
Liyana Jasmay baru-baru ni kongsi satu pandangan yang memang ‘deep’ tapi sangat relatable — “Jangan bandingkan perkahwinan kita dengan orang lain.” Dalam video yang dimuat naik oleh @keluarga.my di TikTok, Liyana dengan jujurnya menyatakan bahawa setiap pasangan ada cerita, cabaran dan perjuangan masing-masing.
Kadang kita tengok orang lain sweet kat media sosial, terus rasa “kenapa hubungan aku tak macam tu?” Sedangkan kita tak tahu apa yang berlaku di sebalik gambar dan senyuman tu.
“Setiap perkahwinan is different. Tak boleh bandingkan perkahwinan kita dengan orang lain. Macam saya dan suami, kami terbuka. Saya akan terus terang dengan suami tentang perasaan saya. Begitu juga dengan suami, saya minta dia beritahu apa dia rasa.”
Cinta Real Bukan Selalu Instagrammable
Kata Liyana, dalam perkahwinan ni kita tak perlukan “perbandingan” — yang kita perlukan adalah pemahaman. Ada masa kita naik, ada masa kita down. Tapi kalau kita sibuk compare dengan orang lain, kita akan terlepas momen kecil yang sebenarnya penuh erti dalam hubungan sendiri. Jangan risau kalau hubungan kita tak ‘seindah’ orang lain. Kadang hubungan kita lebih jujur walaupun tak dipamer ke umum.
“Kalau kita tak luahkan apa kita rasa, lama-lama ia tertanam dalam hati. Saya dan suami tak suka ‘membukitkan’ perasaan tu. Jadi kami akan jujur dan let go semuanya.”
Apa Yang Penting, Kita Usaha Sama-sama
Tonton video ini;
@keluarga.my Min setuju dengan Liyana Jasmay, kita tak boleh comparekan perkahwinan kita dengan orang lain. #keluarga #liyanajasmay ♬ original sound – Keluarga
Bahagia Bukan Perlumbaan
Realitinya, bahagia bukan perlumbaan siapa paling sweet
Sebab tu, Liyana Jasmay cakap dia lebih tenang bila tak bandingkan perkahwinannya dengan orang lain — dan kita pun patut mula begitu juga.