“Setiap Kanak-Kanak Unik, Mommies Jangan Stres”. Usia Setahun Anak Belum Berjalan, Ainan Tasneem Positif

Share

Anak masih belum boleh berjalan tapi gigi dah tumbuh banyak, Ainan Tasneem positif & nikmati momen sebagai ibu. Percaya setiap kanak-kanak mempunyai perkembangannya.

Penyanyi ini kini merupakan ibu kepada anak perempuan bernama Ainan Salsabila, 1 tahun. Sebagai ibu, Ainan sentiasa mengambil tahu perkembangan anaknya.

Menerusi posting Instagram, Ainan berkongsi yang anaknya itu merangkak pada usia 10 bulan. Ainan memberitahu dirinya sendiri juga mula berjalan pada usia 1 tahun 4 bulan. Kemungkinan Salsabila mengikut jejak langkahnya. Salsabila bagaimana pun pada usia 10 bulan sudah pun memiliki 5 batang gigi!

Ramai mommies risau, anak lambat kuasai perkembangan. Please jangan stress.

Setiap kanak-kanak adalah unik dan belajar ikut fasa perkembangan diri masing-masing. Trust your instinct, bawa berjumpa doktor jika ada perkara merisaukan.

Be positive, jangan terlalu membandingkan. Setiap orang lain perkembangannya. 

Para follower juga berkongsi pandangan yang sama dengan Ainan & mengatakan ia adalah perkara yang normal bagi bayi.

YANG PENTING MAK KENA TAHU PERKEMBANGAN ANAK

JANGAN KISAHKAN MULUT-MULUT ORANG

ADA CEPAT, ADA LAMBAT

18 BULAN BERJALAN LAJU, POTTY TRAIN SEHARI JE

LAMBAT TAPI KUASAI BANYAK PERKARA DALAM MASA SEHARI

Sumber: ainantasneem92

IKLAN