Anak-anak cepat berasa jemu dengan menu yang disediakan lebih-lebih lagi jika menu tersebut berulang-ulang. Mama boleh cuba menu baru iaitu Nugget nasi yang boleh dijadikan kudapan si manja. Ikuti resipi dibawah.
Bila berpuasa ni, selain resipi lauk-pauk yang simple, para ibu suka juga nak cuba buat kuih raya. Untuk yang kurang mahir atau masih baharu, eloklah cuba resipi mudah dan tidak terlalu rumit. Proses pembuatan kuih juga tak perlulah terlalu susah, jadi mudahlah untuk dicuba.
Salah satu resipi kuih raya yang perlu dicuba adalah Almond London ini. Tidak perlu terlalu cerewet dan hanya menggunakan kuali untuk membakarnya. Resipi ini dikongsikan oleh Syamiza Atikah melalui laman Facebooknya.
Jika anda peminat tauhu begedil atau tauhu sumbat, ini ada lagi satu resipi wajib anda cuba. Namanya tauhu bunga. Intinya seperti tauhu begedil cuma tidak menggunakan ubi kentang.
Bahan utama untuk menghasilkan tauhu bunga ini menggunakan tauhu putih, beberapa jenis sayuran dan inti ayam atau daging. Bagi anda yang pertama kali hendak menikmatinya, pasti tak akan menyesal kerana teksturnya ranggup di luar dan lembut di dalam.
Berikut perkongsian dari Puan Noris Nora dan patut anda cuba.
Sebelum viral tauhu bergedil, saya suka buat tauhu sumbat goreng @ tauhu terbalik @ tauhu bunga ni…
Tips – adunan inti tu macam cekodok lembut-lembut, jika kering sangat, sila tambah telur. Kegunaan telur tu untuk melekatkan semua bahan-bahan inti dalam kulit tauhu.
TAUHU TERBALIK (Tauhu Bunga)
* 25 biji tauhu kering
-potong X di atas tauhu dan terbalikkan. Keluarkan isi tauhu kering jika ada, nanti campur dengan tauhu putih untuk inti
* 5 biji tauhu putih – di lecek.
* 2 pokok daun bawang (boleh ganti dengan bawang besar)
* 2 pokok daun sup
* 1/2 batang carrot di sagat panjang
* 2 biji cili merah besar di hiris.
* 3 biji telur
* Serbuk perasa ayam
* Garam
* Lada sulah
(Boleh juga tambah ayam, daging, tapi kena tumis sedikit dulu supaya masak)
Cara-cara membuatnya:
– Gaul semua bahan-bahan ni sampai sebati. Sumbat dalam tauhu terbalik tu..
– Masa nak goreng, masukkan bahagian bunga dulu dalam minyak, tekan sekejap, masak hingga garing, baru terbalikkan.
– Tak perlu celup telur lagi semasa hendak menggoreng. Tauhu ni sedap garing-garing. Rangup sangat kulitnya.
– Makan dengan sos cili thai homemade atau sos pencicah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak dapat nak pastikan bagaimana bihun putih yang digoreng dengan meletakkan beberapa rencah dan lauk seperti udang, sotong atau ayam itu mendapat nama bihun Singapore. Namun yang pastinya bila dimakan dengan sambal kicap atau cili jeruk memang terbaik.
Bihun Singapore ini jika digoreng dengan step yang betul memang tak cukup sepinggan kalau makan. Letak pula telur hancur sebagai hiasan di atasnya memang anak pun berebut.
Cuma bila makan yang orang buat sedap, apabila cuba buat sendiri hasilnya tak seberapa. Ok tak apa, anda boleh cuba resipi ni yang dikongsikan oleh Puan Habeebah Md Daud.
Ni resepi mak mertua kita ajar. Rahsia nak bagi sedap, adalah udang kering. Sila cuba okey. Sebab senang sangattt!
Bahan-bahan:
-3-4bj bawang merah
-5-6bj bawang putih
-1 sudu kecil lada hitam
-2 sudu makan udang kering
-2 inci halia
CARA-CARA MASAK
1. Blender lumat bahan yang tadi.
2.Kopek kulit udang
3.Rendam bihun bagi lembut(400gm)
4.Kucai dipotong dalm 4cm (rm1)
**jika ada lobak.. hiris halus memanjang Mcm kucai. taruk dlm bihun pon lagi sedap. Tuan resepi takda lobak waktu kejadian.
1.Dah siap blend
2.Tumis dengan minyak sehingga jadi keemasan/brown
3. Perasakan. Gula +garam+serbuk perasa
4. Masukkan udang
5. Masukkan bihun yang dah di toskan
6. Masukkan kucai dan serikan dengan cili merah.
Makan dengan sambal kicap tau. Adoii menambah-nambah jadinya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...