Memang terbaik! Resipi sup ayam dengan bahan simple dan ringkas ala Thai ini memang lain macam. Perkongsian resipi dari Tengku Syazwanie ini mama kena cuba untuk keluarga.
Simple tapi cukup sedap. Tak hairanlah perkongsian sampai 15 ribu. Memang terbaik!
SUP AYAM THAI
Bahan-bahan:
Ayam
Bawang putih, halia -tumbuk
Bawang merah, bawang besar -mayang
2 btg serai
Sup bunjut
Kiub ayam
Lobak merah
2 sudu makan sos ikan
Tomato, daun limau purut dan daun ketumbar
Garam dan aji secukupnya
Air secukupnya
1. Bawang putih & Halia (tumbuk).
2. Bawang merah & Bawang besar (mayang)& Serai. Kalau serai halus-halus buh banyak sikit, kalau besar-besar buh 2/3 je la.
Ads
3. Tumis semua sekali dgn hirisan lemak ayam sehingga naik bau/layu.
4. Masukkan air, hampir nak gelegak masukkan ayam, sup bunjut, kiub nor ayam, lobak merah & bia seketika.
Ads
5. Masukkan sos ikan, tomato, daun limau purut.
6. Letak garam secukup rasa dan serbuk ajinomoto (kalau suka).
7. Bila ayam dah masak, masukkan daun ketumbar dan perahan asam limau nipis
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Maryam Durian Kimchi kongsi resipi nasi yang selalu Rina makan, mama bolehlah cuba buat untuk anak. Setiap kali selebriti media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi menghidangkan makanan untuk anaknya Rina, ramai yang tertarik dengan nasi yang dimakan oleh Rina.
Anak pasangan pempengaruh, Rizal Ibrahim dan Maryam makan dengan cukup berselera malah menghabiskan makanan yang disediakan oleh ibunya. Ramai yang meminta Maryam untuk berkongsi resipi nasi yang dihidangkan kepada Rina. Nah! Ini resipinya!
Inilah resipi nasi yang selalu Rina makan.
Bahan-bahan:
Korean rice or Japanese rice (2 cawan)
Barley rice (1/2 cawan)
Quinoa (1/2 cawan)
Black rice(1/2 cawan)
Quinoa adalah makanan yang kaya dengan nutrien dan menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Sama ada anda mencari sumber protein yang lengkap, ingin meningkatkan pengambilan serat, atau memerlukan alternatif bebas gluten, quinoa adalah pilihan yang hebat. Menambah quinoa dalam diet harian anda boleh membantu meningkatkan kesihatan secara keseluruhan dan menyokong gaya hidup yang sihat.
Kaya dengan Protein Berkualiti Tinggi
Quinoa adalah sumber protein lengkap, bermakna ia mengandungi semua sembilan asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh. Ini menjadikannya pilihan yang baik untuk vegetarian dan vegan yang mencari sumber protein tumbuhan.
Tinggi Serat
Kandungan serat yang tinggi dalam quinoa membantu meningkatkan pencernaan dan mencegah sembelit. Serat juga dapat membantu mengawal paras gula dalam darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Sumber Zat Besi
Quinoa mengandungi zat besi yang penting untuk penghasilan sel darah merah dan pengangkutan oksigen dalam tubuh. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia dan keletihan.
Kaya dengan Magnesium
Magnesium adalah mineral penting yang terlibat dalam banyak fungsi biokimia dalam tubuh, termasuk kawalan gula darah, fungsi saraf dan otot, serta sintesis protein.
Mengandungi Antioksidan
Quinoa mengandungi pelbagai antioksidan seperti quercetin dan kaempferol, yang membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan oksidatif dan mengurangkan risiko penyakit kronik.
Bebas Gluten
Bagi mereka yang mempunyai intoleransi gluten atau penyakit celiac, quinoa adalah alternatif yang sesuai kerana ia bebas gluten secara semulajadi.
Menyokong Kesihatan Jantung
Serat, magnesium, dan antioksidan dalam quinoa membantu mengurangkan kolesterol jahat (LDL) dan tekanan darah, yang seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
Membantu Pengurusan Berat Badan
Protein dan serat dalam quinoa memberikan rasa kenyang yang lebih lama, membantu mengawal nafsu makan dan mengurangkan pengambilan kalori secara keseluruhan.
Mengawal Paras Gula dalam Darah
andungan serat yang tinggi dalam quinoa membantu memperlambat penyerapan gula dalam darah, yang baik untuk penghidap diabetes atau mereka yang ingin mengelakkan lonjakan gula darah.
Menyokong Kesihatan Pencernaan
Serat dalam quinoa membantu pergerakan usus yang sihat dan mencegah masalah pencernaan seperti sembelit dan sindrom usus rengsa.
Menyumbang kepada Kesihatan Tulang
Kandungan magnesium dan fosforus dalam quinoa penting untuk kekuatan dan kesihatan tulang. Magnesium juga membantu dalam penyerapan kalsium.
Kuih apam sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Menjadi pilihan ramai tanpa mengira peringkat usia, kuih apam antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi menu jualan di gerai-gerai dan juga restoran.
Kuih apam mempunyai rasa yang sedikit manis, lembut, gebu dan pasti akan memuaskan selera pencinta makanan manis. Resipi perkongsian dari Opah Mas Cotek ini antara yang mudah nak dicuba. Sesuai sangat untuk minum petang atau sarapan.
RESIPI KUIH APAM
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur A
100gm gula pasir
125gm tepung gandum
100ml susu segar
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna yang disukai secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali pewarna) di dalam mangkuk adunan.
2. Pukul guna kelajuan tinggi anggaran 10 minit sehingga adunan menjadi kembang dan gebu.
3. Ambil sedikit adunan dan warnakan ikut warna kegemaran. Ketepikan.
4. Ambil acuan apam. Jika tiada, guna acuan lompang pun boleh. Susun cawan kertas di dalamnya.
5. Sudukan @ picit adunan asal (adunan yang tidak diwarnakan) hingga memenuhi 1/2 cawan kertas.
6. Kemudian sudukan @ picit pula adunan berwarna. Isi hingga penuh acuan.( lebih mudah jika guna piping bag).
7. Panaskan kukusan. Kukus Apam Mekar guna api besar selama 15 minit.
8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
NOTA: Lapik penutup kukusan menggunakan aluminium foil @ kain supaya air tidak menitis di atas apam. Untuk 1 adunan ini, akan dapat 15 biji apam (mungkin berbeza ikut saiz acuan)
Kentang goreng antara salah satu makanan yang digemari anak-anak. Ini kerana teksturnya yang garing di luar dan lembut di dalam buatkan ia menjadi piihan.
Bagaimanapun, untuk mendaptkan kentang goreng yang ranggup dan tak lembik bila dah sejuk ada caranya juga.
Perkongsian resepi Puan Suhaniza Isenen ini boleh anda cuba kerana tiap kali disediakan untuk anak-anaknya pasti cepat licin.
Anak-anak memang suka kentang goreng ni. Kalau beli yang ‘readymade’ tu kandungan garam dengan lemak agak tinggi lagi-lagi anak kak haney memang makan kentang goreng hari-hari.
Tapi selalu bila buat sendiri kentang tu jadi lembik walau baru lepas angkat.
Haaa ni kak haney nak bagi rahsia kentang goreng tu tak lembik. Meh cuba!
Bahan-bahan
Kentang
Serbuk roti
Tepung serbaguna bestari
Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya
1. Masa beli kentang pilih kentang yang permukaannya baik dan licin. Menandakan kentang ni baru, tak lembik dan segar.
2. Kupas dan potong ikut saiz yang kita nak.
3. Rebus kentang seketika jangan terlalu lama. (Agak-agak menggelegak tu angkat. ) Kalau hirisan tu tebal kita rebus jika tak boleh je skip step ni.
4. Angkat dan sejukkan di dalam air berserta ais dalam 5 minit.
5. Toskan air. Pastikan kentang kering atau tidak terlalu banyak air.
6. Kemudian gaul dengan tepung Bistari dan serbuk roti sehingga melekat. Dan goreng secara ‘deep fried’. Boleh goreng dalam periuk biasa tapi lebihkan minyak. Baru menjadi!
7. Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Alhamdulillah. Siap!
Nota: Boleh dinikmati dengan sos pilihan korang. Nak makan begitu saja pun boleh dah.
Anak-anak mesti suka rangup-rangup. Dah makan mesti sampai tak cukup. Percayalah!
Selamat mencuba! 😊