Pelakon, Sweet Qismina memuat naik gambar bersama bayi di atas pelamin di sebuah majlis akikah.
Sweet Qismina juga sempat mendoakan bayi yang bernama Muhammad Adam Idris itu, dengan doa agar baby Adam menjadi anak yang soleh dan dia sempat mengucapkan kata sayang pada bayi tersebut.
“Dear Muhammad Adam Idris, Semoga menjadi anak yang soleh dan disenangi oleh ibu bapa”
“Mummy Sweet loves you! #amikberkatsikit”
Ads
Namun rata-rata para peminat terkejut melihat gambar yang dikongsi. Ramai yang menyangka anak yang dipangku oleh Sweet adalah anaknya bersama suami yang juga pelakon, Adam Lee.
beboohhbebo’s profile picture Jgn Panik bukan anak dia lah korang
Ads
zootopiala’s profile picture Weh tak tahu pun sis mengandung😭😭☝🏻
Hati ibu ayah mana tidak luluh bila selepas 17 hari bertarung nyawa, bayi yang baru berusia 4 bulan akhirnya pergi buat selama-lamanya meninggalkan yang tersayang semuanya.
Reda dengan ujian Allah, namun masih merindui pemergian anak tersayang. Masih terbayang-bayang wajah comelnya yang merengek manja membuatkan air mata seorang ibu tumpah semula.
“Baru 3 hari Adam Fahmy pergi..Ya Allah terasa rindu sangat…” itu luahan hati Puan Zaiemah Zainol yang baru kehilangan anak tersayang pada 27 Jun lalu.
DALAM KENANGAN..
AL-FATIHAH ADAM FAHMY BIN MOHD HAFIZ 14 Feb 2018 – 27 June 2018 umur 4 bulan 13 hari
Hanya diri ini yang tau betapa peritnya bila Anak Syurga ini pergi dalam keadaan melawan sakit dek kerana adenovirus pneumonia with multiorgan failure dan jangkitan kuman gram negative septicaemia..kuman septicaemia ini doktor dapat detect pada hari Allah ambil Adam Fahmy..patut lah bila Adam Fahmy kena tambah darah je..darah asik keluar tak benti2..Allah..kuatnya anak melawan sakit
Selama 17 hari ibu menjaga Adam Fahmy semasa di hospital..ibu nampak betapa peritnya Adam Fahmy melawan sakit..
Semasa bleeding melalui mulut dan hidung dan semasa perut membesar mengening dengan tompok-tompok darah di lapisan kulit kerana doktor kata pembuluh darah dah pecah..dgn tangan lebam-lebam kesan dari cucuk ambil darah bagai..
Ubat jangan cakap la macam-macam ubat antibiotik doktor kasi dari yang biasa hingga yang kuat..dalam hati ibu memang tak setuju dengan antibiotik kuat semua tu sebab semua tau kan buah pinggang Adam Fahmy masih baby lagi susah nak proses..
Banyak juga nama-nama ubat ibu catit tuk simpanan ibu..tapi dah tu cara doktor ikhtiar untuk hapuskan virus dan kuman-kuman..tapi virus dan kuman-kuman tu tetap tak nak mati..kaki tangan bengkak dan keras berkerisik sebab dah lama baring..ibu rasa sangat sedih..sangat marah pada virus dan kuman-kuman tu..tapi dah itu yg tertulis tuk Adam Fahmy..
Ibu tau Adam Fahmy kuat lawan virus tu..kira lama juga Allah pinjamkan Adam Fahmy kepada ibu tuk ibu jaga Adam Fahmy semasa sakit..sangat bersyukur Allah bagi peluang ibu jaga Adam Fahmy..
Adam Fahmy bertarung nyawa melawan adenovirus pneumonia..sangat terkesan di hati ibu..semasa Adam Fahmy sakit tiap hari ibu baca yassin tuk Adam Fahmy..Sekarang bila Adam Fahmy dah tak ada tiap kali lepas solat ibu akan baca yassin tuk Adam Fahmy..tiap kali baca yassin itu lah menitis air mata mengenang keadaan Adam Fahmy semasa derita melawan sakit..
Sebenarnya ibu tak sangka adenovirus akan ragut nyawa Adam Fahmy sebab mulanya hari 1st admit Adam Fahmy.. ibu tgk Adam Fahmy tak seteruk hari ke 5 admit..tapi tu semua dah tertulis..ibu redha dengan ketentuan ilahi..
Ibu bangga Adam Fahmy kuat lawan virus hingga akhir hayat..Adam Fahmy HERO ibu,abi dan kakak2..
pengajaran buat ibu…walaupun ibu tak bawa Adam Fahmy ke tempat-tempat orang ramai pun..jika bawa ke hospital kerap sangat pun akan dapat macam-macam kuman..bak kata doktor disebabkan Adam Fahmy kerap keluar masuk hospital kemungkinan Adam Fahmy dapat kuman atau virus dari hospital..teringat lagi kata-kata seorang doktor tu..
Pada 27hb pukul 11pagi semasa doktor inform ibu..anak ibu semakin tenat kita dah tambah platelet tapi masih lagi bacaan rendah dan kita tambah darah merah masih lagi bacaan rendah..bleeding makin banyak..jika bleeding makin banyak akan efek semua organ..tapi kita akan cuba buat yang terbaik..jika jantung Adam Fahmy tiba-tiba berhenti ibu nak kita buat CPR atau tak??kesan dari CPR tulang Adam Fahmy akan patah..masa tu ibu terus menangis..
Selepas inform kepada abi Adam Fahmy..abi ckp better buat CPR jika tak buat takut kita menyesal..tepat jam 7malam pada 27hb doktor inform jantung Adam Fahmy makin slow sikit demi sedikit..
Lebih kurang 7.20mlm doktor inform jantung Adam Fahmy dah berhenti..doktor buat CPR then tunggu setengah jam jantung Adam Fahmy masih lagi tak berdegup..then doktor tunggu setengah jam lagi still tak berdegup juga…then doktor datang kepada ibu abi..
tepat jam 8.20mlm doktor inform kita dah cuba sebaik mungkin tapi Allah lebih sayangkan Adam Fahmy…innalillahhiwainnailaihirojiun.. Anak syurga ibu pergi buat selama-lamanya..
Bagi ibu-ibu di luar sana kena alert bila anak-anak demam panas tak kebah-kebah walaupun makan ubat, batuk-batuk kering tapi berkahak, nafas laju, mata merah, cirit birit asal menyusu je berak najis cair dan badan lemau..antara tanda-tanda adenovirus..
Ajal maut di tangan tuhan..doktor hanya merawat Allah yang menentukan segala-galanya..
Alhamdulillah berakhir sudah penderitaan Adam Fahmy selama 17hari..bersemadilah anak syurgaku dengan tenang di sana..tunggu ibu,abi dan kakak-kakak di pintu syurga..
TERIMA KASIH kepada semua yang mendoakan Adam Fahmy dan mengucapkan takziah kepada ibu..insyaAllah ibu akan kuat demi anak-anak yang lain..tahun 2020 nanti moga Allah bagi pengganti Adam Fahmy..amin..Adam Fahmy cukup bermakna di hati ibu..ibu sayang Adam Fahmy
Alahan susu lembu atau “Cow’s milk protein allergy” dalam bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Susu lembu adalah protein asing yang pertama sekali seseorang manusia atau bayi ambil selain daripada protein dari susu ibu sendiri jadi secara teorinya.
Risiko untuk bayi yang mengambil susu lembu untuk dapat alahan terhadapnya sentiasa ada sebagai mana risiko untuk seseorang individu mendapat simptom alahan terhadap makanan berprotein yang diambil contohnya kacang (peanut allergy), gandum (wheat allergy), seafood, telur dan sebagainya.
Secara amnya terbahagi kepada dua jenis berdasarkan jangka masa kesan reaksi alahan muncul. Immediate (serta merta) vs Delayed (dalam masa beberapa jam sehingga beberapa hari). Ianya akan terjadi selepas seseorang bayi pertama kali mula mencuba susu lembu (susu formula yang kita guna setiap hari tu susu lembu).
Simptom alahan boleh melibatkan pelbagai sistem pada tubuh badan manusia :
Usus : Muntah-muntah (ringan sehingga yang teruk), Cirit birit, Berak darah, Muntah darah (bayangkan kalau seseorang yang mempunyai ekzema alahan kulit, permukaan kulit yang kasar gatal merah…perkara sama boleh terjadi pada mana-mana permukaan usus), Sakit perut (kalau bayi..sentiasa merengek tanpa sebab, sukar tidur waktu malam).
Dan apabila simtom tidak begitu ketara dan perkara ini dibiarkan, ianya mungkin menyebabkan tumbesaran bayi terganggu kerana permukaan usus yang menjadi radang tidak dapat menyerap nutrien dengan baik.
Kulit : Ruam yang terjadi serta merta setelah minum susu formula pertama kali….sangat spesifik utk masalah ini. Saya tidak melihat ekzema (ekzema shj tanpa gejala usus) iaitu masalah yang sgt biasa terjadi di kalangan bayi sbgi manifestasi alahan susu lembu kerana banyak faktor lain yang lebih biasa menjadi penyebab ekzema perlu difikirkan terlebih dahulu.
Lain-lain : Gejala lain melibatkan sistem pernafasan telah juga dikenalpasti tetapi tidak sekerap gejala-gejala tersebut diatas.
Proses penyiasatan dan rawatan :
Masalah ini biasanya doktor dah boleh syak hanya dengan pengambilan riwayat simptom (gejala yang mula serta merta atau beberapa hari selepas penggunaan susu formula adalah sangat spesifik untuk masalah ini) dan pemeriksaan fizikal. Ujian darah (allergi test) yang sekarang ini banyak klinik boleh tawarkan hanya terhad untuk bayi yang mengalami simptom alahan yang “immediate” atau serta merta kerana ianya adalah “IgE mediated”.
IgE adalah salah satu kelas antibodi di dalam badan kita yang bertanggungjawab dalam reaksi alahan dan ujian darah ini secara khususnya mengesan IgE terhadap protein susu lembu yang terdapat di dalam badan pesakit yg mempunyai masalah ini. Malangnya, utk pesakit yang simptomnya dtg beberapa jam atau hari selepas terdedah kpd susu lembu buat pertama kali, ujian ini tidak berguna sama sekali kerana ianya adalah “non IgE mediated”.
Untuk pesakit ini kita hanya boleh kenalpasti melalui ujian “food omission” dan “rechallenge”. Bila berhenti susu lembu OK, bila start balik..simptom jadi balik. Semua ini harus dijalankan dengan pengawasan doktor yang arif tentang masalah ini.
Apakah susu gantian yang sesuai utk bayi yang disyaki alah dengan susu lembu?
– Susu bukan dari susu lembu cnth nya susu soya, susu dari “beras”
– Susu khas …dari sumber lembu tetapi proteinnya telah di pecahkan ke molekul lebih kecil supaya tubuh badan dah tak kenal itu susu lembu. Kalau tak kenal maka takder lah reaksi ..betul tak?
## ada yang tanya kalau susu lembu alah, susu kambing OK kan doktor? Saya tak recommend sebab kajian dah buktikan yang 90% bayi yang alah kepada susu lembu akan turut alah kepada susu kambing (struktur proteinnya lebih kurang sama)
Berapa lama masalah ini akan berterusan?
Bergantung kepada berapa teruk simtomnya dan jenis alahan (immediate vs delayed, IgE vs non IgE)
Yang non IgE / delayed reaction ni, biasanya kurang lebih 40% akan sembuh pada usia setahun dan selebihnya akan sembuh sesuai dgn pematangan sistem antibodi tubuh badan. Tetapi yang menhidapi IgE type / immediate / reaksi serta merta, tempoh yang lebih lama diambil utk masalah ini reda. Jadi penilaian berkala perlu sehingga masalah ini selesai.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat wajah comel Khayla Adha Mirza Imran, 6, hati jadi sedih. Sejak lahir sehingga usianya sekarang hanya mampu terlantar dan tak boleh berjalan seperti kanak-kanak lain.
Kini ibunya, Khairol Niza Zaffarullah Khan, 42, buntu memikirkan kos bagi pembedahan anak bongsunya yang disahkan mengalami Osteogenesis Imperfecta (OI) atau tulang rapuh sejak dalam kandungan, kerana masih belum mencukupi.
Jangka buat pembedahan selepas raya
Menurut Khairol Niza mereka masih memerlukan sekitar RM50,000 lagi bagi mencukupkan keseluruhan kos pembedahan sebanyak RM80,000.
“Jika cukup kosnya, doktor pakar menjangkakan pembedahan itu akan berlangsung selepas Aidilfitri di sebuah hospital swasta.
“Keadaan terkini Khayla membimbangkan berikutan mengalami patah pada tangan, paha dan kaki secara tiba-tiba ketika bangun daripada tidur minggu lalu,” katanya.
Sebelum ini Pa&Ma pernah menyiarkan kisah adik Khayla yang memerlukan kos RM150,000, untuk memasukkan empat besi.
Disebabkan penyakit tulang rapuhnya itu, Khayla hanya mampu duduk dan baring serta pergerakannya juga agak terbatas. Jika nak uruskannya pun perlu sentiasa berhati-hati kerana sangat sensitif.
Doktor rancang buat pembedahan di betis dan paha
Oleh kerana keadaannya memerlukan pembedahan segera, doktor mencadangkn buat dulu pembedahan di bahagian betis dan paha dan selebihnya buat berperingkat di bahagian lain pula.
Sebagai ibu, Khairol Niza berharap pembedahan tersebut dapat dibuat secepat mungkin kerana Khayla bakal masuk Tahun Satu, pada tahun depan.
“Kami sekeluarga berharap pembedahan ini akan memudahkan pergerakan Khayla dan dia ada peluang untuk bermain bersama rakan sebaya. Walaupun tak dapat pulih sepenuhnya, sekurangnya dapat melihat Khayla berdiri dan ke sekolah pun dah bersyukur.
Sekiranya anda ingin membantu memberi sumbangan bagi pembiayaan kos pembedahan Khayla boleh hubungi Khairol Niza di talian 011-3712 7515.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!