Biasanya kegunaan pil perancang selalu dikaitkan dengan mama-mama yang masih belum bersedia hendak menerima dan menambah anak, lebih dekat lagi dengan kaum ibu yang ada jarak anak dekat-dekat. Jadi mereka pilih ambil pil perancang untuk mengelak daripada hamil dalam masa terdekat.

Pil Perancang, Ramai Wanita Selalu Salah Anggap, Tak Kenal Dah Kena ‘Pangkah’
Kredit foto: Freepik

Bagaimanapun pil perancang ini bukan sahaja boleh diambil oleh mama-mama sahaja. Wanita yang masih bujang juga boleh mengambilnya.  Berikut penggunaan pil perancang.

Kegunaan lain pil peracang ialah:

1- Untuk mengawal simptom sebelum haid yang teruk/PMS.
2- Untuk mengawal haid yang banyak (heavy bleeding) dan juga haid yang panjang sampai lebih seminggu.
3- Untuk mengatur kitaran haid yang tidak teratur.
4- Untuk mengawal senggugut yang kronik.
5- Sebagai sebahagian rawatan jerawat yang teruk.
6- Mengurangkan risiko kanser rahim, ovari dan colorektal.

Pil Perancang, Ramai Wanita Selalu Salah Anggap

Pil perancang mempunyai hormon. Ia berfungsi dengan mengawal atur hormon wanita. Jadi kalau anda hendak ambil pil perancang untuk tujuan selain merancang keluarga, jumpa doktor anda. Perlu berbincang secara bersemuka. Ada situasi tertentu memelerukan anda untuk menjalani ujian seperti ujian darah dan ultrasound sistem peranakan.

Apa jua ubat dan kaedah rawatan mesti ada baik dan buruknya. Makan paracetamol pun boleh ada kesan sampingan yang buruk. Doktor yang merawat yg bertanggungjawab membuat pertimbangan jika sesuatu ubat itu atau kaedah rawatan itu sebenarnya memberikan faedah atau memudaratkan pesakit (benefit outweigh risk).

Doktor akan mencadangkan sesuatu rawatan jika beliau berpendapat kaedah atau rawatan memberikan kebaikan kepada pesakit atas penilaian klinikalnya BUKAN atas dasar mengaut keuntungan ataupun ada apa-apa conflict of interest.

Pil Perancang, Ramai Wanita Selalu Salah Anggap, Tak Kenal Dah Kena ‘Pangkah’
Kredit foto: Freepik

Memang terdapat kajian epidemiologi yang menunjukkan bahawa pengamal pil perancang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser payudara dan kanser serviks. Walau bagaimanapun kajian ini adalah kajian “observational” yang tidak boleh digunakan sebagai bukti perubatan yang kukuh dalam merawat pesakit.

Perlu diingatkan, pil perancang bukan penyebab kanser tetapi faktor sampingan sebenarnya yang meningkatkan risiko utk mendapat kanser serviks iaitu jangkitan HPV pada pangkal rahim yang berterusan.

IKLAN

Tak Kenal Dah Kena ‘Pangkah’

Dikatakan pil perancang meningkatkan risiko mendapat kanser buah dada sebanyak 24%. Mengapa hal ini timbul? Risiko kanser payudara dikaitkan dengan penggunaan pil perancang jenis triphasic dan bukan daripada jenis pil yang digunakan oleh kebanyakan wanita pada zaman sekarang.

Peningkatan risiko kanser serviks lebih kurang 7% ,manakala kanser payudara pula lebih kurang 24%. Peningkatan sebegini ini sebenarnya adalah sangat rendah secara statistik dan TIDAK SIGNIFIKAN.Pil Perancang, Ramai Wanita Selalu Salah Anggap, Tak Kenal Dah Kena ‘Pangkah’Bagi mereka yang ada masalah breast benign (tidak berbahaya) seperti fibroadenoma atau sejarah keluarga yang ada breast cancer, anda BOLEH menggunakan pil perancang tanpa was-was. Risiko anda untuk mendapat kanser payu dara TAK MENINGKAT dengan penggunaan pil perancang. Cuma, untuk mereka yang sedang mengalami kanser payu dara dan sejarah kanser payu dara ( diri sendiri yang kena kanser ) – TIDAK SESUAI menggunakan pil perancang.

Kajian menunjukkan pengambilan pil perancang MENGURANGKAN RISIKO dapat 3 jenis kanser – KANSER RAHIM, KANSER OVARI DAN KANSER USUS BESAR. Pengambilan pil perancang keluarga menurunkan risiko kanser Rahim sebanyak 30%, mengurangkan risiko kanser ovari sebanyak 30-50% dan mengurangkan risiko kanser usus besar sebanyak 15-20%. Faedah pengurangan risiko kanser ovari juga akan diperolehi oleh wanita-wanita yang ada mutasi gene BRCA 1 / 2 yg ada kena mengena dengan kanser yg diwarisi.

Faedah ini berterusan selama beberapa puluh tahun meskipun wanita itu berhenti mengambil pil perancang, atau tidak mengamalkanya lagi. Ini bermaksud kelebihan pil perancang dalam menurunkan risiko kanser Rahim, ovari dan usus besar lebih BERMAKNA daripada keburukan pil perancang yg menyebabkan kanser payudara dan serviks.

IKLAN

Jangan lupa, kita ada ujian saringan untuk kanser payu dara dan kanser serviks – iaitu pemeriksaan sendiri payu dara dan pap smear sebagai ujian saringan awal,sedangkan takde ujian saringan yang berkesan untuk mengesan kanser ovari dan kanser rahim.

Kanser ovari adalah di antara kanser wanita yang paling sukar dikesan pada peringkat awal dan jika dah dikesan, kanser itu sudah berada pada peringkat akhir, begitu jugalah dengan kanser usus besar.

Bagaimanapun, wanita yang ada dalam senarai dibawah ini TIDAK SESUAI dengan pil perancang kehamilan gabungan ( COCP ), sila guna kaedah perancangan keluarga yang lain:

✅Ibu yang menyusukan bayi pada 6 bulan pertama
✅Wanita yang merokok & berusia 35 tahun ke atas
✅Ada migraine dengan aura
✅BMI 35 dan ke atas
✅Tekanan darah tinggi > 160/100
✅Ada penyakit jantung atau risiko mendapat penyakit jantung
✅Pernah ada masalah sejarah darah beku dalam saluran darah kaki atau saluran darah peparu iaitu venous thromboembolism (VTE)
✅Ada masalah pada hati (liver cirrhosis, liver failure, liver tumour)
✅Strok
✅Melalui pembedahan yg memakan masa yg lama menyebabkan pesakit tak bergerak-gerak
✅Sedang mengalami kanser payu dara atau ada sejarah kanser payu dara (diri sendiri)

IKLAN
Pil Perancang, Ramai Wanita Selalu Salah Anggap, Tak Kenal Dah Kena ‘Pangkah’
Kredit foto: Freepik

Setiap pesakit yang hendak mengambil pil perancang perlu mendapatkan nasihat doktor yang bertauliah dan benar-benar memahami mengenai perancangan keluarga. Bukan hanya sekadar beli online atau dapatkan pil perancang di farmasi semata mata.

Wanita yang PERTAMA KALI mengamalkan pil perancang, perlu follow up setiap 3 bulan – untuk check tekanan darah, BMI dan menilai masalah masalah lain yang berbangkit. Setelah 3 bulan, wanita ini perlu follow up setiap tahun sekali.

Pil perancang gabungan (COCP) BOLEH digunakan sehingga wanita itu berusia 50 tahun, dengan syarat wanita itu sihat. Selepas umur 50 tahun, kena guna cara lain. Satu lagi kalau guna pil perancang TAK PAYAH ada masa rehat 3-6 bulan untuk meneruskan untuk makan pil.

Cerita ‘hantu’ yang mengatakan pil perancang dgn risiko kanser serviks dan kanser payudara TAK SEPATUTNYA dijadikan alasan untuk mengecam pengambilan pil perancang kerana perkaitan pil perancang dengan 2 kanser ini kerana perkaitan ini melibatkan pil perancang yang terdahulu dan tidak digunakan lagi pada masa sekarang.

Kelebihan pil perancang mengurangkan risiko mendapat kanser ovari, kanser rahim dan kanser usus sepatutnya diambil kira dan dipertimbangkan dalam menentukan baik buruk sesuatu ubat atau kaedah perancangan keluarga itu.

Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak

Kredit foto top image: Freepik

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI