Hari demi hari, anak kecil kita sudah semakin bijak mempamerkan rasa hatinya. Tidak terkecuali mahu mencuba semua perkara sendiri tanpa bantuan. Ada sahaja yang ingin dicubanya seperti makan sendiri dan sebagainya.

Menurut Ibu Rose-Mesejnya Kasih seperti yang dikongsikan oleh penulisnya, Pn Yasmin Sari, mak ayah perlu memahami fasa yang dilalui anak pada peringkat usia satu setengah tahun hingga tiga setengah tahun. Penting!


Semua Benda Anak Nak Buat Sendiri, Layankan Saja Fasa ‘Individuating’, Baru Anak Berdikari!

FASA INDIVIDUATING (UMUR 1.5TAHUN-3.5TAHUN)

“Ala tak yahla…biar mak je suap makan. Kang lambat pula kalau adik suap sendiri. Mak nak cepat ni.”
“Nakkkk…”
“Yelah..tapi duduk sini je, jangan pergi mana-mana, kang bersepah merata rumah ni.”

Ha…siapa ada anak lingkungan umur macam ni?

Kemain dia kan..semua nak buat sendiri.😅😅
Makan nak suap sendiri.
Baju nak pilih sendiri.
Kasut nak pakai sendiri.

Paling tak tahan…mainan tak boleh kongsi.
Kalau dia nak benda tu…nak juga..tak kira apa dah.
Mainan orang lain pun dia punya.

IKLAN

Semua Benda Anak Nak Buat Sendiri, Layankan Saja Fasa ‘Individuating’, Baru Anak Berdikari!

Masa umur macam ni, senang nak nangis, marah, nak kita ikut kehendak dia selalu.

Inilah fasa individuating kata Ibu Rose – Mesejnya Kasih. Dulu masa anak pertama, saya tak faham, tak reti nak handle anak umur ni. Kena pula ada adik, sian dia. Salah layan masa tu.

Masa adik dia ke 3, saya dah mula faham sikit-sikit. Dan untuk anak seterusnya saya dah lebih faham, seiring dengan ilmu yang ada.

IKLAN

Okay berbalik pada fasa individuating ni, memang diorang ni ada sikap ke’aku’an. Tapi kita kena faham tau, sikap ni sangat penting. Kita tak boleh patahkan dengan terlalu banyak menghalang. Sebab sikap kehendak dan kemahuan yang tinggi masa umur ni adalah untuk membentuk diri anak pada masa depan.

Semua Benda Anak Nak Buat Sendiri, Layankan Saja Fasa ‘Individuating’, Baru Anak Berdikari!

Untuk berjaya dalam sesuatu, seseorang itu perlu ada ‘mahu’ yang tinggi. Nampak tak, bagaimana anak kita tu suapkan makanan ke dalam mulutnya, bila tak berjaya dia cuba lagi dan lagi. Bila tak boleh juga, dia akan menangis.

Apa terbaik yang kita buat adalah benarkan dia buat sendiri, kita hanya bantu bila diperlukan. Mungkin pimpin sikit tangan anak untuk betul-betul makanan tu masuk ke dalam mulut. Ini akan berikan rasa puas dan rasa ‘berjaya’ pada diri anak tu.

IKLAN

Sepertinya anak ni katakan, “YES! I can do this.” Penting kan untuk seseorang itu rasa yakin dan percaya diri dalam hidupnya, betul kan?

“Ala…tapi nanti lambatlah kerja saya habis, mesti bersepah anak saya makan nanti, comot lagi.”

Nak kerja mudah, suap saja. Kalau dia mahu suap sendiri, bimbing dan bersabar. Sampai masa, anak akan lebih cekap dan dalam masa yang sama kita juga dah bantu bina kekuatan pada karektor anak tu.

Artikel berkaitan: Kenapa Anak 2 Tahun Ke Atas Suka Pukul, Sebenarnya Bukan Tabiat Tapi Ini Sebabnya

Kenapa Anak 2 Tahun Banyak Akal, Ke Sana Sini Buka Tombol Pintu, Bercakap Macam Kakak Tua

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI