Berhentilah rasa stres kerana anak belum pandai itu dan ini. Jika anak belum boleh berjalan pada usia 12 bulan ke bawah tapi anak jiran sudah pandai, janganlah stres.
Setiap anak perkembangannya lain-lain. Tak semestinya anak lambat, dia tak boleh berjaya. Mungkin di awalnya saja tapi bila dah dapat rentak dia yang akan membanggakan kita nanti.Perkongsian Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan Dan Kasih Sayang, Ibu Rose ini boleh memberi gambaran jelas mengenai hal ini.
Jika anak sudah mula merangkak dan bergayut, itu petanda baik. Jika anak belum boleh bercakap pada usia di bawah dua tahun, janganlah nak dimarah anak itu. Hanya pastikan pendengarannya okay, bahagian rahang tengkok, lidahnya okay.
Bawalah berjumpa pakar jika dia langsung tidak boleh bertutur apa pun pada usia melebihi 2.5 tahun. Sekadar memastikan.
Jika anak belum pandai membaca, janganlah dimarahi anak itu. Ajar dengan sabar. Jika dia masih belum boleh membaca pada usia 8 tahun, bawalah berjumpa pakar untuk mengenal pasti jika dia Dysleksia.
Ads
Mesej untuk ibu bapa janganlah terlalu stres kerana membanding atau dibanding anak anda dengan anak orang sehinggakan anda merasakan diri anda bukan ibu atau bapa yang baik dan anak anda anak yang tidak cemerlang.
Ads
Dan yang paling Ibu hendak ingatkan JANGAN sekali izinkan di hati tercetus perasaan benci kepada anak kerana susah sangat hendak mendidik dia.
Rahsia didik anak supaya dengar cakap dan tidak memberontak perlu diketahui oleh setiap ibu bapa. Peranan sebagai ibu bapa dalam mendidik anak bukan urusan yang mudah lantaran perlau membentuk nilai-nilai positif dlam diri anak. Jika silap tunjuk ajar dalam mendidik, ia akan memberi kesan kepada sikap anak-anak.
Melalui temubual disebuah majlis ilmu baru-baru, Dato’Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood sedia berkongsi rahsia dalam mendidik anak-anak. Antara yang dinyatakan adalah mengenai kuasa sentuhan. Selanjutnya ikuti perkongsian ini. Semoga kita muhasabah diri dalam mendidik anak-anak.
Ustazah melihat hari ini adalah dunia gajet. Ia bermaksud, ada segelintir ibu asyik menyentuh gajet. Jari jemarinya dengan dunia media sosial seperti twitter, instagram, facebook dan pelbagai lagi. Tetapi lupa nak menyentuh anak. Asyik menyentuh telefon. Oleh sebab itu, Ustazah selalu berpesan kepada anak-anak dan menantu-menantu ustazah,apabila anak-ana nak tidur , sentuh, bercakap dan peluk anak.
Jadi apabila anak-anak membesar dalam keadaan mata mereka menilai ibu dan ayah yang jarang menyentuh mereka tetapi asyik dengan menyentuh gajet. Akibatnya ia akan membuatkan anak sukar mendengar cakap ibu dan ayah. Jadi jika kita hendak anak-anak mendengar cakap, kita kena banyak menyentuh mereka.
Kuasa sentuhan
Ingat tak kepada peristiwa Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama. Baginda gementar apabila Malaikat Jibrail menyuruhnya membaca Lantaran itu, Jibrail memeluk NNabi Muhammad SAW untuk memberi semangat.
Jadi ini bermakna sentuhan secara pelukan itu memberi semangat. Berikan pelukkan itu kepada anak-anak kita. Kita kena banyak menyentuh dan membelai. Ini kerana sentuhan itu sangat penting.
Yang pasti, dengan kuasa sentuhan ini, kita berharap anak menjadi seorang yang patuh kepada ibu bapa, menjadi anak soleh dan solehah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak yang aktif melakukan aktiviti akan merangsang mindanya menjadi cerdas dan fokus. Dengan aktiviti ini ia mendidik anak-anak ini berfikir dan menyelesaikan masalah. Tidak dinafikan, kanak-kanak pada usia lima dan enam tahun telah sedia aktif.
Namun dengan teknologi dan gajet yang ada pada hari ini, mereka mungkin tidak seaktif yang disangka. Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk memberi motivasi kepada anak-anak?
Untuk memastikan masa aktif si kecil menyeronokkan, kenal pasti apa aktiviti terbaik untuk kumpulan umur anak anda dan beri keutamaan untuk sesuatu yang menggembirakan.
Sebagai contoh, kanak-kanak prasekolah mungkin mengeluh jika anda mengheretnya berjalan kaki sekitar trek senaman. Tetapi jika anda berjalan melalui hutan, berhenti untuk mengagumi alam semula jadi dan membaling batu ke dalam sungai, ia pasti lebih menarik.
Fahami kemahiran yang ada pada anak anda juga boleh menjadi kunci untuk mengekalkan keseronokan sesuatu aktiviti. Melambung bola bersama atau bermain sepak bola mungkin menjadi kemahiran yang terpendam dalam diri si kecil. Biarkan dia mengasah bakatnya itu dengan bermain bersama-sama. Bukan mereka sahaja yang mengeluarkan peluh, malah anda juga boleh kekal sihat dengan aktiviti sebegini.
Aktiviti luar
Jangan biarkan anak anda terperap di rumah dengan gajet di tangan atau menonton televisyen seharian di rumah sahaja. Permainan dan peralatan tidak perlu mewah. Kanak-kanak menikmati permainan yang mudah seperti menangkap dan membaling; bermain dengan raket plastik dan bola; menari dan jatuh serta bangun sendiri.
Kanak-kanak prasekolah melatih kemahiran seperti melompat, mengimbangi pada satu kaki, membaling dan menangkap bola; mengayuh basikal roda tiga dan bermain tali skipping yang mana kebaikan itu akan dimanfaatkan untuk kegunaan pada masa kini dan juga masa hadapan.
Apabila kanak-kanak belajar kemahiran asas tersebut, ia membina keyakinan dan besar kemungkinan mereka akan terus aktif secara fizikal sehingga dewasa. Sebuah organisasi sukan dan pendidikan fizikal menyarankan kanak-kanak prasekolah mendapat sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti fizikal berstruktur (dibimbing oleh orang dewasa) sehari.
Masa lapang
Berikan sedikit kebebasan untuk anak anda juga boleh memberi motivasi kepada kanak-kanak prasekolah menjadi aktif. Walaupun beberapa aktiviti fizikal hendaklah distrukturkan dan dipimpin oleh ibu bapa atau penjaga, mereka juga perlu mendapat sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti fizikal bebas setiap hari.
Menggalakkan bermain aktif yang bebas, bermaksud membiarkan anak-anak memilih aktiviti dan membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan. Sudah tentu semuanya dalam persekitaran yang selamat dan diselia. Ini termasuk meneroka laman belakang rumah, berkebun, berjalan di sekitar taman permainan atau bermain dengan anak patung di dalam rumah.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik. Kanak-kanak sentiasa memerhatikan gerak geri anda, maka jadilah contoh yang baik dengan bersenam secara teratur. Anak akan jadikan anda sebagai panduan dan akan mengikut apa yang anda buat secara semula jadi.
Cara lain galak aktiviti fizikal
Hadkan masa menonton televisyen dan bermain dengan gajet. Dengan cara ini, anak-anak akan mencari satu aktiviti lain yang lebih bermanfaat. Tidak salah untuk dedahkan kepada mereka dengan teknologi masa kini, namun anda perlu pastikan aplikasi dan permainan atau tontonan sesuai dengan usia.
Pastikan ia menyeronokkan. Membantu mencari aktiviti anak anda suka dan kemudian menawarkan banyak peluang untuk dinikmati oleh mereka tentu mengujakan. Bermain sorok-sorok atau mengejar mereka di sekitar rumah pastinya menimbulkan keterujaan. Atau anda juga boleh menunggang basikal bersama di taman pasti eratkan lagi hubungan dengan anak-anak.
Menyelia rapat kebolehan fizikal anak-anak seperti memanjat ke puncak gelongsor di taman permainan atau bergayut di palang yang ada mungkin melebihi keupayaan mereka untuk menilai apa yang selamat dan apa yang berbahaya. Begitu juga, mereka tidak tahu bila masanya untuk berehat pada hari yang panas. Cara ini sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak berseronok di luar sambil memastikan mereka dalam keadaan selamat. Jangan lupa minuman, snek berkhasiat dan pelindung matahari juga ya!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tingkah laku mencabar anak-anak boleh buat ibu ayah hilang sabar. Bukan setakat tinggikan suara tapi jika dah tak tahan, tangannya pun cepat nak pukul.
Kadang-kadang bila dah terlepas pukul atau tengking anak baru kita perasan silap tersebut. Tiada kesudahannya jika punca sebenar anak berkelakuan seperti itu tak difahami oleh ibu bapa.
Berikut perkongsian dari Terapis Cara Kerja Mahfuzah Zainol mengenai 5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak.
1. Mendapatkan perhatian
Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau guru atau terapis melayan lebih daripada seorang kanak-kanak.
Menangis adalah perkara biasa untuk ‘attention seeker’
Saya ada seorang kanak-kanak ‘attention seeker’ dalam rumah saya ni! (Klu : Kakak yang cemburu)
2. Mendapat barang atau aktiviti yang dikehendaki
Perkara ini biasa berlaku apabila hendakkan mainan atau makanan kegemaran.
Biasa berlaku di shopping mall yang mana ibu bapa boleh ‘stuck’ kat depan kedai mainan melayan karenah ini.
3. Mengelak aktiviti atau tugasan
Ini sering berlaku kepada terapis. Kanak-kanak yang ada tingkah laku manipulatif biasanya akan menangis bila nak buat terapi.
Atau pergi ke sekolah.
Sebab apa? Sebab sesi terapi dia kena buat kerja, ada task, kena ikut arahan untuk capai occupational goals.
Di sekolah juga ada rutin ke ikut, kena beratur, kena tunggu dan ada tugasan yang perlu diselesaikan.
Kanak-kanak jenis manipulatif ini tidak suka ikut arahan, suka ikut kemahuan sendiri. Jadi, nak elak, menangis dan meronta-ronta.
Ibu bapa yang malu dengan tingkah lalu ini akan mudah mengalah. Pujuk suruh diam dan kadang-kadang bagi tablet atau ‘tak payahlah buat terapi, kita balik ye’.
Jika ia pertama kali baru jumpa terapis atau berada di tempat baru, mungkin sebab mereka tak tahu ‘expectation’ daripada tempat baru atau dengan terapis baru atau sekolah baru. Maka jadilah tingkah laku yang tidak diingini ini.
Ibu bapa, terapis dan guru boleh gunakan teknik social story untuk menceritakan ‘expectation’ di tempat yang baru dilawati itu.
Teknik social story ini menggunakan cerita bergambar (visual) untuk memberi kefahaman tentang sesuatu situasi.
4. Ada masalah sensori
Ya, ini selalu keliru sebab kadang-kadang guru atau ibu bapa anggap ia masalah tingkah laku tapi sebenarnya ia adalah masalah sensori.
Contohnya mengamuk atau menjerit apabila berada di tempat awam yang ramai orang, itu tanda sensory overload.
Contoh lain situasi di sekolah, bunyi mesin rumput atau bunyi vacuum, terus tutup telinga atau menjerit-jerit tanda protes. Tanda sensory over respinsitivity.
5. Ada masalah kesihatan
Ini contohnya macam sakit perut ke, sakit kepala, sakit mata dan sakit lain-lain tapi tak tau nak habaq. Especially kanak-kanak non verbal.
Makanya, menangis dan meraunglah jawabnya.
Untuk menghadapi tingkah laku mencabar tidak kiralah bagaimanapun cabarannya, perlu ada sesi ‘calm down’.
Calming down boleh dibuat dalam situasi yang ringkas, bawa keluar daripada situasi tersebut dan tenangkan mereka.
Paling mudah dalam kereta.
Tetapi jika berlaku di tempat terapi (pengalaman sendiri), ignore semua tingkah laku yang berlaku disebabkan no 1,2 dan 3.
Untuk no 2 dan 3, terapis perlu bijak menggunakan teknik motivation and reward. Guna mainan kegemaran mereka sebagai guide untuk habiskan task.
Ibu bapa boleh guna tablet atau phone sebagai reward material juga. Limitkan penggunaan. Selesaikan task dahulu baru bagi. Tegas.
Untuk sebab no 4, ia perlukan intervention. Sensory assessment. Dan perlu guna atas nasihat terapis juga.
Untuk sebab no 5, definitely perlu jumpa doktor. Hal kesihatan kita serahkan kepada yang pakar.
Khabar baik buat para ibu di Malaysia, khususnya wanita bekerjaya yang baru melahirkan anak apabila kerajaan mengumumkan satu inisiatif baharu menerusi pengenalan Elaun Pasca...