Isteri pelakon popular, Datuk Adi Putra, Datin Aida Yusof akui reda dan percaya Allah sebaik-baik perancang untuknya dan suami dalam menantikan rezeki kehadiran cahaya mata walaupun sudah lebih 14 tahun berkahwin.
Aida berkongsi kisahnya yang sangat menyentuh hati itu menerusi video temu bualnya bersama majalah Nona baru-baru ini.
Video pendek yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya itu memaparkan kisahnya yang sebelum ini pernah menjalani kaedah rawatan kesuburan persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF) sebanyak empat kali.
Ads
Melalui kaedah tersebut, Aida akui pernah hamil kembar sebanyak tiga kali manakala yang terakhir adalah kembar tiga (triplet).
“Sepanjang 14 tahun berkahwin, jujurnya saya dah pernah buat IVF empat kali… Tiga kali mengandung kembar dan yang terakhir sekali triplet.
“IVF tak membebankan walaupun saya terpaksa ambil suntikan setiap hari di kiri dan kanan perut. Saya tetap tidak berputus asa kerana saya sukakan kanak-kanak. Dapat seorang pun okay…
Ads
“Suami banyak beri semangat. Selagi belum ada rezeki kami akan terus cuba. Saya ambil semangat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia tunggu 11 tahun untuk dapatkan zuriat.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar Aida dapat memperolehi zuriat seperti yang diidamkan selain memberikan kata-kata semangat.Foto: Instagram @aidayusof786 & @adiputra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya, jika telur itu bertemu dengan sperma, telur yang disenyawakan bergerak ke dalam rahim anda untuk melekat pada lapisannya dan terus berkembang sehingga bersalin. Walau bagaimanapun, komplikasi berlaku apabila implan telur disenyawakan di suatu tempat, bukan di rongga utama rahim, seperti di rongga perut.
Kehamilan ektopik sangat serius. Oleh itu, ia memerlukan rawatan awal.
Pada mulanya, kehamilan ektopik mungkin tidak menyebabkan sebarang tanda atau simptom yang jelas. Oleh itu, dalam trimester pertama, anda perlu menyemak dengan doktor anda secara kerap.
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom ini, anda mesti segera menghubungi ahli terapi anda untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan awal:
Wanita berisiko tinggi mengalami kehamilan ektopik jika mereka
Jika doktor mendiagnosis atau mengesyaki bahawa dalaman tiub fallopion telah rosak, pembedahan kecemasan adalah perlu untuk menghentikan pendarahan.
Dalam sesetengah kes, ubat boleh digunakan untuk menghentikan pertumbuhan tisu kehamilan. Semak dengan penyedia penjagaan anda untuk mencari rawatan yang paling sesuai.
Jika anda mengalami kehamilan ektopik, anda mungkin masih mempunyai peluang untuk hamil. Walau bagaimanapun, ia bergantung pada rawatan dan keadaan kesihatan anda. Bercakap dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan yang terbaik.
Walaupun ektopik komplikasi berlaku apabila implan telur disenyawakan di suatu tempat, bukan di rongga utama rahim, seperti di rongga perut. Kehamilan adalah sangat berbahaya, terdapat banyak rawatan yang tersedia untuk membantu wanita mempunyai kehamilan yang sihat selepas kehamilan ektopik.
Pasangan Selebriti, Siti Sarah Raissuddin dan Shuib akhirnya mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata ke-4 tidak lama lagi.
Berita gembira ini disampaikan melalui akaun rasmi instagram milik Siti Sarah setelah ramai peminat berteka-teki tentang kehamilanya. Menurutnya, dia tidak berniat untuk merahsiakan tentang kehamilannya cuma dia dan suami menunggu masa yang sesuai.
Saat-saat indah itu dikongsi di laman instagram melalui video yang dirakam. Ternyata kehamilan ini dinanti-nantikan seluruh ahli keluarga Siti Sarah. Shuib antara yang paling gembira saat UPT menunjukkan keputusan positif.
Alhamdulillah syukur ya Allah
Alhamdulillah, permata no 4 bakal menyusul taklama lagi. Baby baru on the way! Syukur Ya Allah atas rezeki yg Allah kurniakan ini untuk Sarah & @shuibsepahtu.
Ok, jujur Sarah betul tak sangka, lepas 6 tahun Sarah melahirkan Matin, Sarah dapat lagi rezeki merasai detik kehamilan baru sekarang.
Rmai tanya masa memula dulu tapi Sarah tak berani cakap lagi. Ni Sarah rasa kndungan dah kuat, baru Sarah berani nak bagi tau. Minta maaf tau sebab tak bagi tau awal sebab sebelum ni Sarah pernah ada anxiety, so Sarah sendiri tak nak tertekan masa awal kehamilan ni.
Sarah nak mintak korang semua, doakan Sarah dan kandungan tau. Sarah doakan juga ibu kat luar sana yang mahu merasai saat kehamilan, moga Allah murahkan rezeki kalian untuk hamil & jadi ibu. Amin. #trimester1
Rata-rata rakan artis dan juga peminat mengucapkan tahniah atas kehamilan ke-4 Siti Sarah dan mendoakan kesihatan yang baik buat ibu dan kandungan.
Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Talita Zahra dan Ariq Matin.
Kredit: Siti Sarah
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan permainan anak dengan harga murah boleh klik di SINI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tendangan si kecil dalam kandungan kini hanya tinggal kenangan. Si kecil yang dinanti-nantikan sudah pergi meninggalkan ibu dan abi. Pertemuan 18 jam yang amat bermakna sebelum perpisahan buat selama-lamanya.
Sudah tertulis sebagai ketentuan-Nya, pasangan ini reda anak sulung berusia 30 minggu dalam kandunagn pergi dulu ekoran daripada kecacatan otak anencephaly di mana bayi berkemungkinan lahir tanpa otak atau mengalami kecacatan otak.
Catatan bapa ini boleh dijadikan peringatan buat wanita yang merancang untuk hamil atau sedang mengandung untuk sentiasa mengambil asid folik ketika berbadan dua. Risiko besar yang akan ditanggung bayi ialah anencephaly salah satunya.
Bayi sulung pasangan ini terpaksa dilahirkan awal bagi mengelakkan komplikasi lain. Apa yang menyentuh hati warganet ialah momen terakhir bersama anak kesayangan yang boleh menyebabkan sesiapa sahaja menitiskan air mata…
Pada hari Khamis 4 Julai 2019 merupakan mimpi ngeri buat ibu dan abi. Pada tarikh itu kami membuat temujanji untuk menjalani ujian detail scan bersama doktor pakar dan mendapati anak kami abnormal baby (anencephaly) semasa scan.
Anencephaly adalah baby yang lahir tanpa otak atau kecacatan otak. Otak tak terbentuk dengan sempurna. Baby yang lahir dengan masalah ini sangatlah berisiko. Baby anecephaly tak boleh hidup lama.
Salah satu faktor yang menyumbang kepada keadaan ini adalah kekurangan asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan.
Masa scan adik aktif sangat. Siap tendang-tendang lagi perut ibu. Adik macam sorokkan je kat ibu dan abi masalah adik. Dua orang doktor pakar scan adik untuk sahkan adik anencephaly.
Doktor pakar bagi ibu dan abi dua minggu untuk tenangkan fikiran dan membuat kata putus keputusan kami. Jika bersalin awal ataupun bersalin normal jangka hayat adik tidak tahan lama. Mungkin satu jam dua jam. Ataupun paling lama 2-3 hari.
Kandungan kami semasa detail scan berusia 7 bulan, lagi dua bulan je adik nak due baru dapat tahu adik tak sihat dalam rahim ibu. Due adik dijangka 30 September tetapi kami memilih untuk bersalin awal untuk kebaikan bersama dan tidak sanggup tengok adik sakit.
Susah untuk terima semua ini, ibu siang malam menangis tanpa henti ingatkan keadaan adik. Segala kelengkapan baby sudah kami beli untuk menanti kehadiran adik. Sungguh besar ujian Allah kepada kami.
Selama 5 bulan lebih ibu alahan, makan tak lama terus muntah-muntah.Tiap malam sebelum ibu tido abi kena gosok belakang baru ibu boleh tidur. Pengalaman ini abi tidak akan lupakan sampai bila-bila.
Kami cuba pergi ke klinik swasta membuat 3d scan untuk mendapatkan kepastian. Tapi sayang adik tak mahu tunjuk wajah adik dekat ibu dan abi. Adik tutup dengan kaki dan tangan adik atas kepala semasa dalam kandungan ibu.
Doktor cakap air ketuban sedikit dan menyukarkan ibu melihat dengan lebih jelas. Puas abi usik adik tapi adik tetap tidak mahu tunjuk. Mungkin adik tak nak ibu dan abi sedih tengok keadaan fizikal adik.
Ibu dan abi terkilan kerana tidak dapat menjaga adik sehingga besar. Adik ialah anugerah terindah abi pernah dapat. Saat-saat bersama adik 7 bulan 2 minggu dalam kandungan ibu takkan pernah abi lupakan. Terima kasih ya Allah bagi pinjam adik dalam rahim ibu selama 30 minggu ini.
Pada 16 julai semasa berjumpa doktor, saya dan isteri bersetuju untuk ditahan diwad dan dimasukkan ubat bagi bersalin awal. Setelah enam hari berada diwad adik baru keluar. Pada 21 julai tepat 1410h adik dilahirkan. Alhamdulillah abi org pertama dapat azankan adik.
Abi bersyukur sangat-sangat dik dapat dengar adik menangis walaupun doktor cakap jangka hayat adik tidak lama. Pada pagi harini adik tinggalkan kami pada jam 0810 pagi. Semangat adik untuk hidup kuat walaupun hanya 18 jam. Terima kasih Allah bagi anugerah terindah buat kami.
Saya menyeru kepada para wanita diluar sana supaya mengambil asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan sebagai persediaan awal bagi mengelakkan unplanned pregnancy yang lead to komplikasi. Mungkin salah ibu dan abi tak prepare dulu sebelum mengandung.
Saya harap kisah saya dijadikan pengajaran buat bakal-bakal ibu yang tahu mengandung tapi mengabaikan kepentingan vitamin ini. Saya mohon anda share dan tag untuk bakal-bakal ibu nanti sebagai persediaan awal mengandung dan pada awal kandungan. Mencegah lebih baik dari mengubati, namun ingatlah Allah sebaik-baik Perancang.
Abi bersyukur Allah uji ibu dan abi.Allah pilih kami untuk terima ujian yang sebesar ini dan benda yang paling mahal abi dan ibu pernah dapat iaitu anak syurga. Semoga kesedihan ibu dan abi pada harini Allah gantikan dengan kebahagian pada hari-hari akan mendatang. Ingatlah Allah sayang kita sebab tu Allah uji kita. Yang penting kita redha dan ikhlas atas setiap ujian yang diberikan. Janji Allah itu Pasti?.