Bila bulan lepas anak dah selesema, lepas tu kena semula, ibu-ibu pun dah buntu. Kalau nak bergantung dengan ubat pun tak elok juga untuk anak kecil. Jadi ada baiknya ibu cuba buat beberapa langkah untuk mengurangkan selesema di rumah.
Apa yang dikongsikan oleh Dr Ezzairy M.Sallih ini boleh dijadikan panduan untuk anak yang selali alami hidung berai atau kerap bersin.
Anak anda selalu alami hidung berair? Bersin-bersin?
Jom kita perhati rawatan di rumah berikut untuk mengurangkan gejala selsema dan hidung berair.
Minum banyak air
Minum air masak dan pastikan sentiasa cukup. Ia dapat membantu jika anda juga mengalami gejala kesesakan hidung.
Ini memastikan bahawa lendir di dalam sinus anda mengalir konsisten dan mudah untuk anda mengeluarkannya. Jika tidak, ia mungkin lebih pekat, dan susah untuk dihembus keluar.
Ads
Minuman panas
Minuman panas biasanya lebih berguna daripada yang sejuk. Ini adalah kerana haba dan wap mereka, yang membantu saluran udara terbuka dan decongest.
Buat secawan minuman panas (sebaiknya tidak berkafein) dan nafas stim sebelum minum.
Wap muka
Menghirup wap panas telah terbukti untuk membantu merawat hidung berair. Ia dapat mengurangkan masa pemulihan penyakit sekitar satu minggu berbanding dengan tiada penyedutan wap sama sekali.
Ads
Panaskan air bersih di dalam periuk bersih di atas dapur anda. Panaskan ia cukup sehingga stim terhasil.
Letakkan wajah anda di atas stim selama 20 minit pada satu masa. Ambillah nafas panjang melalui hidung anda. Ambil rehat jika wajah anda menjadi terlalu panas.
Hembus lendir dan hingus anda selepas itu untuk menghilangkan lendir.
Ads
Mandi panas
Perlu bantuan cepat? Cuba mandi panas. Sama seperti minuman panas atau wap wajah, air mandi boleh membantu meringankan hidung berair.
Makanan pedas boleh membuat hidung berair lebih teruk. Walau bagaimanapun, jika anda juga mengalami gejala kesesakan hidung, makan makanan pedas ada kalanya boleh membantu. Boleh lakukan ikut keperluan anda.
Elak segala punca alahan
Ini juga penting. Penting sebab segala makanan dan persekitaran yang boleh menyebabkan gejala selsema lebih teruk seperti penghawa dingin, makanan laut dan sebagainya perlu dielak. Jika tidak, masalah anda tidak akan selesai.
Bantuan doktor
Apabila semua langkah sudah dilakukan masih gagal mengurangkan masalah, jangan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat doktor. Lakukan pemeriksaan dan cari punca sebenarnya. Dapatkan ubat yang terbaik.
Setiap ibu bapa ada caranya untuk mendidik anak, tahu kebolehan dan kemampuan anak-anaknya. Untuk memastikan anak mendapat kejayaan, ada yang sanggup menghantar anak ke tadika swasta dengan yuran mahal agar anak cemerlang akademik. Yang pasti tujuannya sama iaitu mahu anak boleh membaca dengan cepat!
Berbeza pula dengan Puan Nurzarini Ismail yang mempunyai pendirian sendiri mengenai pendidikan prasekolah anak.
Ibu kepada dua orang anak ini punya motivasi dan percaya diri yang tinggi bahawa didikan dirumah juga mampu membentuk anaknya menjadi anak cemerlang. Ini kerana itu, beliau memilih tidak menghantar anaknya yang baru berusia lima tahun ke tadika.
Progress Alhamdulillah kakak sudah hafal dan tulis A hingga Z tanpa merujuk buku. Kakak juga boleh tulis namanya dan nama panggilan kami di rumah. Dia sudah hafal doa makan, surah Al-Fatihah dan An-Nas. Kakak sangat suka mewarna dan melukis. Walaupun tidak ke sekolah, kakak masih boleh belajar di rumah. Jadi saya tiada masalah jika tidak menghantar kakak ke tadika. Semoga kakak terus berjaya di dunia dan akhirat.
Biasakan kita lihat televisyen (TV) terpasang, tapi anak tak tengok pun. Dia sibuk buat benda lain tapi kadang-kadang tengok TV kejap, lepas tu main lagi. Bukan sekadar kanak-kanak, kita orang dewasa pun biasa buat macam tu kan.
Tapi kita nak lihat kesan TV terpasang pada pembelajaran, interaksi dan fokus bermain pada kanak-kanak.
Berikut perkongsian dari Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim mengenai kesannya pada anak berdasarkan kajian.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Lerner & Barr, 2015 jika TV terpasang semasa kanak-kanak bermain, dan kandungan TV tersebut tiada kaitan pun dengan pembelajaran kanak-kanak, pembelajaran mereka akan terganggu kerana mereka akan kerap melihat pada skrin dan mereka akan gunakan banyak kebolehan berfikir mereka untuk memahaminya. Ia sukar bagi mereka kerana kandungan pada skrin tidak masuk akal pada mereka. Jika perkara ini berulang, ia akan memberikan kesan negatif pada fungsi kognitif anak.
Tambahan pula ia akan mengganggu proses bermain kanak-kanak, kerana kanak-kanak akan berhenti bermain seketika dan melihat ke arah TV jika sesuatu menarik minat mereka. Dari kajian juga menunjukkan kanak-kanak akan kurang bermain dengan mainan sekiranya TV terpasang. Bermain adalah masa belajar kanak-kanak.
Dengan TV terpasang juga akan mengurangkan masa interaksi antara ibu bapa dan anak. Sekiranya TV terpasang, ibu bapa dan anak akan kurang engage dan ibu bapa juga sukar untuk mendapat perhatian anak.
Bila ada gangguan TV, ibu bapa akan lebih sukar untuk memerhatikan dan memberi tumpuan pada respon yang diberikan oleh anak dan semestinya sukar untuk membalas respon anak. Semua ini akan memberi impak negatif pada perkembangan pembelajaran anak sekiranya berlaku secara berterusan.
Ini fakta dan kajian yang telah dilakukan. Bergantung pada kita untuk menialainya dan mengambil langkah yang sepatutnya.
Kesilapan yang selalu ibu-ibu buat pada anak hingga menjejaskan perkembangan anak adalah dengan memaksa anak membaca dan menulis sedangkan waktu itu anak kena belajar cakap dulu.
Ini yang ramai daripada kita tak sedar hingga akhirnya memberi kesan negatif hingga buat anak jadi stres.
Menurut Terapi Cara Kerja (Pediatrik), Liyana Raya ramai ibu bapa yang sering bertanyakan soalan antara membaca, bercakap dan menulis, mana satu nak dimulakan dulu?
Ini penjelasannya
Inilah elemen paling penting dalam kehidupan seorang manusia. Bercakap penting untuk kita berkomunikasi tentang pemikiran dan perasaan kita supaya orang sekeliling tahu apa yang hendak kita sampaikan supaya tiada salah faham.
Mulakan sejak anak anda baru saja menjengah keluar melihat dunia, iaitu dalam masa 24 jam selepas dilahirkan. Greet anak, bagi salam… say ‘hi’,cium…. peluk, cakap apa saja nak cakap. Sembang saja. Memang nampak macam tak betul sikit bila duduk dekat ward, kita seorang-seorang sembang sambil bagi eye contact kat baby. Tapi itulah benda pertama kena buat sejak anak kita lahir. Dan konsistenlah bercakap dengan mereka sehingga mereka meningkat usia, nak-nak dalam dua tahun pertama.
Seringkali saya tanya pada parents,’anak sudah boleh bercakap atau belum?’ Kebanyakannya jawab ‘dah, ada cakap… ABC,123 tu semua dia kenal. Huruf jawi pun.’ Saya cakap, itu bukan bercakap. Mana sama bercakap dengan mengenal huruf tu semua!
Bercakap adalah berkomunikasi. Kena ada eye contact, kena ada anak menjawab balik pertanyaan, sahut panggilan nama dari mak ayah, memanggil, bukan menyebut saja.
Pernah semasa anak saya admit di hospital, ada seorang ibu ‘bercakap’ dengan anaknya yang setahun 6 bulan dalam keadaan mengeja. Kuat pulak tu! ‘B.U.K.U… BUKU!’ Agaknya dia target anak dia untuk pandai mengeja sambil dapat bercakap. Selebihnya masa, saya lihat anaknya diberi gadget sahaja dan ‘belajar’ melalui gadget. Mengamuk toksah cakaplah. Asal ada yang tak kena je, mengamuk saja anaknya. Bising satu ward dengar!
Rimas saya tengok! MENGEJA bukan bercakap! MEMBACA bukan bercakap! MENGIRA bukan bercakap!
Bercakap kena ada eye contact. Bercakap kena ada persefahaman di antara dua pihak. Bercakap kena ada ekspresi dan intonasinya. Bercakap adalah komunikasi, ada orang yang mendengar, ada orang yang membalas balik. Bercakap kena ada peniruan, baik meniru dari segi gaya atau bunyi-bunyian.
Pemberian gadget dan belajar di usia ini? Kalau boleh,elakkan!
Kalau risau anak conteng dinding, belikan kertas mahjong besar-besar,tampal kat dinding rumah. Kalau ada bajet lebih, catkan dinding dengan cat mudah padam. Kalau susah sangat nak buat, reda je la dinding rumah kena conteng.
Menconteng membantu anak mengekspresikan mindanya. Menconteng membantu anak menguatkan otot tangan. Menconteng ada elemen visual perceptual (ni bab lain). Menconteng mewujudkan midline crossing abilities. Menconteng membantu pembentukan jari memegang pensel (pencil grip).
Tak kesah nak conteng kat mana. Atas kertas, atas lantai, dekat dinding, buku… kita dah dewasa ni, tolonglah fikirkan cara terbaik untuk menggalakkan anak-anak menconteng. Ikutlah masing-masing nak kawal hati dan perasaan tengok rumah bersepah ke apa ke…. yang penting,fikirkan cara!
Boleh wujudkan elemen menconteng atas pasir,atas tanah,guna batu… guna ranting kayu… tak kisah apa pun,asal anak boleh conteng.
Waktu usia ni, janganlah force anak untuk menulis sangat. Asyik-asyik nak suruh tulis ABC, nombor, huruf jawi…
Ajarlah anak MELUKIS selepas MENCONTENG. Lukislah bentuk-bentuk yang ada di sekeliling kita. Lukislah haiwan, tumbuhan,rumah,atau apa saja. Layankan anak melukis. Gunalah water colour, crayon atau apa saja alatan melukis. Tak rugi spend duit beli benda-benda ni semua. Tak rugi!
Warna lukisan yang diwarnakan biarlah padan dengan usia anak. Janganlah disuruh mewarna lukisan yang complex. Kalau boleh, elakkan mewarna lukisan yang di dalam gadget.
Mewarna di dalam gadget tidak membawa apa-apa makna kepada otot tangan. Macam mana nak develop motor memory terhadap garisan?
Di usia ini, tak payahlah risau kalau anak-anak masih lagi tak pandai warna dalam garisan. Masih lagi warna terkeluar garisan itu biasa. Tiada masalah. Yang penting, dia tahu nak warna kat mana.
Wujudkan konsep mewarna seawal mungkin. Tak payah tunggu sampai masuk sekolah baru nak mewarna. Tak payah bawak pergi mall, mewarna kat bahagian-bahagian yang ada lukisan-lukisan untuk diwarnakan,xlepas tu kena bayar. Baik warna kat rumah je. Lebih baik kita lukis gambar kita satu family, suruh anak usia ni warnakan. Simple.
Logically, bila anak dah belajar garisan yang banyak-banyak melalui menconteng dan mewarna, persiapkanlah dirinya untuk menulis. Waktu nilah baru senang nak tulis huruf dan nombor walaupun mereka BELUM KENAL huruf dan nombor lagi. Tiada masalah.
Boleh ajar menulis di satu sesi, kemudian ajar mengenal huruf di sesi yang kemudiannya…. pada USIA 4 TAHUN! Ini usia yang paling awal! Belum terlewat lagi.
Tak perlu risau kerana once anak dan belajar huruf, bunyi-bunyi huruf… mulakan ke arah membaca pada usia 5 tahun.
Jika kita follow semua proses ni secara berperingkat, insyaAllah anak tiada masalah! Tak payah risau sangat.
Kalau kita ‘terbalikkan’ semua proses ni,akan ada akibatnya kerana telah melanggar fitrah perkembangan seorang manusia.
Kalau terasa ada kesannya, jangan segan nak bawa jumpa terapis untuk betulkan masalah yang ada.
Kegembiraan sebuah keluarga yang datang untuk berkelah bertukar menjadi tragedi apabila fenomena kepala air melanda secara tiba-tiba, meragut nyawa seorang wanita dan dua kanak-kanak...