Serbuk Pati Ayam Dan Bilis Homemade Tanpa MSG. Sedap Dan Selamat Untuk Makanan Anak

Share

Kebanyakan ibu mesti terfikir macam mana nak menyedapkan makanan anak terutama bayi yang baru belajar makan. Sebabnya jika nak letakkan garam ia tak sesuai lagi untuk anak bawah dua tahun.

Jika tak letak rasa macam tawar je makanan tu. Nak guna penambah perasa lagi tak digalakkan. Ok kali ini Puan Helna Nadira berkongsikan tip untuk membuat stok ayam dan ikan bilis untuk melengkapkan resipi bubur atau nasi anak.

Stok ayam dan bilis ni dijamin 100 peratus tanpa MSG atau garam. Ia boleh disimpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.

1) Resipi Chicken powder

– steam ayam dalam (saya pakai bahagian dada)
– goreng tanpa minyak(saya pakai ppc) sampai agak-agak dia kering
– dah kering camni,blend pakai blender kering.

– dah blend, masukkan balik dalam ppc, pastu goreng lagi sampai betul betul kering.( proses ni paling penting, sebab kalau tak cukup kering, powder cepat rosak)
– dah sure betul-betul kering boleh la blend lagi sekali. Siap!

2) Silver fish powder 

– cuci dan goreng (saya pakai ppc gak)

– goreng tanpa minyak,tapi kalau ikan mu melekat, bolehlah titiskan olive oil setitik dua.
– agak-agak dah garing dan kering( make sure betul-betul kering, kalau tak senang rosak nanti), boleh lah di blend pakai blender kering. Siap!

Lepas dah tahu ni, cubalah buatkan. Dijamin anak suka dan kita sebagai ibu pun tak perlu nak pening kepala lagi untuk menambahkan rasa dalam makanan anak.

Nota: ppc- presure cooker

Sumber: Helna Nadira

 

 

 

 

IKLAN