Banyak kajian menunjukkan hubungan akrab anak dan bapa akan memperi impak yang sangat-sangat-sangat luar biasa hebat pada personaliti dan peribadi serta sikap anak tak kira lelaki atau perempuan.
Lebih mengkagumkan lagi dalam Al Quran Allah dah bagi petunjuk dah tentang penting sungguh peranan ayah sehingga banyak tokoh parenting dari kalangan bapalah yang disebut oleh Allah.
Cuba para ayah buat 6 perkara ini dan saksikan perubahan pada anak selepas 6 bulan. Ibu beri peluang dan galakan pada ayah tau! Boleh juga saling belajar antara satu sama lain.
6 perkara itu ialah:
1. Peruntukan masa dengan anak setiap hari 15 minit! – akademik anak akan perlahan-lahan meningkat baik.
Ads
2. Beri sokongan emosi pada anak fahami apa yang dia rasa dan fikirkan – anak akan pandai menawan hati orang di sekelilingnya dan pandai bergaul dengan kawan serta menghormati orang tua.
3. Setiap hari fikirkan 1 perkara untuk bantu anak – anak-anak akan terlindung dari masalah disiplin dan keruntuhan moral.
Ads
4. Bincang tentang sikap dan peribadi yang hebat – anak akan mempunyai keazaman dan keyakinan yang tinggi!.
5. Guna pendekatan memujuk tanpa mengugut atau menakut-nakutkan anak – Anak akan lebih happy dan terhindar dari masalah stress.
Ads
6. Menjelaskan pantang larang, prinsip hidup serta peraturan-peraturan kemasyarakatan dengan baik dan dengan cara berbincang – anak akan menjauhi jenayah dan lingkungan rakan serta persekitaran dan perlakuan yang tidak sihat.
SELAMAT MENCUBA! JANGAN LUPA DOA JUGA!
Bacalah surah Al -Insyirah setiap kali pandang anak semoga hati dia dan hati kita dapat ketenangan, urusan kita lancar dan Allah tinggikan darjat kita sekeluarga!. Aamiin.
Pernah tak alami, pagi-pagi tak tahu punca anak buat perangai? Menangis, marah atau pun meragam? Kita pula kelam kabut nak uruskan rutin. Lepas tu dengan nak melayan lagi, akhirnya emosi kita terganggu, kita pula menyirap.
Bagi mama yang mengalami situasi macam ni, cuba semak, 2 jam sebelum anak tidur kita ada tak buat 5 kesilapan ini. Nak tahu lanjut ini perkongsian dari Puan Hanis Athirah Rusli.
1️⃣- Tinggi suara pada anak
2 jam sebelum tidur adalah fasa otak alpha. Ini fasa otak “Ready” untuk tidur. Bila kita tinggi suara atau marah dia, emosi tu akan terbawa bawa sampai ke dalam mimpi dia nanti.
Kesannya anak tak dapat tidur berkualiti. Ada yang meragam, menangis atau terjaga dari tidur di tengah malam. Bila tidur tak betul, emosi pun jadi tak betul.
2️⃣ – Bagi anak tengok tv atau telefon
Cahaya Blue Light dari tv dan telefon ni boleh menganggu “mood” tidur anak. Dia menganggu penghasilan melatonin, iaitu hormon tidur.
Dek kerana ternampak cahaya tv dan telefon je anak boleh jadi liat nak terlelap. Jadi susah nak lena. Pusing kiri, pusing kanan, tak tidur tidur juga. Cahaya blue light punya angkara la tu!
3️⃣- Main yang terlalu penat
Kalau main waktu siang penat tak apa, malam dia senang tidur. Tapi kalau 2 jam sebelum tidur duk bergelinjang sampai berpeluh peluh, alamatnya makin segar la mata anak tu.
Ini kerana apabila mereka bermain hormon adrenalin akan terhasil. Hormon ni buat mereka jadi makin fokus dan makin segar. Kena tunggu berjam jam nak bagi reda adrenalin ni pula baru boleh tidur.
4️⃣- Makan yang berat berat
Bukan sahaja makan lewat malam boleh ganggu kualiti tidur malah ia boleh ganggu juga kualiti kesihatan anak tu. Tinggi risiko masalah obesiti dan gastrik.
Jika kerap sangat anak minta makan waktu malam sebelum tidur ada kebarangkalian anak dah kena NES ( Night Eating Syndrome )
Makan ringan seperti roti, kuih muih tu tak mengapa tapi kalau tengah malam minta mee goreng, nasi goreng tu tak boleh.
5️⃣ – Tidak buat rutin tidur
Ya, tak ada rutin tidur yang baik pun boleh menganggu tidur yang berkualiti. Sebagai contoh rutin sebelum tidur ialah gosok gigi, basuh kaki, cuci muka, bed time story dan berbual.
Nampak remeh tapi rutin ni banyak membantu anak kita untuk masuk dalam “Sleep Preparation State”. Bila ada rutin yang konsisten ni tak ada isu lagi mata tak mengantuk dan tidur lewat.
Tidur sangat penting untuk anak bawah 7 tahun sebab masa tidur la terhasilnya Growth Hormon yang bantu anak membesar lebih sihat dan kuat.
4 hari berturut-turut kurang tidur, tumbesaran anak boleh terbantut setahun tau. Serius takde ibu ayah yang nak anak dia jadi bantut!
Terkejut juga bila tahu perkara ini. Nampak remeh, tapi membawa kesan jangka masa panjang yang sangat merisaukan. Tapi bila diselidik memang betul ada punca yang menyebabkan Ahza atau Afraz bertindak buat perangai keesokkan hari bila Anis terlepas pandang puncanya.
” Motherhood is about raising and caring the child you have, not the child you thought you would have”
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Otak anak-anak kecil berfikir bukan seperti kita. Mereka mampu berfikir hebat dan perkembangan otak mereka tersangatlah pantas. Begitu kata doktor dalam beberapa kajian yang dijalankan. Jadi kita kenalah bijak merangsang minda mereka di rumah.
Tak perlukan modal yang mahal melampau, cuma usahakan untuk jadi lebih kreatif seperti yang dikongsikan oleh Dr Aein Zul ini pada anaknya. Jom rangsang anak kita.
‘Jom cabut tape’ bersama Aileen. Aktiviti malam ni simple aje sebelum tidur.
Kita cabut tape hehe. Cabut tape ni modal tak sampai RM3 pun.
Ni pun fine motor skill jugak tapi specifically apa yang anak dapat belajar dengan cabut tape ni adalah kekuatan tangan atau kita panggil pincer grasp.
Aileen suka bebenar sampai tak dan habis mummy tampal tape dia dah cabut dulu…hehe
Nanti boleh try dengan anak mommies-mommies semua ye.
Deco tape set. Beli dekat diy RM 2.99. Ada 9 tape kecil kat dalam boleh habiskan sekali guna. The reason why i chose this one? Kalau tengok tape dia sangat colourful, ada corak menarik & paling penting tekstur tape berlainan: Ada tekstur kasar dan smooth bila pegang
Ni penting untuk sensory skill anak.
Sesi menampal tape atas lantai, nak tampal atas meja pon boleh ye. Buat pelbagai size ye.
Kat hujung tape tu lipat bagi anak senang tarik. Nanti sebelum mula tunjuk anak kena tarik bahagian tu.
Aktiviti bermula. Ready! Go! Motor skill pun di stimulate jugak sebab anak bangun, duduk, merangkak berjalan semua la nak cabut tape. Sebab tu mummy pilih tampal atas mozek je.
Kredit: Aein Zul
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kerja sekolah memainkan peranan yang besar dalam pendidikan setiap kanak-kanak. Kerja sekolah mengambil kira sehingga lebih 50 peratus daripada prestasi pelajar (GPA). Tambahan pula, setiap ibu bapa pasti inginkan anak-anak mereka mendapat skor yang terbaik dalam pembelajaran.
Walau bagaimanapun, melatih anak membuat kerja sekolah di rumah bukanlah tugasan yang mudah kerana anda tidak boleh melakukan semuanya untuk mereka – ini dikira sebagai tidak mengajar.
Berikut adalah 5 tip mudah untuk membantu anak anda menyiapkan kerja sekolah mereka dengan berkesan:
Ajar anak anda kemahiran belajar dan merangka strategi
Selepas habis sesi pembelajaran, bukan semua guru mempunyai cukup masa untuk memberikan tip belajar atau menjalani ujian kepada pelajar mereka. Walaupun ada sesetengah guru yang melakukannya, namun mereka hanya boleh menyampaikan tip ringkas. Disebabkan itulah, ibu bapa sepatutnya menjadi orang yang layak untuk mengajar anak mereka tentang teknik pembelajaran. Contohnya, anda boleh mengajar anak anda kemahiran pengurusan masa, menasihati mereka untuk mengambil nota semasa kelas dan menekankan kepentingan penumpuan dan mengulang kaji pembelajaran yang lepas.
Berikan anak anda peluang untuk mereka belajar dengan stail mereka sendiri
Terdapat 7 stail pembelajaran berbeza untuk 7 jenis kebijaksanaan berbeza. Bukan semua orang berkongsi stail pembelajaran yang sama. Kebanyakan sistem pendidikan tidak hanya memfokus kepada semua stail. Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tugas anda untuk menggalakkan anak belajar mengikut gaya mereka sendiri. Ini sekali gus akan membantu mereka mencapai potensi mereka dengan lebih mendalam.
7 stail pembelajaran termasuklah:
Bagi mengetahui stail pembelajaran dan jenis kebijaksanaan anak, anda perlu melihat kepada corak pembelajaran mereka dan/atau biarkan mereka melakukan ujian penilaian untuk mengetahui keputusannya. Ingatlah bahawa kebanyakan kanak-kanak mempunyai 2, 3 atau mungkin 4 stail dan jenis dalam satu-satu masa.
Hapuskan gangguan
Semasa sesi pembelajaran atau kerja sekolah, pastikan semua peranti elektronik ditutup, dicabut plag atau dipindahkan daripada zon pembelajaran, termasuk juga buku komik atau gangguan lain yang berkemungkinan. Penumpuan adalah kunci untuk kejayaan. Ia membantu anak anda untuk menyiapkan kerja dengan lebih cepat dan mengingat sesuatu perkara dalam tempoh yang panjang. Galakkan anak anda untuk tidak menggunakan internet bagi mencari jawapan kerana pembelajaran merupakan proses berfikir dan memantau. Terlampau culas atau tidak aktif dalam pembelajaran berasaskan otak semasa usia muda boleh mengurangkan kreativiti dan kemampuan menyelesaikan masalah di masa akan datang.
Mendorong anak
Motivasi tidak dapat disangkal lagi, menjadi salah satu daripada penyumbang terbesar untuk setiap kejayaan manusia. Jadi, sudah tentu, penting untuk setiap ibu bapa mendorong anak mereka semasa tempoh pembelajaran. Cara mudah melakukan perkara ini adalah dengan menunjukkan kepada mereka kepentingan pendidikan melalui buku dan cerita visual. Ibu bapa juga boleh sesekali memberi ganjaran kepada anak mereka pada peristiwa-peristiwa istimewa, tetapi janganlah terlalu kerap, supaya mereka boleh merasai bahawa usaha mereka itu dihargai.
Belajar bukanlah suatu tugasan yang mudah untuk pelajar tidak kira peringkat usia. Ramai dalam kalangan mereka memilih untuk berputus asa. Fenomena ini adalah contoh yang menunjukkan betapa pentingnya kita perlu mendorong anak untuk belajar sejak mereka kecil lagi.
Masa berehat
Mendapatkan rehat juga adalah bahagian penting dalam pembelajaran anak. Berehat dapat membantu anak anda merehatkan minda dan menyediakan peluang untuk otak memulakan proses mengurus semula dan mengekalkan maklumat. Berehat terbukti secara saintifik dapat meningkatkan motivasi dan produktiviti seseorang. Oleh itu, ibu bapa perlu tahu bahawa dengan menekan anak untuk kuat belajar boleh memberikan kesan buruk. Anak anda disarankan untuk berehat selama 5 hingga 10 minit selepas setiap 25 minit sesi pembelajaran.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)