Tarikh jangkaan bersalin dijadualkan tidak lama lagi. Mama sudah menyiapkan beberapa keperluan untuk dibawa ke hospital agar nanti tidak kelam kabut dan mengelakkan daripada tertinggal. Jom semak apa yang perlu ada dalam beg hospital dengan senarai dan tip yang telah disediakan. 

Senarai Semak Barang Keperluan Mama, Papa & Bayi Sebelum Ke Hospital. Mama Yang Bakal Bersalin Wajib Semak

Mama tentu berdebar-debar menghampiri tarikh jangkaan bersalin. Sudah tentu memikirkan tentang proses kelahiran yang bakal dilalui dan tidak sabar menatap wajah buah hati baharu. Anda tentu tidak mahu tergopoh gapah mengemas barangan keperluan semasa air ketuban sedang meleleh keluar!

Tip menyediakan beg hospital

IKLAN
  1. Beg hospital perlulah dikemas lebih awal daripada tarikh jangkaan kelahiran kerana bimbang anda tiba-tiba akan bersalin awal. Seelok-eloknya sebulan sebelumnya.
  2. Pilih beg jenis troli yang boleh memuatkan barang anda yang banyak. Manakala untuk si kecil dan papa dalam dua buah beg berasingan.
  3. Pastikan anda membawa lebih dari satu pasang pakaian sekiranya hospital tidak menyediakan pakaian hospital untuk pesakit di wad.
  4. Bawa lebih banyak pad payudara kerana bimbang anda akan mengalami bengkak susu selepas bersalin.
  5. Pastikan beg ini ditempatkan di dalam bonet kereta supaya senang dicapai apabila hendak ke wad bersalin.
  6. Sebelum anda ke hospital, tanggalkan semua barang kemas yang dipakai. Elakkan daripada membawa barang kemas di dalam beg hospital kerana bimbang keselamatannya tidak terjamin.
  7. Baby carrier akan memudahkan anda atau suami membawa si kecil pulang kerana anda tidak perlu memangku dan keselamatan si kecil ketika di dalam kenderaan juga lebih terjamin.

Senarai semak beg hospital
Bagi mengelakkan barang keperluan anda, suami dan si kecil tertinggal, mari kita kemas menggunakan senarai semak ini.

Mama

IKLAN
  1. Buku rekod kehamilan
  2. Kad pengenalan diri
  3. Telefon dan alat pengecas
  4. Baju berbutang depan (untuk memudahkan penyusuan)
  5. Kain batik
  6. Sepersalinan baju untuk dipakai selepas keluar dari hospital.
  7. Kain tudung
  8. Seluar dalam pakai buang
  9. Baju sejuk
  10. Stoking
  11. Coli menyusu
  12. Pam payu dara dan botol penyimpanan susu ibu
  13. Pad payudara pakai buang
  14. Krim pelembap puting payudara (untuk mengelakkan putih merekah)
  15. Tuala wanita materniti
  16. Tuala mandi dan tuala muka
  17. Selipar
  18. Minyak angin
  19. Snek seperti kurma, biskut dan air zam zam.
  20. Sikat rambut, getah rambut, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka dan sabun mandi.
  21. Beg plastik untuk pakaian kotor
  22. Beg atau bekas untuk meletakkan uri.
  23. Kaca mata dan bekas menyimpannya (jika anda memakai kaca mata atau kanta lekap).
  24. Bahan bacaan atau barangan yang boleh membuatkan mama selesa seperti kusyen kecil atau tasbih untuk berzikir.

Papa

IKLAN
  1. Baju
  2. Seluar
  3. Pakaian dalam
  4. Kamera
  5. Berus gigi, ubat gigi, pencuci muka dan sabun mandi.
  6. Selipar
  7. Baju sejuk

Bayi

Bagi yang agak sibuk bekerja atau sibuk dengan pengurusan kehidupan harian, anda boleh beli keperluan bayi ini secara online sahaja. Nak lebih jimat, DPAM sekarang tengah buat promo ‘free shipping’. Gunakan kod promo DPAMFS  untuk dapatkan pakaian kanak-kanak dengan harga istimewa di DPAM!

  1. Lampin pakai buang
  2. Baju
  3. Topi, sarung tangan dan kaki
  4. Barut
  5. Kain bedung
  6. Baby wipes
  7. Tuala kecil
  8. Tuala mandi
  9. Bantal kepala
  10. Minyak telon
  11. Kapas
  12. Baby carrier
  13. Selimut

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI