Cuba perhatikan macam mana cara didikan ibu ayah semasa marah dan menghukum anak. Pastinya tindakan paling spontan yang ibu ayah lakukan adalah terus menjerit dan memukul.
Adakah cara ini akan memberi penyelesaian pada anak-anak terutama emosi mereka? Cuba tengok semula ya. Memang kita nampak anak akan terus takut dan berhenti buat benda yang salah tetapi dalam hatinya adakah kita tahu anak akan pendam dan perhatikan tingkah laku ibu ayahnya.
Selepas ini cuba ubah tingkah laku kita ketika nak beri hukuman pada anak. Perkongsian dari Ustazah Nazirah Abd Rahim ini cukup ringkas dan mudah untuk ibu bapa amalkan supaya tak cepat marah bila anak uji kesabaran kita.
Bila nak didik anak “cara hukuman”. Mesti tahu dan buat pilihan cara hukuman bersebab Rasulullah dan didikan bukan sahaja fizikal bahkan rohnya.
Hukuman sebaiknya memberi didikan akhlak, amalan dan kesannya pada diri kita juga sebagai ibu. Bukan marah herdik. Ini hukuman tak berakhlak dan tak bersebab.
Ads
Muhammad makan gula² buang merata dalam rumah.
Ummi cakap dengan nada tegas “muhammad…sampah rasulullah buang dimana?
Muhammad jawab “Rasulullah buang dalam poket umi..dalam tong sampah”.dia akan ingat kisah didikan alhlak ini kerana leteran kita bersebab Rasulullah .selalu tak kita hukum tak bersebab apa². Dan marah ikut emosi.menyesal tak dan emosi anak tercalar kita akan sedih.
Ads
Kisah didikan akhlak rasulullah apabila Rasulullah makan kurma bijinya Rasulullah buang di dalam poket baginda.
Setiap didikan ustazah pastikan ada kisah akhlak hebat Rasulullah.
Minta anak buat yang betul dan nyatakan nak beri hukuman pada akhlak tak baik. Ustazah amalkan hukuman “istighfar” pada kesilapan dan ada masa anak kena baca al fatihah, kena baca al-Quran, kena ambil wudhu’. dan kemudian tambah baik guna tasbih supaya anak tahu nak berzikir guna tasbih. Alhamdulillah kehebatan didikan cara hukuman begini.
Pembelajaran hukuman
Ads
1. Dia dapat didikan..dapat teladani akhlak Rasulullah
2. Kita juga dapat pahala. Sukar jadi marah
3. Bawa contoh akhlak baik pada anak dalam menghukum
Selepas ini jika ibu bapa rasa nak marah anak, praktikkan cara didikan ini. Istighfar dulu banyak-banyak, sebut yang elok-elok depan anak, insya-Allah hasilnya juga baik untuk diri kita dan anak.
Apabila Imbasan MRI dibuat ke atas otak para ibu dan para bapa dalam satu kajian oleh University of Denver pada tahun 2014, didapati bahawa bahagian otak yang dikaitkan dengan;
1) perapatan (attachment)
2) pemupukan (nurturing)
3) empathy dan
4) keupayaan untuk menterjemah dan bertindakbalas terhadap tingkah laku bayi,
telah pun aktif pada para ibu sejak bayi lahir lagi. Bagi para bapa pula, bahagian otak ini lebih aktif ketika bayi berusia 12-16 minggu.
Otak para bapa menyesuaikan diri dengan cara yang berbeza daripada otak para ibu untuk memastikan bapa boleh tetap merapat (bond) dengan anak.
Disebabkan para bapa tidak melalui perubahan dan peningkatan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak sepertimana para ibu, maka para bapa perlu SENTIASA BELAJAR DAN MENGAMBIL BAHAGIAN dalam penjagaan bayi supaya para bapa dapat bertaut dengan emosi anak.
Pertautan ini berlaku secara semulajadi pada ibu-ibu disebabkan oleh pengaruh hormon ini.
2) Perbezaan peranan mendidik anak.
Kajian yang dibuat pada tahun 2012 pula mendapati bahawa bahagian otak yang paling aktif pada seorang ibu adalah bahagian PENJAGAAN, pemupukan dan mengenalpasti bahaya pada anak.
Manakala bahagian otak yang paling aktif pada ayah pula adalah bahagian FUNGSI KOGNITIF seperti penetapan matlamat, perancangan, penyusunan strategi dan penyelesaian masalah.
3) Aktiviti dan rutin bersama anak.
Hormon ‘oxytocin’ atau hormon kasih sayang didapati lebih tinggi dalam otak ibu apabila ibu MEMBELAI dan menjaga anak-anak. Manakala hormon ‘oxytocin’ pada para ayah pula berada pada tahap yang tinggi apabila ayah terlibat dengan ‘ROUGH-AND-TUMBLE PLAY’ atau pun permainan lasak dengan anak-anak.
Oleh kerana tahap ‘oxytocin’ ibubapa boleh menjadi indikasi kepada tahap oxytocin anak, ini bermakna anak-anak sangat gembira apabila BERMAIN DAN MELASAK DENGAN AYAH. Anak-anak pula sangat gembira apabila DIBELAI OLEH IBU. Jika inilah yang membuatkan anak gembira dan bertaut, maka anak-anak akan berterusan mengajak ayah bermain dan melasak supaya mereka dapat ‘bond’ dengan ayah. Ibu pula perlu menjadi tempat luahan dan mendengar bagi anak-anak.
Berdasarkan 3 fakta ini sahaja jelaslah kedua-kedua ayah dan ibu melengkapi di antara satu sama lain dalam mendidik dan membesarkan anak. Kedua-duanya perlu memainkan peranan masing-masing kerana tanggungjawab terletak di bahu kedua-duanya. Ayah yang mempunyai keupayaan kognitif yang lebih baik perlu menjadi ketua keluarga yang berfungsi dan efektif bukannya meletakkan kesemuanya di pundak para ibu sahaja.
Dalam tempoh membesar, anak-anak mungkin banyak buat perangai. Anak yang lasak menunjukkan yang mereka sedang membesar dengan baik. Normal untuk mereka berkelakuan begitu kerana itulah lumrah seorang anak. Jangan dibentak atau dimarahi, apatah lagi dengan perkataan-perkataan yang tidak elok didengar.
Selain anak-anak, ada masanya kita buntu juga dengan perangai suami atau isteri. Mungkin mereka ada buat perkara-perkara yang kita kurang gemar. Sudah dinasihatkan tetapi tiada perubahan. Kalau banyak kali ditegur, nanti boleh buat bergaduh pula.
Untuk melembutkan hati anak atau pasangan tidak mudah. Kita harus konsisten mendoakan yang terbaik buat mereka. Berikut adalah perkongsian dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood tentang amalan yang dapat membantu melembutkan hati anak-anak atau insan yang disayangi.
TIP LEMBUTKAN HATI INSAN YANG DISAYANGI
#Mulakan dengan membawa Surah Fatihah sebanyak 3 kali.
#Kemudian lengkapkan dengan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.
#Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.
#Usah dilupakan dengan tambahan Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.
#Akhir sekali sudahkannya dengan Surah Al Fath ayat 1-5 yang dibaca sebanyak 3 kali.
#Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun. In shaa Allah dengan izin Allah, mujarab lembutkan hati anak-anak dan pasangan kita. Juga ibubapa kita.
UNTUK BAHAGIA, HARUS BAHAGIAKAN ORANG LAIN
Bila hati anak dan pasangan lembut, barulah hidup makin terasa bahagianya. Untuk kita merasa Bahagia, kitalah yang terlebih dahulu harus membahagiakan orang lain.
Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN. Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi صلي الله عليه وسلم:
Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.
Maka jawab Nabi SAW,
“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”
Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.
Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah menjelaskan dalam satu hadith:
“Amal yang paling dicintai Allah SWT iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.
Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]
Maka lembutkanlah hati orang-orang yang kita sayang dan bahagiakanlah mereka yang berada di sekitar kita agar kita lebih merasakan kebahagian. Jom azam untuk sama sama perbaiki akhlak dengan mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.
Untuk anak-anak, cubalah kaedah ini untuk membentuk keperibadian yang baik dalam diri mereka. Senjata paling berkuasa adalah doa ibu terhadap anak-anak:
1) Sentiasa keluar perkataan positif dan elak perkataan negatif
Perlu ingat andai perkataan negatif yang ibu ayah label pada anak-anak kerana perasaan marah yang membara di atas kesilapan mereka, bimbang perkataan negatif itu jadi mustajab. Macam mana? Tolonglah elakkan demi kebaikan anak.
Sebaiknya ibu ayah amalkan perkataan yang baik-baik walaupun dalam keadaan nak marah seperti anak bertuah, anak baik, anak mama sayang, anak abah sayang, anak syurga. Insya-Allah jika kata-kata ini sentiasa keluar dari mulut ibu ayah ia seolah-olah satu doa yang baik untuk kesejahteraan anak itu.
2) Tegur anak dengan penuh hikmah dan kasih sayang
Anak-anak ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran ibu ayah dalam mendidik amanah yang diberikan-Nya. Kena ingat nak marah sekalipun, tegurlah dengan berhemah.
Percayalah setiap kesabaran Allah gantikan dengan ganjaran yang lebih baik buat ibu ayah. Sentiasa positifkan jiwa dan minda.
3) Amalkan sebut nama Allah dan Rasulullah S.A.W
Contoh anak ibu sayang Allah tak, anak ibu sayang Rasulullah S.A.W tak. Kalau sayang Allah dan nabi jangan tinggal solat. Jangan lawan cakap mak ayah sebab semua nak masuk syurga dan nak dapat syafaat Rasullullah S.A.W.
Jika anak dah terbiasa, secara automatik anak faham dan apa yang dia kena lakukan mestilah yang baik-baik dan perlu dengar cakap orang tua. Ulang dan ulang, lama-kelamaan akan meresap masuk dalam jiwa anak.
4) Banyak berdoa supaya anak sentiasa lembut hati
Nak lembutkan hati anak, ibu ayah kena sentiasa berdoa tanpa putus asa. Doa adalah senjata utama untuk semua dan jika diamalkan selalu keberkatan itu akan diperoleh.
Percayalah ibu bapa yang sayangkan anak jika terus mengamalkan 4 tip ini, anda akan lihat hasilnya. Paling penting ibu bapa kena sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki kelemahan masing-masing.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Humming anak sebelum tidur boleh membantu sesetengah bayi dan kanak-kanak berasa lebih tenang. Ketahui manfaat, bukti kajian serta cara mengamalkannya dengan selamat.