minat anak kecil makan bukan perkara yang mudah bagi sesetengah ibu. Ini kerana masalah anak cerewet makan merupakan masalah biasa yang sering berlaku di kalangan kanak-kanak.
Ibu zaman sekarang perlu menggunakan kreativiti untuk menarik perhatian si kecil menjamah hidangan makanan yang disediakan supaya mereka dapat nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran.
Selain daripada itu trend ibu-ibu muda masa kini sangat menitik beratkan makanan untuk anak-anak yang sudah ke sekolah turut dikagumi.
Masing-masing tampil dengan pelbagai idea kreatif demi memastikan hidangan bekal dapat menambat selera anak untuk makan.
Anak-anak kecil tentu seronok bila bawa bekal makanan yang menarik ke sekolah. Antara ibu yang tampil dengan idea kreatif dalam penyediaan bekal untuk anak adalah Nurul Azrena Razak.
Dengan tagline ‘Bekal Umar Pergi School’, siapa sangka video-video perkongsian Azrena menyiapkan bekal makanan untuk anak lelakinya, Zhafran Umar, 3, mendapat jutaan tontonan dan trending di TikTok.
Lebih mencuri tumpuan semua video menggunakan suara comel Zhafran Umar atau lebih mesra dipanggil Umar sebagai suara latar.
Sesiapa pun pasti terhibur dan leka untuk menonton sehingga tamat video tersebut kerana seronok mendengar suara latar Umar yang pelat memberitahu aksi ibunya sewaktu menyusun setiap isi makanan di dalam bekalnya.
Keunikan bekal makanan yang dikongsi bukan sahaja pada bekas makanan yang berwarna- warni tetapi juga pada pemilihan makanan yang berkhasiat serta dipotong berbentuk karektor yang comel.
Setiap makanan serta snek yang dibekalkan untuk Umar akan dipotong dan dihias dengan kreatif oleh Azrena. Antara perkataan kegemaran Umar yang kerap disebut dalam semua video tersebut adalah ‘cucun-cucun’ (susun-susun), ‘nyum nyum’, ‘telumbos’ (telur rebus) pastu’ (lepas tu) dan banyak lagi.
Berkenaan bakat Umar membuat suara latar untuk video-video rakaman penyediaan bekal kreatif, Azrena memberitahu awalnya Umar curious melihat ibunya membuat voice over dan akan meniru di sebelah ibunya.
“Mula-mula bagi dia cuba lepas tu dia suka pula dan setiap kali rakam video dia nak ikut buat voice over.”
Menurut Azrena dalam temu bual sebagai tetamu jemputan rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), dia sememangnya gemar berkongsi resipi makanan Umar sejak si kecil mula makan makanan pejal lagi.
Bila Umar mula ke sekolah, dia nekad untuk sediakan sendiri bekal makanan kerana lebih yakin dengan pemilihan makanan selain lebih faham selera anaknya.
Mempunyai lebih 20 ribu pengikut di pelbagai platform media sosial, Umar yang petah berkata-kata membuatkan ramai kalangan ibu bapa menjadikan tip bekalan makanan ini ini sebagai tarikan utama anak-anak mereka menikmati hidangan makanan yang berkhasiat.
Dengan bayaran RM20, pembukaan akaun Simpan SSPN akan dibuat secara automatik. Lebih menarik, untuk peserta-peserta terawal yang mendaftar akan menerima hadiah istimewa dari Pa&Ma. Jangan tunggu lagi, ayuh daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.