Kalau ada anak perempuan, semangatnya memang lain macam kalau bab kemas mengemas. Maklumlah ada banyak aksesori dan kelengkapan ditambah pula dengan warna yang pelbagai. Memang seronok.
Lain pula caranya dengan ibu ini, Dr Ain Zul yang mengemaskan almari dan kelengkapan anak perempuannya dengan penuh tersusun lagi kemas. Malah setiap bahagian di tandakan dengan tag nama bagi memudahkan untuk mencari. Memang awesome! Paling penting senang nak cari. Jom ikut caranya.
Kemas Dan Tersusun, Siap Tagging
Okey seperti yang dijanjikan mummy nak share cara #organize lemari anak gegurl. Tapi tak semua warna pink sebab mummy just reuse balik apa yang ada kat rumah jer.
Lemari yang kemas buat mata kita pun sedap mandang, senang atur and nak ambil baju lelagi untuk si ayahnya kan.
Kalau tak si ayah main amek je baju lain seluar lain hehehe. Pastu mak is stressss! Lagi satu senang pengurusan untuk mak mak yang busy bekerja macam kite, semua di satu tempat.
Tips pentingnya hanya #storagebox dan #label. Dah cukup??
Yang lain hanya extra sahaja dan buat ikut keperluan ok.
Bahagian pintu 1
ORGANISING YOUR KIDS SOCKS
Beli kat shopee satu RM3.50. Pandai-pandai la search untuk dapatkan harga paling murah sebab supplier benda ni banyak
Mummy beli banyak untuk lemari daddy and mummy jugak. Senang dan sangat kemas.
Ads
Mummy simpan dalam ni socks, headbands, bibs, prewalker shoes Aileen dan sebagainya. Kasut besar untuk jalan simpan kat rak kasut betul for hygiene purpose. Btw, ada banyak idea nak susun socks anak and kasut anak. Boleh je google idea penstoran.
STORAGE BOXES
Untuk Aileen barang tak banyak, kecik lagi so box nak guna pun kecik je.
Mummy dah divide siap-siap storage box and labelkan.
1. NEWBORN – Saje label newborn sebab baju yang dah tak muat dari newborn sampai 10 bulan simpan terus siap dalam tu.
Mittens, socks, topi baby, bedung baby dan semua lah simpan ikut agihan dalam plastik. Lagi mudah nak cari nanti bila dah beranak akan datang.
2. Kotak newborn untuk barang si Aileen yang bakal diperturunkan pada adik, kalau gegurl. Kalau boy shopping lagiii hoyeahh!!!
2. DONATION – Kalau baju rasa beli pun akan datang takkan pakai, biasa kami sedekahkan. Letak je dalam box ni bebila nak balik kampung atau nak donate ambil je siap-siap. Takyah nak sorting baju lagi.
Barang lain macam barang baby yang lebihan hadiah Aileen, mainan yang dah tak nak guna lansung kami sedekahkan. Letak dalam box ni jugak.
3. NEW DRESS – Baju yang dapat hadiah tapi umur and size besar simpan. Nanti test la kat anak bila da sampai umur. Kena rajin tengok jugak box ni hehe.
Ads
4. STOCKS – Semua stock keperluan anak macam baby wipes, shower foam, shampoo, hand sanitiser, minyak angin baby dan sebagainya yang baru beli letak dalam ni. Cukup bulan cek apa tak cukup nak top up. Tulis kat board tadi.
Senang dah satu tempat.
Box sume beli kat diy je range harga Rm14-15 setiap satu bergantung pada size. Actually pakai kotak biasa pon boleh tau, pastu balut dengan wrapping paper bagi seragam. Pon cantik.
JADUAL AKTIVITI SEBULAN AILEEN
Jeng3, jadual sebulan aktiviti Aileen. Ni antara aktiviti yang Aileen buat tu..yang mummy share. As a guide only, tak perlu ikut 100% janji bertepatan dengan masa kita yang ada.
Outdoor activity biasa mummy sparekan time weekend sahaja.
Ads
CLOSET DIVIDERS
Hehe idea closet omputih deme buat closet divider untuk baju anak mengikut jenis baju, ikut umur macam newborn, 3-6,6-9,9-12 ada jugak tapi macam tak praktikal pulak nak ikut.
So idea sendiri asing ikut baju yang anak ada. So ada
– Blouse/Dress
– T-shirt : Semua tshirt and kemeja gantung
– Swimwear
– Kurung : Baju muslimah Aileen hehe
Anak mummy baju tinggal sikit je sebab dah sort and sedekah mana yang tak perlu, tak nak bagi semak. Semua burung hantu tu mummy print, gunting, gantung sendiri guna. Hanger tu beli shower curtain kan pastu ade lebih haaa jadi la.
Letak paper clip sebab nak kasik berat sikit takdela tercabut.
Susun baju anak lipat buat satu set (baju & seluar sekali)
Letak susun menegak macam gambar kat atas supaya senang ambil, mummy guna scubb box ikea tapi takde la kaler pink, ade kaler biru yang kami beli dah lama. Guna saja apa ada tak payah bazir nak beli warna pink lagi.
Asingkan dan label siap supaya suami senang carik jugak hehe:
1. Dailywears yang pakai hari-hari and nak pi taska
2. Sleepwears
3. Towels
4. Napkins/Blankets
5. Pants/Skirts
6. Baby Handkerchief
7. Slot bawah khas untuk pampers sahaja, sebab kami selalu beli kat lazada stok 3-4 bulan sekali gus senang malas pikir.
Untuk pampers, bukak dan asingkan pampers letak dalam bekas lain untuk simpan dalam masterbedroom and kat living room. Takdelah tukar pampers malam-malam nak kena pi bilik dia amik pampers.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika sebelum ini membesarkan dua orang anak perempuan, lain pula kisahnya bila mempunyai anak lelaki. Bagi pasangan selebriti, Akim Ahmad dan Stacy, keduanya mengakui kehadiran anak lelaki mereka, Isa menambahkan keceriaan kepada keluarga mereka.
Isa yang dilahirkan 6 Ogos lalu ternyata memberi pengalaman berbeza buat keduanya. Malah kongsi Akim lagi dia bersyukur kerana Isa yang kini berusia hampir tiga bulan membesar dengan sihat.
Berkongsi perkembangan anak kecil itu kata Akim, dia dan Stacy baru sahaja mengambil vaksin yang pertama untuk Isa.
Berkongsi keletah anak kecilnya itu kata Akim lagi, Isa berbeza malah paling manja berbanding dengan dua kakaknya sebelum ini. Lebih-lebih lagi ketika hendak tidur bila mana terpaksa dibelai lebih berbanding dua anak perempuannya sebelum ini.
“Pada 6 November ini, Isa genap tiga bulan dan kami bersyukur kerana bayi semakin sihat dan tiada sakit-sakit. Malah, kami baru saja mengambil vaksin yang pertama untuk Isa.
“Sebelum ini kami ada dua orang anak perempuan jadi apabila ada anak lelaki ini, boleh dapat lihat kemanjaan Isa.
“Kakak-kakak Isa sebelum ini jika hendak tidur letak saja, yang ini kena pegang tangan dulu,”kongsi Akim lagi.
Akui Akim lagi, dia dan Stacy sebolehnya tidak mahu terlalu memanjakan anak lelaki mereka itu namun terpaksa mengikut rentaknya buat masa ini bagi memudahkan untuk mereka menjaganya.
“Saya pun tidak mahu terlalu memanjakannya, kalau tidur pakai buai dan sebagainya kerana susah hendak berjalan nanti. Tapi memang berbeza kemanjaan Isa berbanding kakak-kakaknya,” kata Akim lagi.
Terdahulu, Akim dan Stacy menyambut kelahiran cahaya mata keduanya itu iaitu Isa, pada 6 Ogos lalu. Pasangan ini turut dikurniakan dengan seorang lagi cahaya mata perempuan, Eshal Afiq Akim dan seorang anak angkat, Bella De Luna Valentina.
Walaupun pasangan ini pernah diduga, namun Diana Danielle menggambarkan suaminya Farid Kamil seorang ayah dan suami yang sangat penyayang dan bertanggungjawab.
Baru-baru ini pengacara rancangan Kata Serasi berkongsi foto dan ucapan selamat hari lahir kepada suami tercinta di Instagramnya.
Ucapan penghargaan yang cukup sweet dibuat sempena hari kelahiran Farid Kamil membuktikan betapa cintanya Diana terhadap suaminya.
Selamat Hari Lahir ayah terbaik yang mana-mana anak mahu! Saya bahagia menyaksikan betapa sayangnya awak pada anak-anak kita dan macam mana awak bersikap melindungi mereka, kalau anak jatuh dia lari dulu, reflex pun bagus kadang-kadang anak baru nak tergolek dia dah sambut, dia dulu yg panic dan dia dulu yg cepat bertindak, bila saya marah pada anak-anak Farid kadangkala akan keluar dari bilik kerana mempunyai hati yang sangat lembut dia tak tahan menyaksikan saya bertukar menjadi mommy monster, dan bila dia marah anak-anaknya dia akan rasa menyesal kemudian walaupun tahu itu yang sepatutnya dia lakukan.
Ini adalah sebuah cinta hingga sanggup merenangi lautan api dan inilah sebabnya saya sangat cintakan awak.
Awak memang ayah yang hebat dan suami yang hebat yang sentiasa sokong apa yang saya dan anak-anak nak buat.
Selamat ulang tahun, semoga sentiasa berada dalam lindungan-Nya, semoga sentiasa memperolehi kejayaan dan ketenangan hati.
Ibu kepada Chemad dan Aurora ini menggambarkan Farid seorang ayah dan suami yang baik dan penyayang terhadap ahli keluarga.
Nyata pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu ini seorang ayah yang sangat penyayang terhadap anak-anaknya sampaikan kalau anak terjatuh Farid dulu yang pantas berlari menyelamatkan anaknya.
Semoga rumahtangga mereka terus dilimpahi kebahagiaan dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah dan segala dugaan yang mendatang dapat dihadapi dengan penuh kesabaran.
Majoriti ibu ayah yang solat mesti selalu kena ‘ganggu dengan anak kecil kan? Memang tak boleh nak elak lagi-lagi anak yang pandai merangkak atau berjalan. Sebelum usia anak 5 tahun ke atas inilah situasi yang kita kena hadap.
Bukan itu saja, waktu kita nak solatlah mereka nak buat “show”. Lepas tu minta itulah, minta inilah. Lagi bertambah kesabaran ibu ayah, siap baring lagi atas sejadah.
Melalui perkongsian Puan Hidayah Hazir, sebenarnya anak yang selalu kita anggap kacau solat kita itu, dia dalam proses pembelajaran dan melihat bagaimana cara ibu bapanya menunaikan solat.
Baru sarung telekung, anak dah menangis. Baru angkat takbir dengar pula mereka bergaduh. Waduh, dah tengah berdiri baca Al Fatihah masa tu la nak peluk kaki walid beritahu lego saya dah siap pasang.
Sekejap lagi bila rukuk, cubaan mendaki belakang pula… Bila kita sujud! Check mata la. Yahuuuu, terus panjat belakang!
Itu belum cukup lagi anak masuk keluar masuk keluar dalam telekung. Main cak cak dengan kita.
Kita ni kalau tunggu anak aman baru nak solat, hmmmm alamatnya hujung waktu baru solat. Habis tu kalau perangnya tak aman? Tak nak solat ke? Silap hari bulan leburlah solatnya.
Ya, ramai yang lebur solatnya dan menganggap perkara ni perkara biasa. Sedang solat ni wajib ya ibu ayah. Ini antara soalan unggul yang malaikat akan tanya dulu bila kita kembali menghadap Allah.
Jadi solatlah! Biarlah anak kacau. Biarlah ada si cilik ini mengganggu. Tak apa! InshaAllah, apabila kita tekad dan bulat nak laksanakan Rukun Islam ni, mesti Allah akan bantu kita. Berulangkali solat depan anak, anak akan mula faham sebab itu rutin.
Sebab itu kena solat. Solat ini WAJIB! Allah suruh solat. Ni peluang kita “dating” secara terus dengan Allah. Jangan tinggal solat. Kalau anak tak tahu itu rutin, itu yang kena ganggu je selalu solatnya. Anak akan perhati setiap perbuatan kita.
Anak ini pemerhati terbaik. Mereka memang akan “copypaste” hampir semua perbuatan kita!
Lama kelamaan tanpa disuruh, anak akan ikut setiap perbuatan. Sebab benda itu rutin. Jadi, SOLATLAH ibu ayah.
Ibu ayah nak anak jadi soleh, ibu ayah kena soleh dulu. Ibu ayah nak anak takut tinggal solat, ibu ayah kena takut tinggal solat. Ibu ayah nak anak solat, ibu ayah kena solat. Ibu ayah nak anak tutup aurat, ibu ayah kena tutup aurat dulu.
Sama lah, ibu ayah nak anak makan sayur, ibu ayah kena makan sayur! Kepimpinan melalui tauladan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.