Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut manakala dua adik-beradiknya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas mereka diserang tebuan tanah di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu.

Mangsa, Eidrish Mohd Khalid disahkan meninggal dunia jam 11.40 selepas beberapa jam disengat lebih 60 tebuan, manakala dua kakaknya, Nur Adelya Qaisara, 10, dan Nur Aiyris Dania, 7, masih ditempatkan di wad berkenaan.

Bersiap-siap nak balik selepas bercuti

Bapanya, Mohd Khalid Omar, 40, berkata, ketika kejadian, mereka yang tinggal di Pengkalan Ria, Ipoh, Perak, bersiap untuk pulang selepas bercuti di rumah ibu, Jumaat lalu.

“Sempat Tariknya Sebelum Dia Pengsan.” Reda Anak Pergi Disengat Tebuan
Lokasi kejadian serangan tebuan tanah di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus. – Foto BERNAMA

Sebelum kejadian, dia yang berada di kawasan rumah kira-kira 20 meter dari tempat anaknya bermain terkejut selepas kakak arwah, memberitahu adiknya terkena sengatan tebuan, jam 5.40 petang.

“Saya berlari ke kawasan permainan dan terkejut melihat seluruh badan arwah dihinggapi tebuan sebelum menariknya sambil menghalau serangga itu daripada badannya sebelum dia pengsan.

“Kemudian dengan bantuan saudara-mara membawa arwah dan dua kakaknya ke hospital untik mendapatkan rawatan sebelum Eidrish disahkan meninggal dunia jam 11.40 malam,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya.

IKLAN

Arwah sangat gembira pulang ke kampung nenek

Mohd Khalid yang menguruskan restoran di bandar Ipoh, berkata dalam kejadian itu, dia turut menerima rawatan di hospital selepas terkena sengatan tebuan ketika cuba menyelamatkan arwah anaknya.

“Saya tidak sangka berlaku kejadian menyedihkan pada percutian kali ini, namun saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, arwah sangat gembira untuk pulang ke kampung neneknya dan kali terakhir pulang pada Mei lalu.

IKLAN

Katanya, kepulangannya kali ini adalah untuk bercuti selain membawa keluarga mentua mencandat sotong.

“Sempat Tariknya Sebelum Dia Pengsan.” Reda Anak Pergi Disengat Tebuan
Mohd Khalid menunjukkan gambar tiga anaknya yang menjadi mangsa sengatan tebuan tanah, Eidrish (tengah) Nur Adelya Qaisara (kanan) dan Nur Aiyris Dania, 7 – Foto NSTP

“Kami bertolak dari Ipoh bersama keluarga mentua secara berkonvoi membabitkan empat kenderaan dan tiba di sini pada Jumaat.

“Kami bercadang untuk pulang jam 6 petang hari kejadian tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan kejadian ini.

IKLAN

“Lagipun dua anak saya masih berada di wad dan mereka dilaporkan dalam keadaan stabil. Kematian adiknya juga sudah diberitahu kepada dua kakaknya dan mereka sempat melihat arwah di hospital,” katanya.

Kredit: Berita Harian

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

“Sempat Tariknya Sebelum Dia Pengsan.” Reda Anak Pergi Disengat Tebuan

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI