Didik anak melakukan kerja rumah boleh dilakukan seawal usia 2 tahun. Ketika umur anak memasuki usia 2 tahun, ajar dia lakukan kerja rumah yang mudah seperti letak baju kotor di dalam bakul, sampah perlu buang di dalam tong sampah. Didik anak tentang kerja rumah mengikut usia yang sesuai. Apabila anak terbiasa didik tentang tanggunjawab, mereka akan mudah melakukan kerja-kerja rumah tanpa perlu dipaksa.
Penglibatan anak dalam menguruskan rumah sangat penting, ajak mereka bersama-sama lakukan tugasan rumah seperti yang dikongsi oleh ibu ini.
Saya pernah melihat ada ibu yang mempunyai 5-6 orang anak remaja. Tetapi ternyata ibu seorang diri sahaja yang tunggang-langgang di dapur dari pagi sampai ke malam. Terutamanya bulan puasa seperti sekarang. Pedih tumit ibu berdiri di dapur, tetapi anak-anak sedang bergelak tawa melayan Tiktok di dalam bilik. Nahi, nahi, nahi.
Jangan sebegitu ibu-ibu yang baik hati. Tanam dalam hati, kita mesti ‘dengki’ degan anak-anak tak kira lelaki atau perempuan. Jika dapat dimulakan dari kecil lagi bagus.
Ini cara ‘dengki’ saya kepada anak-anak:
1. Jika saya masuk ke dapur, jangan harap anak-anak boleh terperap di dalam bilik bersuka ria. Semua mesti turun padang.
Ads
2. Kemudian saya akan mula memberi arahan. Aisyah, kupas bawang besar tiga biji, halia, bla, bla, bla. Aminah tolong bersihkan taugeh tu. Adam, ambilkan untuk umi kuali 2 biji dan periuk satu. Begitulah contohnya. Jika ada barang-barang yang baru dibeli saya akan minta mereka simpan ke tempatnya.
3. Ketika sedang memasak pula, saya menjadi chef hebat. Saya memasak sahaja dan memberi arahan sepenuhnya kepada anak-anak saya. Misalnya, umi nak air asam jawa. Ambilkan tempoyak untuk umi. Umi nak santan. Kerisik please. Ambil minyak zaitun sekejap. Tolong isikan bekas kayu manis dan bunga lawang yang kosong tu.
Teknik ini amat-amat-amat baik. Ibu-ibu cubalah. Anak-anak akan peka dengan susun atur dapur kita. Mereka tahu di mana kita simpan kerisik, cili kering, rempah-ratus dan segala bagai lagi.
Yang kedua mereka akan kenal yang mana halia, yang mana lengkuas, tempoyak, cengkih dan macam-macam lagi. Semakin hari mereka akan semakin pandai.
4. Selepas siap memasak satu menu, saya letakkan di atas meja. Saya suruh mereka hidangkan. Lalu mereka akan bertanya. Nak hidang dalam bekas yang mana umi?
Waktu ini saya akan mengajar lagi. Kata saya jika masakan berkuah, mangkuk hidangan mesti dalam. Jika kuah sedikit atau kering bekas hidangannya nipis. Alhamdulillah, sekarang mereka sudah kurang bertanya mungkin disebabkan sudah faham sikit-sikit.
Ads
Setiap kali menceduk lauk ke dalam bekas, saya lihat mereka akan saling mengingatkan supaya tepi-tepi mangkuk mesti dilap sebelum dihidangkan.
5. Selepas memasak biasanya saya akan mencuci semua pinggan-mangkuk di sinki. Kemudian saya tinggalkan kepada mereka untuk membersihkan meja kerja, menyimpan kembali semua bahan lebihan memasak, mengelap dapur dan lantai. Saya sudah berehat di ruang tamu. Yang penting ketika saya masuk ke dapur nanti, dapur mesti berkilat!
Waktu ini big boss akan masuk ke dapur untuk membereskan tugasan seperti menguruskan sampah dan sebagainya.
6. Selepas makan, saya dan big boss hanya mengangkat pinggan kami sahaja. Kemudian Aisyah, Aminah dan Adam akan uruskan yang selebihnya. Selalunya saya lihat Aisyah bahagian menyimpan makanan lebihan ke dalam bekas bertutup untuk disimpan. Aminah bahagian mencuci pinggan-mangkuk. Adam mengemas meja dan lantai. Sekejap saya semuanya sudah selesai.
Ads
Kejam tak cara saya ‘berdengki’ dengan anak-anak? Tetapi saya rasa biarlah saya kejam dan dengki sebegitu supaya mereka tahu untuk membawa diri. Seperkara lagi saya tidak mahu anak-anak saya menjadi raja dari kecil hingga ke tua.
Ibu-ibu yang lain bagaimana?
Jika apa yang saya kongsikan ini dilihat ada manfaatnya, bolehlah kita mulakan dari sekarang. Mula sikit-sikit, insyaallah lama-lama mereka hadam. Saya memulakan teknik didikan ini setahun dua yang lalu.
Kadang-kadang mengapa teknik ini gagal? Kerana kita tidak adil. Kita kerah angah, sedangkan along, acik, adik dan lain-lain kita biarkan terbongkang di depan tv. ‘Dengki’ kita mesti melibatkan semua yang berada di bawah bumbung yang sama secara sama rata.
Kesimpulannya, di tangan kita ibu-ibu ada pena. Walau bagaimanapun sikap anak-anak, kita yang telah melukis corak tersebut. Betul tak?
Kredit : Busseroa Abd Jalil
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang mengimpikan untuk mejadi suami dan ayah yang hebat. Bagaimanakah amalan suami dan ayah yang hebat? Ustaz Ebit Lew didatangi oleh seorang lelaki yang bertanyakan pendapat bagaimana cara untuk menjadi suami dan ayah yang hebat untuk keluarganya.
Video yang telah dimuatnaik di instagram danfacebook beliau mendapat tontonan sebanyak 41 ribu penonton. IKuti perkongsian ini;
Sebak di airport tadi jumpa beberapa orang dapat berkongsi nasihat. Ada seorang abang ini baik sangat orangnya. Beliau menangis tanya soalan bagaimana ingin menjadi suami dan ayah yang baik. Beliau menangis “bantu saya ustaz”
Saya ingin bawa isteri dan anak saya masuk syurga. Ustaz selalu kata kita isteri dan anak cermin diri kita..saya terlalu sayangkan isteri dan anak-anak saya.
Allah sayang abang. Saya suka bila seorang ayah dan suami menangis kerana ingin menjadi yang terbaik untuk keluarga. Abang penatkan. Cian abang. Begitulah isteri abang
Pertaman, Kita suami setiap hari solat 2 rakaat taubat minta petunjuk dan pertolongan Allah. Minta ampun kerana kurangnya kasih sayang dan didikan kita pada keluarga.
Kedua hidupkan amalan Talim dalam rumah setiap hari. Rumah kita dipenuhi para malaikat. Anak isteri kita dapat sifat Taat dan kasih sayang..bimbing mereka dengan baik.. Ketiga bawa keluarga solat fardhu awl waktu. Ajak solat tahajud.
Anak hari ini mereka rindu dua perkara kasih sayang mak ayah. Dan kasih Sayang Allah.. Bawa isteri dan anak jaga solat dan sujud pada Allah. Allah sayang abang. Kami berpelukan dan beliau menangis.. Kita semu rindu dan cinta sebenar..cinta pada Allah.
Ketiga dirumah haramkan perkataan menghina atau merendahkan. Selalu beri pelukan dan suap makan. Dengar cerita isteri dan anak kita. Mereka rindu ayah mereka. Isteri kita sunyi rindu suami mereka..Allahuakbar.
Penat dalam rumah tangga. Biasa kita dengar orang sebut “dia penat” dengan rumah tangga dia, hubungan dia. Kita mungkin anggap, itu “penat” yang perlu rehat. Penat sebab mungkin terlebih buat kerja, terlebih bebanan, terlebih fikir dan sebagainya.
Penat emosi lg penat dari penat badan…penat badan boleh rest..penat emosi xdikawal boleh jd mcm org gila
Sebenarnya “penat” yang disebut itu adalah penat yang tak boleh dihilangkan dengan rehat.
Kenapa dia penat?
– Dia dah buat yang terbaik, tapi tak dihargai sewajarnya. Pasangan seolah-olah tak nampak apa yang dia buat untuk hubungan tu. Susah pasangan nak ucap terima kasih atau zahirkan penghargaan dalam bentuk perbuatan. Dia langsung tidak dihargai.
– Dia tak buat salah, tapi selalu disalahkan. Kadang-kadang salah tu orang lain yang buat, tapi bila dia cuba untuk memperbetulkan kesalahan tu, dia pula yang dipersalahkan.
– Dia tak ada tempat untuk meluahkan dan bercerita tentang apa yang dia rasa. Dia terasa hati, dia terluka dalam diam, dia kecewa tapi bila dia cuba nak menyampaikan, bercerita dan berkongsi tentang perasaan dia, pasangannya tak nak peduli dan tak nak ambil tahu. Dia di-cop terlalu mengikut perasaan dan EMO…
– Dia menanggung sesuatu yang bukan kewajipannya. Patut orang lain buat, tapi orang tu tak buat. Ini tugas, tanggungjawab, kewajipan orang lain, tapi dia yang kena galas dan buat semua. Kalau dia pun pilih untuk tak nak buat, dia jadi susah nak jalani kehidupan seharian. Nak tak nak, dia kena buat jugak, terpaksa buat.
– Dia dah banyak kali bagi peluang, tapi dia masih ditipu dan di hampakan. Peluang yang diberi tak dimanfaatkan sepenuhnya tapi nanti peluang tu akan diminta lagi dan lagi dan lagi. Seolah-olah tak ada peluang yang mencukupi untuk berubah dan cukup untuk tidak mengulangi perkara yang sama.
Ini penat yang tak dapat dihilangkan dengan rehat. Dapat tidur dan bangun semula pun, penat tu masih ada kalau berkaitan perkara-perkara diatas.
Inilah sebenarnya maksud “penat dalam rumahtangga” dan “penat dengan hubungan”…dia bukan perlukan rehat, dia hanya ingin difahami, dihargai dan disayangi untuk apa yang dia dah pun buat. Tu je..
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepanjang membesarkan anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari. Kesilapan ini berlaku kerana mungkin kita tak perasan kelemahan dari tutur katanya atau perbuatan.
Apa yang kita nampak, marah anak itu sebenarnya untuk mengajar anak sejak kecil. Tetapi dalam masa yang sama, cara komunikasi kita itu yang akan merendahkan diri anak tu sendiri apabila besar.
Menurut Kaunselor dan Penulis Ilmu Keibubapaan, Puan Maznah Ibrahim, dalam tak sedar ada je ayat yang ibu bapa rasa tak salah pun tetapi hakikatnya dalam diam anak pendam sehingga menjejaskan emosi.
5 KESILAPAN BIASA IBU BAPA BILA ANAK BUAT SALAH
ELAKKAN ( X ):
1. Kritik / kondem anak: “Ha tu lah berlagak lagi, kata pandai sangat nak buat sendiri air susu, kan dah tumpah”.
2. Salahkan anak : “Sebab Abang tak dengar cakap Mama, sebab tu Abang jatuh. Sakit tak?”
3. Ketawakan anak : “Haha, padan muka Abang”.
4. Sindir anak : “Iyerlah, kan Kakak kata Kakak pandai buat sendiri. Hah, buatlah Mama nak tengok jadi tak kek Kakak tu”.
5. Marah/Herdik : “Hey kamu ni, tak dengar kata. Menyusahkan betul Mama ni penat nak sapu mop banyak kali tau!”.
Jadi, macam mana nak tegur anak bila dia buat silap?
BILA ANAK BUAT SILAP, INI CARA NAK CAKAP
BUAT ( / )
1. Beri perkataan menenangkan: “Allahu akhbar, sakit sangat ni, nanti Mama sapu ubat ya”.
2. Beri perkataan mendidik: “Oh.. tumpah dah. Macam ni sebenarnya cara tuang susu dari skop ni, Kakak”. Atau “Abang nak tahu tak cara tulis huruf 8 dengan cara betul dan cikgu suka?”
3. Beri perkataan tegah dengan cara betul: “Tak boleh lari laju, jalan aja. Sebab lantai sini tak rata”.
4. Beri kata pujian dulu baru tegur kesalahan: “Wah semangatnya Kakak buat kek sendiri. Adalah lebih baik Kakak buat kerja satu tempat, dan barang dah pakai satu tempat. Taklah pening nak kemas nanti”.
Gantikan kepada sudut pandang yang baik dan sampaikan niat positif anda tu dengan cara lebih baik sahaja ya.
Sama-sama kita usaha ya, jadi ibu bapa prihatin, bercakap elok-elok, kelak anak juga akan prihatin dan cakap elok-elok kat kita.
Semoga kita sentiasa menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak kita. Kita latih telinga untuk mendengar, Dengar bukan setakat dengar, Tapi mendengar dengan penglihatan dan hati nurani.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gigi berlubang sering dipandang ringan oleh ramai orang. Walaupun kelihatan seperti masalah kecil, hakikatnya, ia boleh membawa risiko kesihatan yang serius jika tidak dirawat...