Untitled design (35)

Menyediakan makanan anak sememangnya satu percubaan yang mencabar. Apatah lagi untuk melihat keputusannya samada anak suka atau pun tidak. Namun setiap kali anak menolak makanan yang kita sediakan, janganlah cepat putus asa dan cuba lagi mencari apa yang menjadi kesukaan si kecil kita. Lalui momen indah ini dengan gembira. Kita cuba semua resipi.

15 resipi yang dikongsikan oleh Pn Nur Wahida ini buat anaknya Aidan ketika usia 8 hingga 10 bulan cukup menarik dan kreatif. Bukan hanya resipi yang mantap, gambarnya pun cukup cantik. Resipi Cucur Jagung Cheese dan Murtabak Nasi misalnya, pastinya pasti memberi kelainan pada anak. Jom cuba!

Semuanya Sedap-Sedap Belaka, Kongsi Menu Anak 8 Hingga 10 Bulan, 15 Resipi Ibu Ni Memang Awesome!


Malah gabungan menu lama dan baru yang digabungkan nampak serasi dan cukup enak. Cucur jagung dengan cheese, begitu juga dengan menu-menu hebat lain seperti sup taofu dan sebagainya. Semuanya cukup enak.

Assalammualaikum Mommies. Hari ini Mommy nak share compilation makanan Aidan 8-10 month. Yang paling penting all food #NoSaltNoSugar. Even takde gula garam kadang-kadang mami and dedi pon ngap sikit. Hahahaha.

Semuanya Sedap-Sedap Belaka, Kongsi Menu Anak 8 Hingga 10 Bulan, 15 Resipi Ibu Ni Memang Awesome!

MURTABAK NASI

Bahan-bahan
Leftover nasi
kentang
Carrot
Lada hitam
Brokoli
Telur
Cream Cheese
Serbuk Ayam

IKLAN

Mula mula rebus kentang dan carrot sampai masak. Toskan.
Dalam mangkuk leftover nasi tu campurkan kentang and carrot yang dah dilenyek.
Masukkan juga brokoli yang dipotong halus. Brokoli tu mommy rebus/steam dulu.
Next masukkan cream cheese. Kacau semua bahan hingga sebati.

Next dalam mangkuk lain, pecah telur dan masukkan sedikit lada hitam. Mixed them well. Then baru campurkan telur dalam adunan nasi tadi tu.
Atas pan, panaskan minyak. Masukkan adunan tadi. Biarkan hingga masak. Baru terbalikan. Ok doneeee.

Semuanya Sedap-Sedap Belaka, Kongsi Menu Anak 8 Hingga 10 Bulan, 15 Resipi Ibu Ni Memang Awesome!

CUCUR JAGUNG CHEESE LEMBUT
Memandangkan jagung ade balance. Mommy buat cucur harini. And btw aidan dia tak berapa suka cucur yang banyak tepung. Means cucur tu kenyal-kenyal dia tak suka sangat. So tadi mommy try and error la buat cucur kurangkan tepung. Tapi mommy lebihkan cheese. Masya Allah kejadiannya crunchy di luar. Lembuuitttt di dalam. Lembut gilaaa. Maybe sebab cheese lebih.

Bahan-bahan
Jagung (yg dah direbus/kukus)
Cream Cheese
Tepung
Unsalted Butter
Air

IKLAN

Jagung yang dah dikukus tu mommy racik-racik sikit.
Dalam mangkuk, satukan jagung and tepung. Tepung agak-agak je ok. Mommy rasa dalam 2-3 sudu je tepung.
Cream cheese dengan unsalted butter mommy panaskan kejap. Then campur terus dalam adunan tepung and jagung tadi.
Kacau adunan hingga sebati. Letak air sikit lepastu gaul sampai adunan sekata.
Ok lepastu boleh la goreng.
Dah siap.

Semuanya Sedap-Sedap Belaka, Kongsi Menu Anak 8 Hingga 10 Bulan, 15 Resipi Ibu Ni Memang Awesome!
CREAMY SALMON NOODLE

Bahan-bahan
Organic Noodles
salmon
Cream Cheese
Tomato Paste
Mirepoix
Sawi Pakchoy
garlic
bawang Holand
Carrot
lada hitam
Rebus Noodle, tos dan ketepikan.

Panaskan pan dengan unsalted butter, masak salmon dahulu, agak-agak salmon dah masak, ketepikan salmon.
Next guna pan yang sama, masukkan unsalted butter lagi, tumis bebawangs dan carrot, bila dah naik bau masukkan sedikit air. Kacau.
Then baru masukkan tomato paste and mirepoix. Kacau hingga sebati. Masukkan cream cheese, gaul hingga mesra.
Kalau rasa macam pekat sangat. Tambah air lagi.
Masukkan sawi pakchoy. Kalau takde sawi. Boleh masukkan sayur lain juga. Macam brokoli ke spinch ke. Ikut availability sayur. Last sekali campurkan noodles yang kita dah rebus tadi. Tabur salmon yang kita da masak awal tadi. Ok doneee.

IKLAN

Semuanya Sedap-Sedap Belaka, Kongsi Menu Anak 8 Hingga 10 Bulan, 15 Resipi Ibu Ni Memang Awesome!

Terdapat 13 resipi lagi yang dikongsikan olehnya di facebook. Semuanya sedap-sedap belaka. Rasa rugi kalau tak cuba!

PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA 

Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !

Semuanya Sedap-Sedap Belaka, Kongsi Menu Anak 8 Hingga 10 Bulan, 15 Resipi Ibu Ni Memang Awesome!

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI