Bagi meringankan beban rakyat, bermula 15 Januari 2025 lepas, kerajaan telah menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan kepada 700,000 penerima yang tergolong dalam golongan miskin dan miskin tegar.
Sumbangan ini berbentuk wang tunai yang disalurkan melalui MyKad atau kad pintar bantuan MyKasih, supaya penerima boleh beli barangan keperluan asas.
Bagi anda yang masih tertanya-tanya barangan jenis apa yang boleh dibeli melalui program MyKasih ini, berikut merupakan senarai lengkap berserta jenama yang diterima.
Bangga dan terharu dengan pencapaian diri apa lagi dapat menghabiskan hafazan kalimah Allah, seorang budak perempuan gagal menahan sebak apabila berjaya menghafaz al-Quran dalam tempoh hanya 9 bulan 6 hari.
Anak kecil yang dididik di Akademi al-Quran Akmal itu menangis dan berpelukan dengan gurunya ketika sesi tasmik diadakan.
Menerusi video yang tular di aplikasi TikTok memaparkan budak perempuan yang dikenali sebagai Fatimah Al-Zahra Ramadhani menangis ketika tasmik bagi menguji tahap pencapaian dalam penguasaan bacaan dan hafalan al-Quran.
Fatimah yang memakai tudung merah jambu memeluk gurunya sebaik sahaja melepasi ujian tersebut telah mengundang rasa sebak ramai.
“Fatimah Al-Zahra Ramadhani Al-Hafizah, pelita yang menyinar terang, air matamu adalah inspirasi buat semua yang takkan pernah hilang,” ujar pusat Akademi al-Quran Akmal.
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya turut kagum dengan pencapaian adik Fatimah apatah lagi diketika usianya masih muda. Satu pencapaian hebat yang perlu dibanggakan.
Menerusi video berkenaan juga turut diadakan acara penyampaian hadiah buat anak kecil itu atas pencapaian cemerlangnya. Semoga dapat memberi inpsirasi kepada anak-anak yang lain.
Menghampiri detik kelahiran anak ketiga, pelakon dan pengacara popular Uyaina Arshad masih setia menyimpan satu rahsia kecil dalam kehamilannya apabila memilih untuk tidak mengetahui jantina bayi dalam kandungan.
Keputusan itu dibuat secara bersama oleh Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran, meskipun usia kandungan kini sudah memasuki trimester terakhir dan dijangka bersalin dalam tempoh terdekat.
Uyaina, 34, mengakui fasa akhir kehamilan bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui. Keletihan mula dirasai dengan lebih ketara apabila kandungan memasuki trimester ketiga, namun dia tetap bersyukur kerana keadaan kesihatannya masih berada dalam keadaan baik setakat ini.
Menurut Uyaina Arshad hamil anak ketiga ini, perubahan fizikal dan emosi adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, namun pengalaman melalui kehamilan sebelum ini banyak membantunya untuk lebih bersedia dari segi mental dan fizikal.
Dalam pada itu, menurut laporan Mstar, Uyaina berkongsi bahawa sehingga ke hari ini dia langsung tidak membuka sebarang dokumen pemeriksaan kesihatan yang berpotensi membongkar jantina bayi tersebut.
Keputusan itu dibuat dengan sengaja demi mengekalkan rasa debar dan kejutan yang tulen pada saat kelahiran nanti. Bagi Uyaina Arshad hamil anak ketiga, detik pertama bertentang mata dengan bayi yang dilahirkan adalah saat paling bermakna yang tidak mahu dirosakkan dengan sebarang pendedahan awal.
Walaupun jantina bayi masih menjadi tanda tanya, pasangan ini sudah pun menyediakan nama untuk si kecil yang bakal lahir untuk anak ketiga ini. Langkah itu mencerminkan keterujaan mereka menyambut kehadiran cahaya mata baharu dalam keluarga.
Uyaina dan suami percaya bahawa setiap kelahiran adalah satu rezeki dan anugerah yang tidak ternilai, tanpa mengira jantina. Prinsip itu menjadi sebab utama mereka selesa menyimpan rahsia ini sehingga ke saat kelahiran.
Sepanjang bergelar ibu kepada dua orang anak sebelum ini, Uyaina Arshad hamil anak ketiga kali ini dilihat lebih tenang dan matang dalam mengharungi perjalanan kehamilan.
Pengalaman lalu mengajarnya untuk lebih mendengar keperluan tubuh sendiri, selain memberi keutamaan kepada rehat dan kesihatan mental. Walaupun jadual kerja sebagai pengacara dan pelakon kadangkala padat, Uyaina sentiasa memastikan kehamilan menjadi fokus utama.
Bagi Uyaina dan Raja Syahiran, biarlah detik kelahiran menjadi momen paling istimewa untuk mengetahui jawapan yang selama ini disimpan rapi.
Keputusan Uyaina Arshad hamil anak ketiga untuk tidak mengetahui jantina bayi lebih awal ini nyata memberi makna tersendiri, bukan sahaja kepada mereka berdua, malah kepada peminat yang turut menantikan khabar gembira tersebut.
Ramai yang mendoakan agar proses kelahiran berjalan lancar dan Uyaina serta bayi berada dalam keadaan sihat. Apa jua jantinanya nanti, kehadiran ahli baharu ini pastinya melengkapkan lagi kebahagiaan keluarga kecil mereka.
Dalam pada itu, Uyaina turut berkongsi di Threads sejak hamil begitu teruja dengan emas. Malah bercandang untuk membuat ‘ short serries’ yang menunjukkan dia mencari barang kemas yang diminatinya. Lantaran itu, komennya dihujani netizen yang berkongi barang kemas masing-masing.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas Pelakon Puteri Aishah disahkan positif Covid-19, kali ini seorang lagi pelakon, Ashraf Muslim yang sama-sama mengikuti penggambaran di luar negara juga turut disahkan positif virus tersebut.
Dalam perkongsian yang dibuat oleh Ashraf di akaun Instagramnya, dia memaklumkan bahawa dirinya sah dijangkiti Covid-19 sejak 12 April yang lalu.
Jelasnya tiada kata yang dapat digambarkan apabila menerima keputusan tersebut, namun dia reda dengan ketentuan Allah SWT.
Pelakon ini turut menitipkan ucapan maaf buat ahli keluarga, sahabat, rakan-rakan wartawan. Dia juga meminta mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan juga pesakit lain.
Ashraf juga menyatakan rasa rindu pada isteri-isteri dan anak-anaknya. Malah meminta ahli keluarganya itu mendoakan dirinya supaya cepat baik daripada virus Covid-19.
Dalam perkongsian itu juga, Ashraf memuat naik satu video yang menunjukkan dirinya dijemput oleh petugas yang lengkap memakai PPE menaiki ambulans untuk dibawa ke hospital Sungai Buloh bagi tujuan rawatan dan kuarantin.
Assalamualaikum…Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM ttg keputusan Sample covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah.. ada hikmah disebaliknya. Dtg perasaan nervous dan mcm2 perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.. (itu yg sampai berpeluh2 tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat2 dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkn wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua. Disini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yg cuba menghubungi saya sebelum ini, yerlah..harap faham dgn situasi saya sekarang ni. Tak lupa juga pada frontliners doktor2, MA, nurse2 dan mereka yg terlibat , terima kasih u all are our hero.. and to mama, ibu , sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dr covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat.. tp jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan bole solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam.
Assalamualaikum wbt.
Ashraf dan kumpulan produksi berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu sebelum kes penularan Covid-19 mula serius dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan. Sebelum ini, lapan tenaga kerja pasukan produksi termasuk pengarah, Rahila Ali dan pelakon Puteri Aishah dan Puteri Rayyana Rayqa turut disahkan positif.
Dalam pada itu dalam Ashraf dilihat memberi komen dalam sebuah live yang dibuat oleh Izzue Islam semalam dan memohon orang ramai untuk bantu hospital dan wad tempat dia dirawat dengan barangan asas seperti air mineral, makanan dan sejadah. Tambahnya mereka di sana sering melakukan solat berjemaah dan sering berkongsi ilmu yang bagus di sana.
Sama-samalah kita doakan agar Ashraf dan team produksi serta pelakon lain yang disahkan positif ini kembali sembuh. Semoga semuanya dapat pulang ke pangkuan keluarga tersayang.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.