Anak masih belum boleh berjalan tapi gigi dah tumbuh banyak, Ainan Tasneem positif & nikmati momen sebagai ibu. Percaya setiap kanak-kanak mempunyai perkembangannya.
Penyanyi ini kini merupakan ibu kepada anak perempuan bernama Ainan Salsabila, 1 tahun. Sebagai ibu, Ainan sentiasa mengambil tahu perkembangan anaknya.
Menerusi posting Instagram, Ainan berkongsi yang anaknya itu merangkak pada usia 10 bulan. Ainan memberitahu dirinya sendiri juga mula berjalan pada usia 1 tahun 4 bulan. Kemungkinan Salsabila mengikut jejak langkahnya. Salsabila bagaimana pun pada usia 10 bulan sudah pun memiliki 5 batang gigi!
Ramai mommies risau, anak lambat kuasai perkembangan. Please jangan stress.
Setiap kanak-kanak adalah unik dan belajar ikut fasa perkembangan diri masing-masing. Trust your instinct, bawa berjumpa doktor jika ada perkara merisaukan.
Ads
Be positive, jangan terlalu membandingkan. Setiap orang lain perkembangannya.
Kesan atau lapisan putih pada lidah bayi kerap kali timbul. Adakah ia berbahaya? Bimbang kalau ia boleh menyakitkan bayi!
BAYI MENYUSU SUSU IBU & FORMULA BOLEH ALAMINYA
Kerap kali mama dan papa mendapati kesan ini pada lidah bayi. Ia tidak hanya terjadi kepada bayi yang menyusukan susu formula, malah bayi yang lima bulan dan menyusu susu ibu sepenuhnya juga boleh mengalaminya.
KULAT SUSU
Ramai ibu yang mendapati lapisan putih ini walau pun kerap dibersihkannya dengan kain lembap tetap berulang lagi dalam masa yang singkat. Kesan atau lapisan putih itu dinamakan sebagai oral thrush atau oral candidiasis yang lebih sering dikenali sebagai kulat susu. Ia nya adalah sejenis kulat yang tumbuh pada kesan susu yang mendap di mulut bayi.
Bayi mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan kerana daya ketahanan tubuh yang lemah dan masih berkembang. Bayi yang lahir pramatang (kurang daripada 37 minggu kehamilan) lebih berisiko untuk mengalaminya.
BERSIHKAN SETIAP KALI MANDI
Mama dan papa disarankan untuk mengamalkan untuk membersihkan bahagian dalam mulut bayi setiap kali bayi mandi. Kadangkala kulat susu ini boleh membuat bayi tidak selesa pada bahagian dalam mulut yang boleh mengakibatkan bayi kurang menyusu.
STERIL
Anda dinasihatkan untuk kerap membersihkan dan mensterilkan/ menyahkuman permainan bayi atau teether, botol susu, puting, botol minuman, sippy cup dan segala kelengkapan makan minum bayi. Selain itu, pastikan mama papa dan penjaga mengamalkan membasuh tangan setiap kali selepas menukar lampin bayi.
RISIKO KEPADA IBU MENYUSU
Jika bayi anda mengalami jangkitan kulat susu ini, anda berisiko untuk dijangkiti. Bagi ibu menyusu, ia dinamakan nipple thrush. Antara simptom nipple thrush ialah rekahan atau kesan berkeping pada puting diikuti rasa sakit pada aerola. Malah puting dan aerola juga boleh bertukar warna.
DAPATKAN RAWATAN
Kulat susu apabila terjadi tidak mudah dibersihkan dan mungkin boleh menyebabkan bayi mengalami kesakitan. Mama papa disarankan membawa bayi untuk mendapatkan rawatan sekiranya ia berlarutan. Terdapat ubat yang boleh diberikan oleh doktor untuk tujuan menyembuhkan bahagian dalam mulut dari kulat susu ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi demam panas. Ibu bapa mana yang tidak bimbang apabila si anak mengalami demam panas. Apatah lagi, ia berlaku di tengah malam dan klinik pula sudah tutup!
Melihatkan wajah si anak yang selalu gembira, kini jadi monyok dan tak lalu makan, sudah pasti anda dan suami tak tenang duduk mengenangkan anak kesayangan yang demam.
Demam bukan penyakit, melainkan tanda sistem pertahanan tubuhnya sedang aktif bekerja. Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Agak jarang bagi bayi seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
Mengapa bayi demam panas?
Bayi anda demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa bayi demam panas, tetapi beberapa sebab yang biasa termasuklah:
Oleh itu, ibu bapa hendaklah prihatin dengan tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan bayi anda diserang demam panas:
1.Kulit yang pucat, berpetak-petak (‘mottled skin’).
Jika anak menunjukkan tanda-tanda di atas, segeralah ke hospital yang terdekat untuk pemeriksaan.
Merawat Bayi Demam Panas
Tip Ekstra!
Sumber: www.wom.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu suka pakaikan bayi perempuan mereka pelbagai jenis ‘headband’ di kepala tanpa mengetahui ia sebenarnya ada risiko bahaya kepada si comel.
“Bestnya dapat baby girl, seronok dapat pakaikan macam-macam aksesori kepala yang cantik-cantik.”
Trend ibu-ibu sekarang amat suka menggayakan bayi perempuan dengan pelbagi aksesori hiasan kepala. Pelik sangat kalau siapa yang ada bayi perempuan tapi tak menghias kepalanya.
Sebelum anda berasa pelik dengan sesetengah ibu yang jarang menghias kepala bayi perempuan mereka dengan ‘headband’ berbunga besar sekuntum atau reben merah menyala berlabuci berkelipan, sebaiknya anda pertimbangkan beberapa aspek dalam pemilihan aksesori kepala yang boleh mengundang risiko bahaya kepada perkembangan tumbesaran bayi dan keselamatannya.
Menurut Perunding Pediatrik Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr. Nor Mahani Harun seperti dipetik dalam utusan online, pemakaian aksesori kepala tidak salah jika ibu bapa bijak memilih kesesuaian aksesori untuk bayi mereka.
Beberapa faktor berikut perlu dipertimbangkan sebelum memakaikan bayi anda aksesori kepala.
Tulang bayi ketika usia selepas lahir sehingga 18 bulan amat sensitif, lembut dan masih dalam proses pertumbuhan menyebabkan tulang mereka mudah tercedera.
Jadi, risiko perkembangan tulang bayi terganggu boleh berlaku bergantung kepada jenis aksesori yang dipakaikan sama ada selamat atau tidak.
Tulang dan otak bayi akan membesar setiap hari dan jika dipakaikan aksesori sepanjang masa, dibimbangkan akan membantutkan perkembangan tulang bayi secara tidak langsung walaupun ia bukan punca utama.
Headband bayi mesti ditukar setiap bulan kerana otak dan tulang bayi akan membesar dan ukur lilit kepala mereka juga berbeza setiap bulan.
Kalau anda masih memakaikan bayi aksesori kepala yang sama ketika dia baru lahir semasa bayi sudah berusia setahun, kemungkinan tumbesaran tulang kepalanya akan mempunyai masalah.
Pemakaian aksesori terlalu lama atau kerap boleh mengganggu tumbesaran fizikal bayi dan dibimbangkan turut memberi kesan kepada bahagian dalaman.
Sebaiknya aksesori kepala hanya boleh dipakai selama satu hingga dua jam dan sebaiknya dimulakan selepas bayi berusia 18 bulan.
Penggunaan fabrik yang tidak sesuai untuk kulit bayi yang sensitif seperti bulu, renda berbiku dan tajam, mungkin boleh melukakan kulit bayi serta menyebabkan masalah alahan seperti ruam dan kegatalan.
Bahkan penggunaan manik dan labuci juga berisiko menyebabkan bayi yang sudah besar memasukkan ia ke dalam mulut atau hidung.
Maka terpulanglah kepada ibu bapa sama ada hendak meneruskan minat untuk memakaikan bayi mereka aksesori kepala atau tidak.
Jangan terlalu teruja dengan pujian rakan-rakan tentang kecomelan anak anda apabila memakai aksesori kepala.
Sebenarnya apa yang lebih penting adalah keselamatan nyawa dan keselesaan si manja berbanding penampilannya apabila dipakaikan aksesori kepala.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!