Ammar Ahyan, anak sulung pasangan Datin Sri Shahida & Datuk Sri Aliff ini ada aura yang istimewa. Sejuknya hati melihat Ammar Ahyan menghafal Al-Quran sambil didengar ibunya.
Didikan yang seimbang dunia akhirat, itulah yang selalu menjadi harapan dan cita-cita semua ibu bapa. Membesarkan anak dengan cara yang sederhana dan kelembutan menjadikan Datin Sri Shahida sering dijadikan idola.
Terbaru, Datin Sri Shahida telah memuatnaik video yang memaparkan Ammar Ahyan, 10 tahun sedang membaca surah Al-A’la sambil beliau memperbetulkan kesilapan bacaan Ammar. Malah Ammar juga turut berpuasa bersama-sama ibunya dengan harapan dosa-dosanya diampunkan.
Ammar bersama adik-adik, Qadejah & Ibrahim.
Anak Yang Baik Ammar Ahyan anak yang baik @ammar_ahyan..Dia tengok kita puasa hari ni dia ikut puasa dgn harapan dosa-dosa dia dengan saya selama setahun yang lepas diampunkan……Sesi mendengar ni…Banyak main semua lupa??
Ramai yang memberikan komen yang sukakan personaliti si sulung ini, malah ada yang memuji-muji bacaan yang betul dari segi makhrajnya. Bertuahlah Datin Sri Shahida & Datuk Sri Aliff memiliki anak sulung yang baik seperti Ammar. Ramai juga yang mendoakan kesejahteraannya.
Anak juga sama seperti kita. Emosi mereka tidak menentu malah kadang-kadang mudah terganggu dan moody sepanjang hari. Sudahnya semua ini mengakibatkan mood yang kurang enak pada kita. Sebenarnya ada caranya untuk pulihkan emosi anak.
Dengarkan penjelasan mengenai otak anak daripada pakar otak, Dr Rizal Abu Bakar. Paling menarik ada tip yang dikongsikan olehnya untuk mengubah emosi anak.
Menurutnya lagi, otak kanak-kanak sentiasa berkembang. Pada saat dilahirkan hingga usia mencecah 5 tahun mereka alami fasa otak berkembang. Seolah seperti sebuah bangunan yang sedang disiapkan.
Menariknya pada usia 5 tahun hampir 90% otak mereka berkembang seperti otak orang dewasa. Walaupun begitu, kajian dapati otak bahagian Prefrontal Cortex (PFC) adalah bahagian yang terakhir terbentuk sempurna.
PFC letaknya di belakang dahi. Pusat berfikir, mengurus emosi, buat pertimbangan, belajar dari kesilapan, pengurusan masa, tempat buat keputusan dan analitikal.
Bagi anak lelaki, bahagian ini akan sempurna terbentuk apabila mereka berumur 25 tahun. Pada anak perempuan ketika usia mereka mencecah 24 tahun.
Sehingga usia mereka matang, proses ‘berfikir’ masih diurus di bahagian emosi. Antaranya ialah amygdala. Bahagian ini ialah pusat takut.
Memandangkan otak anak masih dalam ‘work in progress’ ibubapa wajib berhati hati dan miliki strategi dalam membesarkan mereka. Strategi yang terbaik ialah Brain Based Strategy yang selari dengan perkembangan otak mereka.
Inilah juga kaedah dalam neuroparenting. Salah satu tip untuk kecergasan otak anak adalah dengan merangsang aktiviti fizikal anak.
Biarkan mereka berlari, melompat atau gunakan tangan untuk manipulasi objek. Main pasir dan bina bangunan dari pasir adalah antara contohnya.
Aktiviti sebegini akan sebabkan 4 neurohormon penting keluar. Neurohormon itu adalah serotonin, dopamin, endorfin dan norepinephrine. Kesemuanya penting untuk belajar.
Serotonin adalah neurohormon penting berkaitain motivasi dan mood. Aktiviti fizikal yang dilaklukan oleh anak akan bantu stabilkan selera makan dan bantu mereka untuk dapat tidur yang berkualit opada pada waktu malam nanti.
Apabila hormon rendah atau tidak stabil ia sebabkan anak jadi moody. Motivasi untuk lakukan sesuatu termasuk makan akan menurun. Endorfin pula ialah neuhormon painkiller semulajadi. Ia juga jadikan mood lebih baik.
Norepinephrine pula bantu anak jadi lebih alert, kuatkan memori serta tingkatkan konsentrasi.
Apabila norepinephrine stabil anak mudah menjawab soalan, mudah ingat apa yang dipelajari atau lalui.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Batuk pada kanak-kanak memang buat ibu ayah rasa risau. Tambah pula bila dengar suara anak tersekat-sekat waktu tidur malam, hati jadi sebak. Sebenarnya, batuk bukan sekadar gangguan kecil ia boleh buat anak letih, susah makan dan tak cukup rehat. Jangan terus panik ya, ada beberapa cara semula jadi yang boleh bantu anak rasa lebih lega.
Air suam bukan saja menyegarkan, malah boleh lembutkan tekak yang gatal akibat batuk. Ibu ayah boleh letakkan botol air kecil berdekatan anak, supaya mereka mudah capai bila rasa tekak kering.
Madu terkenal sebagai penawar semula jadi. Satu sudu kecil sebelum tidur boleh bantu redakan batuk dan memberi anak tidur yang lebih lena. Tapi ingat ya, madu hanya sesuai untuk anak berusia setahun ke atas.
Kalau anak batuk berkahak, cuba bawa mereka duduk dalam bilik mandi dengan wap air panas sekejap. Wap ini akan longgarkan kahak dan bantu anak bernafas lebih lega.
Ibu ayah boleh lapik bantal tambahan untuk elakkan kahak terkumpul ketika anak baring. Cara ini sangat membantu untuk kurangkan batuk waktu malam.
Walaupun anak suka kudapan manis, cuba hadkan sementara waktu. Gula dan minyak boleh buat batuk jadi lebih teruk. Gantikan dengan buah-buahan segar atau sup panas yang menyelerakan.
Jika rumah ada penghawa dingin, udara biasanya kering. Ini boleh buat tekak anak jadi lebih gatal. Humidifier atau mangkuk berisi air panas dalam bilik boleh bantu lembapkan udara.
Petua ini sesuai untuk batuk ringan, tapi jika batuk anak berlarutan lebih seminggu, atau disertai dengan demam tinggi, sesak nafas dan hilang selera makan, segera bawa anak berjumpa doktor. Kesihatan anak jangan sesekali dipandang ringan.
Ingat ya ibu ayah, anak kecil perlukan perhatian penuh. Walaupun nampak remeh, batuk boleh buat mereka tidak selesa. Dengan penjagaan rapi dan kasih sayang, insya-Allah anak cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak kecil jalan berjengket adalah satu permandangan biasa yang selalu kita lihat. Nampak comel bila mereka takut-takut untuk memijak. Pun begitu perkara ini mungkin tidak mengapa untuk kanak-kanak di bawah usia dua tahun kerana masih cuba untuk merasai kesemua sturktur yang dipijak.
Namun selepas usia 3 tahun ke atas, jika anak tersebut masih berjalan berjengket, ibubapa atau penjaga harus merujuk anak kepada doktor atau pakar Perubatan untuk kenal pasti masalah sebenar anak.
Menurut pakar terapi carakerja Puan Siti ‘Aisyah Rozalli, ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan seorang kanak-kanak itu jalan berjengket, antaranya ialah :
1. Tactile Defensiveness
Tactile defensiveness ini ialah terma yang digunakan untuk menerangkan reaksi yang wujud bila seseorang itu sangat sensitif pada sentuhan.
Selalunya kulit mereka sangat sensitif pada sentuhan berbanding orang lain terhadap benda-benda di sekeliling seperti pakaian dan permukaan. Anak istimewa selalunya mempunyai tactile defensiveness ini. Mereka tidak suka rasa pada sesetengah fabrik, mengelak dari menyentuh benda melekit seperti gam, playdoh dan Kadang-kadang benda yang kering seperti pasir.
Jalan berjengket juga salah satu ciri kerana mereka tak suka menyentuh atau berjalan atas permukaan berpasir atau rumput.
Mereka boleh dibantu dengan melakukan teknik intervensi memberus (brushing) dan tekanan sendi (joint compression)
Aktiviti secara santai juga boleh di galakkan bagi kanak-kanak yang suka jalan berjengket seperti berjalan atas rumput , berjalan atas pasir dan lompat dalam lumpur untuk membiasakan mereka dengan pelbagai rasa sentuhan pada kulit.
2️. Musculoskeletal Pain (sakit sendi)
Musculoskeletal Pain terjadi bila mana Kanak-kanak mengalami Kesakitan pada tulang, otot, saraf, ligament (musculoskeletal) daripada terseliuh, kekejangan dan lain-lain.
Mereka akan merasa sakit dan kejang pada beberapa bahagian otot kaki menyebabkan mereka tak selesa untuk berjalan seperti biasa dan perlu berjengket.
Ibubapa boleh membawa anak untuk dapatkan bantuan dari fisioterapi, dimana pakar akan mengesyorkan program Senaman yang sesuai untuk regangan dan menguatkan otot.
3️. Input Sensori keseimbangan tubuh badan @vestibular.
Ada juga keadaan dimana seorang kanak-kanak itu gemar menjengketkan kaki sewaktu berjalan kerana mereka gemarkan rangsangan input sensori vestibular (keseimbangan) yang mereka perolehi.
Cara jalan sebegitu membuatkan mereka rasa seronok berbuai-buai ke kiri dan ke kanan. Anak-anak sebegini boleh dibantu dengan memberikan mereka input sensori vestibular secukupnya melalui aktiviti bermain gymball atau bermain buaian.
PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA BERMULA OGOS
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.