Tidak kesampian menjadi ibu, wanita hamil maut dalam kemalangan. Lebih memilukan, perginya ibu ini tidak hanya bersama bayi dalam kandungan, malah suaminya juga turut maut.

Dalam kemalangan di Kilometer 31, Jalan Kuala Terengganu-Setiu berhampiran Kampung Pakoh Jaya, Kuala Nerus, hari ini seolah-olah tahu ajal mereka akan tiba apabila masing-masing sudah membuat persiapan Aidilfitri untuk ahli keluarga mereka.

MENINGGAL DUNIA DI TEMPAT KEJADIAN

Dalam kemalangan 9.20 pagi itu, Siti Nur Shahila Asla, 26, dan suaminya, Hafiiz Mohd Ibrahim, 29, yang menaiki Proton Wira Aeroback meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada badan.

Tak Kesampaian Jadi Ibu, Wanita Hamil 5 Bulan Maut Kemalangan. Sempat Jamah Hidangan Diidam

Sebelum itu, Allahyarham  Siti Nur Shahila yang juga anak ketiga daripada empat beradik pulang ke rumah keluarganya di Felda Chiku 5, Gua Musang, Kelantan kelmarin dan sempat membeli pakaian raya untuk ibu, ayah dan adik lelaki.

Malah, Hafiiz yang bekerja sebagai mekanik juga sudah membeli pakaian raya untuk ibu, Esah Abas, 65, dan bapanya, Ibrahim Hashim, 65 sebelum pulang ke kampung isterinya.

IKLAN

Ibu kepada Allahyarham Siti Nur Shahila, Saripah Mohd, 53, berkata, dia tidak menyangka pagi tadi adalah kali terakhir dia melihat anak dan menantunya sebelum dikejutkan dengan kemalangan itu kira-kira 10 pagi tadi.

Tak Kesampaian Jadi Ibu, Wanita Hamil 5 Bulan Maut Kemalangan. Sempat Jamah Hidangan Diidam

KEPULANGAN TIDAK DIKETAHUI KELUARGA. SEMPAT JAMAH HIDANGAN DIIDAM

Menurut ibu, kepulangan Allahyarham Siti Nur Shahila tidak diberitahu. Bakal ibu ini juga dikatakan sempat menjamah hidangan yang diingini iaitu sira tapai dan nasi dagang. Dia bagaimana pun tidak menunjukkan apa-apa perubahan.

“Pagi tadi, mereka hanya sempat minum dan bertolak dari sini pada 6.30 pagi. Bella (Siti Nur Shahila) ada minta saya masakkan sira tapai dan nasi dagang dan saya bersyukur kerana sempat menunaikan hajatnya.

IKLAN

“Bella tidak menunjukkan banyak perubahan dan kami tak tahu pun dia nak balik kampung, ” kata ibunya.

SEMPAT SEDIAKAN KEPERLUAN RAYA KELUARGA

Menurut ibu, Allahyarham juga sempat menyediakan keperluan hari raya buat keluarga. Tidak dinafikan kesedihan, apatah lagi Allahyarham dan suami tidak sempat bergelar ibu bapa.

“Malah, dia sempat membeli keperluan raya kami sekeluarga. Arwah ada bagi tahu dia akan beraya di rumah suaminya dahulu di Kuala Nerus,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, hari ini.

IKLAN

Tambahnya lagi, dia terkilan kerana hajat anak dan menantu untuk bergelar ibu bapa tidak kesampaian.

Tak Kesampaian Jadi Ibu, Wanita Hamil 5 Bulan Maut Kemalangan. Sempat Jamah Hidangan Diidam

Jenazah suami isteri itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Awang Lib, Kampung Padang Nenas, Kuala Nerus.

Selain Allahyarham Siti Nur Shahila dan Hafiiz yang terkorban dalam kemalangan itu, pemandu kereta Peugeot, Anuar Said, 59, dan isterinya, Kasliza@Che Kasliza Che Husin, 53.

Sementara anak kepada Anuar dan Kasliza, Nurul Nadirah, 14, yang cedera di muka dan kaki dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Sumber: Harian Metro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI