Imam maut kemalangan jalan raya lepas lawat isteri bersalin di hospital. Seorang Imam masjid maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 211.8, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat Sitiawan pada Selasa.
Sempat Lawat Isteri Bersalin Di Hospital, Imam Maut Kemalangan Jalan Raya
Mangsa dikenali Nurul Kamal Zulkarnain, berusia 37, bertugas sebagai Imam Masjid As Siddiq di Taman Iskandar Perdana dekat Seri Iskandar.
DIFAHAMKAN KETIKA KEJADIAN, MANGSA BARU MELAWAT ISTERINYA, NUR FIRDAUS SALWA MOHD ZAMRIN YANG BARU SAHAJA MELAHIRKAN CAHAYA MATA YANG KETIGA MEREKA DI HOSPITAL SERI MANJUNG PADA HARI ISNIN.
Ahli Parlimen Parit, Muhammad Ismi Mat Taib memaklumkan mangsa juga turut bertugas sebagai Guru Takmir di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Perak Tengah di Seri Iskandar.
“Dengan rasa penuh dukacita saya menzahirkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh keluarga Allahyarham atas pemergian beliau yang terlibat dalam kemalangan di lebuh raya WCE.
“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat masyarakat setempat kerana beliau dikenali sebagai insan yang berwibawa dalam memimpin serta membimbing umat Islam terutamanya melalui peranannya sebagai imam masjid.
“Jasanya dalam mendidik dan menyumbang kepada pembangunan rohani masyarakat amat dihargai dan akan dikenang selamanya,” katanya menerusi akaun Facebooknya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 4.35 petang.
“KEMALANGAN MELIBATKAN SEBUAH KENDERAAN JENIS PERODUA KEMBARA TERBABAS KE KAWASAN LADANG KELAPA SAWIT DAN TERDAPAT MANGSA TERSEPIT DI BAHAGIAN PEMANDU.
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan pegawai perubatan,” katanya.
Menurut beliau, operasi diteruskan untuk membawa keluar mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat.
Ads
“Mangsa dibawa keluar dengan menggunakan pengusung dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Pasukan bomba diketuai oleh Komander Operasi, Muhammad Arif Irfan Mokhtar dan operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 5.37 petang,” katanya.
Seorang kanak-kanak lelaki mencuri tumpuan ramai kerana keberaniannya membuat aduan mengenai masalah tandas rosak di sekolahnya kepada PMX Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri yang dalam lawatan bersama rakyat dilihat sempat menyantuni beberapa orang ramai yang turut berada di lokasi tersebut.
Menariknya, PMX berhenti di hadapan seorang kanak-kanak selepas kanak-kanak itu memberitahu mengenai keadaan dua tandas sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Long Jaafar, Kamunting, Perak yang rosak teruk dan tidak dapat digunakan.
Walaupun mencuit hati, namun gelagat kanak-kanak itu mendapat respon pantas PMX dengan bertanyakan maklumat penuh sekolah untuk disampaikan kepada Menteri Pendidikan (KPM), Fadhlina Sidek.
“Dua.. dua rosak, dua boleh pakai (boleh digunakan)…Nak call bagitau Fadhlina…” kata Anwar pada kanak-kanak itu.
Malah video berkenaan juga turut mendapat perhatian Menteri Pendidian, Fadhlina Sidek yang turut meninggalkan komen respon yang disuarakan kanak-kanak itu.
Keberanian kanak-kanak ini sudah semestinya dipuji wargamaya yang berani menyuarakan masalah itu ketika berhadapan dengan Perdana Menteri.
Tragedi menghayat hati seorang ibu yang maut dan anak lelakinya yang digilis kereta api ketika melintas landasan berhampiran Kampung Petagas, Putatan, Sabah semalam menyorot perhatian ramai.
Mangsa yang maut dirempuh kereta api, Allahyarham Lena Gabin menghantar anaknya ke sekolah setiap hari dengan berjalan kaki dari kediamannya di Kampung Muhibbah, Petagas.
Mangsa yang berusia 41 tahun dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya yang berusia 11 tahun putus kaki kanan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Adnan Mohd Said, 47, yang juga sepupu kepada suami Allahyarham berkata setiap hari Lena akan lalu di hadapan rumahnya dan kali terakhir melihat mangsa pada pagi tadi.
Beliau berkata mereka sekeluarga menerima berita kejadian itu melalui aplikasi Whatsapp keluarga kira-kira 1.30 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi nahas yang tidak jauh dari rumahnya.
“Allahyarham hari-hari lalu depan rumah saya dan tengah hari tadi kami menerima berita menyedihkan.
“Anak bongsunya juga cedera dalam kejadian itu dan sudah dibawa ke hospital.
“Allahyarham yang juga seorang mualaf dan suri rumah mempunyai empat orang anak,” katanya berkongsi.
Dalam kejadian tengah hari tadi mangsa maut di tempat kejadian manakala anak lelakinya berusia 11 tahun cedera parah selepas dirempuh kereta api dari Putatan menghala ke Kota Kinabalu ketika melintas landasan di hadapan Kampung Petagas di sini.
Setiap pasangan pasti ada cerita cinta mereka yang tersendiri, begitu jugalah dengan perjalanan hidup Intan Najsuna dan suami tercinta.
Dari awal perkenalan hingga diijabkabulkan sebagai suami isteri, setiap detik yang dilalui terasa begitu berharga. Dua tahun lalu, mereka melangkah dengan penuh harapan, doa dan janji setia untuk saling melengkapi.
Pelakon Intan Najuwa mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik ucapan romantis sempena ulang tahun perkahwinan kedua bersama suami tercinta.
Hari demi hari, Intan merasakan kebahagiaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Baginya, memiliki seorang suami yang bukan sahaja penyayang, malah tidak pernah membiarkan dirinya penat mengurus rumah tangga adalah satu nikmat terbesar.
Segala yang kecil, segala yang remeh semuanya ditanggung bersama, menjadikan rumah tangga mereka penuh dengan rasa syukur.
Lebih manis lagi, selepas dua tahun perkahwinan, hadirnya si kecil bernama Lunara menjadi pelengkap cinta mereka.
Kehadiran Lunara bagaikan sinar baru yang menyempurnakan bahagia, mengikat mereka dalam ikatan kasih sayang yang lebih kukuh.
Selamat ulang tahun perkahwinan ke-2 buat cinta hati saya. Dari hari pertama hingga sekarang, awak tak pernah biar saya buat kerja rumah, tak pernah biar saya risau tentang benda-benda kecil.
Awak sentiasa manjakan, lindungi dan sayangi saya macam seorang puteri.
Dan kini, dengan kehadiran si kecil kita, Lunara, cinta kita terasa lebih sempurna. Saya sangat bahagia dengan kehidupan bersama awak
Perkongsian itu menerima perhatian netizen yang turut menitipkan ucapan tahniah serta doa agar rumah tangga pasangan ini terus bahagia hingga ke syurga.
Untuk rekod, Intan sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023. Pasangan ini kemudian dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember tahun lalu.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.