Copy of NEWBORN - 2020-06-12T100538.623

Sedap betul bila teringatkan keenakan Lotus Biscoff Cheesecake. Tapi harganya agak mahal jika beli di kedai. Bagi yang pertama kali ingin mencuba keenakan Lotus Biscoff Cheesecake, anda boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Jiha Jihah‎.

Senang Rupanya Buat Lotus Biscoff Cheesecake Viral Ni, Tak Perlu Bakar Pun!

Sekarang orang semua pakat buat Lotus Biscoff Cheesecake. Kita pun nak try lah buat, senang je rupanya. Takperlu bakar langsung. Sedap sangat rasa dia.

Bahan-Bahan
400g cream cheese
1 sudu kecil essence vanilla
125ml whipping cream
2 sudu besar gula icing
90g butter
200g lotus biscoff spread
15 keping lotus biscoff biscuit

Cara-cara
-Base Cake
1. Hancurkan lotus biscoff biscuit sampai jadi crumble.
2. Cairkan butter atas dapur, masukkan lotus biscuit yang dah dihancurkan.
3. Gaul rata dan masukkan dalam loyang dan tekan-tekan untuk jadikan base.

IKLAN

-Bahagian tengah-tengah (cheese)
4. Mix cream cheese + essence vanilla + 2 sudu besar lotus biscoff spread sampai sebati.
5. Bekas lain, mix whipping cream + 2 sudu besar gula icing sampai kembang.
6. Campurkan adunan cream cheese dan whipping cream tadi.
7. Tuang adunan tu atas base.

-Topping
8. Untuk topping, cairkan lebihan lotus biscoff spread tadi tu atas dapur. Dan tuang atas kek.
9. Sejukkan kek dan siappp untuk dimakan esok.

IKLAN

Senanggggggg kan?
Jiha buat dalam bekas kecik-kecik, 1 adunan ni dapat 6 bekas.

Btwwww, jiha baru start jual lotus biscoff biscuit tu, kalau nak buat kek ni, boleh lah beli, tapiiiiii makan biscuit ni macam biasa pun dah sedap sangat tauuu. Ngap ngap tiba2 dah habis.

IKLAN

Nak order boleh beli dekat shopee jiha, free shipping.
Click – https://shopee.com.my/rarekabus/3151745628/
*spread dia insyaAllah coming soon ada stock, korang beli biscuit dulu before sold. Seriusly susah nak cari bahan ni.

Senang Rupanya Buat Lotus Biscoff Cheesecake Viral Ni, Tak Perlu Bakar Pun!

Korang pernah tak makan yogurt icecream llaollao, haaaaaaa ni lah lotus bisscoff sauce yang paling sedap tu.

Sumber: Jiha Jihah via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI