Tarikh jangkaan bersalin dijadualkan tidak lama lagi. Mama sudah menyiapkan beberapa keperluan untuk dibawa ke hospital agar nanti tidak kelam kabut dan mengelakkan daripada tertinggal. Jom semak apa yang perlu ada dalam beg hospital dengan senarai dan tip yang telah disediakan.
Mama tentu berdebar-debar menghampiri tarikh jangkaan bersalin. Sudah tentu memikirkan tentang proses kelahiran yang bakal dilalui dan tidak sabar menatap wajah buah hati baharu. Anda tentu tidak mahu tergopoh gapah mengemas barangan keperluan semasa air ketuban sedang meleleh keluar!
Tip menyediakan beg hospital
Ads
Beg hospital perlulah dikemas lebih awal daripada tarikh jangkaan kelahiran kerana bimbang anda tiba-tiba akan bersalin awal. Seelok-eloknya sebulan sebelumnya.
Pilih beg jenis troli yang boleh memuatkan barang anda yang banyak. Manakala untuk si kecil dan papa dalam dua buah beg berasingan.
Pastikan anda membawa lebih dari satu pasang pakaian sekiranya hospital tidak menyediakan pakaian hospital untuk pesakit di wad.
Bawa lebih banyak pad payudara kerana bimbang anda akan mengalami bengkak susu selepas bersalin.
Pastikan beg ini ditempatkan di dalam bonet kereta supaya senang dicapai apabila hendak ke wad bersalin.
Sebelum anda ke hospital, tanggalkan semua barang kemas yang dipakai. Elakkan daripada membawa barang kemas di dalam beg hospital kerana bimbang keselamatannya tidak terjamin.
Baby carrier akan memudahkan anda atau suami membawa si kecil pulang kerana anda tidak perlu memangku dan keselamatan si kecil ketika di dalam kenderaan juga lebih terjamin.
Senarai semak beg hospital
Bagi mengelakkan barang keperluan anda, suami dan si kecil tertinggal, mari kita kemas menggunakan senarai semak ini.
Mama
Ads
Buku rekod kehamilan
Kad pengenalan diri
Telefon dan alat pengecas
Baju berbutang depan (untuk memudahkan penyusuan)
Kain batik
Sepersalinan baju untuk dipakai selepas keluar dari hospital.
Kain tudung
Seluar dalam pakai buang
Baju sejuk
Stoking
Coli menyusu
Pam payu dara dan botol penyimpanan susu ibu
Pad payudara pakai buang
Krim pelembap puting payudara (untuk mengelakkan putih merekah)
Bagi yang agak sibuk bekerja atau sibuk dengan pengurusan kehidupan harian, anda boleh beli keperluan bayi ini secara online sahaja. Nak lebih jimat, DPAMsekarang tengah buat promo ‘free shipping’. Gunakan kod promo DPAMFS untuk dapatkan pakaian kanak-kanak dengan harga istimewa di DPAM!
Lampin pakai buang
Baju
Topi, sarung tangan dan kaki
Barut
Kain bedung
Baby wipes
Tuala kecil
Tuala mandi
Bantal kepala
Minyak telon
Kapas
Baby carrier
Selimut
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Zahirah Macwilson yang kini sedang berpantang selepas melahirkan anak keduanya membuatkan ramai yang teruja bila mana berkongsi menu pantangnya yang cukup menyelerakan.
Zahirah yang kini berada di Perth, Australia dijaga dengan baik oleh ibunya yang menetap di sana.
Menerusi Instagramnya, Zahirah memuat naik beberapa jenis menu pantang yang disediakan oleh ibunya sepanjang berpantang. Malah ibu kepada dua cahaya mata itu turut memuji air tangan ibunya.
“Pantang-ing goodness! Best ever! Thank you mama. Mama kena buat recipe book lah lepas ni, betul tak?” tulisnya.
Saran ibu bukukan resepi
Menu pantang air tangan ibunya, Maslinda Yusoff juga begitu berwarna warni serta penuh nutrisi sekaligus membuka selera buat yang melihatnya.
Perkongsian daripada Zahirah itu sudah pastinya menerima pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata turut teruja melihat menu-menu tersebut kerana cukup menyelerakan.
Terdahulu, Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah Macwilson, 29 telah selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah hospital di Australia pada 31 Mei 2024.
Mudahnya dia bersalin, itulah ayat yang terpacul dalam fikiran saat membaca perkongsian ibu ini yang ‘terbersalin tanpa sengaja’ anak keempatnya di ruang tamu rumah!
Proses bersalin lazimnya amat menyakitkan terutama sekali bagi ibu-ibu yang bersalinkan anak pertama. Tapi bagi ibu ini, ia terjadi sekelip mata walau pun sebenarnya tiada perancangan untuk bersalin di rumah.
Ini kes terbersalin di rumah tanpa perancangan. Bersalin di rumah adalah tidak digalakkan sama sekali kerana boleh mendedahkan ibu dan bayi kepada bahaya komplikasi semasa dan selepas kelahiran.
Melalui penceritaan Puan Ika, rasa risau dan cuak menyelubungi diri apabila hampir setengah jam selepas kelahiran uri tidak keluar dan selepas uri keluar ia disyaki tidak lengkap. Kegetiran ini berterusan sehinggalah dia dibawa ke hospital. Inilah kisahnya;
7 August 2019 ARIZ ARSHAN genap 10 bulan.. Alhamdulillah kuat dan sihat..Gigi dah 4 batang. Dah pandai berdiri dan berjalan tolak kerusi..Yang kelakar dia skip duduk..
Dari merangkak terus berdiri
Sempena Arshan 10 bulan saya nak share kronologi kelahiran dia yang rare ni
[KRONOLOGI TERBERANAK KAT RUANG TAMU RUMAH]
Nama: ARIZ ARSHAN NAZRIN BIN MOHD NAZRIN
Tarikh: 7 Oktober 2018 (39 minggu)
Masa: 7.28 pagi
Tempat: Ruang tamu rumah
Berat: 2.78kg
Panjang: 47cm
05.30am
Terjaga tidur sebab anak ke-3, Nia Naqisha nangis nak susu..
Pi buat susu Nia..
Masa ni perut tak ada rasa sakit apa..
06.00am
Mandi dan solat Subuh
06.40am
Turun bawah sidai kain..
Ada turun dan naik tangga (rumah jenis town house)
07.00am
Buat air untuk breakfast dan duduk kat meja makan..
Mr. Hubby tengah mandi masa ni..
07.15am
Tengah minum rasa macam ada benda mengeras dan nak terkeluar kat miss V tu..
Masa ni dok fikir contraction baru nak start kot
Terus rasa kepala baby dah kat bawah sangat dah..
07.25am
Masa ni gak tak tahu nak buat apa sangat..
Macam blur pun ada..
Suruh anak ke-2, Riyfhann panggil papa dia dalam bilik air..
Terus bangun dari kerusi dan duduk bersandar kat dinding dalam posisi mencangkung..
Bontot cecah kat lantai..
Dua-dua kaki macam posisi mengangkang tu..
Pastu tangan dua-dua dok pegang buku lali..
“ALLAH.. KEPALA DAH……”
Saat ni memang dah rasa baby dah tak boleh tunggu lagi dah..
Kepala baby dah rasa keluar tapi sangkut pada seluar dalam.
Terus jerit kat Mr. Hubby,
“Tarik spender bang!!”
Bila Mr. Hubby tarik spender dengar dia sebut,
“Allah.. kepala dah……”
(lepas kejadian Mr. Hubby bagitahu masa ni dia nampak kepala baby dalam kantung ketuban)
BABY KELUAR TEPAT 7.28 PAGI
Mr. Hubby bergegas nak ambil kain..
Dan tiba-tiba baby terus meluncur keluar dalam kantung ketubannya..
Tak teran apa pun dia cuih ja keluar gitu kat celah kangkang ibu tepat jam #0728pagi
Kelahiran baby disaksikan papanya, Abang Eiymann dan abang Riyfhann..
Huhu..tak sempat nak tutup apa benda berlaku spontan dan cepat sangat..
Kak Naqisha masih tidur masa ni..
Abang-abangnya dok menjerit..
Teruja, takut, panik semua ada..
Abang Eiymann sat dia tutup mata ngan tangan, sat buka mata
Abang Riyfhann lak dok tengok je..
Speechless kot..
Haha
Selalu dia lah paling suka tanya itu ini
Tak tau la depa rasa macam mana..
Budak 11tahun dan 6tahun jadi saksi kelahiran adik depa
KETUBAN PECAH SENDIRI
07.28am
Dalam berapa saat ja kantung ketuban tu pecah sendiri kat lantai..
Sempat letak baby dalam penapis besar (dalam gambar warna purple tu)..
Mr. Hubby pegang baby yang bertali pusat dan balut dengan kain lampin (macam gambar bawah)..
Then dia bagi baby kat saya pastu terus call ambulans..
Anak sulung, Eiymann terus call maktok dia,
“Maktok..ibu dah keluar baby kat rumah!!”
(Melompat la maktok dia dengar terus bergegas datang rumah)
Masa first time pegang baby ni tetiba rasa macam panic attack datang..
Sambil cium baby meleleh air mata kat mulut tu dok sebut,
“Allah.. Allah.. nak buat macam mana ni bang”
Dengar Mr. Hubby dok cakap kat handphone (call ambulans),
“Baby nangis..”
“Tak biru..”
“Wife sedar..”
“Darah tak banyak sangat..”
“Uri belum keluar lagi..”
Terus suruh Mr. Hubby tanya boleh susukan baby tak?
Takut nak susukan baby sebab risau dalam mulut dia ada apa-apa ke..
Then nasib baik dia cakap boleh susukan..
So buat pertama kalinya dapat susukan baby dengan keadaan uri masih dalam perut..
Masa ni rasa syahdu sebak semua ada
Subhanallah tak tahu nak explain perasaan tu macam mana..
Susukan baby dengan air mata dok mengalir keluar
Baby keluar bersih, putih kemerahan kulit dia..
Tak ada darah melekat pun (tengok gambar)..
Rasa macam mimpi je terberanak kat rumah..
07.45am
Mak, kakyong sampai kat rumah..
Terkejut depa tengok tengah dok terkangkang lagi kat lantai tu tengah susukan baby
Lepas tu jiran sebelah rumah datang tengok..
Masing-masing sebenarnya cemas dan blur gak tak tahu nak buat apa..
Mr. Hubby dok cari tali rapia untuk ikat tali pusat baby (masa call tadi depa suruh ikat tali pusat)..
KONTRAKSI SEKALI LAGI, RUPANYA URI KELUAR DENGAN DARAH
07.50am
Tiba-tiba perut rasa sakit..
Rasa macam contraction..
Terasa nak meneran lak kali ni (keluar baby tak meneran pun)
Pegang tangan kakyong ngan kaklong (jiran)..
Dan terannnnnn..
Selambak uri keluar dengan darah semua
Kakyong yang sambut uri..
Lepas uri dah keluar baru rasa lega sangat..
Mr. Hubby call lagi ambulans tanya bila nak sampai..
Dan bagitahu uri dah keluar..
Person yang assist dalam phone tu bagitahu kutip uri letak dalam plastic bag..
Kakyong ikat tali pusat ngan tali rapia..
Then kakyong tarik uri slowly masuk dalam plastic bag..
08.00am
Masa ni baru teringat baby belum diazankan..
Panggil Mr. Hubby,
“Abang..azan baby”
Punyalah kelam kelibut sampai pak dia lupa nak azan baby..
Haha
Dan buat pertama kalinya dapat tengok dan dengar Mr. Hubby azan dan iqamat dekat sangat depan mata..
Betul-betul berhadapan kat muka ni
Masa ni masih lagi duduk kat lantai bersandar kat dinding..
08.20am
Mr. Hubby call lagi ambulans tanya bila nak sampai..
Dah 40minit kami semua tunggu..
Mak buat air kopi Radix bagi minum..
Dengan biskut sekali..
Lega betul dapat minum air panas..
Teringat pukul 7am tadi buat air pun tak habis minum sebab dah terberanak dulu..
Haha
MULA-MULA DISYAKI URI KELUAR TAK LENGKAP
08.40am
Ambulans sampai depan rumah dengan 2 orang nurse..
Rupanya ambulans dan nurses dari klinik kesihatan dekat rumah ni je..
Dekat je 5minit dari rumah..
Seorang nurse cek dan pegang baby..
Lepas tu seorang lagi nurse cek saya..
Nurse tengok uri,
“Eh..tak cukup uri ni.. ada lagi kat dalam.. kena pi hospital sekarang!!
Nurse punyalah panik takut apa-apa yang buruk berlaku..
Bahaya oii kalau uri lekat kat dalam..
Boleh bawa maut..
(Tapi masa pi hospital bila doctor tengok uri syukur dah lengkap semua keluar..tak ada tertinggal pun..tak perlu nak seluk lagi dah.. Alhamdulillah)
Nurse cek tekanan darah low lak (BP: 80/50)..
Haa..sudah.. rendah sangat lak (memang low BP dari dulu)..
Bergegas nurse pasang line branula masa dalam ambulans untuk drip air (saline)..
Time tu gak depa drip air sebotol..
Maka berneno-neno-neno lah saya dan baby dalam ambulans ditemani 2 nurses dan driver ambulans je..
Mr. Hubby ikut belakang dengan kereta..
Ambulans bawa kami ke hospital terdekat (plan asal nak beranak kat Hospital *********)
ALHAMDULILLAH..
Syukur semuanya berjalan lancar..
Syukur mudah sangat lahirkan baby Ariz Arshan..
Dulu Mr. Hubby selalu cakap,
“Sayang kalau beranak hari Sabtu/Ahad kan senang abang cuti”
(Dalam hati dok cakap ingat boleh main order order ke)
Tapi kuasa Allah, baby ikut cakap papa dia. Dia keluar pagi Ahad di saat papa dia ada kat rumah. Tak dapat bayang macam mana la keadaan kalau terberanak hari biasa (Isnin-Jumaat). Ibu dengan kak Naqisha je ada kat rumah, abang-abang sekolah (kak Naqisha dah la special dan istimewa)
Baby ni pun macam tahu je ibu dok susah hati nak beranak kat Hospital *********
Dengan parking yang susah nak dapat, dengan wad dan labour room yang selalu penuh. Punyalah susah hati sampai selalu cakap dengan husband/kawan/group,
“Beranak dalam kereta lah gini senang..” Minta beranak dalam kereta, Allah bagi beranak kat rumah terus. Amikaw
Baby pun tahu dia ada kakak special sorang. Tu nak beranak dia mudah je. Ibu tak sempat nak merasa sakit pun. Tanda pun takdak. Tetiba cuihh ja dia keluaq naa. Allah memang permudahkan sangat beranak kali ni. Syukur sangat
Ni saya nak share la tips/amalan sepanjang pregnant ni..
Kot lah boleh jadi rujukan untuk ampa ka..
Ok..ampa baca sampai sini ka.Terima kasih naa baca kronologi panjang berjela ni. Gigih tau menaip..
Haha
Terima kasih gak semua yang terlibat masa hari kejadian. Terutama Mr. Hubby, mak, kakyong, anak-anak, kaklong, nurses, driver ambulans, doctor dan lain-lain. Semoga ARIZ ARSHAN membesar kuat dan sihat. Semoga jadi anak yang soleh, bijak dan berguna..
Saya share gambar fresh ARIZ ARSHAN baru keluar. Gambar dia dalam sarung ketuban tak sempat amik sebab panik masa mula-mula dia keluar tu .Dengan tali pusat masih ada dan uri kat dalam perut lagi..
Tular video yang dikongsikan oleh seorang pakar jantung yang menjelaskan serangan jantung disebabkan tekanan.
Menerusi video memaparkan soalan yang ditanya netizen mengenai rakannya yang mendapat serangan jantung walaupun tidak merokok, tiada kencing manis, tahap kolestrol normal.
Video berdurasi 16 saat itu telah meraih tontotan sehingga mendapat share 14K setelah pakar jantung membuat pendedahan mengenai punca serangan jantung bagi individu yang sihat tanpa penyakit.
Menurut Pakar Jantung, Dr Rahim, pesakit yang mengalami serangan jantung adalah golongan muda yang mengalami tekanan, tidak cukup rehat dan tidur.
“Saya telah menemui ramai pesakit yang mempunyai rekod kesihatan yang baik. Tapi beliau terkena serangan jantung pada usia yang muda.
“Ia berpunca daripada stress, tidak cukup rehat dan tidak cukup tidur. “
Dalam pada itu, Dr Rahim tidak menafikan bahawa sakit jantung juga boleh diwarisi.
Dalam video berbeza beliau juga memberi tip bagaimana untuk mengenal pasti jika berlaku serangan jantung.
NETIZEN KONGSI PENGALAMAN
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa bimbang dengan gaya hidup. Ada juga berkongsi tip dan pengalaman ahli keluarga yang mengalami serangan jantung.
“Jaga makan jangan stress lakukan perkara yang kita suka dan adakan satu hobi.”
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.