Sejak bergelar ibu dan melihat anak membesar di depan mata, tak dinafikan ia sesuatu momen yang indah buat Jihan Musa dan suaminya, Ungku Hariz.

Berkongsi pengalaman sebagai ibu, Jihan akui semua momen dan kenangan tidak ternilai baginya. Favourite memori saya adalah bila Ungku Arsalan Haq atau mesra dipanggil Arsalan mula menyebut bonda walaupun waktu itu dia hanya boleh menyebut ‘bomba’. Memori itulah sangat best.

Tempoh PKP baru-baru ini adalah masa yang saya nanti-nantikan selama ini kerana saya begitu sibuk dengan kerja. Kami dapat meluangkan lebih masa berkualiti bersama-sama. Saya amat menghargai masa famili, ini adalah masa saya dapat melihat tumbesaran Arsalan setiap hari.

Sesibuk Mana Kerja, Waktu Kecil Anak Sekali Je. Jihan Sanggup Tolak Tawaran Demi Arsalan

Pentingkan pemakanan sihat dan seimbang untuk anak

Pemakanan yang baik memainkan peranan dalam perkembangan kanak-kanak. Makanan
yang seimbang dan berkhasiat juga boleh menjadikan kita lebih sihat.

Sebagai ibu, Jihan akan pastikan cuba menyediakan makanan seimbang untuk Arsalan supaya dia membesar dengan sihat dan mempunyai sistem imun yang kuat.

Biasanya saya merancang menu lebih awal dan menyediakan pelbagai kumpulan makanan
seperti sayur-sayuran, buah-buahan, karbohidrat seperti nasi dan mi, protein seperti daging tanpa lemak.

Sebagai makanan tambahan, Arsalan biasanya minum tiga (3) gelas susu sehari yang
mengandungi nutrien penting seperti MFGM Complex dan DHA daripada Enfagrow A+.
Nutrien-nutrien ini boleh membantu perkembangan fizikal dan mental seperti IQ dan EQ
(kecerdasan emosi), dan juga membina tahap imuniti lebih kuat terhadap jangkitan. Susu
mengandungi nutrien penting lain seperti kalsium dan protein, yang boleh menyokong
tumbesaran dan membina tulang yang kuat dan sihat.

Selain itu, tidur yang cukup, gaya hidup aktif dan penjagaan kebersihan penting untuk
memastikan badannya dilindungi oleh sistem imun yang kuat.

Menjadi seorang ibu bekerjaya, bagaimana pula Jihan akan bahagikan masa untuk anak.
Adakah setiap hari memang akan luang masa beberapa jam atau jika ada masa terluang
akan memanfaatkan sebaiknya.

IKLAN

Sesibuk Mana Kerja, Waktu Kecil Anak Sekali Je. Jihan Sanggup Tolak Tawaran Demi Arsalan

Demi anak, ambil satu tugasan sehari

Setelah menjadi ibu saya telah menyesuaikan jadual kerja untuk memastikan waktu kerja saya hanya lapan jam sehari. Sekarang, saya hanya menerima satu tugasan sehari kerana sudah tidak dapat bekerja sehari suntuk seperti dulu.

Pembahagian masa antara kerja dan keluarga mungkin sukar bagi ibu bapa yang bekerja.
Saya cuba luangkan sedikit masa antara masa kerja. Contohnya, jika saya bertugas pada
waktu malam, saya meluangkan masa berkualiti bersama keluarga pada waktu pagi dan
petang.

Dengan mengatur jadual lebih awal, saya boleh menyusun dan menetapkan rutin dalam
kehidupan harian. Saya biasanya merancang jadual harian lebih awal dan menyediakan menu dan aktiviti anak terlebih dahulu, kerana langkah ini membolehkan saya menjimatkan masa dan mempersiapkan diri untuk sesuatu yang tidak dirancang kemudian.

Sesibuk Mana Kerja, Waktu Kecil Anak Sekali Je. Jihan Sanggup Tolak Tawaran Demi Arsalan

Seimbangkan perkembangan fizikal, kesihatan dan mental anak 

IKLAN

Tahun-tahun terawal dalam proses tumbesaran anak-anak adalah tempoh yang paling penting dalam perkembangan mental dan fizikal. Arsalan sekarang berumur 2 tahun, saya memastikan bahawa dia mendapat rangsangan fizikal, mental dan pemakanan nutrisi yang mencukupi untuk menyokong pertumbuhannya.

Masa berkualiti dengan keluarga amat penting dan saya percaya ini dapat membantu
perkembangan mental anak serta keyakinannya.

Saya dan suami membawa Arsalan berenang setiap minggu, mengajarnya mengira, ABC dan melukis untuk menggalakkan perkembangan mental. Buat masa ini Arsalan meminati Dinosaur dan kami akan menonton dan menyanyi lagu-lagu kanak-kanak yang ada Dinosaur untuk membantu Arsalan belajar nama-nama Dinosaur.

Untuk menyokong perkembangannya, kami juga menyediakan makanan seimbang dan
berkhasiat untuk Arsalan supaya dia membesar dengan sewajarnya dan mempunyai sistem
imun yang kuat. Memahami kandungan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk kanak-kanak yang membesar telah membantu saya membuat pilihan makanan yang lebih baik dan sihat.

Sesibuk Mana Kerja, Waktu Kecil Anak Sekali Je. Jihan Sanggup Tolak Tawaran Demi Arsalan

Dua-dua main peranan jaga anak

Membesarkan anak bukan satu tanggungjawab yang mudah. Ahli keluarga perlu bekerjasama – iaitu bergantung pada satu sama lain untuk mendapat sokongan dan berkongsi tanggungjawab menjaga anak. Lebih mudah untuk mengatasi sebarang dugaan dalam hidup jika ada keluarga sebagai sokongan.

IKLAN

Kami sekeluarga meluangkan banyak masa bersama. Saya dan suami biasanya membawa
Arsalan pergi berenang bersama-sama. Dalam tempoh PKP, oleh kerana tidak dapat berenang di luar, kami telah membuka mini kolam di depan rumah dan kami seronok bermain dengan Arsalan. Quality time tak semestinya mesti pergi holiday. Di rumah bersama suami dan anak tanpa memikirkan hal-hal kerja adalah quality time yang paling saya suka.

Selain itu, bekerjasama dengan suami dalam mencari jalan terbaik untuk menegur dan
menerangkan kepada Arsalan. Suami saya juga memainkan peranan dan saya bersyukur
kerana dapat melakukan semua ini bersama. Pengalaman menjaga anak lebih mudah apabila kita saling membantu.

Masih belajar untuk jadi ibu yang sempurna buat anak 

Sekarang ini, cabaran paling besar saya ialah kerenah Arsalan yang cerewet makan, dan
masalah ini mungkin selalu dihadapi oleh ibu bapa lain. Saya merasa bimbang Arsalan tidak mendapat semua nutrien-nutrien untuk membesar.

Sesibuk Mana Kerja, Waktu Kecil Anak Sekali Je. Jihan Sanggup Tolak Tawaran Demi Arsalan

Dalam tempoh ini, suami dan saya mencuba dengan pelbagai jenis makanan dengan Arsalan untuk memahami apa yang disukai dan tidak disukainya. Saya belajar untuk bersabar dengan proses tersebut dan pada masa yang sama memastikan bahawa Arsalan mendapat nutrisi yang mencukupi semasa fasa ini.

Baru-baru ini, saya mendapat nasihat yang bernas ketika siaran langsung (livestream) Facebook yang dihoskan oleh saya sendiri sempena Enfagrow A+ MedTalk bersama Dr Rajini Sarvananthan, Pakar Runding Pediatrik Perkembangan dan Am dari Klinik Pakar Kanak-Kanak Baby and Beyond di Kuala Lumpur.

Dalam sesi tersebut, Dr Rajini berkongsi petua untuk menguruskan anak yang cerewet makan, dan saya suka dengan cadangannya untuk membuat seni penyediaan makanan agar waktu makan lebih seronok bagi anak-anak kita, di samping menjadikan ‘MyHealthy Plate’ sebagai panduan untuk menyediakan makanan seimbang dalam jumlah yang sesuai.

Dengan menyedari dan mengetahui ramuan dalam pemakanan anak saya boleh membantu
saya merancang makanan yang lebih baik dan sihat untuk Arsalan. Terdapat banyak nutrien yang berkhasiat seperti MFGM Complex dan DHA yang menyokong pertumbuhan mental dan fizikal kanak-kanak.

Motherhood tidak selalunya mengikut apa yang kita rancangkan tetapi ibu mempunyai naluri keibuan yang kuat dan kita tahu apa yang terbaik untuk anak kita. Saya cuba mengingatkan diri untuk mempercayai naluri itu. Penting untuk mengingatkan diri kita agak tidak tertekan dan menikmati saat-saat indah ini bersama anak.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI