Sejak April 2022, Taco Bell Malaysia telah menyediakan pelbagai menu yang diinspirasikan dari negara Mexico dengan perisa yang membuka selera dan menyelerakan. Dengan 28 cawangan yang bermula dari Lembah Klang, Pulau Pinang, Nilai dan Melaka, Taco Bell terus menyediakan pelbagai hidangan Tex-Mex seperti burrito, nacho, quesadilla dan Taco Supreme yang ikonik! 

Menu Sihat & Sedap!

Taco Bell merupakan pilihan sihat di antara kebanyakan restoran makanan segera dan sangat menitikberatkan kesegaran ramuannya di dalam setiap menu seperti ayam, daging, keju, tomato, daun salad, tortilla dan banyak lagi. 

Seronoknya Makan Di Taco Bell Malaysia! Banyak Menu Sihat & Sedap, Paling Penting ‘Mesra Poket’

Lebih menarik, Taco Bell Malaysia sangat teruja untuk memperkenalkan menu terbarunya yang ‘mesra poket’ dan berbaloi-baloi! Hidangan Value Bell Deals ini membolehkan pelanggan untuk memilih menu yang sesuai dengan bajet mereka yang bermula dari RM6.95 sahaja! Sama ada snek atau makanan berat, pelanggan boleh memilih sendiri hidangan bagaimana yang diinginkan. 

IKLAN

Wah, Ada Nasi di Taco Bell Malaysia! 

Selain itu juga, Taco Bell Malaysia turut memperkenalkan Bell Rice Bowl eksklusif sepanjang Ramadan yang menggabungkan nasi Mexico yang dihidangkan bersama pelbagai hidangan sampingan yang lain seperti nacho, salsa Pico de Gallo dan pilihan sos serta protein mengikut kehendak pelanggan.

Seronoknya Makan Di Taco Bell Malaysia! Banyak Menu Sihat & Sedap, Paling Penting ‘Mesra Poket’

IKLAN

Ada daging kisar berkualiti tinggi untuk yang gemarkan protein mengenyangkan dan kacang hitam pula pilihan untuk anda yang vegetarian! Sudah tentulah menu ini sangat sesuai untuk berbuka puasa dan mengenyangkan dan akan dikekalkan dalam menu supaya para pelanggan boleh menikmatinya setiap hari! 

Seronoknya Makan Di Taco Bell Malaysia! Banyak Menu Sihat & Sedap, Paling Penting ‘Mesra Poket’

Puas Hati Makan Nacho! 

IKLAN

Taco Bell Malaysia juga ingin memberikan keriangan kepada semua pelanggannya dengan promosi ‘free flow’ nacho. Bermula jam 2.00 petang sehingga 6.00 petang anda boleh makan nacho tanpa henti dengan pembelian kombo di mana-mana cawangan Taco Bell Malaysia. 

Seronoknya Makan Di Taco Bell Malaysia! Banyak Menu Sihat & Sedap, Paling Penting ‘Mesra Poket’

Anda pasti seronok makan di Taco Bell Malaysia yang sangat mementingkan kualiti dan keselesaan pelanggan dengan Wi-Fi percuma dan kemudahan yang selesa di setiap cawangan mereka. 

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang menu dan promosi di Taco Bell Malaysia, layari https://tacobell.com.my/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI