Apabila sudah dididik dari kecil, anak pasti akan tahu erti sebuah pemberian dan akan tahu cara untuk menghargainya. Contoh yang boleh dilihat adalah apabila sebuah video kanak-kanak perempuan yang tular beberapa hari ini.
Di dalam video tersebut dapat dilihat kanak-kanak itu mengalirkan air mata kerana terharu dengan pemberian istimewa dari ayahnya.
Perkongsian video tersebut dibuat oleh ibunya melalui akaun TikTok nurshahirah93 yang menceritakan bahawa hadiah tersebut merupakan beg idaman kanak-kanak tersebut. Saat melihat beg tersebut di sebuah kedai serbaneka bersama si ayah, anaknya itu menegur kecantikan beg itu.
Menurut si ibu lagi, ketika terpandang beg galas tersebut anaknya memberi kiasan seolah-olah meminta dibelikan untuknya.
“Cerita dua hari lepas, kakak dan papa pergi kedai DIY. Si kakak cakap, ‘Wah, cantiknya beg Pony ni. Tapi ada satu saja. Kalau orang lain beli habislah.’ Kakak ni kalau nak apa-apa dia cakap berkias macam tu saja.”
Tambah ibu ini, suaminya sudah mengajarkan anaknya bahawa bukan semua yang dingini patut dipenuhi.
“Papa sengaja tak beli sebab nak ajar anak tak semua benda dia nak terus dapat. Tunggu masa yang sesuai, in sya Allah papa belikan. Syukur sangat dapat anak sulung yang memahami susah orang tua.”
Dapat dilihat dalam video tersebut anak perempuannya itu sangat gembira dan memeluk hadiah yang dibelikan ayahnya sambil mengucapkan terima kasih.
Ads
Jom tonton video;
@nurshahirah93Cerita 2hari lepas kakak dan papa pergi DIY..si kakak cakap dekat papa Wahhh cntikNya beg poney ni,tapi ade satu je kalo org lain beli habis la..kakak ni kalo nk ape2 dia ckp kias2 mcm tu je,papa saja je xbeli nk ajar anak xsemua bnda yg dia nak terus dapat..tggu masa sesuai insyallah papa belikan..Syukur sngt dapat anak sulung yg sngat memahami susah org tua..🤲🏻♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama
Bahkan selebriti popular Fazura turut meninggalkan komen,
“MasyaAllah.. Aunty Faz pun sedih and sama tumpang happy sayanggg 😭😭😭💖💖💖.”
Selain itu, komen-komen lain juga turut memuji sikap kanak-kanak tersebut yang dilihat sangat menghargai pemberian dari ayahnya;
Baguslah adik ni! Bila tak dibelikan beg yang dia suka sikit pun tak mengamuk. Seronok sungguh bila dapat beg idaman ya, sampai menitis air mata. Bila dah besar nanti, bolehlah awak belikan hadiah untuk ibu ayah pula. Semoga terus membesar menjadi anak yang baik seperti sekarang.
Gaya si kecil Rizqaa sentiasa jadi tumpuan, manakan tidak dirinya merupakan puteri pertama pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin dan isteri Nurida Suraya.
Penampilan dua beranak ini sering menjadi perhatian lensa kamera. Nurida dengan gaya anggun dan elegan mengenakan busana rekaan suami tercinta, Rizqaa juga tidak ketinggalan menyarung busana rekaan daddynya yang merupakan pereka fesyen terkenal tanah air.
Selamat diijabkabul bersama Rizman pada 13 September 2019, mungkin memberikan kelebihan buat Nurida dari segi fesyen dan tata rias.
Tidak keterlaluan menyifatkan penampilan Nurida tatkala menghadiri pelbagai majlis baik bersama suami mahupun secara solo sentiasa tampak anggun, elegan dan sofistikated.
Bahkan, kemunculan beliau pantas menjadi buruan lensa kamera jurugambar acara.
Ditanya adakah stail digayakan mengikut cita rasa sendiri atau ditentukan oleh Rizman yang bertindak sebagai pereka fesyen peribadi? Anak ketiga daripada enam beradik itu berkongsi cerita.
“Sejujurnya, saya seorang yang ringkas berfesyen dan kurang gemar bersolek, namun hari ini situasi berbeza. Percaya atau tidak, selepas berkahwin pemilihan pakaian, aksesori, tas tangan, gaya rambut dan konsep solekan semuanya ditetapkan oleh Rizman.
“Pendek kata dari hujung rambut hingga hujung kaki adalah pilihan suami. Tugas saya hanya menyarungkan sahaja. Mudah bukan?
“Saya sedikitpun tidak rasa terbeban dan terkongkong, malah gembira. Sebelum ini suami dan rakan bisnesnya, Ruzaini sering bereksperimentasi menghasilkan busana indah buat para wanita di luar sana, tetapi kini saya menikmati peluang itu saban hari,“ ujarnya yang menyifatkan rutin berhias secara tidak langsung membantu menjaga nama baik dan imej Rizman.
Graduan lepasan Diploma Pegawai Perhubungan Awam itu turut memberitahu, beliau tidak pernah canggung menyarungkan koleksi busana karya suami tercinta. Bahkan, sentiasa teruja dengan rekaan Rizman Ruzaini yang mengikut trend fesyen semasa.
Dalam pada itu, nampaknya Rizqaa juga ‘terikat‘ dengan aturan pakaian ditentukan oleh bapanya sendiri.
Jika singgah ke laman sosial Rizqaa yang menggunakan nama akaun @rizqaarizman, rata-rata warga maya menzahirkan betapa beruntungnya si kecil tersebut berpeluang menggayakan persalinan label, Rizman Ruzaini.
Koleksi foto yang paling mendapat perhatian ramai apabila Rizqaa dirias memakai gaun persis puteri Disney hasil kreativiti Rizman Ruzaini.
Selain Snow White, bayi comel itu juga ‘beraksi‘ watak Puteri Jasmine, Puteri Sleeping Beauty, Belle (Beauty and The Beast) dan Cinderella yang kononnya sedang menunggu kehadiran putera idaman membawa sebelah lagi sepatu.
“Benar, boleh dikatakan kebanyakan gaun Rizqaa direka khas oleh Rizman kecuali baju tidur. Kadangkala, beliau (Rizman) yang akan menyiapkan anak sebelum kami keluar bersama,“ ulasnya yang bersyukur memiliki suami gigih bekerja dan cahaya mata yang mudah diuruskan.
Sumber: Sinarplus & IG Nurida Suraya
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan rumah tangga mereka berkekalan sehingga ke syurga. Pasti mahu bahagia dan terus dilimpahi perasaan kasih sayang sesama suami isteri. Apakan daya, sinar bahagia yang diharapkan tidak kesampaian. Pernikahan diuji dengan cabaran sehingga perpisahan terjadi.
Dikenali sebagai suami romantis yang gemar menulis tentang alam perkahwinan, di dalam perkongsiannya Akhtar Syamir mengatakan menceraikan isteri ketika dia sedang hamil adalah perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab. Penceraian begini, jika tidak dapat dilihat perbezaan menceraikan pada waktu lain dan ketika isteri sedang mengandung, beerti hati dan mata seorang lelaki telah buta.
Cerai Isteri Ketika Hamil. Ini adalah satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab yang boleh dilakukan oleh seorang lelaki.
Apa bezanya waktu lain dan semasa hamil? Kalau anda tak nampak perbezaan ini, maknanya hati dan mata anda sebenarnya telah buta. Sama ada buta ditusuk cinta dan sayang orang yang baru atau sememangnya dilahirkan tidak mengambil berat mengenai isteri.
Proses kehamilan itu bukan sekadar hamil sahaja. Ianya bermula dengan sebelum terjadinya hamil itu. Sebelum hamil itu berdua. Kalau seorang sahaja memang tak jadi. Jadi, selalunya di tahap ini, indah dan seronok.
Kemudian tibalah tahap di mana isteri itu disahkan hamil. Segala hormon di dalam badan isteri berkecamuk umpama kapal yang sedang terbalik. Percayalah pada ketika ini, isteri sangat memerlukan suami.
Makan itu tak boleh, bau ini nak muntah. Kepala sentiasa pening, mood selalu tidak baik. Apabila makan pun tidak terurus, tenaga pun akan berkurangan ditambah pula dengan muntah yang berlarutan.
Di sini datangnya keperluan seorang suami untuk membantu isteri menjalani kehidupan yang normal dengan keadaan sebegitu. Isteri sangat memerlukan sokongan moral kerana pada masa inilah jiwanya terganggu.
Dari segi fizikal pula, si isteri yang mengalami alahan yang teruk tidak akan cukup nutrisi dan zat di dalam badan. Ini kerana isteri tidak berhenti muntah sehingga tidak terkira berapa kali sehari. Suamilah yang patut bantu masak atau menyediakan makanan.
Dari segi pakaian, dari segi kebersihan juga perlu dibantu. Ada kalanya nak bangun dari katil pun satu perkara yang sukar untuk dilakukan seorang diri. Inikan pula mandi. Suami yang prihatin, pasti akan mandikan isterinya.
Kehamilan tidak dapat lari dari kunjungan ke klinik kesihatan. Nampak seperti satu perkara yang mudah. Pergi klinik dan jumpa Doktor. Apa yang susahnya? Jika anda berfikiran sebegini, malanglah isteri anda. Ini kerana proses pemeriksaan di klinik kesihatan adalah antara perkara yang paling menyusahkan dan memenatkan wanita yang sedang hamil. Dari masa pergi, daftar, menunggu, menunggu dan menunggu hinggalah akhirnya semua proses itu selesai berjam-jam selepas itu.
Itu belum campur jika ada keperluan lain seperti buat BSP yang pastinya memberi lebih tekanan kepada bakal ibu. Tanpa suami, terkontang-kantinglah isteri seorang diri menguruskan semuanya. Jika ada anak kecil pula, pastinya lebih teruk.
Proses menunggu waktu bersalin juga adalah fasa yang memenatkan. Jika tidak sakit, hati pasti akan sentiasa risau dan gundah gulana. Ada pula yang sentiasa rasa sakit tetapi badan tidak bersedia. Pada waktu ini, suamilah yang menjadi tempat mengadu dan menenangkan jiwa. Risau, takut dan ada yang kecewa kerana lebih dari tarikh yang sepatutnya sangat memberi tekanan.
Apabila sudah masuk di dalam dewan bersalin. Isteri akan ditinggalkan keseorangan memikir seribu persoalan di dalam kepala. Adakah semuanya akan selamat? Bagaimanakah anak aku nanti? Pada waktu itu, sangat penting bakal ibu ditenangkan oleh suami.
Saya sendiri luka di tangan akibat digenggam dengan kuat oleh isteri. Biar dia luka, biar saya sakit. Saya tahu itu hanya secebis sahaja kesakitan yang isteri sedang alami.
Saat meneran juga antara saat yang terpenting dalam proses kelahiran. Nyawa isteri berada di hujung tanduk. Kekuatan bukan datang dari diri sendiri lagi kerana semuanya telah habis digunakan. Kesakitan yang dialami tiada tolok bandingnya. Jika semua suami boleh merasai kesakitan itu, saya jamin tidak akan ada yang tergamak melayan isteri dengan buruk. Cuba bayangkan anda digunting dan dijahit tanpa bius. Bayangkanlah.
Selesai bersalin, masa pemulihan pun bermula. Jahitan akibat digunting perlu ambil masa untuk pulih. Si ibu akan sibuk menguruskan bayi. Jalannya tidak teratur. Langkahnya singkat. Perlu sentiasa berhati-hati kerana jika kesannya amat buruk jika tersilap langkah.
Jika ada anak lain pula yang perlu diuruskan, sememangnya satu tugas yang perit. Mungkin ada yang boleh buat semuanya, tetapi ramai yang benar-benar tidak mampu. Mana nak jaga diri, mana nak jaga anak lagi.
Faktor gangguan emosi juga sering terjadi selepas bersalin. Terlalu banyak kes depresi yang terjadi. Ada yang terlalu teruk sehingga timbul perasaan untuk mencederakan anak. Allahuakbar. Jika tiada peneman, tiada yang menenangkan, akibatnya amatlah buruk.
Begitulah serba sedikit perjalanan dari awal sehingga selepas hamil. Ini hanya sedikit gambaran kasar. Hanya yang melaluinya sahaja tahu betapa sukarnya mengandung dan melahirkan anak.
Manusia biasa pasti tidak tergamak membiarkan isteri melalui semua itu seorang diri. Manusia yang berakal akan cuba membantu sebaik mungkin untuk memudahkan segala urusannya. Perlu ingat, mereka jadi seperti ini disebabkan suami juga. Jadi, bertanggungjawablah atas perbuatan itu.
Inilah sebabnya kenapa saya kata, lelaki yang menceraikan isterinya semasa hamil adalah lelaki yang sangat tidak bertanggungjawab. Tidak kiralah anda siapa. Anda seorang yang kejam.
Tidak kira perpisahan itu atas sebab apa. Sebagai seorang suami yang bersama-sama semasa proses bermulanya kehamilan, ianya perlu diteruskan sehingga selesai kesemua proses itu. Bukan ditinggalkan begitu sahaja.
Semoga kita dijauhkan dari keadaan seperti ini. Hargailah isteri anda. Tiada siapa yang boleh melahirkan zuriat sendiri selain isteri. Jadilah manusia yang bertanggungjawab.
Kongsikan penulisan ini buat pedoman semua. Ini bukan soal menyibuk hal rumah tangga orang lain. Ini soal memberi kesedaran. Jika tiada siapa yang beritahu, tidak semua akan faham apa yang isteri lalui.
Sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab, jika sudah hilang rasa kasih pada isteri pun sekurang-kurangnya sebelum menceraikan isteri waktu hamil, kasihanilah dia. Fikirkan pengorbanan yang telah dia lakukan, membawa zuriat anda di dalam rahimnya.
Setiap masalah boleh diselesaikan dengan cara baik. Semoga dengan perkongsian dari Akhtar Syamir ini dapat memberi sedikit kesedaran kepada para suami tentang kepayahan isteri anda sewaktu dia mengandungkan zuriat kalian.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di sebalik kejayaan seorang suami, sentiasa ada seorang isteri yang teguh berdiri, bukan hanya saat gemilang diraih, tetapi lebih-lebih lagi ketika langit kehidupan mula kelam dan mendung berarak.
Itulah kasih sayang seorang wanita bernama Datin Almy Nadia seorang ibu kepada lima orang puteri, seorang isteri yang tidak pernah jemu menjadi tonggak kekuatan buat suaminya, Datuk Fizz Fairuz. Saat ramai hanya melihat cahaya glamor seorang selebriti, tidak semua tahu beratnya langkah dan getirnya ujian yang dilalui dalam diam.
Menerusi satu perkongsian penuh makna di Instagram miliknya, Almy mendedahkan bahawa kontrak suaminya sebagai penyampai radio Suria FM telah berakhir pada hari Jumaat ini.
Namun apa yang lebih meruntun perasaan, adalah detik selepas tamatnya siaran terakhir tersebut. Almy tidak menunggu di rumah seperti kebiasaannya. Sebaliknya, beliau setia menunggu di dalam kereta, di luar studio… bersedia menyambut suami tercinta.
“Dah habis,” ujar Almy perlahan, namun penuh makna, sebaik melihat kelibat Fizz melangkah keluar dengan langkah yang perlahan dan wajah yang jelas menyimpan seribu rasa. Tiada kata-kata terucap, hanya mata yang bertentang mata membaca jiwa satu sama lain dalam senyap yang sungguh dalam.
Wajah Fizz kelihatan sugul, namun dalam renungannya seakan cuba menyampaikan bahawa walau apa pun terjadi, hidup ini mesti diteruskan. Dan Almy dengan suara yang lembut, namun sarat dengan kekuatan terus memberi kata semangat kepada suaminya.
Nada suara Almy seperti bunyi tangisan yang ditahan. Sedih, tapi dalam masa yang sama, tetap mahu menunjukkan dia kuat. Dalam ketawa kecilnya, ada nada memujuk. Fizz, mendengar suara isteri yang setia, hanya mampu tersenyum.
Kapsyen menyentuh hati yang ditulis Almy:
“Riak wajahnya mengambarkan apa yg dia rasa. Bertahan demi isteri dan anak2. Dan dia percaya rezeki Allah sangat-sangat luas. Itu yg mama selalu cakap. Percaya pada rezeki Allah. Syukur alhamdulillah.”
Kapsyen yang ringkas itu berjaya menyentuh hati ramai. Di ruangan komen, para pengikut dan rakan artis tidak putus-putus meninggalkan kata-kata semangat buat pasangan ini. Ramai yang mendoakan agar rezeki pasangan suami isteri ini terus terbuka luas, dan mereka diberi kekuatan menghadapi fasa baru dalam kehidupan.
Dalam dunia yang sering sibuk mengejar kejayaan, kita sering terlupa betapa pentingnya menjadi tempat pulang. Seperti Almy buat Fizz. Seperti Fizz buat Almy. Dalam tawa, dalam tangis, dalam rezeki dan ujian mereka tetap memilih untuk bertahan, bersama.
Kerana cinta sejati itu bukan hanya tentang hari-hari indah. Tapi tentang siapa yang tetap duduk di sebelah ketika dunia seakan menjauh. Dan hari ini, Almy membuktikan bahawa seorang isteri bukan hanya pasangan hidup. Tapi juga sahabat jiwa yang akan tetap setia, walau apapun yang menimpa.
Sumber: almynadiaofficial
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak jadi pandai tidak semestinya memerlukan kelas mahal. Ketahui rahsia sebenar yang diamalkan ibu bapa untuk membantu anak membaca, belajar dengan yakin dan cemerlang di sekolah.